Home Novel Umum Ini Sebuah Cerita
(12)

LAPAR~~~

Aqi berbaring menelentang di lantai rumah. Kelaparan. Perutnya berbunyi kuat hingga ke telinga sendiri. Pergh. Terpejam mata dibuatnya dek perit lapar itu. Bila sejak kali terakhir dia merasa perut kempis sampai ke tulang begini? Tapi hidup dengan Danny memang belum merasa lagi perut buncit kekenyangan, melainkan semasa awal-awal dulu. Malah, mengamalkan sunah Rasulullah lagi. Makan sebelum lapar berhenti sebelum kenyang. Harap-harap badan membesar dengan cantiklah nanti.

Gadis kecil itu merenung kosong siling yang sekadar ditutup papan dan zinc. Ada lubang. Kalau hari hujan, air menitis dan sangat sejuk. Kalau hari panas, memang membahang. Makan kurang. Minum kurang. Aqi hampir-hampir lupa apa rasa burger, ayam KFC, mee goreng, roti canai… atau buah tembikai…. Liur diteguk. Kelat sekali.

“Sengsara la hidup macam ni… kan bagus kalau Danny kaya sikit.” Bersama keluh rendah, tubuh diangkat bangun dan disokong dengan kedua belah tangan. “Aku patut pergi mencuri lagi agaknya…”

Kepala ditoleh bila terdengar bunyi plastik jatuh di belakangnya. Maggi perisa ayam. Spontan, Aqi mengeluh berat dan kepala turut dijatuhkan dengan penuh rasa malas.

“Danny… aku bosan makan benda macam ni hari-hari. Kita venture sikit, jom,” pintanya, merenung si abang yang dah bersedia nak ke kerja.

“Aku dah tak buat semua benda tu Aqi…” tuturnya rendah.

“Tapi aku lapar…”

Bear with that, please?” pinta Danny dengan riak keruh. “Aku mintak maaf… tapi tolong bertahan dengan tu buat masa ni.” Senyum pahit diberikan pada adiknya. Matanya memberi makna sedih dan muram sekaligus. “Sorry.”

Aqi terkedu menerima riak wajah kecewa itu. Setiap gerak langkah Danny yang keluar dari rumah dipandang dengan hati tersentap. Perut yang terlalu lapar membuat hati dan lidah langsung tak dijaga. Hingga Danny menghilang terus dari pandangan mata, si gadis berambut pendek itu masih tidak lepas memandang pintu rumah.

“Da… Danny…”

Dan budak tingkatan satu berhati keras itu meleleh air mata.


MALAM menjelang. Selesai menunaikan Isyak, Danny akhirnya boleh balik dari kerja kerana bebanan tugas yang terlampau banyak hari ini. Balai polis menerima tangkapan budak bermasalah atas kesalahan bergaduh dan mengganggu orang awam, hinggalah kantoi penglibatan dalam lumba haram, kes lari dari rumah dan kecurian motosikal. Heh… Budak-budak zaman sekarang. Ada antara mereka umur sama macam Aqi, pun terlibat dalam kes-kes juvana itu.

Oh ya, Aqi. Dia belum makan lagi. Lalu Danny ke kedai runcit. Tangan baru nak mencapai biskut Tiger sebelum suara budak itu kembali terngiang di kepala.

Bosan makan benda yang sama je.

Betul jugak kan?

Danny menghabiskan sedikit masanya mencari outlet KFC dan nasi campur di Food Court sebelum pulang ke rumah. Hairan dia bila melihat rumah kecilnya gelap gelita dari luar. Takkan fius mati, kut? Kerja sambung-sambung wayar memanglah dibuat sendiri, tapi selama ni okay je?

“Aqi?” Pintu dikuak. Gelap. Makin pelik dia, lambat-lambat menapak masuk. Mata sempat melilau, mencari bentuk tubuh kecil di dalam gelap malam itu. Mana dia?

“Danny.” Aqi tiba-tiba memuncul dari biliknya dengan lilin di bawah mukanya. Menjerit lantang lelaki itu, takut dan terkejut sekaligus. Aqi menjerit, terkejut sama.

Danny terundur di belakang, menepuk dadanya. “Apa kau buat ni, Aqi?” soalnya dengan nafas mengah. Gadis itu menggosok belakang kepala dengan sengih.

“Aku nak save energy…”

Danny merenungnya toya. “Tak perlu save.” Dia menekan suis lampu. Terang benderang rumah kecil setinggan itu. Bibir dileret nipis, senang hati melihat rumah sendiri. Walaupun kecil dan nampak kasihan, sudah cukup dan Alhamdulillah sebab melindungi juga dari cuaca panas matahari dan hujan. Televisyen ada juga untuk hiburan walaupun kedua-duanya bukannya jenis melekat dengan TV. Radio yelah, sebab Aqi sangat suka mendengar lagu. Buku-buku je melambak. Buku second hand, third hand, dan semuanya milik Aqi. Danny dah cukup bahagia dengan hidupnya sekarang.

Aqi masih kaku berdiri. Masih memegang lilin. Batang lilin yang cair mengotori tangan kecilnya. Sakit kulit nipisnya, namun dibiarkan saja. Danny pula bergerak ke meja di tengah ruang tamu kecil itu, tersengih. “Jom makan KFC.” Perut terasa bergendang kuat bila menghidu sedapnya rezeki Allah.

“KFC? Kenapa? Kau bukannya ada duit.”

“Sekali sekala, Aqi…” Kepala itu digosok dengan senyum. Kotak KFC diletakkan di atas lantai dan dihidangkan bersama nasi capur. “Tau hari ni hari apa? Hari ni anniversary kita jadi familyso it’s a feast!” Sengihnya lebar dengan mata bulat membesar.

Liur yang kembang dek haruman makanan nyata tak dapat dihalang. Aqi menelan liur. Akalnya balik ke kejadian siang tadi, lalu Danny dikerling… “Kau tak marah?”

“Hm? Marah apesal?”

“Aku… merungut?”

It’s okay. Aku pun bosan juga makan benda yang sama je,” sengih Danny, mencubit pipi Aqi. Gadis itu merintih sakit. “Jangan cakap banyak. Jom makan…”

Aqi kekal tegak berdiri. Terharu. Jiwa rasa cukup lemah nak menangis sekarang tapi hatinya tegar bertahan. Lalu, punggung dilabuh di depan himpunan makanan ringkas itu. KFC dicapai. Dicarikkan, dan dimasukkan ke dalam mulut.

Tsk… Nikmat….

Air mata meleleh jua. Bila perut menderita lapar dan kemudian menerima pula sesuatu sesedap ini…. Betapa aku bertuah aku boleh hidup sampai sekarang… Alhamdulillah… Alhamdulillah… Alhamdulillah….

Danny terperanjat melihat budak itu menangis sambil makan. Tersenyum lalu, antara terharu, gembira, dan bersimpati. Sembilan puluh peratus, haru. “Makan… makan…” Bahagian Aqi ditolak pada gadis itu. “Aku mintak maaf sebab miskin sangat. Tapi ni kira permulaan la sebab dah keluar dari Xian dan tak lagi bergantung dengan duit haram tu kan? Aku mintak kau tahan kejap lagi… okey?” Adiknya itu dipandang. “Nanti-nanti bila duit aku dah cukup banyak, aku bawak kau pergi Itali dan makan lasagna special dari sana.”

Aqi teresak! Lalu sebak lekas ditahan dan air matanya dikesat, memandang si abang itu. Hati jatuh sayang dengan abang angkat ini. Sungguh! “Kau tau, makan KFC ngan nasi campur je bukannya a feast.” Mula bersuara. “At least kena ada kek, lagi-lagi anniversary. Aku memang suka makan KFC, tapi tak salah kau order yang lain sikit, macam aku makan original, kau makan ayam spicy. And where’s the sauce, man?”

Geram ditahan. “Engkau… bila berkira, aku pun sakit hati.”


PADA petang yang nyaman itu, Danny membuang masa dengan membaca surat khabar di ruang tamu sempitnya. I Wanna Hold Your Hand – The Beattles dari radio juga mengisi ruang kosong itu.

“Dean…”

Terdengar suara yang berisi nada tangis itu. Danny menjeling. “Apa dia, Aqi? Kau lapar? Tunggu malam sikit baru aku keluar beli.”

Geleng. “Aku berdarah…”

“Ler. Tampal la dengan plaster. Apa susah.” Surat khabar diselak.

“Bukan…” Bersama esak tangis, dia membantah. Menoleh Danny dibuatnya. Melihat muka yang dah merah sembap itu, dia mengeluh berat. Punggung diangkat naik dan Aqi yang berdiri tegak di pintu belakang didekati. Mencangkung.

“Kenapa ni? Kau baru lepas kalah bergaduh ke?”

Geleng.

“Habis tu? Kau luka kat mana sampai nangis-nangis ni?”

“Tak… tak luka…” Gelengnya, masih menangis.

“Kalau tak luka kenapa cakap kau berdarah? Kau berdarah kat mana sebenarnya??”

Bibir digigit. “Bawah…” Kecil sekali suaranya menyahut. Berlapis dahi Danny, lalu kepala didekatkan.

“Berdarah… kat bawah? Luka kat kaki maksud kau?” Kaki adiknya dipandang. Baru sahaja nak diperiksa celah mana luka itu, si adik terloncat-loncat. Mengelak dari disentuh. Danny terkebil lagi. “Aqi?”

“Tak luka… aku tak luka, huhu… tapi berdarah kat bawah ni…”

Ternganga lelaki itu dibuatnya. Kelabu asap sungguh. “Aku tak faham. Tapi… err… tak boleh ke kau tampal dengan plaster je?” Saranan yang pertama disebut kembali. Makin lebat leleh gadis itu dibuatnya.

“Tak…!! Bukan luka!! Bukan luka huhuhu…” Tolong la faham cepat…!! Memang haru gila bila tengah cemas begini, orang yang paling dekat dan yang nak diharapkan ini boleh buat kepala lembap macam… macam sekarang ni!!

Danny putus asa. Keluh dilepaskan keras dan dia bangkit berdiri. Malas nak melayan kerenah yang tidak difahami. “Lepas kau berenti nangis nanti, dia berenti berdarah la kut,” getusnya, lalu berkalih. Namun tak jadi bila tangannya dicapai Aqi. Danny menoleh kembali, melihat wajah sayu yang benar-benar mahukan pertolongannya itu. Aqi nampak kalut, dan tubuhnya juga meliuk lintuk. Sakit sangatkah? Tapi dia tak cakap apa-apa pasal sakit pun… tapi apa dia yang dia dok bising pasal keluar darah tapi tak luka…??

Kaki Aqi dilihat. Terkepit-kepit. Danny terpaku, akhirnya mampu menelan perangai pelik dan bicara-bicara yang tidak difahami itu. “Err… haha. Aqi. Umur kau berapa?” Telapak tangannya mula terasa lembap.

“13…”

Pecah peluh dingin. Muka kacak itu juga pucat lesi kini. “Kau berdarah… bawah seluar?”

“Emm…”

Zap!! Tubuh kecil itu direntap dengan sebelah tangan, diangkut ke bahu dan Danny memecut ke Klinik Rohaida terus.


“IDA!!” Nama itu dijerit selantang yang mungkin setelah pintu kaca klinik ditolak macam nak pecah. Terloncat jururawat yang berjaga di kaunter. Danny melangkah laju ke kaunter dengan muatan yang masih tak dilepaskan di bahu. “Tuti. Ida mana, Ida?”

“Err… kat bilik dia. Tapi dia ada patient sekarang.”

“Ah, aku punya lagi urgent!!”

Pintu bilik doktor Rohaida ditolak deras dari luar. Terperanjat doktor itu. Terhenti terus kerjanya pada lengan pesakit yang sedang dipam bagi memeriksa tekanan darah. Danny melangkah masuk dan Aqi diturunkan dari bahu macam menurunkan guni beras. Peluh yang menitik di dahi dikesat dan diketis ke udara.

“Ida. Patient kau. Urgent!!”

Doktor Rohaida terkebil seketika. “Sebelum aku nak bising pasal kau punya rude entrance, aku request kau tunggu kat luar boleh tak…? Aku ada patient lain sekarang…”

“Tapi Aqi berdarah!!” jerkahnya. Terperanjat doktor itu dibuatnya. Aqi yang masih dengan muka merah sembap dan sisa air mata dipandang. Memang nampak macam kecemasan. Pesakitnya dipandang, meminta maaf dan meminta ruang yang sekejap bagi melayan kerenah Danny.

“Berdarah kat mana, Aqi?”

“Kat bawah dia!!” Danny yang menyahut, membuat si doktor menjeling sengal.

“Bawah mana? Kaki ke? Baru lepas bergaduh lagi ke apa ni?” Aqi direnung bersama tenungan memujuk, meminta gadis itu berhenti teresak.

“Dia tak luka la bodoh! Dia berdarah dalam seluar tu ha!!”

Doktor Rohaida menoleh dengan gigi diketap. “Kau diam kejap, boleh tak Danny! Apa masalah kau ni!” getusnya akhirnya, terlalu geram.

“Aku tak boleh diam, masalahnya. Kau rawat la dia cepat…!!”

“Macammana aku nak rawat dia kalau kau terus kacau aku nak ambik tahu masalah dia…!!”

“Dia takda masalah masalahnya! Dia period tu!!”

Menoleh pesakit perempuan itu dibuatnya, terkedu. Doktor Rohaida turut terpaku. Tangan memanjang ke hujung meja, mencapai pen di dalam gelas kosong, lalu dibaling geram ke arah Danny. Sakit hati!! Danny mengelak, terkejut. “Dah tahu adik kau period, bagi la dia roti kering!! Bongok!! Kau boleh mintak aku rawat period dia!! Masalah mental apa kau ni Danny!!” Mengamuk si doktor dibuatnya.

“Aku yang masalah mental ke kau yang masalah mental? Dah dia period buat apa aku nak bagi roti kering? Bagi dia makan sampai mampus?!”

“Aaargh…” Muka diraup dan tubuh disandarkan. Penat dengan pertelingkahan yang tak berguna. “Apa nasib Aqi dapat abang macam kau… kau Danny, boleh susahkan kepala aku nak deal dengan pesakit mental macam kau… adduh…” Muka diraup lagi berkali-kali. Pesakit itu tertawa kecil. Danny dan Aqi pula berpandangan keliru.

“Kau serius la weh. Aku mintak tolong ni…” Danny menjuih, segan digelakkan perempuan yang tidak dikenali.

Doktor Rohaida menjeling tajam. “Roti kering tu pad. That tuala wanita yang kau nampak kat TV supaya boleh tolong perempuan menghadapi kehidupan harian dengan selesa!”

“Ler… mana la aku tau pad tu boleh dipakai dengan roti kering…. Iklan mana pernah tunjuk! Tapi tak sembap ke dia nanti kalau serap darah??”

“Lailahaillallah…!!” Tangan yang meraup muka terhempas ke meja, bersama dengan kepalanya sekali. Digelek-gelek macam menahan sakit migraine. Danny menahan malu walau kurang pasti sebab kenapa tingkah tidak professional itu dibuat bagi membalas kata-katanya. Lagi-lagi gelak milik pesakit perempuan itu makin besar dekahnya, hingga tertunduk-tunduk bertahan pada meja.

Aqi memuncung melihat tingkah laku kedua-dua perempuan dewasa. “Jangan la gelakkan Dean…”

Mendengar suara rajuk si budak perempuan, si doktor dan si pesakit bangun lalu. Batrisya mengesat air mata yang menitis sambil berusaha mengawal geli hati yang masih na menggila. Gila senak perutnya! Lalu ditekan… “Aauh… hahahaha… hahah…” Masih tak habis.

Doktor Rohaida pula menjeling kedua-dua dengan riak penat. Lengan ditongkatkan pada lengan kerusi dan dahi terus diurut. Kerlingan difokuskan pada Danny. “Its just a name, Danny…. Roti kering tu orang kita selalu panggil pad… bukannya literally, aargh… nak explain pun aku pening…” Kerusi dipusing dan kepala diurut lagi.

Batrisya bangkit. “Saya boleh tolong belikan. Kedai runcit sebelah ni je. Adik nak ikut? Boleh akak ajar terus pasal penyakit perempuan tu daripada adik belajar dengan abang tu, heheheh.” Sempat gelak.

Aqi terkebil. Danny dipandang, bertanya pendapat, dan si lelaki benarkan. “Kalau dia cuba nak culik kau, reti-reti la bagi dia penendang ke hape.”

“Hahahaha…” Tergelak lagi wanita itu. Tak habis-habis sejak Danny pecahkan mental doktor Rohaida. Aqi lambat-lambat mengejar langkah wanita itu, meninggalkan doktor Rohaida dan Danny berseorangan.

Danny dikerling. “Untung kau si Batrisya tu sudi tolong kau. Kalau tak aku tak tau macammana nak handle soalan-soalan kau dah.”

“Keh. Pressure dari keluarga pesakit pun dah takleh nak handle. Kate doktor.” Danny mencemik, menyindir. Doktor Rohaida mencemik sama.

“Nak salahkan aku dah kenapa. Kau punya level stupidity tu sendiri yang unbelievable and unbearable,” balasnya sengal, dan dibalas dengan muka sengal oleh si lelaki. “Kenapa kau tak belikan je pad untuk dia terus?”

“Kau ingat aku tahu macammana nak pakaikan dia menatang tu?! The moment aku pegang…” Tangan menunjukkan lagak dia memegang sesuatu di tengah udara. Muka turut kelam semacam. “… aku blank.”

Doktor Rohaida mengangguk. “Aku nampak muka blank kau. Heh. Aku masih tak sangka kau boleh kelam kabut gitu bila adik kau period. Umur dia dah masuk tempoh puberty, kan? Aku expect kau dah prepareat least seawal masa kau ambik dia jadi adik kau dulu.”

Danny mencekak pinggang sambil menjeling. “Normal people mana ada berdarah tiba-tiba bawah seluar.”

She’s a normal girl, for heaven sake!!!” Terloncat wanita bertudung itu dari kerusi dibuatnya. Furious. Danny pula terperanjat lagi buat kesekian kali. Muka garang yang termengah itu dipandang pelik.

“Kau kenapa sebenarnya, Da? Kau period eh?”

“Aih.” Kepala digeleng tak percaya. “Aku rasa kau ni salah faham adik kau tu lelaki, kut. Nama pun macam lelaki yang kau beri. Expectation kau kat dia pun expectation yang orang selalu tengok pada lelaki.”

You think?” Danny terkebil, baru menyedari. “Half-true kut, sebab aku besarkan dia based on my point of view alone. Aku mana pernah berdarah bawah seluar, so aku tak expect benda macam tu boleh jadi kat dia.”

Learn genders, man,” desis doktor itu, menolak kepala Danny. Lalu dia duduk kembali. “Kau punya tahap hopeless sampai total stranger pun sudi buat charity nak tolong adik kau tu, heh.”

“Gelak la, gelak. Kau tak bagitau aku awal-awal, mana la aku tau,” ujarnya, turut duduk di kerusi Batrisya tadi. “Kau rasa apa lagi yang aku patut prepare lepas ni?”

“Lepas ni Aqi boleh jaga diri dia sendiri la kut, for monthly routine. Period berlaku sekali sebulan. Some cases yang hormon tak stabil, boleh jadi dua kali sebulan atau dua bulan sekali. Depend. Asalkan darah kotor tu tetap keluar, unless tak keluar langsung berbulan-bulan… ataupun terlalu heavy per bulan… atau terlalu lama yang melebihi 15 hari.”

“Nanti kau tulis la. Tak betah aku nak ingat.”

Didn’t think so…” Doktor Rohaida tersenyum kecil, lalu menggelengkan kepala. “Kau patut mula fikir nak beli pakaian dalam jugak. Badan Aqi lambat gila develop, tapi dia masih perlukan pakaian dalam yang sesuai bila badan dia terbentuk nanti.”

Danny menjeling. “Define ‘yang sesuai’.”

“Saiz. Jenis…”

“Tulis nanti.”

“Aih… kau pergi carik bini la, Danny. Awek at least. Boleh tolong kau permudahkan kerja kau uruskan si Aqi tu. Budak tu tengah membesar, tahu? Banyak lagi kerja kau nak besarkan dia. Takkan la kau nak jadikan dia lelaki macam kau.”

Maybe you’re right.” Dinding direnung dengan kepala terangguk. “Her being a woman macam terlalu leceh. Aku sepatutnya tukar dia jadi lelaki macam aku dari awal lagi. Agak-agak, ada chance tak eh, aku tukar dia jadi lelaki? Tukar genital organ dia ke… atau err…” Dinding dipandang dengan dahi berkerut. Berfikir. Jemari dipetik berkali-kali. “Apa tu nama dia?? Ah, yes. Hormone treatment!” Yesza!!

Doktor Rohaida tersenyum lembut, bertahan dengan silau terik sengih si Danny. Punggung diangkat dari kerusi, tangan dipanjangkan ke arah Danny dan telinga itu terus dipiatnya! Terjerit Danny, turut terangkat dek telinga yang ditarik si perempuan yang membengis.

“Aaaargh! Mercy! Mercy!!”
____________________________________PS//

The next one shall be DannyBatrisya. 
Selamat Hari Raya.
Konon nak tamat puasa full
Sekali tak lepas T_T
Previous: (11)

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.