Home Novel Umum Ini Sebuah Cerita
Hikayat Danny dan Aqi (1)

Note: If you follow Ada Untuk Aku... and if you follow Hanani... here it is, the story masa dorang sekolah menengah. I did this lepas SPM... and i won't deny that i had done heavy editing sepanjang saya membesar selama ni... i was having fun, though. And with all due respect, i hope you enjoy reading them either :)

It starts off with Hikayat Danny and Aqi - of how Aqi jumpa Danny, and simple love story antara Danny and Batrisya.

Next phase is when Aqi naik tingkatan empat, when she met everyone that relate to everything.

So yea... have fun...

_________________________________________________:))______________

Awal tahun 00-an

4.04 petang. Pinggir Bandar Melaka, terdapat sebuah daerah kecil yang dinamakan Taman Melihah. Daerah ini terdiri dari dua pekan yang berlainan saiz kependudukan, iaitu Melihah Muara yang ramai penduduk, dan Melihah Hilir yang agak terpinggir.

Di Melihah Hilir, salah satu lorong belakang yang paling luas dah menjadi hot spot remaja-remaja liar lepak dan berniaga haram. Tak kira CD lucah atau rokok atau CD cetak rompak. Kadang-kadang ada juga yang terlebih berani, bertindak menjual dadah di situ walaupun bukan secara terang-terangan. Dan di hujung lorong, seorang lelaki yang berusia awal dua puluh sedang dibelasah hingga lunyai. Lumut-lumut yang lembap dan kotor di lorong sempit itu bertambah kotor dengan darah.

Lelaki berambut Mohawk itu melepaskan tubuh mangsanya, terbaring tak bergerak di lantai basah itu. Masih hidup walau jantung berdegup dalam kadar yang sangat perlahan. Danny menghempas nafas, memalit darah yang mewarnakan buku limanya pada tubuh lelaki yang dah hilang wajah asalnya itu.

John mengukir sengih nipis, mendekati rakannya. Dia mencangkung merenung mangsa mereka-lelaki yang tidak mampu membayar balik hutang yang dah dipinjamkan pada masa yang ditetapkan. Wajahnya dah tak nampak dek darah di muka. Entah berapa kali penumbuk dan tendangan besi Danny mendarat di tubuh ini sampai hampir lumpuh seluruh badan. John tersenyum nipis. Danny yang menyeluk tangan ke dalam poket dijeling.

“Tak berhati perut macam biasa.”

Danny mengangkat kening. “Kau cakap la apa kau nak cakap. Aku cuma buat kerja aku,” dan dia berlalu. John mengekori dari belakang. Lelaki yang pengsan itu dibiarkan saja di situ. Entah mati entah setengah mati. Pedulikan.

“Kau dah dapat duit tu?”

“Hm.”

Rakannya itu ketawa, membuat Danny menjeling ke belakang. “Kenapa?”

“Dia bayar tapi kau masih kerjakan dia?”

Lelaki berambut Mohawk itu mendiam. Tak terasa nak melayan manakala rakannya itu masih terus ketawa. Lawak dirasakannya.

Danny. Lelaki bertubuh tinggi yang menyertai kumpulan bawah tanah milik cina bernama Xian kira-kira 2 tahun lalu, tapi sangat berpotensi bila memiliki sifat yang tak teragak-agak bila menghayun penumbuk. Ada akal, ada skil bergaduh, dan ada kekuatan pada otot yang bukan sekadar dijadikan hiasan mahupun bahan untuk perempuan murah melelehkan liur. Maka dia dibiarkan tinggal di kawasan Taman Melihah, terutama di Melihah Hilir ini sebagai tukang jaga. Diberi tugas mengambil duit dari peminjam-peminjam mereka sekali-sekala, dan menjadi peragut dan pencuri sekali-sekala. Secara keseluruhannya, Danny seorang samseng yang mencari nafkah hidup dengan menyusahkan masyarakat di sekelilingnya. Seorang parasit? Hampir-hampir.

Mereka tiba di jalan besar. Danny menebar pandang di sekitar jalan. Terpandang seseorang di hadapan kedai runcit.

Farid yang terasa diperhati, menoleh. Buat seketika, kedua-dua lelaki asing itu berpandangan, dan pandangan Farid jatuh pada buku lima yang masih merah dari darah.

Danny menghempas nafas sebelum berkalih. John yang baru muncul dari lorong, terus mengekori, bercakap sesuatu pada si Mohawk. Farid pula sekadar memandang kedua-dua lelaki itu pergi. Pandangan dialihkan pada lorong sempit itu pula. Batrisya yang keluar dari kedai runcit lalu mendekatinya.

Thanks for waiting. Jom balik.”

“Em. Kau balik dulu. Abang ada hal.” Tanpa menoleh, Farid bergerak pergi. Batrisya terkelip hairan.

“Abang?” Gadis itu mengekori.

Mereka bergerak ke dalam lorong itu, cuma untuk melihat seorang lelaki setengah mati dan bermandi darah. Farid gamam, mengucap perlahan. Batrisya menutup mulut, menahan jerit. Perlahan, lelaki yang menginjak dewasa itu mendekat. Nadi si lelaki separuh hidup diperiksa. Masih hidup walau kadarnya sangat perlahan.

“Bat, call ambulance and police!”

“Erk…”

Fast!” Dia bergerak laju, keluar dari lorong. Batrisya menjadi takut bila ditinggalkan keseorangan, lalu gerak abangnya dikejar.

“Abang nak ke mana?!”

“Abang nak minta tolong orang ramai! Kau call je la cepat!” arahnya kuat dengan nada yang agak tinggi. Gadis itu tersentap sebelum menurut.

Farid keluar dari lorong itu. Mata terlebih dahulu memandang jejak dua samseng jalanan yang menghilang tadi sebelum menjerit meminta bantuan.


GIMME pau dua bijik,” pinta Asyikin. Pakcik penjual pau mencapai dua biji pau dari pemanasnya, lalu diserahkan pada budak perempuan berambut panjang itu.

“Dua ringgit.”

Pau disambut dan poket seluar yang lusuh, diseluk. Mata dileret ke kiri, memandang deretan kedai di belakang si pakcik. Berkerut dahinya, kepelikan. “Kenapa gantung piano kat sana? Nak bunuh orang ke apa…?”

Pakcik itu terkelip, lalu menoleh ke belakang. Memandang dan mencari. Tiada piano seperti yang diberitahu, lalu kembali berkalih pada pelanggan di hadapannya.

Lesap.

“Hei!!” Terkejut penjual pau itu dibuatnya. Lekas dia meloncat keluar dari balik stall sambil menoleh ke kiri dan ke kanan macam kompas rosak. Menjerit-jerit dia mencari dan memarahi budak tak cukup umur yang membeli tak membayar dan dah menghilang itu. Orang-orang di jalan disertak dan ditanya.

Ada jumpa budak perempuan rambut panjang dengan T-shirt hijau?!


MALAM. Hujan lebat turun di tanah Melaka, maka termasuk juga daerah Melaka. Air yang terhasil dari evaposari awan, jatuh ke bumi dan menimpa Asyikin, budak perempuan yang berumur 11 tahun dan yang lari dari rumahnya. Budak perempuan yang pendek akal dan nyata tiada rumah untuk berlindung.

“Sejuk sejuk sejuk…!!”

Tangan melintang memeluk tubuhnya erat sambil dia berlari laju, mencari tempat berteduh walau badan dah basah lencun. Kilat memancar di langit dan Asyikin menjerit takut, terduduk dan menutup kepalanya. Badan menggeletar. Fikiran dah mula terbayang rumah. Air mata meleleh.

“Tak… aku taknak balik…!”

Egonya lebih tebal dari hati nampaknya.

Asyikin mengetap bibir, memagar hati. Kilat dah tidak kedengaran, lalu pungggung dipaksa bangun bagi meneruskan perjalanan. Fikiran ditetapkan setegasnya, takkan balik rumah itu lagi! Walau aku mati kesejukan sekalipun…. Eh, tak. Aku taknak mati.

Kilat memancar lagi dan dia terduduk lagi. Memancar lagi dan terduduk lagi. Memancar lagi….

“Dah… dah…” Asyikin geram dengan diri sendiri. Lekas dia berlari bila dipastikan hati tenang dari rasa terkejut pada kilat dan guruh. Dia tiba di kawasan kedai berderet, lalu terus berlindung di bawah bumbung kedai.

“Huu… sejuk.” Tangan yang dah berkedut dek basah digosok laju. Membina kehangatan. Dia duduk mencangkung dan lutut dipeluk erat. Hati meminta, berenti la hujan…. Berenti la hujan….

Telinga terdengar derap tapak kaki memijak lopak. Mata menjeling. Nampak jeans dan kasut di sebelahnya. Dari saiz itu, nampaknya seorang lelaki. Dewasa. Asyikin mengherot bibir. Tetamu yang tidak diundang. Ah, pedulikan. Kalau aku buat bodoh, dia pun pasti bereaksi yang sama. Kecuali dia nak culik aku dan gunakan aku untuk mencari nafkah kat tepi jalan dengan mengemis dan lepas tu jual aku kat rumah pelacuran bila aku dah jadi dewasa sikit dan jadi lebih cantik dan dia ambil duit dari karier aku sebagai pelacur dan sebelum aku mati dia nak jual pula organ dalaman aku kat hospital…? Hm. Scary.

Danny memandang saja budak itu. T-shirt hijau itu dikenal pasti kerana dah berhari-hari budak ini merayau-rayau di sekitar Melihah Hilir tanpa sekali pun menukar bajunya. Kenapa tak balik rumah? Hairan bertamu di hati namun dipedulikan sepenuhnya soalan kepada diri sendiri. Biarkanlah dia.

Hujan terus turun dan dua orang itu terus berlindung, berdiri dan duduk sebelah menyebelah tanpa sepatah bicara.

Hampir sejam berlalu dan hujan lebat mula merintis. Gerimis. Danny menjenguk langit. Agaknya dah boleh. Kaki melangkah keluar dan budak itu dijeling. Masih tak pergi lagi? 

“HaaachOm!” 

Sepenuh hati bersin itu dilepaskan dek gatal di hidung. Danny terperanjat, menoleh ke belakang. Budak yang terjatuh dari duduknya dek bersinnya sendiri itu bangun dan menoleh ke utara, arah bertentangan dengan Danny. Hingus yang tersekat di hidung menghalang nafasnya. Gadis itu menggosok hidung dan memeluk tubuh sendiri yang kesejukan.

“Mana aku nak gi sekarang…?” Suaranya menggeletar dek sejuk melampau.

Danny mengerut dahi.


DAH dua hari berlalu sejak hujan lebat hari tu. Asyikin naik demam.

“Pening…” Terasa berputar dunianya. Panas di tengah hari makin menduga kekuatan kecil itu. Muntah menjengah tekak, lalu dia lekas ke longkang, muntah di sana. Air mata meleleh serentak dengan isi perut yang keluar dari mulut. Berat rasa kepalanya. Memerah juga mukanya. Hati meminta rumah untuk berlindung dan keluarga untuk bermanja, namun ego menolak lagi. Ingatan pada keluarganya itu merobek hati sendiri.

“Aku taknak balik. Taknak balik. Taknak balik.” Diulang-ulang dalam nada perlahan. 

Sisa muntah yang tertinggal dalam mulut diludah-ludah keluar hingga dipastikan bersih. Mulut dikesat dan dia melangkah berat ke Seven Eleven. Punggung dilabuh di depan kedai dan bersandar pada cermin. Merehatkan badan yang makin surut kekuatannya dan otak yang terasa makin sakit dan penat. Malah makin lemah bila dia tidak menyentuh apa-apa makanan beberapa hari ni. Gadis kecil itu meletak beban kepala pada lutut, memejam mata dan menjemput lena. Nak tidur dan bermimpi indah, dan berharap lepas bangun tidur, ada excuisite cuisine kat depan mata dia….

Orang yang lalu lalang mengabaikan budak terbiar yang selekeh itu. Nampak seperti pengemis di mata mereka. Sudah beberapa hari budak terbiar ini merayau-rayau tanpa tujuan di Taman Melihah ini. Mana mak bapak dia? Naper tak balik rumah? Sudah tentu masing-masing hairan dengan keadaan budak kecil itu. Seperti tak berumah…. Maka, yang mengambil berat dan berasa kasihan berniat mendekati dan menegur, tapi dihalau Asyikin.

Dia mendesis sakit hati. “Pergi la! Jangan pedulikan aku!! Tak guna!!” jeritnya, tak selayak seorang budak kecil kasihan yang demam. Orang dewasa itu terperanjat. Asyikin siap mengangkat kaki nak menyepak menghalau, dan berjaya. Mereka bergerak pergi, sakit hati dibuat budak selekeh tak berumah itu. Dan Asyikin lebih sakit hati melihat riak muka yang dilempar oleh mereka. Marahnya membengis, lalu muka disembam pada lutut.

Kalau dah tetap tak suka, jangan la sibuk-sibuk nak tolong nak tunjuk baik…!!

Sesungguhnya, dia tidak mahu dibawa ke balai polis atas kes budak hilang. Walaupun dia yakin sangat 'mereka' takkan mencarinya, tapi dihantar ke rumah anak yatim pun idea buruk yang Asyikin taknak terima.

Entah apa yang dah dilalui.


BUDAK lelaki bertopi merah itu tegak berdiri di sebelah pintu masuk Seven Eleven sambil matanya merenung budak perempuan yang duduk di situ. Dari tadi lagi dia berdiri di sana, dan sedari tadi juga anak mata berwarna kacang hazelnya dihala pada budak yang sakit itu. Sejak gadis kecil dengan rambut panjang serabai itu muntah dan duduk dan menghalau orang dewasa yang menegur… dan sekarang menangis. Pelanggan keluar dan masuk di dalam kedai berhawa dingin itu, dan dua budak bawah umur itu kekal di tempat masing-masing. Tidak bergerak.

Budak lelaki itu memandang tin Coke dan tin 100 Plus yang dipegang di kedua belah tangannya. Si budak perempuan dipandang lagi. Masih duduk di sana. Nampak lemah dengan kepala yang direhatkan di atas lutut. Sakit agaknya, tapi mana mak ayah dia? Mata dikelip sekali dua dengan akal yang dibolak balik berfikir. Pergi ke tidak, pergi ke tidak, pergi ke… lalu, kaki diputuskan untuk melangkah.

Asyikin mengangkat kepalanya sedikit bila perasan kehadiran orang di sebelahnya. Siapa lagi yang nak menyibuk dan konon concern? Mata menjeling ke kiri, memandang wajah Wayne Rooney pada T shirt merah si budak kecil. Lalu kepala diangkat lagi, dan mata dua budak itu bertembung.

Umar mengangkat kening bila memandang muka yang kotor. Macam belacan. Hilang comel pada riasnya. Mereka terus berpandangan sebelum Asyikin mengalih pandang pada air tin sejuk di tangan Umar pula. Liur diteguk. Tekak yang haus minta dibasahi. Nak air tu….

Perasan pandangan yang meredup meminta itu, lalu dihulur isotonic drink di tangan kanannya tanpa sebarang rasa teragak-agak.

Asyikin terkedu, memandang anak mata berwarna coklat cair itu lagi. Umar mengelip mata.

Ambik la. Hati kecilnya bersuara.

Gadis kecil itu sama terkelip. Lambat-lambat disambut. “Err…” Terima kasih?

“Mar!” Farid di kedai berdekatan menjerit lantang. Umar menoleh terperanjat. “Kau buat apa kat sana?! Sini mai!”

Umar naik kalut. Asyikin yang bersusah payah nak membuka penutup mulut tin itu sempat dipandang, lalu tin putih dirampas kembali. Terperanjat budak perempuan itu dibuatnya. Umar membuka tin dan diserahkan pada Asyikin sebelum segera lari, mendapatkan Farid di sana.

“Mana air abang?” soal Farid mencekak pinggang.

“Ar….” Cola yang dah diminumnya dihulur. Kening Farid terangkat, geram.

Budak perempuan itu terkelip, memandang si baju merah itu pergi dan diluku abangnya di sana. Bibir meleret sedikit, dan isotonic drink itu diteguk.

“Em…” Fresh rasanya.


“DANNY."

“Hm?”

Don tersengih, bersandar sambil memegang botol Carlsberg. “Kenapa kau join Xian?”

Danny menjeling, “Kau pula kenapa?” soalnya mengelak dari menceritakan diri sendiri. Don, rakan yang bersamanya di kawasan itu, yang menjaga remaja-remaja liar yang bekerja di tempat menjual itu tersengih.

“Aku nak duit.”

“Eh….” Kening Danny terangkat. John dan Sam ketawa dengan cerita masing-masing. Don mendekati lelaki itu.

“Jadi orang yang jahat di mata masyarakat takkan berubah baik walaupun kau mati untuk mereka, kau setuju kan?” Danny mengangguk. Don kembali bersandar. “Jadi aku tak dapat nak cari duit kat mana-mana kecuali kerjaya ni je.”

Lelaki itu tersenyum nipis. “That’s quite an excuse.” Cawan berisi arak dicapai dan digoncang sedikit. Don menoleh padanya. John dan Sam sama menoleh, memandang Danny yang meneguk air setan itu.

“Kau reti cakap orang putih?” soal Sam.

Danny memandangnya. “Sikit.”

John ketawa. “Cuba translateayat ni. Saya cintakan awak.”

“Tu semua orang pun tau, I love you!” Don menepuk kepala John. Sam ketawa. Danny tersengih saja, memandang jalan yang masih bertanah di hadapan mereka.

“Aku join Xian sebab aku bosan dan takda apa yang nak dibuat.” Kepala tiga rakannya menoleh memandangnya. Lelaki itu masih tersengih, membuang pandang di hadapan sana. “Aku cuma nak merasa hidup la kut. Asalkan boleh bernafas dan boleh hidup dengan senang kat negara ni…” Sengih.

Tiga orang itu berpandangan sesama sendiri.

“Maksud kau… hidup senang dengan duit?” John menyoal.

“Atau perempuan?” Sam menyambung bersama senyum berselirat.

Don merenung si kawan, manakala Danny bersandar lenang. “Those are quite the options… tapi rasanya asalkan aku tak alone, then I don’t mind carik duit atau perempuan sorang dua.”

“Uhuh! Sekali nak, dua orang terus!” Sam tergelak kuat. John pula terkekeh nipis.

“Kalau kau tak kisah umur, ada sorang budak perempuan yang selalu kacau tempat kita berjual.”

“Budak perempuan?” Danny menoleh.

“Oh, budak baju hijau busuk tu. Dah berapa lama dah aku tengok dia merayap ke sana ke sini tak reti nak balik rumah. Mak ayah dia buang agaknya, sebab tu jadi pengemis.”

“Puih. Berbanding mengemis, aku tengok budak tu lagi reti mencuri. Reti nak hidup. Bila kena tangkap, pun reti nak lari. Sebab tu merayau tak berumah sampai sekarang.”

“Takda yang nak ambik pastu jual ka?”

“Sape je nak beli budak kecik badan tak matang gitu?”

“Yang nafsu tak stabil macam Sam, boleh la kut nak jual. Tapi tak ramai jenis macam dia.”

“Apa maksud kau nafsu aku tak stabil?” Menoleh si kawan dibuatnya.

“Biseksual, dan fetish kau termasuklah kat haiwan, budak kecik, dan mayat.”

“Celake.”

“Balik pasal budak tu. Kalau kita ambik pastu simpan dua-tiga tahun sikit, boleh la kut jual. Badan tak membesar habis lagi tu.”

“Sementara kau tunggu dua-tiga tahun tu, kau nak buat apa dengan dia?”

“Xian tak buat bisnes pengemis budak-budak, kan?”

“Lepas ni la aku cadangkan kat bos. Kalau dia taknak tanggung risiko, aku boleh je buat. Rumah kau besar kan Don, boleh buat bilik untuk simpan budak. Pastu dapat untung lebih. Pastu kita culik mana-mana budak yang mak ayah dia cuai sangat tak reti nak jaga. Bila polis carik, kita pirate terus ke negara luar.” Duit duit duit!!

“Bercakap macam makan popcorn!”

“Bijak mung ni, bijak. Kepala bisnes.”

“Hahaha. Sebab tu bos suka aku.”

Danny sekadar mendiam. Pedulikan perbincangan menjual budak-budak ke pasaran gelap, dia lebih berminat merenung langit. Berfikir. Nak masak apa malam ni….


NAK makan apa malam ni….

“Gerh…” Nafas panas dilepaskan keluar dari rongga pernafasan. Sengal dengan diri sendiri. Haram kau nak fikir makan apa malam ni. Masalah akan makan ke tidak pun tak tau lagi!

Asyikin mengeluh lagi buat kesekian kali. Terasa penat nak berfikir kerana tak cukup tenaga pada setiap sel tubuh, sekaligus penat nak berjalan ke sana ke mari. Perut yang lapar sudah lama berhenti berbunyi kerana kekosongan yang mutlak. Yang tinggal di dalam perut mungkin cuma tinggal asid gastrik dan menghakis daging perut kerana tiada makanan untuk diproses.

Mana tidaknya. Dua hari berturut-turut dia gagal mendapatkan makanan untuk dicuri. Populariti sebagai pencuri licik dan identiti baju hijau kotor dan busuknya cukup dikenali satu pekan ini. Lantas menyebabkan penduduk cukup tangkas menghalau dirinya dengan pinggan, mangkuk dan buah tembikai. Jika hari ini masih gagal nak makan, kira genap tiga harilah nampaknya. Mujur air paip di surau ada untuk buat minum.

Asyikin menjulingkan mata ke langit. Agak-agak, berapa lama dia tak makan barulah malaikat maut datang memberi salam? Masa tu, dia boleh mintak bawak jumpa mama papa yang dah bertahun di dalam kubur ke? Agak-agak… boleh ke… bersatu kembali dengan mama papanya selepas mati?

Bibir yang kering digigit, lalu kepala ditundukkan. Tengik bau di tubuh sendiri cukup menyeksa hidung. Asyikin memejamkan mata. Mengingat kembali sebab kenapa dia keluar dari rumah saudaranya yang sepatutnya menjadi penjaga selepas si mama mati bunuh diri, dan si papa mati dibunuh orang. Mengingat kembali apa sebenarnya punca dia keluar dari rumah yang sepatutnya menjadi penjaganya, curi masuk ke dalam kereta orang asing, dan tiba di negeri yang tidak dikenali ini.

Senyum sinis si rambut merah terbayang di ruang fikiran. Mata lalu dibuka cerlang.

“Aku akan bunuh kau bila aku jumpa kau buat kali kedua. Jadi buat masa ni, aku perlu hidup…” Pada batu kecil di sebalik rumput, ayat bernada dendam dibisikkan. Asyikin menggenggam penumbuk, lalu wajah diangkat langut. Perhatian matanya dijatuhkan pada bazar yang semakin penuh dengan pembeli. Mata dipicing, mencari mangsa untuk diragut.

Itu dia. Seorang makcik. Sedang berjalan berseorangan sambil melilau mencari apa yang nak dibeli. Sebelah tangan itu penuh dengan plastik makanan, yang salah satunya dikenalpasti sebagai satay manakala yang lagi sebelah memegang dompet. Sial sedap. Perut yang kebulur benar-benar memaksa akal untuk bertindak lekas. Antara mati kelaparan, atau hidup dengan perut kembung dengan dosa.

Asyikin memilih yang kedua.

Batu sebesar genggamannya dicapai. Dilambung sekali dua. Titik buta dari mata masyarakat dikenal pasti, lalu dia bersembunyi di situ. Di belakang tong-tong sampah, Asyikin menarik tangannya ke belakang kepala. Menarik daya. Lalu sekuat hati, batu dibaling ke muka si makcik.

Hah, ambik!! Si makcik terjatuh dahulu sebelum meraung menahan sakit. Kecoh mulut si makcik menarik kecoh orang awam yang lain. Asyikin yang tersengih menang lalu memasuki kerumunan manusia lapar.


_________________________here here___________________________

I had some thought in mind beberapa hari ni, heheh. Did you know Game of Throne is a thing dalam internet sekarang. And there is this one time, i came across this meme - GoT, one of the most passionate love story in the net... 

Starts with rape.


Hahahaha. The irony. Saya terus teringat dengan Ombak Rindu lepas tu,hahahhahaha. If you know what i mean *smirk*


Who says true love can't born from rape, kan? 


Sorry, but i am this kind of a person. Harap takdak yang offended la.

Next: (2)

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.