Home Novel Umum Ini Sebuah Cerita
: Danny & Bat (1)

TELINGA yang masih memerah dibiarkan berdenyut. Danny mendengus rendah, menunggu di luar kedai runcit. Lamanya lah pun…. Kepala terdongak ke langit dan sendi leher dipatah-patahkan. Berbunyi. Sedap rasanya. Langkah dibina ke dalam kedai runcit, antara mencari kedua-dua hawa dan nak membeli coke.

Hingga sengal di telinga pulih sendiri, barulah Aqi memuncul dari klinik. Danny terkejut, tertoleh-toleh pintu klinik dan kedai runcit.

“Kau dari situ rupanya??” Punya la aku berpanas kat luar ni tunggu engkau!

“Ha’ah… kakak tu suruh aku tukar spender aku terus. Aku tukar dalam tu.” Muka keliru Danny direnung. “Dalam tandas.”

“Oooh…” Plastik putih di tangan Aqi dipandang. “Tu apa pulak?”

“Kakak tu belikan…” Plastik berisi pad itu dihulurkan. “Dia beli banyak sekaligus. Tengah promo katanya.”

“Okay…” Tiada ayat yang boleh dituturkan kerana sememangnya dia tidak tahu menahu tentang hal ini. “Awek tu mana?”

Aqi menghulurkan tangan. Danny terkebil, melihat nombor telefon di telapak tangan kecil itu. “Aku dah mintak nombor telefon dia untuk kau.”

“Laju je engkau!”

“Doktor Ida yang bagi. Katanya kalau kau bodoh sangat setiap bulan, boleh contact akak tu nak buat rujukan. Jangan kacau doktor lagi, katanya.”

Danny menahan sengal. “Ah, pedulik hape aku. Dia ada kat dalam, kan?” Aqi ditinggalkan dan Danny menapak masuk semula. Pintu bilik doktor Ida dimasuki tanpa salam sekali lagi, membuatkan kedua-dua wanita itu menoleh terkejut.

For god’s sake, apa lagi Danny…?” Doktor Ida mengeluh keras.

Pedulikan si doktor, Batrisya yang duduk di depan doktor wanita itu direnung. “Berapa duit kau pakai belikan Aqi bende tadi tu?”

“Bende tadi… aku tak ingat.”

Roughly?”

“Sepuluh pun boleh la.”

Danny menyeluk poket jeans. Kosong. Membesar matanya, memandang wajah cantik itu. Semua poket di badan lalu diraba. Kempis semuanya. Bapak malu…. Lagi-lagi bila si doktor mula tergelak menyindir.

“Aku dah bagi nombor dia kat Aqi. Kau berhutang la dengan dia kejap ni dulu.”

“Ah, kecoh la kau!” Sentapnya. Makin besar gelak wanita bertudung itu dibuatnya. Batrisya pula tersenyum nipis.

“Takpe la…”

Danny menghela nafas panas. “My wallet tertinggal kat rumah. Kau lama lagi kan, kat sini?”

“Ha’ah. Dia tengah tunggu result darah. Tapi takde la lama mana pun.” Doktor Ida menyampuk. Danny menoleh, mengangguk.

“Aku akan datang balik lepas ni. Kau. Tunggu.” Telunjuk ditala pada Batrisya sebelum diturunkan telunjuk itu dituding ke lantai, tanda jangan ke mana-mana selain sini.

Gadis itu terpaku. Setelah Danny pergi, doktor Ida masih dengan ketawa kecil.

“Err… sapa tadi tu…?” soalnya.

A nobody,” balas doktor itu perlahan. “Dia takda famili, kerja separuh mati… tapi angkat budak yatim untuk dijaga. He has big heart, at least.” Senyum.

Batrisya terkebil.


HARI ini dia cuti, maka Danny membuang masa dengan berjalan-jalan di sekitar pekan Melihah ini. Pekan yang agak luas ini sebenarnya terbahagi kepada dua. Melihah Hilir iaitu tempatnya, di mana kejiranan di situ agak sedikit bilangan penduduknya namun samseng jalanan bersepah di mana-mana, manakala kawasan yang lagi satu ialah di sini. Melihah Muara. Dah hampir maju menjadi sebuah bandar dengan pelbagai kemudahan yang disediakan untuk penduduk. Yang penting, lebih selamat daripada Melihah Hilir. Mungkin sebab itu penduduk lebih memilih duduk di sini walaupun sara hidupnya agak tinggi berbanding Melihah Hilir yang dah macam backstreet di Amerika.

Tangan diseluk ke dalam poket. Kosong. Aih…. Keluhan terkeluar lagi buat kesekian kali tanpa dapat ditahan. Tak elok mengeluh, tahu. Ulama melarang kerana tingkah itu seolah-olah berputus asa dengan nikmat Allah. Danny merenung jalan raya, memikirkan macammana nak mengisi perut Aqi pada malam ini.

Sejak keluar dari Xian, kehidupannya tidak banyak berubah. Dapat gaji hujung bulan, belanjakan duit untuk Aqi, makan dan minum, duit simpanan tinggal beberapa sen. Haprak. Tapi sekurang-kurangnya duitnya penuh dihabiskan dalam kehidupan mereka, bukannya untuk Xian sekali. Untung jika simpan simpan dan terus simpan, boleh tampung pengajian Aqi sampai universiti.

“Jauh kau berangan, Danny,” tegurnya pada diri sendiri, datar. Serius. “Ke aku patut ajar dia macammana nak pikat lelaki kaya… tapi aaaargh…” Muka diraup, penat dengan fikiran sendiri. Dengan badan yang tak cukup membesar itu, nak pikat guane!

Terdengar jeritan dari dalam lorong, sekaligus menghantar lamunannya ke galaksi sebelah. Danny menoleh, melihat seorang peragut meragut beg tangan seorang perempuan. Bibir dileret. Pada hari cuti pun masih berlaku kes macam ni. Setiap hari dan setiap saat, ada je jenayah berlaku di mana-mana di seluruh dunia.

Pedulikanlah. Hari ini aku bukan polis.

Itu kata hatinya, tapi peragut itu dan pun mendekat dan menjerit padanya supaya pergi. Jangan menghadang laluan!! Danny berkalih, memberi laluan.

Tak semudah itu! Kaki terlebih dahulu dilunjur dan menghentak kaki si peragut. Sebelum terjatuh, Danny pantas merangkul tangan yang memegang beg tangan itu lalu tubuh peragut ditarik, terangkat ke udara. Bum! Dihempas ke jalan raya macam menghempas beg pasir. Peragut itu mengerang kesakitan, menangisi kesakitan tulang belakang yang terasa retak. Tak mampu bangun.

Danny memandang saja, lagi-lagi pada beg tangan yang dah bertaburan isinya. Ada dompet… aah. Sengih melebar spontan. Cukup berselirat maknanya. Penuh seri ceria dan pengharapan.

Hari ini aku bukan polis….

Batrisya yang berlari dari lorong memandang peragut yang meragut beg tangannya sudah ditewaskan. Tersenyum gembira dia. Lega sepenuh hati. “Hei!! Tu saya punya!! Terima kasih!! Hei…!!”

Danny menoleh tersenyum, mengangkat beg tangan itu pada perempuan itu sebelum berkalih.

“Hei… hei! Saya punya… heeeeii!!” Jeritan dikuatkan dan dimatikan terus bila melihat lelaki yang menewaskan peragut itu melarikan diri dengan beg tangannya. Batrisya ternganga luas. Darah menyirap naik ke kepala, naik angin. “Pencurik!!” jeritnya, terus memecut mengejar.

Sorry! Nanti aku pulangkan balik!!” jeritnya menoleh ke belakang, memandang wajah marah itu. Larian Danny nyata laju. Sedar-sedar, tubuh sasa itu dah menghilang dalam kerumunan manusia. Batrisya berhenti di tengah jalan, mengah memandang masyarakat. Masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing. Terik matahari di langit atas sana membakar marahnya seperti termometer suhu yang dimasukkan ke dalam air mendidih. Mendadak naik!

“WEI!!” Mengamuk!


KEESOKAN harinya, setelah habis kerja, Danny melangkah keluar dari balai dengan baju pagoda putihnya. Malas nak berpakaian uniform ulang alik rumah dan balai. Sebab apa? Sebab malas. Angin petang dibiarkan bertiup perlahan, mengusik rambut yang pendek. Sehelai kertas putih dibaca di sepanjang perjalanan balik.

Surat aduan. Dari pengadu bernama Batrisya Ismail. Menghekendaki mencari pencuri yang dikenali sebagai samseng Melihah Hilir, tinggi lebih kurang 180cm. Rambut pendek. Sado sikit. Mulanya dia menolong menghentikan peragut, tapi kemudian dia pula yang mecuri beg tangan pengadu.

Keh. Bibir bawah dijuihkan sambil melangkah selamba di sepanjang jalan. Tak sangka minah itu akan membuat laporan polis. Dan sebagai seorang yang popular di Melihah Hilir, polis pasti akan dapat tahu yang dia sebenarnya yang… buat salah….

Danny mendesis geram. My job backfired….

Mungkin kalau aku pulangkan balik beg tangan dan duit dia dan minta maaf dan minta dia tarik balik aduan….

Langkah terhenti, bersetuju dengan idea yang tiba-tiba. Danny mengepal buku lima. “Batrisya!” ujarnya kuat. Danny nak cari gadis tu.

“Hm?” Gadis itu yang kebetulan sedang makan aiskrim di luar Seven-E, menoleh. Terdengar namanya dipanggil. Danny terdengar suara itu, juga menoleh. Mereka berpandangan.

Cornetto dah tak digigit. Mata Batrisya mencerlang bulat. Culprit tu! Telunjuknya naik. “Aaaah!”

Nyata Danny juga sedar, lalu pantas menarik tubuh itu dan mulut gadis itu ditekupnya. Batrisya tersentap.

Shut up!” desisnya deras, bernada ancam.

Batrisya naik angin, lalu Cornetto di tangan ditempek ke muka lelaki itu. Terperanjat lelaki itu namun pegangan masih tidak dilepaskan. Kon Cornetto dibiarkan jatuh ke lantai, lalu gadis yang masih cuba melawan itu ditarik pantas. Nak lari dari pandangan orang awam dan dibawa terus ke lorong.

Batrisya cemas. Apa dia nak buat! Puas dia menendang dan melawan… tapi lelaki jahat itu tak terusik pun.Dah kenapa kuat sangat mamat ni!!

Danny tersengih nipis. “So sorry.

“Hm?!!” Batrisya mencerlang. Perlahan Danny melonggarkan tahanannya dan gadis itu menolak tubuhnya kuat. Lelaki itu berundur setapak. Gadis itu mendesis, nak melarikan diri ke jalan besar namun Danny lebih pantas, menarik tangan gadis itu dan ditarik kuat ke lorong. Dia sendiri berjaga di depan sana.

“Dengar cakap aku dulu…” pintanya. Batrisya mengangkat telunjuk ke muka Danny. Tegak!

“Kau peragut!!”

“Ya… ya… tapi…”

“Sekarang kau nak rogol aku pulak?!”

“Er? Tak… jangan risau…” Dia menapak selangkah dan Batrisya berundur tiga langkah ke belakang. Lelaki itu tersengih nipis, melangkah lagi dan Batrisya berundur lagi dua langkah.

“Aku menjerit kang!”

“Aku tak berniat buruk… aku cuma nak kau…” Telinga terpicing mendengar bunyi cekah pistol. Riak Danny membengis sesaat. Batrisya ditarik kasar ke arahnya sebelum ditolak ke dinding. Tersentak perempuan itu, dan terkejut bila diperangkap di antara lengan sasa.

Zap! Belakang bahu menerima impak kecil seperti sengatan tebuan sebesar burung. Danny menggigit bibir, menahan perit.

“Kau ja…!” Jeritan gadis itu termati di situ bila mulut ditekup Danny. Batrisya terkejut! Lelaki itu memberi cerun tajam, memandangnya tepat ke dasar. “Shh… someone with gun ada kat belakang. Kalau awak nak keluar dengan selamat, follow my lead.”

Haaa?

Danny berkalih, menentang siapa entah yang ada di belakangnya. Shoot… Sengih nipis terukir terus. Masalah!

“Oh… Danny…” Syah mendekat bersama senyum. Anak gadis yang menjengul di sebalik bahu Danny dipandang. “Sapa tu Danny? Bakal bini kau? Aku dengar dia jerit kau nak rogol dia tadi.”

“Ya. Aku mintak maaf sebab ganggu korang, so boleh tak lepaskan kitorang supaya kitorang boleh beromen kat rumah.”

“Hey…!!” Tersentap lagi Batrisya, namun termati kata bila tangannya digenggam lelaki itu. Kuat sekali hingga mewujudkan sakit. Batrisya mengaduh sedikit. Bau darah segar menyapa hidung, membantut niatnya nak melawan. Belakang bahu polis ini terasa basah…. Tangan dilekapkan ke bahu itu dan telapak tangan dilihat. Batrisya menahan muntah. Kepala dijengulkan, melihat lelaki botak berpistol di sana. Gadis itu mula gementar.

Syah dan Danny masih bertentangan tanpa suara. Syah kurang senang Danny masih bebas hidup tanpa hukuman yang sepatutnya dari Xian, dan Danny kurang senang seorang awek ada sama dengan mereka sekarang! Kaki diundur, nak pergi namun terhenti lagi bila Syah mengangkat pistol.

“Aku takkan lapor kat bos pasal kau muncul di sini, jadi bagi aku lepaskan sakit hati kat kau…” Bang! Tembakan dilepaskan ke paha Danny. Terjatuh lelaki itu, meraung menahan sakit. Batrisya terdedah di pandangan Syah, membuat lelaki itu tersenyum. “Cantik wife kau, Danny.”

Meloncat terus lelaki itu, kembali melindungi Batrisya di belakangnya. “Lepaskan kitorang. Please!” Dengan peluh yang melebat di dahi, nada berani yang humble masih boleh diluahkan.

“Aku dah cakap… aku takkan lapor kat bos yang kau ada kat sini… aku akan simpan kau baik-baik dalam tanah…”

Damn…”

Tong sampah hitam tiba-tiba berbunyi kuat. Syah dan Danny serentak menjeling, teralih perhatian. Tiada apa di situ, melainkan batu yang jatuh ke jalan. Kedua-duanya keliru seketika. Satu pergerakan memuncul di ekor mata Danny, membuat lelaki itu terpaku. Batrisya meloncat keluar dari lindungan Danny sambil memegang sebatang kayu patah. Dibalingnya sekuat hati ke arah Syah, tepat ke muka samseng.

Syah meraung sakit, menutup muka yang perit. Bila dipandang sekali lagi, kedua-dua manusia itu dah tiada. Lalu nafas panas didengus keras. Sakit hati!!


KLINIK Rohaida.

Danny keluar dari bilik doktor dengan loncatan kecil. Muka dicemikkan. Menyampah. “Nag nag nag. I’ve shot already, masih nak nag. Women…” rungutnya, melangkah. Ternampak Batrisya yang duduk di tempat menunggu. Berkerut dahinya. “Kau masih di sini?”

Gadis itu menoleh. “Ah? Ya…” Pandangan mata dialih dari terus bertentangan dengan Danny. “Say thanks.

“Hm? Untuk apa?” Dia duduk di sebelah gadis itu. Batrisya menjeling pintu sebelum mengerling memandang wajah itu.

You protected me…” Diam kejap. “…from the shot.

Kening Danny terangkat, “That shot was meant for me, bukannya kau.”

Mendiam dia seketika. “But still… kau boleh elak dan biarkan aku yang kena tembak.”

Danny terkebil. Ha’ah la kan? “Kau rasa aku akan elak kalau aku sempat elak?”

Diam.

Tersenyum si jejaka. “You protect yourself, lady…” Danny bersandar tanpa meletakkan tekanan pada belakang bahu kanan. “Aku dah lama tak jumpa perempuan yang berani. Kau the second.” Wajah cantik itu dikerling. “Thanks sebab tolong aku lepaskan diri tadi. I really appreciate it…”

Batrisya terpaku seketika, lalu kepala diangguk bersama senyum. “Kalau kau tak curik beg tangan aku, benda ni takkan jadi.”

“Heheh. Sorry, tapi aku terpaksa. Adik perempuan aku tu, bahana kurang makan, badan underdevelop macam tong air syarikat Syabas versi kurus. Macammana nak carik pakwe dengan sex appeal paras negative gitu.”

Ketawa Batrisya terlepas kuat. Mulut ditutup dan perut ditekan, senak angin. “Jahat la… adik awak yang awak mintak doc rawat period dia dulu tu ek?” Dengan ketawa yang bersisa, lelaki itu disoal. Malah tanpa dijemput, angin gelak menghembus lagi, membuat Batrisya terunduk menahan geli hati.

Si lelaki pula mendiam. Berbanding menjawab soalan yang memalukan, dia lagi suka merenung ketawa si perempuan. Comel. Bibir tersenyum lalu. “Saya tak bayar lagi kan, sepuluh ringgit awak. Awak tiba-tiba hilang lepas tu…” Wajah itu direnung redup.

“Sepuluh ringgit tak kisah. Beg saya bila nak bagi balik?”

Giliran Danny yang ketawa. Sebentar cuma, lalu wajah itu direnung semula. Sepuas hatinya. Di bawah sedar, perasaan memandang si cantik ini lebih syok dari melayan diri di rumah sekarang.

Senyap. Batrisya melarikan wajah, menggoyang kakinya ke depan ke belakang. Naik janggal. Sekali-sekala wajah itu dijeling. Resah dia bila lelaki itu masih merenungnya. Apa ni… alih la muka tu. Tak elok tau tengok anak dara orang lama-lama. Aku saman kang…. Gementar dia.

When It Rains - Paramore menyanyi dari handset Batrisya. Kelam kabut gadis itu menyambut dan lekas keluar bila dipandang nurse. Danny tersedar, lekas mengekori tanpa berfikir.

“Helo? Jen? Pesal?”

Gadis itu menyambut panggilan telefonnya di sana. Danny lalu mendekat, masih tak melepas pandang pada gadis itu.

“Tak… kau tak perlu datang. Aku nak balik la ni.”

Balik? Dany tersedar. “Beg tangan awak saya tak bagi lagi. Rumah saya tak jauh dari sini.” Ibu jari ditunjuk ke jalan raya.

Batrisya menjeling. “Err… aku akan balik sendiri nanti. Aku masih ada hal kat sini…” Dan panggilan ditutup.
Previous: (12)

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.