Home Novel Umum Ini Sebuah Cerita
(4)

“HEY Aqi.”

Dia datang lagi…. Rimas sesungguhnya sedang larut dalam urat darahnya sekarang, menyendatkan oksigen. Asyikin menarik nafas dalam sebelum menoleh. Senyum lebar yang bergayut di bibir lelaki tinggi itu dipandang kosong. Sejak dia dimasukkan dalam wad, dan sejak lelaki itu mengumumkan status dirinya sebagai adik angkat tak bertauliah, tak pernah dia gagal untuk datang melawat walau sehari. Nafas keras dihembuskan, membuang sedikit rimas. “Berapa ratus kali aku kena cakap nama aku ASYIKIN, bukan AQI, baru kau nak dengar?”

“Kau boleh simpan nama Asyikin kau tu bawak ke kubur kalau kau suka sangat. Aku tak kisah.” Sambil tersengih, kerusi ditarik ke sebelah katil. Duduk. “Ida cakap kau dah boleh dibawak balik hari ni, so, jom. Aku nak bawak kau balik rumah.”

Asyikin mengerutkan dahi. “Rumah sapa? Rumah kau yang buruk tu?”

Dahi pesakit itu dijentik kuat. Mengaduh Asyikin dibuatnya. “Buruk is unnecessary… tapi tu la rumah aku. Tempat nak berlindung dari panas dan hujan. Kat situ la kau akan membesar lepas ni.” Senyum.

Sambil menggosok dahi yang berdenyut, lelaki itu dikerling. “Kau betul-betul serius nak ambik aku jadi adik kau?”

“Kenapa?”

“Aku yang patut tanya kenapa!” jeritnya, mencerlangkan mata. “Kau tak kenal aku! Aku tak kenal kau! Aku tak datang jauh-jauh ni sebab nak jadi adik orang asing!! Aku tak lari dari rumah sebab nak susahkan anak teruna orang yang aku tak kenal!!” Pada setiap ayat, dia bersungguh-sungguh menjerit. Kulit yang cerah bertukar merah kerana emosi yang membara dan berbahang. Danny terdiam. Asyikin menarik nafas, sedalam-dalamnya. “Kau blah boleh tak?! Jangan pedulikkan aku!!”

Senyum masih tidak lekang dari bibir hitam si lelaki. Tubuhnya direndahkan, dan kedua belah siku ditongkatkan pada lutut. “Jangan macam tu. Kau sekarang ni dalam situasi yang memerlukan jagaan orang dewasa, tahu?”

“Haa??” Dengan darah yang masih bergolak menggelegak, Asyikin menjengil. “Aku tak peduli, kau sedar tak. Aku taknak peduli. Kau berlagak baik dengan orang yang salah. Kau ingat aku tak tau kau cuma nak pergunakan aku… kau bukannya sukakan aku… lepas habis niat baik kau hilang, kau akan rasa aku cuma satu beban!! Aku sekarang ni takda sapa-sapa. Takda mak ayah. Takda sedara. Takda duit. Aku cuma beban.” Naik sebak tiba-tiba. “Mana ada orang nak ambik anak orang lain dan jagakan sampai kahwin…”

Danny terpaku bila Asyikin melelehkan air mata. Gadis itu dibiarkan melayan perasaan. Air mata berusaha dikesat, dan muka dibenam ke lutut. Melepaskan tekanan yang berlebihan mungkin. Tubuh disandarkan kembali, mengerti budak ini sedang melalui usia memberontak.

“Ruby… kau nak bunuh dia kan?” soalnya, bernada perlahan.

Asyikin terkedu, lalu menoleh. “Mana kau tau pasal Ruby.”

“Kau yang cakap kat aku masa kau dah nak pengsan hari tu… yang kau akan terus hidup selagi kau tak bunuh dia…” bisiknya, membuatkan Asyikin memekam bibir. Terkedu dengan maklumat yang Danny ketahui, dan tak ingat bila masa dia terlepas cakap. Danny pula masih berkata-kata, “Aku suka your will power, dan aku boleh tolong kau bunuh dia kalau kau nak.”

Berubah sedikit riak Asyikin, lalu bibir dizip. Enggan bercakap. Sesungguhnya, Danny bukannya insan yang dia nak berbual lebih-lebih sekarang. Lelaki ini nampaknya lebih merbahaya dari yang terlihat pada mata.

Tersenyum lagi Danny dibuatnya. Taknak kongsi, takpa…. Tubuh kecil yang duduk memeluk kaki itu direnung redup. Kurusnya tubuh itu, dan penuh dengan balutan luka. Budak sekecil ini memang sepatutnya dijaga oleh orang dewasa… dibesarkan jadi manusia berguna… disekolahkan supaya pandai berfikir sendiri… dimarahi kalau berbuat silap… tumpang bahagia bila dah menemui pasangan hidup….

Pandangan mata beralih ke lantai, mengimbau kenangan yang hampir-hampir dilupakan. “Aku pernah ada adik perempuan… tapi dia dah meningal. Sebab tu aku fly ke negara ni, nak bina hidup baru.”

“Eh?” Asyikin terpaku, menoleh kembali.

Danny masih tersenyum tenang. “Dan sebab tu, aku takda mak ayah. Aku takda kakak abang. Aku takda adik. Aku takda saudara mara. Aku takda wife. Aku takda anak. Aku sebatang kara. Apa yang aku ada sekarang ialah kawan-kawan aku, rumah aku yang cantik tu, dan pekan ni untuk dijadikan tempat cari makan. Aku cuma nak tambah seorang manusia untuk variasi tanggungjawab untuk aku jaga. Aku nakkan famili… tak salah kan?”

Senyuman yang tenang itu direnung kaku. Asyikin terkebil-kebil, sedikit haru. Kepala ditundukkan lalu. “Aku masih tak dapat terima lelaki asing tiba-tiba nak jadi abang…”

You’ll get used to it.”

“Aku tak faham.”

“Kau akan biasakan diri dengan aku nanti. Asalkan kau bagi peluang kat diri kau sendiri untuk terima aku sebagai abang kau.”

Asyikin mengerutkan dahi, menjeling lagi. “Kenapa aku? Kan ada je budak-budak lain yang kau boleh culik dan jadikan sebagai adik kalau nak sangat famili.”

“Haram kau…. aku tahu la aku ni celake, tapi takde la sampai nak culik anak orang.”

“Tapi aku anak orang jugak.”

Danny terkebil seketika, lalu kepala dianggukkan. “Make sense. Kau lama sangat hidup kat tepi jalan sampai aku ingatkan kau memang takda rumah nak duduk. Kenapa kau taknak balik rumah kau, ne’way?” soalnya, memandang gadis itu dari perspektif berbeza kini.

Asyikin terdiam. “Aku mana ada rumah…”

“Kau lari dari rumah, kan.”

Senyap.

“Kenapa tipu polis hari tu?”

Senyap.

Danny merenung muka innocent itu. “Mak bapak kau mana? Tak carik kau?” Asyikin menjeling, membuatkan mereka bertentangan mata seketika. Idea baru menjenguk akal Danny.

Anak yang melarikan diri dari rumah, maka ibu bapa haruslah membuat laporan polis. Andai sesiapa menjumpainya, tentulah dibawa ke balai polis dan maka ibu bapa akan berjaya mendapatkan semula anak bodoh mereka yang lari dari rumah. Voila! Happy ending….

Danny menjuih. Budak kecik ni lebih bijak dari aku.

“Mak bapak aku dah mati.”

“Eh?” Terperanjat dia, menoleh. Asyikin menunduk dengan riak sedih. Nafas ditarik dalam sebelum memandang Danny pula. “Dah boleh diam sekarang?”

Danny mengerut dahi. “Tapi… kau lari dari rumah…”

“Aku tak lari dari rumah… sebab aku memang takda rumah dari awal lagi.”

“Macammana dengan makcik pakcik kau? Saudara mara sahabat handai yang terdekat?”

“Aku dah cakap, aku takda keluarga…”

“Datuk nenek kau..?”

“Takda! Dorang takda! Dah mati!!” Lantang sekali dia menjerit. Marah! Lelaki itu terperanjat lagi buat kesekian kali dek perubahan suara yang mendadak dan terlalu tiba-tiba. Sekali suara kecil nyaring ini naik… wohoo. Asyikin pula termengah. “Aku takda keluarga, takda datuk nenek, takda pakcik makcik. Faham? Jangan tanya lagi,” tegasnya.

Danny terkebil. “Lagi la the reason kenapa kau perlukan jagaan orang dewasa…”

Rahang terjatuh sedikit. Benar-benar rimas sudah. “Aku tak faham kenapa kau masih nakkan aku jadi ‘adik’ kau. Aku taknak duduk dengan orang asing kat rumah dia! Dan kalau kau nak sangat family, pergi lamar doktor tu dan buat sepuluh anak dengan dia! Anak-anak kau pun tanggungjawab kau jugak… dan jangan abaikan dorang!!”

Setiap jerit pekik sekadar didengar macam angin lalu. Danny merenung muka comel itu. “Berapa umur kau, budak?”

Pandangan tajam diberi bersama dengusan nafas panas. “Sebelas!”

“Terlalu bijak untuk seorang yang bawah umur.” Danny mempertikai, menggaru dagunya yang berkumis. Asyikin direnung atas bawah. Memang bawah umur. Kecik! Tingginya pun kalau diikutkan, sekadar mencapai dada Danny. Kalau sepenuhnya membesar nanti pun mungkin di bawah dagu… agaknya?

“Jadi kau lagi suka duduk kat tepi jalan dan curi makanan orang?” soalnya pula.

Terdiam terus lidah yang petah tadi. Bila dilirik mata insan yang menanti jawapan, Asyikin menjuih spontan. “Kau pun apa bezanya. Samseng masyarakat. Kau kurung aku sampai aku pengsan. Kau jugak yang sepak aku sampai aku separuh mati. Serba serbi tak berguna…”

Kening Danny terangkat sebelum tersengih. Memang budak ini lebih bijak dari yang disangka. Pandai melawan! Tubuh disandarkan dan duduknya direndahkan, bersenang lenang. “At least aku tak bunuh orang, mind that. To be frank, kau dalam bahaya sekarang…. Kewujudan kau dalam pekan ni sedikit sebanyak menyusahkan bisnes kitorang sebab polis mula banyak berlegar nak pantau budak macam kau. Kitorang… dah tak bebas sangat macam dulu…” ujarnya sambil berteleku pada lantai. “Boleh jadi akan ada arahan yang suruh kau dibunuh.”

Bibir yang nipis spontan tersenyum comel. Manis sekali. “Aha? Kalau macam tu… terima kasih banyak-banyak… sebab kisah dengan aku…. Dan aku belajar sesuatu yang sangat penting dari maklumat tu… iaitu kau bukan manusia yang aku patut buat kenalan!! Apatah lagi abang!! BLAH!!!” Mengamuk!!

Tertegun Danny menerima letupan emosi yang tiba-tiba itu. Budak ni nampaknya bukan saja panas baran, tapi juga mengalami masalah obsessive compulsive disorder (OCD). Itu kemungkinan yang sangat tinggi, dan satu-satunya jawapan yang boleh menjelaskan cetusan kemarahan yang berkali-kali sejak mereka berbual sepuluh minit tadi. Keluh dilepaskan kemudian. “Finefine…” Lutut ditekan dan dia bangkit. “At least bagi aku ceritakan satu cerita yang aku pernah tengok dulu.”

Asyikin meraup mukanya kasar sambil mengeluh berat. “Cepat la blaaaahh…” deramnya.

Tersenyum kecil si lelaki. “Grave of the Fireflies. Pernah dengar?” soalnya, membuatkan mata hitam si budak menjeling padanya. Tiada jawapan dari yang berkenaan, dan Danny melanjutkan cerita. “One of the mostpowerfulwar filmev-ver! Terbitan Studio Ghibli. Kubur si kunang-kunang, dalam bahasa melayunya. Hell punya tear-jerker… heheh.” Senyum puas terlukis pada wajah yang sedang hanyut mengingati dan menghayati filem yang pernah ditonton.

Senyap.

“Cerita tu pasal dua beradik… err… seting masa tu ialah a little after perang dunia kedua. Si abang dengan adik perempuan… aku tak ingat nama abang dia tapi adik dia bernama Setsuko… dorang anak yatim piatu. Wellto sum it up, mula-mula dorang tinggal dengan makcik dorang… yang lepas tu bencikan dorang especially bila kesempitan makanan. Lepas dorang keluar dari rumah tu… si abang mencuri sebab nak cari makan. Sampai ke pukul… kena belasah….” Anak mata dijuling ke langit, membayangkan kembali animasi itu dalam kepala.

“Adik dia si Setsuko, enam tahun. Ditemui pengsan masa abang dia baru balik rumah. Hidup lagi, tapi kehausan… dan cirit birit pada masa yang sama. Abang dia angkut ke doktor, tapi doktor tak bagi ubat pun. Cuma disuruh makan.”

Aqi mengerling, mula memberi perhatian.

“Tapi, dua-dua mati at the end of the story.” Kening diangkat tinggi dan mata turut dibulatkan. “Setsuko yang mati dulu dari abang dia.”

Anak gadis itu mendiam. “Sedih…”

Danny terpaku bila mendapat respon memberansangkan. Suka. “Dorang mati kelaparan. Or should I say it malnutrition. Sama macam kau hari tu. Tapi in that story, takda orang dewasa yang jaga dorang. Even doktor. That’s the harsh reality of lifelepasperang, dan kau sebenarnya lebih bertuah dari filem animasi Jepun. Either kau nak pilih jalan susah hidup sengsorang kat tepi jalan… atau kau pergi ketuk pintu rumah aku dan mintak izin tinggal dengan aku.” Senyum. “Kau tau rumah aku kat mana, Setsuko. Reti-reti nak datang sendiri. Abang yang penyayang akan sentiasa memaafkan adiknya yang tengah melalui rebellious age.” Mata dikenyit sebelah.

Asyikin mendengus. Nipis sekali. “Blah la…”

“Ya… ya…” Tangan kanan diangkat, melambai ringan sebelum melangkah pergi.


“BAT!”

“Hm?”

“Tengok…” Jen menunjukkan baju yang dipamer di dalam butik itu. Batrisya mendongak dari cangkungnya. Sepasang mata bening itu jatuh pada mannequin yang dipamer untuk tontonan umum, juga pada gaun malam hitam yang berkelip-kelip dengan labuci kecil. Langsing. Memang cantik.

So?” Dengan riak sekaku patung, dia bertanya kembali.

“Cantik la wei…” Rakannya itu tersengih. Gadis bertopi itu mengerut dahi, lalu berdiri. Gaun malam yang dipamerkan pada mannequin langsing direnung atas bawah.

Well, you see. Abang aku selalu cakap baju macam ni menyusahkan. Nak cuci dia satu hal, nak pakai satu hal, nak iron lagi satu hal, nanti pakai pastu kena ganggu lelaki satu hal…”

Jen menoleh malas. “Abang kau dah blah kan? Jangan bercakap pasal dia boleh tak? Buat aku sakit hati je,” jelingnya menyampah.

Batrisya menoleh, tersengih. “Naper? Sebab dia simbah kau ngan cat minyak?”

Jen mencemik, kembali memandang dress itu. “Bukan… dia kantoikan surat cinta aku kat Mr. Bakhtiar…” Teringat muka PK1 mereka itu.

“Oh? I didn’t know that.” Batrisya mengangkat kening. Wajah abangnya yang melanjutkan pelajaran di Florida terbayang. Dah dua bulan abangnya itu terbang ke sana untuk melanjutkan pelajaran. Rindu juga. Entah apa khabar dia. Jangan terkena kejutan budaya mahupun kejutkan budaya rakyat di sana dengan cara dia, sudah.

Jen menghirup pop icenya dengan mata yang masih tidak lepas merenung dress yang menarik hatinya itu. Cat minyak…. Otak teringat sesuatu lalu adik perempuan Farid dipandang dengan mata bulat. “Farid yang simbah cat minyak kat aku dulu?!!” Terjerit dia.

Batrisya menoleh terkejut. Terkelip dia sebelum ketawa. “Slow! Hahaha!!”

Jenny nganga sebelum menyumpah-nyumpah geram, dan Batrisya ketawa saja.

Betul-betul di seberang jalan, Danny dan Sam bersandar lepak di luar kedai, dengan mata keduanya ditala pada dua gadis remaja itu. Masing - masing merenung dengan fikiran milik akal masing – masing.

“Memang bagus jadi muda,” bisik Danny, teringat pada Asyikin. Macammana kalau budak perempuan itu ketawa gembira macam mereka di sana. Nampak ceria dan langsung tidak memiliki masalah dunia. Ketawa perempuan sesungguhnya memiliki aura yang mampu menceriakan dunia, dan mampu mengajak bibir Danny melakar senyuman kecil. Sam mengangguk kemudian.

“Dah agak lama aku tak dapat yang fresh.

“Hm?” Danny menoleh. Perasan mata rakannya itu merenung sesuatu, tengok lagi pada dua gadis di hadapan. Shoot… Danny tersengih. Tahu apa yang bermain di kepala Sam. “Yang mana?”

“Yang merah.”

Danny mengangkat kening, memandang yang merah. Pada Jen. Tidak dinafikan gadis itu lebih seksi berbanding rakannya yang bertopi itu. Malah lebih cantik dengan bahan solekan di wajah. Mata ditala pula pada Batrisya. Gaya pakaian menunjukkan gadis itu seorang yang sempoi. Santai. Kelelakian, tetapi nada ketawanya masih terkawal ditutup tangan. Bibir tersenyum di bawah sedar.

“Comel.”

“Hey! Dia aku punya!” Sam menoleh deras. Pantang kalau mangsanya ditarik orang lain.

Danny menjeling. “Siapa menang, dia la yang dapat.”

“Celake kau. Sejak bila kau reti nak rebut dengan aku bab-bab perempuan ni?”

Danny tergelak perlahan. Sam, bila bab perempuan, memang cepat melatah. Pedulikan minat si kawan pada awek yang baru ditemui, dia bangkit dari sandaran. “Dah la kau.” Kepala Sam ditolak perlahan. “Jom blah. John tengah tunggu, kan.”

Sam memandangnya keberatan. “Wei… at least bagi aku bagi nama aku kat lengloi tu kejap…”

“Kau boleh buat nanti.”

“Kau cakap senang la. Tengok tu. Aku belum blah, dah ada mamat lain yang nak cucuk jarum.” Sam memuncung ke seberang jalan, ke arah kumpulan lelaki yang berada di bawah bumbung bangunan kedai yang sama dengan Bat dan Jen.

Danny menoleh. Kumpulan lelaki tiga orang itu nyata berminat dengan awek-awek yang sama yang Sam targetkan. Memikirkan tiga orang ‘Sam’ menginginkan dua gadis lemah, Danny melintasi jalan tanpa sempat berfikir panjang. Anak mata menjeling pemuda-pemuda itu. Salah seorang antara mereka mula membuka langkah arjuna, melangkah mendekati.

Dia tiba di depan Batrisya, lalu penumbuk dilepaskan di atas kepala gadis itu. Terperanjat kedua-duanya. Langkah anak muda tadi turut termati. Anak mata Danny mengerling tajam ke arah tiga pemuda itu, memberi amaran supaya jangan dekat. Mereka terkaku, nyata memahami bicara senyap tanpa suara. Masing-masing berpandangan, sebelum melarikan diri lekas tanpa berfikir panjang. Lebih baik pergi dari bertemu penumbuk tak bersalam.

“We-weh… kau dah kenapa…”

Batrisya yang bersuara, dipandang. “Korang tak sepatutnya datang sini. Sini banyak wolves.”

Wolves?” Jen mengerut dahi.

“Kenapa kau nak menyibuk, ne’way?” Batrisya berpeluk tubuh, hairan dan sedikit angin kerana tiba-tiba diganggu. “Bukan ke kau sendiri pun salah seorang dari pack of wolves tu?”

Danny menarik semula tangannya. “Save it. Aku tak buat sebab aku nak. There’s this bastard yang buat aku buat charity percuma kat ladies… ergh. Dan aku sendiri ada adik perempuan yang buat aku sakit hati bila fikir dia diganggu macam korang.”

“Wha… what? Mana ada kitorang diganggu!” bantah Batrisya kuat sambil mencekak pinggang. “The one and only person yang tengah ganggu kitorang sekarang ialah kau! What is this? Method baru dalam kalangan generasi baru to hit on cute girls?”

Tersenyum Danny mendengarnya. “Roll credit.”

Ternganga lagi Batrisya, kurang mengerti. Jen yang mendiam dari tadi, dipandang, dan nyata kawannya itu tidak mampu nak memberi apa-apa komen. Langkah lelaki asing itu direnung hinggalah dia bertemu dengan seorang lagi lelaki di sana.

Sam berpeluk tubuh. “Kau berlagak macam tak berminat dengan perempuan, tapi kau berani nak rampas target aku?”

“Hey… aku bagi nama kau kat dorang tadi kut…!!” Leher Sam ditarik dan kepala rakannya diluku kuat. “Sameon. Mamat paling macho dalam Melihah Hilir. Kalau nak syok sepanjang malam, contact number 01X-XXXXXXX. Heheh.”

Previous: (3)
Next: (5)

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.