Home Novel Umum Ini Sebuah Cerita
(5)

MALAM menjelang dan Asyikin kelaparan. Berbunyi perutnya menandakan udara sedang dimampatkan tanpa makanan di perut. Perit seh…. Gadis itu mendesis, duduk di tepi jalan. Sekadar untuk membuang masa dan memerhati kereta yang simpang siur mewarnakan pekan dengan lampu merah dan kuning. Perut dah terasa menyentuh tulang belakangnya. Masa kelaparan dan kesusahan beginilah baru dia teringat pada kebaikan dan tawaran yang Danny hulurkan.

Nafas panjang spontan terhembus. “Keluar dari kepala aku. Aku tak perlukan simpati.”

Itu bukan sesuatu bagi seorang budak perempuan sebelas tahun yang lari dari rumah dan masih kena dijaga orang dewasa kena cakap.

Asyikin memuncung, merehat dagu di atas lutut. Perut berbunyi lagi. “Aku lapar….” Rengekannya pada diri sendiri kedengaran penat seperti kucing yang dah penat meminta tulang ikan.

“Hey, Setsuko…” Roti Gardenier dihentak di atas kepala sebelum terapung di depan muka. “Nah.”

Gadis itu mengerut dahi, menoleh pada Danny yang berdiri di sebelahnya. Sedang tersengih-sengih busuk. Bila masa…? “Kau?”

Danny mengambil tempat duduk di sebelah Asyikin. “Kau lapar kan? Ambik la. Aku taknak bertanggungjawab dengan Setsuko yang lagi satu mati kat pekan ni.”

Budak berambut panjang lepas bebas itu kaku sekejap sebelum menyambut lambat. “Nama aku Asyikin. Aku tak faham betul kenapa kau suka sangat panggil aku dengan nama yang bukan nama aku.”

“Hurm… aku lagi suka nama Aqi.” Senyum.

Argh… “Macammana kau jumpa aku kat sini?” soalnya kemudian, pedulikan isu namanya yang tak mungkin dapat diselesaikan dengan mudah itu.

“Hm…?” Roti Gardeniernya dikoyak plastiknya dan terus dimasukkan ke dalam mulut. “Siapa yang tak perasan budak busuk dengan baju yang sama sejak dua hari lepas. Kau tak mandi lagi huh?”

Dahi berlapis, lalu hidung dibawa ke bawah ketiak. “Berbanding bau badan kau, aku rasa aku punya masih boleh dimaafkan. Kau dah mandi, tapi bau badan lagi teruk dari aku. Apa ni, weh.”

“Bertuah.” Kepala itu diluku perlahan. Asyikin menolak tangan Danny perlahan, dan wajah kacak iu direnung tajam.

“Cakap betul la weh. Kau stalk aku ke apa ni… sampai tau aku tak mandi dua hari.”

“Hahah! Tau ngaku. Pekan ni kecik macam tahik hidung, Aqi. Bila-bila masa aku boleh jumpa kau walaupun tak hingin.” Gardenier dikunyah lagi sambil mata ditala pada seberang jalan. “Dan selalunya, waktu ni banyak budak liar yang suka show off… macam tu.” Mulut dijuih pada remaja lelaki liar yang membuat bising dan mengganggu orang awam. Kening budak itu terangkat lagi, “Aku punya kerja hadkan ke-liar-an diorang….”

“Macammana?”

“Hm… So they won’t act all high and mighty, force is the only option.

Asyikin menoleh. “Aku tak faham sangat English…” Respek betul dengan samseng jalanan ni. Straight A UPSR ke apa?

Danny menoleh, tersengih. “Kau kena baca banyak Reader’s Digest. Buku tu bagus kalau nak tingkatkan bahasa English.” Gigit Gardenier lagi. “Kalau kau duk merayau-rayau gini, nanti kau terlepas sekolah. Pendidikan tu penting, tahu. Aku kena carik duit lebih nak sekolahkan kau lepas ni…” Langit malam dipandang, mencari lubuk mana dia nak cari rezeki lebih.

Asyikin menjungkit kening, kurang gemar apa yang didengari. Disekolahkan… dan dinasihatkan untuk bersekolah oleh samseng keparat begini? Memang tak la kan. “Takleh blah la kau ni.” Asyikin tertawa nipis. Danny menoleh pelik, manakala Asyikin mula membuka plastik Gardenie di tangan. “Kau nampak macam orang pandai. Kenapa kau tak carik kerja yang bagus sikit?”

“Tak. Aku bukan orang pandai,” sahut Danny. “Aku tak pernah masuk sekolah pun, sebab tu aku sedih budak macam kau tak masuk sekolah sedangkan kau patut pergi.”

“Haa?? Tolong la jangan mengada. English kau terror kut.”

“Sebab English second language aku. Aku dah guna dari kecik… satu family pakai. Nak-nak, tahu la jugak sepatah dua.”

“Sepatah dua. Haha.” Mata dijuling ke langit. Roti mula dimakan. “Untungla… tak sekolah pun masih pandai…”

Remaja liar di seberang jalan sana dah mula nak panas, nak bergaduh. Penumbuk masing-masing dah angkat dan sesi tolak menolak badan dan suara melangit berbahasa lancang pun sudah kedengaran. Danny memicing. Kepala Asyikin diramasnya.

“Tunggu sini,” dan dia berlalu bagi menghentikan pergaduhan yang dah nak bermula. Gadis itu memerhati saja. Bila mereka marah-marah pada Danny, penumbuk lelaki itu dah naik terlebih dahulu.

Hah. Sapa bos?

Cepat aje Danny menyelesaikan tugasnya. Memang cukup hebat samseng itu dalam bab berkelahi. Asyikin tersenyum nipis - smirk. Ketangkasan dan stamina begitu bukannya boleh datang sendiri ketika lahir, melainkan sudah dilakukan beribu kali sepanjang lelaki itu hidup. Mungkin boleh kalau nak klasifikasikan sebagai seorang veteran sudah. Ganas. Brutal. Penyelesaian dengan buku lima tidak elok diamalkan, kecuali bila berurusan dengan budak-budak muscle-brain macam tu. Itu yang dia belajar dalam kejiranan liar ini.


100 Plus diteguk. Waaah. Fresh rasanya. Bibir mengukir sengih lebar, puas dengan rasa nyaman itu. Danny senang hati melihat sengih yang pertama kali dilihat di wajah comel itu.

“Wha…? Suka benar kau dapat minum air tu…” usiknya. Asyikin menjeling. “Dari kekasih kau kan?”

“Sapa?” Mata menjengil. Danny tersengih.

“Kenalkan kat abang kau ni nanti, sapa dia.”

Asyikin menjeling tajam, tak layan usikan itu. “Bila baru kau nak stop mintak aku jadi adik kau.”

“Bila kau sudi jadi adik aku.”

Menoleh si kecil dibuatnya, keliru dengan ayat yang berpusing-pusing. “Naper tak kahwin je?”

“Takda yang nak.”

Air yang baru masuk dalam mulut terhembus keluar. Ketawa. Danny terperanjat, terloncat ke belakang.

“Apa kau ni, wei…”

Telunjuk Aqi ditunjuk tepat ke muka Danny. “Muka handsomehandsome lapuk tak laku! Ghahahahahaha!!!” Ketawa lagi. Lawak rasanya. Lelaki itu mendesis, menyapu baju yang kotor dengan 100 Plus. Gadis itu dipandang, sebelum tersenyum nipis. Terjangkit dengan ketawa itu.

“Kau comel bila gelak.” Sengih. “Kau patut gelak selalu. Boleh awet muda, boleh pikat jejaka. Yang kat tepi jalan ataupun yang kat luar Seven E.” Botol ditunggang naik. Asyikin pula mendiam. Pandangan dialihkan, pada langit malam di luar tingkap. Apa… akan jadi lepas ni?

So… err… erm. Malam malam malam malam…”

Danny menjeling bersama senyum. “Nak ikut aku balik rumah eh?”

“Wha? Mana ada aku cakap aku nak ikut kau!!”

“Hahah. You don’t know much about honesty, didn’t you? Fine. Kau tidur bawah jambatan malam ni.”

Asyikin terdiam lagi, bersama muncung kali ini. Danny pula merenung gadis kecil itu. Kening terjungkit-jungkit, meminta ayat yang nak didengari itu disebut cepat.

Keluh terlepas spontan. “Okay… aku pun sebenarnya dah putus asa nak demand-demand masa aku keluar rumah. Aku akan benarkan kau jaga aku.”

Danny ternganga seketika. Terpejam kelip bila diberi kata-kata yang kedengaran… bongkak. “Did you really just say that??”

Asyikin mengangkat hidung. “The answer is no.”

Hah. “Kau pernah dengar cakap kau sendiri tak? Semuanya contradict,” ujar geram. “And for the record, aku personally rasa personaliti kau bermasalah.” Dahi gadis itu ditolak. “Through and through.” Lagi dan lagi.

Asyikin buat selamba sebelum tersengih nipis. “Jom. Balik.”

Previous: (4)
Next: (6)

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.