Home Novel Umum Ini Sebuah Cerita
(6)

“KENAPA sebenarnya kau join kumpulan bawah tanah tu, Danny?” Aqi bertanya pada suatu hari.

“Sebab aku suka kerja yang boleh pecahkan tengkorak orang.”

“Cakap betul la weh!!” Naik angin.

“Aku cakap betul la… hahaha. Bila aku join geng tu, aku boleh crack skull and dapat duit lebih sebagai ganjaran. Kerja ni fit me perfectly!” Aqi memuncungkan mulut, tidak berpuas hati. Danny pula masih memandang wajah si adik angkat dengan senyum. “Kalau tak, kau takkan dapat makan gini setiap hari begini…” Makanan yang banyak dan penuh variasi di atas meja ditunjukkan. Nasi, ayam, daging, ikan, sayur-sayuran, buah-buahan, penuh set!

Well… yeah… tapi… bila aku fikir aku makan benda sedap sedangkan ada budak kat luar yang sana tengah nangis sebab bapak dia masuk hospital sebab dibelasah kau…” Tembikai diletakkan semula ke meja. “Aku rasa macam nak muntah dengan rezeki gini…”

Terdetik hati Danny dibuatnya. “Kau jangan complain, boleh tak? Makan je apa yang aku bagi.”

Keluh terhembus, lalu tubuh disandarkan. “Aku dah kenyang sebenarnya.” Perut digosok. “Tapi kan Danny, aku tak kisah kau nak buat jahat, tapi tak boleh ke kau buat jahat untuk diri kau sendiri? Buat kerja jahat yang tak perlu nak susahkan orang lain?”

“Kau kenapa ni sebenarnya? Tak habis-habis nak merungut…”

“Sebab bapak aku mati dibunuh orang.” Danny ditenung tajam. Lelaki itu termati kata. “Bila tengok reaksi kau, mungkin pembunuh bapak aku tu pun tengah gembira-gembira makan dengan duit haram dia… dan tak sekali pun fikir pasal keluarga orang yang dia bunuh…” Rendah sekali nada suara itu, sebal dan sesal. Anak mata dilarikan ke dinding kemudian, enggan melihat Danny.

Lelaki itu membisu terus. Tembikai dah tak mampu menarik seleranya lagi, lalu diletakkan di atas meja. “Aku belum bunuh orang lagi… belum lagi…”

“Pun kau masih belasah bapak budak sampai separuh mati, kan?”

Diam. Hilang mood nak bersuara.

Aqi menjeling. “Apa kata kau jadi polis je, Danny?”

“Hm? Polis? Kenapa tiba-tiba?”

“Ya la… patrolling, halang budak-budak bergaduh dan mengganggu ketenteraman awam…” Wajah abang angkat yang dah sah itu direnung. “Kau masih boleh crack skull dibawah nama keadilan, pun kau masih dapat duit halal…”

Mereka berpandangan.

“Aku tak pasti kalau Xian benarkan…”

“Kalau kau tak bagitau, dorang takkan tahu.”

Lelaki berkulit cerah itu terkelip sekali dua. Otak mula memikir. “Pun aku baru je dapat kerakyatan Malaysia. Dah boleh apply jadi polis ke?”

Gigi yang mengunyah tembikai, menggigit lidah sendiri. Aqi mengaduh sakit! Tangan mengipas-kipas lidah yang dijelir keluar. Danny memandang pelik, sementara Aqi menjeling bersama air mata. “Apa maksud kau… baru dapat kerakyatan Malaysia…? Kau bukan orang sini dari awal lagi??”

Diam.

Aqi memicing, merenung lelaki itu. Muka Danny pun bukannya melayu sangat… sebab kulitnya cerah. Tingginya melepasi ketinggian standard lelaki melayu. Tapi bukannya tiada orang melayu lain yang tiada ciri-ciri ini.

“Kau siapa sebenarnya?” Aqi menyoal, penuh dengan ingin tahu.

“Adik Jericho Rosales.”

“Oooh… sapa tu?”

“Putera Dubai. Hujung sikit kat selatan Abu Dhabi, tapi berdekatan dengan Piramid yang ketiga.” Lancar sekali mencipta peta dunia yang baru.

“Wohoo…!! Kau rakyat Abu Dabbab… er… Dubai?!” Bersinar mata bulat itu, bulat-bulat percaya. Danny terdiam lagi lalu tertawa kecil. Kecil sekali. Perlahan. Memanjang. Dan meletup ketawanya dihujung!

Aqi memekam bibir, terperanjat dan hairan. Danny pula tergolek sekali dua di lantai yang sempit itu. Dahi terhentak kaki kerusi, barulah ketawanya diperlahan.

“Adohai… hahahahaha… hahaha… heheh. Aqi.” Si adik dipandang dengan sengih lebar. “Jangan keluar dari rumah aku, okay? Jangan buatkan aku hidup sengsorang lagi, heheh.”


MINGGU yang sama, rakan-rakan Danny datang melawat. Lelaki itu mencerun di muka pintu, manakala Don dan Sam buat muka tak bersalah. Danny ditolak ke tepi, pintu dibuka luas dan mereka menapak masuk.

Danny menoleh. “So… boleh cakap apa yang korang nak cakap sampai lepak kat sini?” Kat rumah indah aku ni? Pintu ditutup.

Don merenung ruang rumah bersama ketawa kecil. “Aku jarang jumpa kau dah sekarang, so aku ingat nak lepak minum sama-sama, but what the hell…” Rumah ini, walaupun kecil dan sempit sebab rumah setinggan, tapi… kemas. Don sengih lagi. “Kau ambik adik angkat atau… bini angkat?”

“Mulut… mulut…” Danny menderam. Don masih dengan sengih selamba manakala Sam tertoleh-toleh.

“Mana adik kau Danny?”

“Hm? Sekolah.”

Terperanjat keduanya. “Sekolah?! Kau yang hantar?!”

Dorks, aku kan abang!”

Sam menutup mulut lalu. Baru nampak tahap serius Danny yang menganggap diri sendiri sebagai ahli keluarga budak jalanan itu berada di paras mana. Punggung dilabuh pada kerusi kayu tanpa kusyen itu, manakala Don menentang rakan mereka itu dengan riak serius.

“Aku tak sangka kau sanggup bertindak sampai sejauh tu… heh. Serius, Tuhan memang wujud, eh??”

Nada suara itu kedengaran sarkastik. Danny mencerun, kurang senang. Don lekas mengangkat tangannya, mengaku bersalah. Sam tertoleh-toleh, perasan bara api yang semakin membahang antara keduanya.

I’m an abang and it’s normal for an abang schooling his little sister…”

You’ve change into a completely different person, Danny Van Humphrey…”

Telunjuk diangkat laju, lurus ke muka Don. Cukup tegang riaknya dengan marah yang meruap ruap tertahan di dada. “That name never exist,” deramnya. Benar-benar serius. Kisah silamnya takkan diulang dan jangan berani diulang. Pantang! Don mengangkat tangannya lagi, meminta maaf lagi.

Sorry. Aku cuma terkejut. Kau berubah 180°… 270°” balasnya perlahan. “Kau masih Danny yang aku kenal, kan?”

Danny menghempas nafas, merenung kedua-dua rakannya. “As far as you concern.” Marah yang nak bertamu di hati cuba diusir. “Selagi aku masih ahli Xian, selagi itu aku ahli Xian dan bekerjasama dengan korang… dengan baik…. Adik aku takkan buat aku berubah atau… whatever.” Don ditenung. Rakannya ini yang perlu diberi perhatian sepenuhnya. “You have my word.

Kau dah pun berubah, Danny.

Don tersengih, “Right.

Mereka terdiam. Awkward silence. Masing-masing tiada idea nak menyambung cerita. Sam menjilat bibir yang terasa kering dek disejat aura panas yang keluar dari kedua-dua lelaki itu. “So can I have some brandy?”

“Ya. Aku pun nak minum ni…” Don menoleh. Nafsu nak meneguk air setan itu menendang-nendang rasanya.

Danny lalu menayang gigi. Belakang kepala digosok bersama rasa bersalah yang sedikit. “Sorry. Tapi aku tak minum lagi dah. Aku seorang islam sekarang.”

Kali ini betul punya terkejut! Sam jatuh rahang hingga gagal ditutup mulut itu seketika. Don pula terpejam kelip. “Se-sejak bila??”

Danny menggaru pipi. “Sejak aku tau Aqi tu islam. Tak pernah tahu pun sebab budak tu tak sembahyang macam yang dorang sepatutnya buat. Tapi sekali tu dia tanya, kau tak pergi sembahyang jumaat ke Danny? Berdosa! Keh, berlagak macam dia sendiri buat.” Muka menyampah dipasang buat tatapan rakan-rakannya, namun kedua-dua lelaki itu terlalu terkejut nak bereaksi lebih.


DANNY Abdullah.

Pertama kali merasa diri beragama, bukannya mudah, lagi-lagi nak beragama islam. Terlalu banyak restriction. Banyak sekatan. Banyak undang-undang. Cukup spesifik guideline kepada umatnya! Terma ‘baik’ baginya pun ‘tidak cukup baik’ selagi tidak mengikut tetapan yang dah ditunjukkan syarak.

Setelah hidup dengan kehidupan yang sangat bebas dan tidak terhad terhadap apa-apa, nak berhenti dari meneguk Brandy atau Sherry… nak berhenti dari tidur dengan mana-mana perempuan yang dia nak, berhenti mengugut doktor Rohaida, nak kena start bersolat atau memberi salam atau…. Susah!

Pendek kata, bukannya mudah macam makan keropok.

Dia mula bersungguh nak mendalami agama itu sedikit demi sedikit semenjak Asyikin bersetuju menjadi Aqi.

Hampir setiap hari dia berdiri dan merenung kedai yang menjual sejadah dan al-quran dari seberang jalan. Lepak di tepi masjid dan mendengar azan. Sekali sekala melangkah masuk terutama bila imam, makmum-makmum mahupun bilal mengajak masuk. Minum berton-ton kopi hitam kaw bila nafsu nak minum arak menyerang. Membuang dan membakar rokok-rokoknya dan koleksi majalah pornonya. Perubahan yang sangat drastik.

Itu permulaan bagi Danny, drastik berubah dan membuang segala perkara yang nyata tak menyihatkan dari segi agama dan moral dan kesihatan… namun, hakikatnya dia masih seorang ahli kumpulan bawah tanah.

Masih seorang samseng dan parasit masyarakat.


“AKU dengar dari Sam,” John menoleh. Danny sama menoleh, membalas pandang rakannya itu. “Kau masuk islam.”

“Ya.” Terang-terang mengaku. Sesungguhnya, dia langsung tiada niat nak menyembunyikan dari awal lagi. Cuma terkantoi setelah Don dan Sam mengambil tahu. John dikerling. “Takda masalah kan?”

“Terus terang, Xian tergejut gila…” balas John perlahan, kembali merenung kehidupan penduduk di tepi jalan. “Harap kerja kau tak terganggu la.”

“Pasal tu kau jangan risau…” Danny senyum saja, mengorek telinganya. “Aku masih Danny…”

Dan John menguntum senyum. Tangan diseluk di dalam kot bajunya. “So… kalau kau tak kisah…” Tangan rakannya itu ditarik, dan Glock diletakkan di atas telapak tangan itu. Mata Danny membulat besar.

“Hoi…” Terketar tangannya menyambut senjata membunuh itu. Aku belum masuk level kau nak tembak nyawa lagi, John…!!

John menjungkit bahu. “Bos suruh aku bagi…”

Danny mengerut dahi, keliru. Lekas senjata api itu disembunyikan di sebalik baju dan dari pandangan awam. “Kenapa tiba-tiba?” bisiknya deras, sedikit kalut.

John menjeling. Sejak dilaporkan isu Danny yang mengambil adik angkat, bos mereka yang dalam bayang itu tidak memberi komen apa-apa. Cuma sekadar amaran dan arahan, tetapi bila dilaporkan Danny memeluk agama islam, pistol terus diserahkan pada John untuk disampaikan pada Danny, bersama kata-kata yang sukar untuk John sampaikan.

“Bos suruh take your time… untuk belajar tembak nyawa… budak kecik.”

Danny terpaku.

Previous: (5)
Next: (7)

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.