Home Novel Umum Ini Sebuah Cerita
(10)

AQI berdiri tegak, mengadap lelaki yang tidur itu. Badan berbalut seluruh tubuh dan masih ada sedikit tompokan darah pada pembalut yang menutup lukanya. Muka pula lebam-lebam dan bertampal dengan kapas. Hancur muka yang baik parasnya itu. Aqi mengetap bibir, menahan haru dan geram yang berkumpul memenuhi dada. Sesak rasanya.

Sebab semua luka itu adalah sebab dia.

Sebab semua luka itu adalah alasan nak melindungi dia. Aqi menggenggam erat penumbuk.

“Kenapa…? Aku tak pernah mintak kau selamatkan aku…. Aku tak ingat minta kau berbuat baik kat aku! Kenapa buat begini?!” soalnya menjerit. Air mata bergenang bertakung di kolam mata. Danny yang tidur di sofa berkalih kepala. Lenanya terusik namun tidurnya tidak terganggu.

Aqi menarik hingus yang nak keluar. Tiada ayat yang boleh membahasakan perasaannya sekarang. Wajah ditundukkan dan air mata menitis lagi dari kelopak mata. Sedih dan sebal. Dia terbayang lagi peristiwa tengah hari tadi. Di rumah penculik itu. Aqi menggigit bibir bawah.

Dia ditangkap, dan Danny meminta dia dilepaskan. Maka Danny dibelasah oleh lelaki yang dipanggil bos itu. Tapi Danny langsung tidak membalas, mahupun bertahan. Membiarkan saja.


“I don’t care about your lil’ sister.” Pistol diangkat dan dihala pada Aqi yang ditahan Syah, orang kanan Xian. Tersentap gadis itu. Danny sama kaku. Dia menujah spontan dan berhenti bila penjunam pistol ditarik. Any unnecessary movement, Aqi will be dead. Danny mencerun. Boleh membaca pandangan tajam Xian.

“Any movement from that spot, your precious lil’ sis will lose her life,” tutur cina bertubuh sasa itu.

Danny memicing pandangan. “What do you want?”

“Say… I’ve overheard about the police academy…” Xian tersenyum nipis. “Kenapa kau nak jadi polis? Nak lawan aku?”

“Aku takkan dapat lawan bos walau jadi polis sekalipun. Aku cuma nak hidup dengan adik aku…” Danny terdiam sebentar, mengerling pada Aqi. “But I know you won’t let me go with this one… so I kept it secret…”

Xian tak beriak. Hala pistol dialih dari Aqi kepada Danny dan picu ditekan terus. Tepat ke lengan lelaki itu. Aqi tersentap, mendekat spontan namun tertahan langkahnya. Pistol ditembak lagi, pada paha Danny. Lelaki itu terjatuh ke lantai. Raung kesakitan bergema di seluruh ruang rumah yang dipenuhi mayat yang tak sempat mengucap. Danny menderita. Darah mengalir keluar dari lubang yang terhasil pada dagingnya, memenuhi lantai. Xian mendekat dan menembak belakang tangan Danny pula. Menjerit lagi.

Aqi sama menjerit. “Berhenti!!!”

Xian enggan peduli. Danny terus dibelasah tanpa perasaan. Ditendang dan ditumbuk. Sepuas hatinya. Ini lelaki yang mengkhianati dalam diam, dan dengan membunuh takkan dapat melepaskan marah yang meletup-letup dalam dadanya sekarang!! Danny pula cuma mampu menerima tanpa melawan. Kecederaannya bertambah serius pada setiap serangan yang diterima.

Aqi mengetap gigi. “Bodoh! Kenapa kau tak lawan!!” jerit Aqi geram. Kalau Danny yang biasa, tentu boleh mengalahkan orang lain dalam masa sekejap. Gadis kecil itu meronta, cuba melepaskan diri namun Syah kekal menahan. Xian menoleh.

“Diam.”

“Kau yang patut diam, cina bodoh!!”

Aqi!! Danny mendesis kuat. Mencerlang matanya melihat Xian mengangkat pistol, lalu tubuh meloncat bangun tanpa mempedulikan kesakitan yang melumpuh. Dinding pipi digigit bagi menahan sakit, lalu tangan Xian dipegang.

Xian menoleh, melihat anak buahnya yang berpeluh dek kesakitan yang berbisa. Nampak juga sengih yang cuba terukir pada bibir pecah itu. “Kau kuat, tapi sayang…”

Danny memotong lekas. “Lorong 21 yang menjadi tempat menjual dadah… CD cetak rompak… pembinaan rumah urut tanpa permit yang sah dan juga menjadi sarang pelacuran, pil…” Terhenti bicaranya bila Xian menumbuk perutnya. Tersedak lelaki itu, muntah air liur bercampur darah. Muka Xian menegang, menghala pistol ke dahi Danny. Aqi tersentap lagi.

“Another word out…”

“Pihak polis is on the move.” Masih gigih bersuara dalam kesakitan yang menggila. “You know about this at the very least… sebab kau dan Syah tiba-tiba muncul di sini.” Sengih lagi. Xian memicing pandangan. “Samada kau membiarkan aku dan adik aku hidup, atau membunuh aku yang sudah semakin hampir dengan pihak berkuasa… dan kau sedar… alangkah bagusnya kalau aku ada orang dalam yang boleh sembunyikan semua kegiatan haram itu…” Idea Don dipinjam.

Xian terdiam. Syah di belakang mengangkat kening, “Dia banyak bercakap walaupun rahang patah gitu,” ujarnya membuat Aqi menoleh mendongak. Lelaki samseng itu menunduk, memandang budak perempuan ditahanannya. “Abang kau seorang yang kuat. Dia takkan mati dengan kecederaan begitu. Jadi kau tak perlu la menjerit lagi.”

Budak perempuan itu terkelip, mengangguk.


Aqi mengetap bibir. Terus merenung muka cedera itu. “Aku tak faham… kenapa kau nak sangat aku jadi adik aku…”

“Aku takda pilihan, remember…” Danny menyahut rendah, hampir menggumam. Aqi mengerut dahi, seraya merapat.

“Aku masih tak faham…”

Lambat-lambat lelaki itu mengerling. “Aku suka jadi abang. Tu je. Dan kau happen to need adult’s attention. Kau ingat aku nak sangat ke jaga budak kepala keras macam kau sampai kau kahwin?”

“Ha… hahahahaha… hahahahuhu…” Ketawa bertukar tangis. Danny merenung redup, manakala Aqi masih tertunduk-tunduk menahan tangis. Kepalanya diusap tangan yang luka itu kemudian. Danny dilihat. Sedang menutup mata.

“Diam kejap… aku nak tidur… I need to rest…”

Hingus cair ditarik dan esak dimatikan. Akur. Dengkuran kecil kedengaran kemudian, tanda Danny benar-benar memerlukan rehat. Tangan di atas kepalanya ditarik dan diletakkan baik-baik di atas perut abangnya.

Abang.

Aku dah buang hubungan itu beberapa bulan lalu, tapi seorang lelaki ini begitu mengkehendakinya. Pandangan Aqi meredup. Abang…

“Salah kau, aku terlepas UPSR…” Dia melangkah mendekat, lalu duduk rapat pada kerusi kayu tanpa kusyen itu. Muka yang tidur itu ditenung. Hati berbisik, tolong jaga aku dengan baik…. Mata dipejam dan kepala direhatkan di sisi kerusi.

Tapi menyusahkan juga bila sentiasa mengharap pada orang lain. Aqi taknak Danny cedera sebab dia lagi. Taknak….

Buku lima digenggam erat. Nekad!


“POLIS serbu rumah Don…?” Danny menoleh hairan. Sam mengangguk. John meneguk araknya, selamba dan buat tak peduli.

“Ya. Malam semalam,” ujarnya, merenung Danny tajam. “Aku ingatkan kau dah mati dek Don. Macammana kau masih hidup?”

Danny tak melayan. Kepala ditopang dengan lengan, memikir. Macammana pihak polis boleh tau? Rumah Don agak tersembunyi di dalam hutan nu…. Wajah Farid melayang di ruang matanya tanpa dijemput. Spontan dahi berkerut. Dia? Tak mungkin…. Lagipun macammana dia tau?

“Bos lepaskan kau, Danny?” soal John, menyampuk. Sam dan Danny menoleh.

“Macam tu la.”

“Camtu je?”

Bahu dijungkit, enggan menceritakan. Biarlah.

Xian membiarkan dia hidup dan bekerja sebagai polis, namun dia juga masih seorang ahli kumpulan bawah tanah itu, seperti yang dijanjikan. Namun dia tidak mendapat duit dari kumpulan itu seperti sebelum ini, malah setengah gajinya sebaagi anggota polis diserahkan pada kumpulan itu. Danny menurut saja tanpa merungut.

Dia tahu kekuatan Xian, dan keselamatan dia dan Aqi lebih penting.

Mengenai duit untuk mereka hidup pula… heh, pandai-pandailah.


MATAHARI bersembunyi di sebalik awan tebal, dan Aqi berdiri dengan lagak pendekar, menentang tiga budak lelaki yang membelasahnya dahulu. Perkenalkan, Romi, Brad dan Sid. Tiga budak lelaki yang perangai pun dah macam samseng, selaras dengan kehidupan liar kejiranan Melihah Hilir ini. Dah macam survival game di mana hanya yang kuat menang. Yang kalah pula menjadi sore loseryang hidup dalam lumpur. Survival to the fittest namanya, dan Aqi baru nak mendaftar masuk dalam kehidupan liar ini. Mereka yang sedang lepak di simen gulung itu menoleh pada budak perempuan berambut panjang itu.

“Kau?” Kenal sangat, sebab satu sekolah.

“Hm… mentang-mentang sekolah dah habis, korang kerja lepak je. Aku tak tau korang dah pandai merokok,” tegurnya selamba.

“Heh.” Romi meloncat dari simen golong. Rokok di tangan dilontar ke tepi. “Kau pun sama perempuan. Cikgu cari kau masa UPSR dulu? Kenapa lari dari sekolah tiba-tiba?”

Aqi tersengih. “Kau pun menyibuk macam cikgu dah kenapa?” Dia melangkah dua tapak. “Aku datang sini nak bagitau, jangan cuba nak ganggu aku lagi.”

“Ha?”

“Jangan kacau aku ngan abang aku lagi. Kalau tak, korang yang kena.”

Brad tersengih, mendekat dan menarik Romi ke tepi, “Kau nak cari gaduh?”

Aqi memicing. Dia perlu kuat kalau nak hidup dengan Danny. “Try me.” Penumbuk digenggam.

Dan pergaduhan pertama gadis itu, Aqi kalah teruk.


WHAT the…!!” Danny menjerit terperanjat melihat Aqi balik luka-luka lebam. Bibir pecah berdarah dan sebelah mata biru lebam. Calar balar usah dicakap. Baju yang dipakainya kotor sekali dengan debu dan tanah. Beserta tompokan darah. Gadis itu buat bodoh, mempedulikan Danny dan bergerak masuk ke dalam biliknya. Danny mengejar lekas.

“Apa dah jadi? Aqi!”

“Aku jatuh longkang.”

“Jangan tipu..!”

Pintu bilik ditutup. Kunci.

Tiga hari seterusnya, Aqi berdepan dengan ketiga-tiganya dan mereka bertumbuk lagi. Pertarungan kedua Aqi, juga kalah. Lebih teruk lukanya bila luka yang dulu tidak sempat nak sembuh dan dilukakan pula. Bagi si abang pula, terperanjat lagi dia buat kesekian kali.

“Apa kau ni!! Jangan bergaduh sampai luka-luka begini! Lari kalau ada yang nak cari pasal ngan kau…!”

Aqi mengangguk, meminta maaf.

Seminggu kemudian, Aqi bergaduh lagi. Danny mengeluh keras. Marah yang menyirap ke kepala ditahan saja.

“Kau duk dalam bilik je, jangan bergaduh lagi!” marahnya, mengunci pintu. Aqi menurut. Duduk dalam bilik selama seminggu, dan dilepaskan esoknya.

Dia bergaduh lagi.

“Aqi…” Danny meraup muka, hampir putus asa. Aku tak tahu kau degil tahap tak ingat macam ni sampai aku naik pening. Aduss… “Sungguh. Kalau kau berhenti bergaduh, aku belanja KFC.”

“Ha? KFC?” Perhatian Aqi berjaya dipancing. Danny mengangkat kening, lalu tersenyum.

“Ya. Kalau kau jadi budak baik buat sebulan ni, kita jalan-jalan seluruh Melaka.”

“Keh. Apa standard bersiar-siar kat Melaka…” Mencemik dia. “Bagi la German ke, Paris ke, Sabah at least.”

Hamboi. Demand lebih. Nafas dihela pendek. “Sekurang-kurangnya aku nak spend duit untuk kau. Dah lama kita tak shopping, kan?”

Aqi senyap, berusaha mengangkat tinggi kening yang ditutup plaster. Danny merenung wajah lebam adik angkatnya dengan pandangan redup. Penuh dengan sinar mengharap. Terundur kepala Aqi dibuatnya. Geli bila dilihat dengan renungan sebegitu.

“Janji? Jangan bergaduh lagi? Janji jangan buat abang kau ni risau lagi?”

Mereka bertentangan pandang. Mata Danny memancar sinar mengharap, macam meminta tolong masyarakat menyumbangkan organ dalaman bagi pembedahan transplant organ dalam kadar segera. Aqi menghela nafasnya panjang. Terasa sengal sedikit.

“Yelah…”

Hampir terukir senyum si abang. “Betul? Janji?”

“Betul…” Mata dijuling ke langit. “Aku pun tengah sakit ni. Tak dapat nak layang penumbuk pun sebab tangan rasa nak patah. Takyah risau la.”

Danny spontan mengeluh lega.

Dan ya, sebulan lebih masanya dan Aqi dah berhenti berkelahi di luar rumah. Luka-lukanya diberi peluang sembuh terlebih dahulu. Danny takut juga andai Aqi masih mencari masalah di luar, tapi dilihatnya si adik perempuan tomboi itu cuma duduk di rumah membaca buku. Siang dan malam. Novel atau surat khabar. Novel English ataupun melayu. Buku cinta ataupun buku teks sekolah. Lega. Lalu Danny belajar untuk lepak di kedai buku untuk dibelikan buku buat adiknya itu.

“Lords of the Ring lagi best dalam buku dari movie kau tau…”

“Iye?”

“Macammana eh nak kalahkan musuh dengan mudah?”

“Dah kenapa tiba-tiba? Lelaki ke perempuan?”

“Mana-mana la.”

“Asalkan ada senjata, boleh je kau nak kalahkan sesiapa. Tapi kalau hand-to-hand combat, kau kena tahu weakpoint manusia. Ada kekuatan tu kira asas, tapi bagi aku, what matter ialah kau kena ada speed. Kena tangkas! Agile! Kau kena tahu pertahankan diri, baru boleh serang at full strength. Then, teknik atau maklumat tambahan tu kira markah ekstra nak kalahkan musuh kau dengan mudah.” Dengan senyum, Danny terus menjelaskan, dan Aqi tekun sekali mendengar.


PETANG. Danny tiada di rumah kerana mengganti shif Syl. Aqi lekas mengambil peluang, curi-curi keluar dari rumah dan pergi berjumpa dengan rivalnya itu.

Romi, Bad dan Sid hidup macam biasa, lepak-lepak sambil merokok di atas simen golong. Nak lepak di gelanggang bola keranjang lama, tak boleh sebab budak lelaki bermata hazel itu suka sangat berlatih bola keranjang di situ. Bila diugut supaya pergi, kepala mereka pula yang dibenam ke tanah dibuatnya. Sedar dengan kekuatan yang tidak setara, lalu mereka memilih tempat baru untuk dijadikan tempat lepak.

Romi menoleh. “Dia datang lagi.”

Aqi tersenyum, memasang lagak pendekar. “Hari ni aku akan kalahkan korang.”

“Ya… ya…” Brad mengorek telinga, “Kau dah cakap itu nak dekat sepuluh kali dah.”

“Kali ini tidak. Aku dah tau apa yang patut dibuat dulu.”

“Oh yeah…?” Sid meloncat bangun, mematahkan jemarinya, mengepal penumbuk dan menghampiri. Gadis yang dah berambut pendek itu menunggu di sana. Mereka berhadapan.

So, apa kau nak buat?” soal Sid. Aqi menghayun penumbuk dan dielak mudah. Sebagai balasan, muka Aqi ditampar. Mudah sekali.

“Aaargh…” Sakit pipinya, lalu diusap. Sid tersengih jahat.

“Tu sebab berani sangat.”

Buk!! Kaki Aqi pantas naik, menghentak anu si remaja lelaki itu. Terloncat remaja itu, menjerit kesakitan. Romi dan Brad yang sedang membentuk O dengan asap rokok, menoleh. Sid membongkok jatuh di tanah berbatu itu sambil memegang anunya. Mulut terbuka dek terlalu sakit atas penangan gadis itu.

Aqi memandang lelaki yang dah rebah itu rendah. “That is one down.” Belakang kepala Sid dipijak.

Romi dan Brad berpandangan lalu serentak bangun, mendekati Aqi yang tersengih menang di sana. Sid yang menderita dipandang sekilas.

“Apa kau dah buat?”

Bahu dijungkit. Dia menunduk, mencapai batu-batu di tanah lalu dibaling pada mereka. Lekas mereka mengelak walau ada juga yang terkena badan.

“Hoi! Main kotor!”

“Aku suka.” Aqi terus membaling. Mereka menderam marah lalu turut membaling. Lekas Aqi menarik Sid dan bertahan di belakang budak lelaki seusia dengannya itu. Sid menjerit sakit bila menjadi mangsa balingan batu teman-temannya. Romi dan Brad berhenti menyerang. Aqi lekas mengambil peluang, menolak tubuh Sid ke arah Romi dan Bad. Sebiji batu digenggam dalam tangan. Saat mereka menyambut tubuh Sid yang kesakitan dan ditolak ke tepi, Aqi menyerang laju.

“Hiaaaaarghh!!”


SWEET mother of barnacles… Aqi! Apa dah jadi?!” Menjerit terkejut lagi si abang bila Aqi pulang rumah dengan kepala berdarah dan luka-luka di seluruh badan. Lebam jangan cakap. Takda lagi ruang di tubuhnya nak membengkak. Minah itu tersengih dengan air mata yang meleleh menahan sakit.

“Haha… aku menang dowhfirst time aku menang haha…” Penumbuk kecil itu terketar-ketar diangkat. Batu yang masih dalam genggaman bagi mengeraskan penumbuknya terjatuh ke lantai. Merah batu itu dengan darah.

Orang dah la penat-penat balik kerja nakkan air minum… dia boleh muncul dengan muka berdarah begitu!! Darah Danny tersirap naik ke kepala. “Jangan ketawa bila kau cedera parah macam ni!” Nak mengamuk marah pun tak mampu sebab terlalu bingung! Lalu tubuh itu dipangku dan dibawa keluar rumah. Danny berlari pecut ke klinik cepat. Mujur baru terima gaji.

Aqi dikendongan memandang wajah kacak itu. Risau benar rupanya. “Danny… aku nak jadi kuat…” bisiknya dengan senyum nipis.

“Jadi kuat bila kau besar nanti! Menyusahkan betul!” marahnya, memandang muka comel berdarah itu. Apa dia yang budak ni fikirkan? Danny langsung tak faham.

“Aku nak jadi kuat…. Aku nak hidup ngan kau, aku nak jadi kuat supaya boleh tumbuk orang jahat…” Danny menunduk, melihat muka berdarah yang masih tersengih itu. “Danny… ajar aku jadi kuat….”

“Hish!”

________________________________________As salam peeps________

This is it for now. Those yang suka meminta-minta, thanks sebab korang la penyebab saya menaip balik. I was so indulge with cats and bina lemak kat rumah... -3-... 


For advance notice, Semoga menemui malam Lailatulqadar and Selamat Menyambut Syawal... ><.... siapa cakap Tahun Baru Cina perayaan Malaysia paling lama. Raya yang paling lama, sebab Syawal tempohnya sebulan harhar.

LOL.

K dah. Thanks for reading. Nanti sambung lagi. 

Previous: (9)
Next: (11)

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.