Home Novel Umum Ini Sebuah Cerita
(2)

SATU ayat. Sakit. Dua ayat. Masih lapar!!

“Sob sob…” Asyikin tersedu sedan sambil tersandar di tepi bangunan. Perut yang masih kosong di gosok-gosok dan setiap kesakitan di tubuhnya sekadar mampu ditahan. Ditangisi sehabisnya. Fasa pertama rancangannya sememangnya berjaya, tetapi bila kumpulan manusia itu dimasuki dan tangan memanjang mencapai plastik makanan si makcik, tiba-tiba ada tangan lain yang menghalang.

Kisah ganas seterusnya usahlah diceritakan.

Setelah puas dibelasah orang ramai, dia melarikan diri terus ke hujung pekan. Di sini kurang manusia kerana kurang bangunan kedai mahupun penempatan awam. Ada pun bangunan, tetapi kebanyakannya sudah tidak digunakan. Kosong dan terbiar. Kes-kes jenayah banyak berlaku di sini, seperti pembunuhan, penculikan, ragut segala bagai. Bahaya, namun bahaya dari manusia-manusia jahat itulah yang memberinya selamat dari ditangkap mangsa curinya.

Haha.

Sekurang-kurangnya dia akan selamat di sini buat seketika…. Nafas hangat dilepaskan dari rengkung. Perut dah terasa menyentuh tulang belakang, namun cuma angin yang dia mampu makan sekarang. Mata perlahan-lahan menghangat, selajur menitiskan air mata setitis. Lapar… dia terlalu lapar… dan badannya sakit-sakit….

Seekor kucing liar tiba-tiba mendekat. Aqi menjelingkan ke ekor mata tanpa sekali pun menggerakkan anggota tubuh. Kucing itu kelihatan curiga, duduk dalam keadaan nak meloncat bila-bila masa. Ngiau diberi pada Aqi, membuatkan gadis itu tersenyum nipis.

“Hidup lagi. Jangan risau. Belum jadi mayat lagi… ke sebab bau badan aku macam mayat sampai kantoi kat dorang tadi, haha…” Dan terhenti. Ah, bahkan nak ketawa pun dah tidak mampu. Terlalu lemah rasanya sekarang….

Pedulikan si kucing, kepala ditolak ke belakang, bersandar pada dinding bangunan. Awan di atas sana dipandang redup. Beberapa ketika, mata mula terasa berat. Liur ditelan sekali, lalu tubuh dipaksa bangkit. Tahi gigi yang terasa penuh di dalam mulut kerana tidak pernah digosok sejak sebulan lepas sekadar dikikis dengan gigi. Asyikin memasuki lorong, nak mencari redup dari matahari, dan juga nakkan ruang tersembunyi supaya tidak diganggu samseng jalanan mahupun orang awam yang mengenali dirinya sebagai pencuri.

Terdengar bunyi jatuh, lalu dia menoleh. Di tengah jalan sana, seorang lelaki sedang terbaring bermandi darah di jalan yang berlopak dan dihiasi lumut. Tiga lelaki berdiri selamba di belakang sambil berbual sesama sendiri dengan riak tenang macam membincangkan perbezaan seorang artis dan selebriti, manakala seorang lagi lelaki dengan rambut macam jambul ayam sedang menggenggam penumbuk yang merah dengan darah.

Asyikin naik pucat.

Sebiji penyepak diberi, tepat ke muka si mangsa. Terloncat mangsa tendangan itu, dan Asyikin turut terloncat. Jeritan terkejut terlepas tanpa dapat ditahan. Terlalu besar impak terkejut baginya buat masa ini. Siapa yang boleh berlagak selamba melihat kejadian ganas begitu buat pertama kali dan live pula!

Keempat-empat samseng itu serentak menoleh.


KESEDARAN Asyikin bangun. Pandangan yang gelap perlahan-lahan bertukar cerah bila mata dibuka. Mana ni? Asyikin menoleh. Dirinya sekarang berada di dalam sebuah bilik. Kecil berbumbung, dan dia sendiri sedang berbaring di atas tilam tanpa katil.

“Kau dah sedar?”

Kepalanya berpusing lipat maut. Terkejut! Lelaki dengan rambut jambul itu sedang tersenyum padanya. Spontan kaki meloncat bangun namun sakit di belakang pinggang membuat jeritan Asyikin terlepas lantang. Pedih. Perit!! Sakit yang melampau itu lalu melumpuhkan seluruh tenaga dan tulang belakang. Asyikin terbaring mengiring bersama rintihan derita. Lelaki yang tidak dikenali itu dipandang dengan mata berair kemudian.

“Ka-kau sapa… apa dah jadi dengan aku…”

Tersenyum dia. “Aku Danny. Jangan bergerak sangat. Luka kau terbuka lagi nanti…” Danny bangkit dan menghilang ke muka pintu yang terpelahang buka. Tiada daun pintunya. Asyikin mengerutkan dahi, berusaha berbaring lentang.

Ingatan berbalam-balam kembali ke ruang fikiran. Asyikin mengerutkan dahi. Pada kejadian itu, dia menemui lelaki itu… dengan kawan-kawan dia. Rasanya dia nampak salah seorang dari mereka mengeluarkan pistol dan menembaknya. Syukur dia terlebih dahulu mengelak… dan peluru yang disasar pada jantung lalu mengenai lengan. Asyikin spontan menyentuh lengan kanan. Ya, sudah berbalut.

Bila dia nak lari, pinggangnya pula menerima peluru dengan kaliber 9mm itu. Dia jatuh. Lelaki-lelaki itu nampak bising dan bergaduh, dan kemudian mamat tadi datang dan menendang perutnya. Senak dan sakit yang menggila ketika itu… benar-benar melumpuhkan kesedaran hingga termati.

Ketika itulah dia pengsan agaknya. Dan lepas tu mamat kepala ayam itu membawanya ke sini? Dia nak buat apa kat aku kat sini?!!

Asyikin meraup muka. Terasa nyawa benar-benar di hujung tanduk bila sedar apa yang dah terjadi. Dan kini dia sedang berada di dalam rumah lelaki yang berniat membantu malaikat maut mencabut nyawanya? Hell.

Danny masuk lagi dengan cawan beriri air susu. Budak perempuan sebelas tahun itu lekas meloncat turun, mencapai penyapu di dinding dan digunakan untuk mempertahankan diri dari sebarang tindakan yang nak mengancamnya. Ulahnya membuat lelaki itu terkelip-kelip.

“Aku suruh kau jangan bergerak… tak sakit ke? Luka kau tu belum sembuh lagi tau.” Gelas berisi susu diletakkan atas meja. “Minum. Dah tiga hari kau pengsan. Pengsan lagi kang aku taknak hantar ke hospital.”

“Kau penjahat!” pekik Asyikin. Danny mengangguk.

“Aku penjahat yang selamatkan budak kecik dari dibunuh,” tambahnya, mencekak pinggang. “Kau. Buat apa kat sana?”

“Selamatkan aku dari dibunuh kemendenye kalau kau sendiri yang nak bunuh aku!!”

“Kalau aku nak bunuh kau, aku takkan angkut kau ke rumah aku dan rawat luka kau, budak.” Sengal.

Asyikin mencemik saja, lalu menerpa nak memukul Danny. Lelaki itu tegak saja di situ. Penyapu yang dihayun disambut selamba dengan tangan yang kosong. Asyikin yang termengah sakit direnung toya. “Teruk. Aksi kau hari tu lagi hebat dari ni…” dan dia terdiam melihat Asyikin terjatuh, mengerang sakit sambil memegang pinggangnya. Danny mengeluh. Tubuh kecil itu diangkat dan dibaringkan ke tilam nipisnya semula. Asyikin meronta-ronta meminta dilepaskan, dan menjerit kesakitan pada masa yang sama. Tertawa Danny dibuatnya. Suka melihat. Cawan susu diletakkan di tepi tilam.

“Sapa nama kau…” Tersekat di situ bila Asyikin melayangkan penumbuk. Tepat ke pipi, namun daya kekuatan itu nyata menghampiri kosong dek ketiadaan tenaga yang lebih. Mengeluh Danny lalu, hampir malas nak melayan. “Kau sedar aku ni penjahat, kan?”

“Memang!!”

“Kalau kau mati kena bunuh aku, orang tak salahkan aku tau. Kau sendiri yang cari masalah.”

“Aku takkan mati!!” jeritnya, membuatkan Danny tertawa kecil. Lalu kepala si budak digosok. Ditepis kasar. Lelaki berambut Mohawk itu masih dengan senyum. Tenang sekali. Punggung diseret ke almari kecil kemudian.

Pedulikan lelaki yang tidak dikenali, Asyikin memandang pintu bilik. Niat yang satu, dibulatkan, tapi alang-alang ada rezeki susu yang dah diberi, orang kebulur mana yang nak tolak?

“Sapa nama kau, budak?”

Senyap. Danny membiarkan saja.

“Aku cuma nak bagitau… minum air tu. Aku tak letak racun.”

Masih senyap. Danny menoleh geram, cuma untuk melihat tilam yang dah kosong tak berorang. Cawan pun dah kosong. Terbuntang matanya, lalu sasaran pandang ditoleh ke pintu bilik. Budak perempuan itu sedang terkial-kial melangkah keluar. Tubuh Danny tertujah laju seperti roket yang dah diset koorinat targetnya.

“Budak!!”

Asyikin menahan sakit di pinggang sambil terus mengorak langkah perlahan ke pintu rumah. Dimana dia sekarang? Asyikin tak tau, takda klu, tapi yang pasti dia nak keluar…. Mesti keluar….

Terjerit dia bila Danny menarik tubuhnya dari belakang. Kasar sekali. Menyengat lukanya ketika itu, lalu jeritan kesakitan dilepaskan sekuat hati saat dia dicempung masuk ke bilik lain. Asyikin yang terkejut menjerit-jerit lagi minta dilepaskan. Lelaki berambut Mohawk itu enggan peduli. Pintu dikunci.

Learn to behave!” jerit Danny dari luar pintu. Bilik dijauhi, dan gadis itu dibiarkan sepenuhnya menjerit-jerit dan menghancurkan biliknya.


HARI ini mereka lepak bersama lagi, walaupun motif lepak kali ini lebih kepala soal jawab. Danny bersandar tenang. Jon dan Sam turut tenang walau muka masing-masing berisi niat ingin tahu, manakala Don yang paling kalut.

“Kau serius nak jaga budak tu?” soal Don, masih tak puas hati dengan keputusan yang Danny tiba-tiba buat petang semalam.

“Em… yeah.”

“Kenapa?”

“Sebab aku nak.” Sengih.

Don nganga. “Mother of goblin’s beard, you kicked her flying! Yet kau yang bersusah rawat dia… dan nak jaga dia?!!” soalnya kuat, benar-benar menahan sentap dengan keputusan tiba-tiba rakannya itu.

Danny masih tenang. “Hm… yeah.”

What the…?” Menggeleng Don dibuatnya, tak percaya. “You’re a tyrant, Danny. Beyond help. Kau takda agama, takda duit tetap, takda famili, takda kerja. Samseng. Parasit. Manusia celaka. Yang kau ada, rumah papan yang kecik sempit tu. Apa yang kau fikir sampai kau nak jaga budak tu pulak?”

“Oh. Kau nak simpan dia pastu jual jadi pelacur nanti eh.” John memberi soalan berupa pendapat. Terfikir kebarangkalian itu memandangkan mereka baru berbincang soal itu hari itu.

“Atau kau nak simpan untuk diri kau sendiri?” soal Sam pula.

Danny masih tersenyum tenang. “Okay, fine. Aku terus terang. Aku taknak dia mati kat tangan korang, biar aku yang matikan dia kat tangan aku sendiri nanti kalau aku rasa dia tu takda guna untuk aku. Tapi buat masa ni, aku tak tau lagi apa aku nak buat dengan dia, so cool off, okay?” Ayat ini diberikan pada Don. “Tapi rasanya tak salah aku nak merasa fun ada penumpang lain kat rumah aku tu once in a while.”

“Tu la kau. Aku calonkan bini untuk kau, kau taknak,” juih Sam sambil mendekatkan kepala.

“Perempuan yang kau calonkan kat aku semuanya bekas-bekas kau yang dah busuk.” Kepala Sam ditolak jauh. John pula tertawa kecil.

Don masih tergagau, lalu kepala digelengkan. “Aku masih takleh percaya,” ujarnya tanpa nafas, seraya bangun dan beralih masuk ke dalam kedai yang menjual gitar itu. John, Sam dan Danny hanya memandangnya pergi.

“Dia emo lebih, dah kenapa?” Sam menyoal, hairan.

Danny menghempas nafas pendek. “Aku pun….” Ekor mata terpandang sesuatu di luar kedai runcit, lalu dia menoleh. Seorang lelaki yang tersenyum-senyum menonton sesuatu di perakam videonya direnung. Mata dipicingkan bila lelaki yang diperhati itu menoleh padanya. Selamba, pihak sebelah memberi senyum sambil telunjuk menunjuk-nunjuk pada videocam di tangan. Mengajak dan menjemput. Danny mengangkat kening.

“Aku angkat kejap.” Dia bangun.

“Kau nak ke mana?” Sam memandangnya. Danny tak menjawab, sebaliknya terus melangkah. Sam dan John memandang saja dia pergi, sebelum keduanya menoleh pula pada Don yang muncul semula.

“Mana Danny?”

“Dia pergi sana…” Sam menunjuk ke satu arah. Don mengangkat kening saja, melihat ke arah itu sebelum kembali duduk. John memandang rakannya itu.

“Naper, Don?”

Don menjungkit bahu. Dua rakannya itu dikerling sambil dia bersandar. “Macammana kalau bos tau?”

“Tau… apa?”

“Danny jaga budak.”

John menghempas nafas. “Kau ni suka je besar-besarkan isu. Takda apa yang jadi kalau Danny jaga budak. Asalkan dia buat kerja dia, duit masuk macam biasa… aku tak nampak kenapa bos nak kisah.”

Sam mengangguk, bersetuju. Don menghempas nafas, memandang arah Danny menghilang.

“Kalau la betul semudah tu…”


FARID bersandar lenang di belakang kedai runcit. Matanya merenung redup langkah cermat si samseng jalanan itu bersama senyum. Nampak tenang. Danny pula perlahan-lahan mendekati. Rasa curiga tidak lari langsung dari kepalanya sekarang. Siapa lelaki ini dan apa yang dia nak? Dua lelaki itu bertemu muka secara rasmi.

So… hai.” Salam buat pertemuan mata ke mata buat pertama kali. Danny memicing.

“Kau nak apa?” Terus menuju ke titik pangkal dan taknak sebarang mukadimah yang tidak perlu. Nada dikawal dari kedengaran marah. Terasa dia dipermainkan dan dilayan macam seorang kawan. Penumbuk pejal yang rasa ringan sangat melayang, ditahan dari dilepaskan ke muka lelaki itu tanpa sebab kukuh.

Farid menguntum senyum, beralih dari sandaran. “Nama aku Farid. Farid bin Ismail. Aku tinggal kat pekan seberang. Luar kawasan sikit ar. Ada seorang adik perempuan dan adik lelaki… angkat… and parents. Rumah kami…”

Straight to the point, Farid.” deram Danny, mula nak marah.

Tersenyum pemuda itu, lalu videocam di tangan ditunjukkan. Rakaman video Danny membelasah peminjam yang gagal membayar di waktu yang ditetapkan pada hari itu cukup jelas di mata sendiri. Darah terasa berderau turun dari muka. Sesungguhnya apa yang dipegang lelaki ini seperti kapak yang mampu membelah bersih kepala andai diserahkan kepada pihak polis.

Bukan sahaja dia akan ditangkap polis dan bermalam di penjara, tapi kemudian diancam pula oleh geng Xian, sebab berupaya menjadikan kumpulan bawah tanah itu menjadi sasaran polis! Lagi-lagi jika pihak berkuasa mampu membuatkan dia membocorkan rahsia geng. Maka sebelum video itu sampai ke tangan polis mahupun pada pengetahuan Xian, dia yang kena bertindak cepat!

Danny mencerun, melangkah setapak. Farid lekas berundur setapak dengan tangan diangkat dua belah diantara mereka.

Chillax bro!” Senyum di bibirnya tidak memudar walau cuak tetap memutik di hati. “Mulanya memang aku ingatkan nak lapor kat polis. Well, common sense said so. Lagi-lagi banyak kes mangsa pukul separuh mati kat kawasan sini. Kalau boleh, aku memang nak… err, maksud aku… aku nak kau lindungi adik aku.”

Niat menyerang terbantut terus. “Come again?” Terkejut dengan arahan yang tiba-tiba.

Farid tersengih nipis. “Aku akan fly dari sini tak lama lagi. Further study. Dan sebab itu juga adik aku vulnerable… kau tau la kan, tempat ni banyak samseng, peragut, perogol pencuri bagai. Aku acknowledge your strength, so aku nak mintak kau lindungi dia please?”

Hati sedikit melembut mendengar perkataan please di belakang kata. “Adik kau lelaki ke perempuan.”

Terdetik sedikit hati Farid. “Lelaki dan perempuan… tapi dalam kes ni, aku maksudkan yang perempuan…” Kurang senang.

“Aku boleh consider request kau tu.” Angguk ringan. “Tapi tak semestinya aku setuju dengan permintaan si abang kepada perempuan yang aku tak tau pun buruk cantiknya.”

“Aku ada something yang boleh dijual for dollars here.” Videocam diawang-awang di tangan bersama sengih – kau takda pilihan lain selain ikut cakap aku, bro.

Danny mendiam, maklum tahap bahaya yang dihulur lelaki itu. Senyum lalu dilukiskan pada wajah, mahu dirinya dibaca sebagai insan yang tenang. “Aku tak kisah nak lindungi mana-mana awek yang aku tak kenal dari kena cabul or anything, tapi aku takkan bertanggungjawab kalau aku pulak yang jadi orang yang mencabul… and aku nak kau masukkan tu dalam calculation kau.”

Farid mengerutkan dahi. “Cara kau bercakap dan berfikir tak nampak macam kau ni samseng jalanan. Kau ni produk student yang study overdose sampai… what we call that? Burnout?” Kepala terpaling ke kanan, berfikir ayat yang nak disebutkan. Danny memandang pelik. “Well, stress overdose boleh lahirkan a killer and even punk like you, tahu? For real.” Kepala diangguk berkali-kali, mengiakan kata-kata sendiri.

Danny mencekak sebelah pinggang. “Aku takda benda nak komen kesimpulan bodoh kau, tapi aku nak kau tau yang aku reject proposal kau.”

Tergelak Farid dibuatnya, membuatkan Danny terpaku lagi, kepelikan. Dah dua kali dalam minit yang sama lelaki ini membuatnya kehairanan. “With all due respect, aku ada video ni sebagai back up plan. Apa-apapun yang akan terjadi… benda ni akan tetap jadi bahan kau dimasukkan ke dalam penjara walaupun bukannya atas kesalahan mencabul perempuan bawah umur…” Senyum.

Mata dicerunkan. “Aku nak tengok video tu yang sampai ke polis dulu atau aku hancurkan videocam tu dengan tuan dia sekali.”

Huh, masih main ugut! “Aku pun nak tengok kau yang masuk penjara sekarang atau kemudian sebab I have copies, yes.”

Terkaku lagi dia, lalu wajah diraupkan. Hampir kalah. “Jangan ingat kau boleh kawal aku hanya sebab kau ada video tu, sedare. What you know about me put me at risk, but what you think you knowmay make me the winner…” Penumbuk digenggam erat, bersedia nak melepaskan serangan.

Sesungguhnya dia menerima cabaran Farid. Sebelum polis menemui salinan video lelaki ini dan meletakkannya di tali gantung nanti, dia akan pastikan lelaki ini wassalam sekarang, dan dia akan selamat sampai bila-bila.

Dagu Farid spontan terangkat sedikit, sekali dengan sengih lebar yang terukir di muka. Samseng ini… sememangnya lebih menarik dari apa yang dijangkan. “Hahaha… I like you already,” ujar Farid selamba sambil meraup wajah, sekaligus mematikan niat jahat Danny lagi. Tergamam samseng Mohawk itu dibuatnya.

“Aku nampak dowh apa yang jadi hari itu. Masa tu, kau selamatkan budak ni dari dibunuh kawan-kawan kau.” Skrin videocam ditunjukkan, dan rakaman terhenti pada Danny mengangkat Asyikin dengan menggenggam baju si budak itu. “Cara kau brutal. I mean, kau sepak dia sampai pengsan… tapi at least dia selamat dari kena lethal shot dari kawan kau… and kau even rawat dia kat rumah kau.” Bahu dijungkit. “Walaupun kau tengah kurung dia sekarang la.”

Bah. Pucat. Danny hilang kata. Lelaki ini sememangnya dah buat kerja rumah dia sebelum berani bertemu dengannya pada hari ini, tidak dinafikan. Farid pula menyambung kata.

Given your beast strength and authority sebagai samseng kat sini, kau masih ada humanity left yang aku rasa aku boleh maafkan… plus aku rasa kau educated orangnya. That’s why aku rasa aku boleh percayakan kau lindungi adik aku berbanding kawan-kawan kau yang worthless and useless tu…”

Educated? “Hahah. Stupid. Memang hobi kau judge orang yang kau baru kenal ke apa?”

Senyum. “So? We have an accord?”

Danny memicing mata geram. Lambat-lambat, nafas berat dihempas. “Aku tak kacau orang yang aku tak kenal dan yang tak menyusahkan aku… dan aku tak boleh buat apa-apa kalau dia menjadi target ahli kumpulan aku…” Diam dia seketika, menarik nafas dalam. Demi keselamatan diri sendiri di tangan lelaki yang baru pertama kali dijumpa ini… “I’ll help whenever I see damsel in distress,” tuturnya akhirnya sebelum melangkah pergi. Dah malas nak bertukar kata dan hujah.

That’s more like it.” Farid tersenyum menang. Alat di tangan dilihat dan video ditonton lagi. Memang brutal. Meremang bulu romanya walau dah dilihat beberapa kali. Kepala digeleng bila mangsa lunyai di genggaman Danny. Sungguh aku nak ada yang lindungi Bat masa aku takda….

Next: (3)

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.