Home Novel Umum Ini Sebuah Cerita
: Danny & Bat (4)

“HM…” Farid tersengih, mengangkat sebelah kening. Lelaki tinggi dengan baju pagoda putih itu dipandang. “Kau takde la handsome mana pun. Tapi dia hari-hari pakai hairclip pink engkau sampai aku naik bosan tengok. She had a weird taste.”

Danny memicing pandang. Kurang tangkap kata-kata yang terlalu rambang tanpa tajuk, juga kerana tidak senang bertemu dengan lelaki yang tidak dikenali depan rumahnya sendiri. Orang dah la baru nak pergi kerja. Dia boleh tiba-tiba datang tak bagi salam!

“Kau sapa sebenarnya?” soalnya menderam, on guard. “Nak suruh aku buat charity percuma dekat adik kau lagi?”

“Hahah. Kau dah pun jumpa dia, dan kau dah pun goda dia. Nak buat charity percuma mende.”

“Ha?”

Farid tersenyum. Tangan dihulur, nak bersalam. Danny tak menyambut. “Aku Farid… Farid bin Ismail. Abang Batrisya binti Ismail.”

Kening Danny terangkat tinggi. “Abang!” Salam Farid disambut terus bersama sengih lebar di muka.

Genggaman Danny terlalu kuat untuk diterima. Farid menahan sakit. “Kau excited sangat dah kenapa?”

Am not. Haha.” Muka serius tadi hilang begitu saja. “Datang sini nak jumpa saya?” soalnya. Hairan juga dengan kemunculan lelaki ini di kawasannya ini. Takkan gadis itu yang memintanya datang.

Tergelak Farid melihat perangai yang berubah 180 darjah. Ke laut terus! “Natang sungguh…” Rumah papan Danny direnung, lalu dirapati. Lelaki tinggi itu memandang pelik. “Aku datang sebab nak tengok lelaki yang adik aku suka…”

“Eh?”

Farid menoleh, terkejut melihat muka terkejut Danny.

“Bat… suka saya?”

Eh? Farid pula blur. “Korang bercinta, kan?” Dia cukup yakin dengan deduksinya itu.

Hati Danny kembang macam belon terlebih pam. Bibir tanpa dapat ditahan, mengukir sengih. “Ah… tak… kitorang tak bercinta pun… tapi…” Sengih lagi.

Farid membaca reaksi muka itu. Nampak bahagia sungguh. “Kau pun sukakan dia.” Statement.

Mereka berpandangan. Danny mengendur sengih, mengawal perasaan teruja yang melonjak-lonjak. “Kau datang sini, kenapa?” soalnya, kembali berlagak biasa. Dah tak perlu nak bersaya-saya. Poyo.

Kening Farid terangkat, tersengih lawak. Bat, mamat yang berjaya ketuk hati kau ni memang kelakor. “Aku datang nak jumpa kau…” Pinggang dicekak sebelah sambil berpaling ke belakang, pada lelaki itu di belakangnya. “Ini kali pertama Bat jatuh cinta kat seseorang, jadi aku harap kau takkan mainkan perasaan dia. Kalau kau berani… aku takkan lepaskan kau….” Anak mata Danny direnung tajam. “I know this may sounds corny, but I’m serious. Lagipun, hubungan antara korang belum develop lagi…”

“Ya. Antara kitorang belum ada apa-apa.” Danny bersuara tenang, berisi sebal. Farid tersenyum.

“Kau tak plan nak jadikan dia isteri kau?”

Berubah terus riak wajah si kacak itu. Isteri…. Perlahan-lahan kening terangkat tinggi dan jantung berdegup kencang. “Seriously? Maksud kau… kahwin… dengan rumah yang macam ni? For real? Kau sendiri tak kisah nak serahkan adik kau kat aku??”

Kata-kata itu bernada cabaran, juga keliru. Farid tergelak lagi. “Sepatutnya kau merayu mintak adik aku dari aku, bukannya lawan aku.”

Danny mendiam, lalu rumahnya dipandang. “Kalau dia tak kisah duduk dalam rumah reban ayam, aku memang tak kisah langsung. Aqi pun sebenarnya perlukan perhatian dari sudut kaum hawa…”

Aqi?? Farid berkalih, berhadapan dengan lelaki tinggi lampai itu. “Aku tak expect apa-apa dari bekas samseng yang cuma reti bergaduh. Walaupun kau dah berubah dan jadi polis, tapi…” Senyap sebentar. Tahu kehidupan lelaki ini yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang dan ada seorang adik untuk dijaga itu. Danny mencerun, seolah-olah boleh baca apa di fikiran lelaki di hadapannya. Nafas Farid terluah. “Kalau kau cintakan Bat, kau kena fikirkan masa depan Bat…” Ayat filem melayu Semerah Cinta Stiletto itu dipinjam.

Danny menghempas nafas, “I wish.”

“Kalau kau dah aim, just go for it,” sengihnya, melangkah lalu menepuk bahu Danny yang lebih tinggi darinya itu. Lelaki itu menjeling. “Ayah aku tak berkenan dengan hubungan korang. Lagipun, Bat pun ke Manchester tak kurang dari sebulan. Kalau kau tak start, dia akan pergi karang.”

Danny mengerut dahi, memandang Farid yang dah berjalan pergi. Dia jalan jauh-jauh ke sini cuma nak cakap pasal ni? Dan…

“Man…chester… tu kat mana?” soalnya lambat.


“MANCETE?” Aqi menoleh. Danny mengangguk. “Area FELDA Johor kut.”

Danny yang mencari makanan di dalam almari berpaling terus ke belakang. Pada Aqi di ruang tamu. “Takkan la kut. Mengarut la kau.” Keropok dicapai dan si adik didekati. Aqi yang sedang berbaring sambil membaca buku teks dipandang. Rajin. Dah lama tak bertanya perihal adiknya ini.

“Sekolah okey, Aqi?”

Aqi menoleh. Dah lama tidak mendengar soalan itu. “So far okey la… kau pulak?”

“Hm?” Keropok perasa ketam itu dikunyahnya. Hm. Crunchy. Aqi mengangkat kening. “Aku kenapa?”

“Bila nak kahwin?”

Danny menjeling. Wah. Tenang reaksinya walaupun tergigit lidah sendiri. Tekak didehem, mengawal nada suara. “Naper tanya?” Datar.

“Ya la… aku tau kau tengah bercinta sekarang walaupun nak rahsiakan…”

Nay.” Danny memotong menafi. “Kitorang tak bercinta.”

“Tapi ‘ada’ la ni…?” Aqi tersengih lebar bila mendapat jawapan yang terang dan nyata walau masih tidak nampak keseluruhannya.

Lelaki itu menjeling saja, kembali makan keropoknya. “Pasal tu… its safer kalau kita assume a normal reaction antara lelaki dan perempuan. Like when I was a child, I tend to like every beautiful girl I met and everyone I think that is cool enough to be my friend. Never thought she’s actually a he! I wonder if she’s one of those disasterous people toonay, she’s too good. Or should I test her??”

Kelam si adik. Bila Danny mula mengarut, sememangnya dia gagal nak membalas dan menyahut. Aargh… “Ikut suka kau la Dean.” Buku teks sejarah kembali dibaca. Danny pula menjeling. “Kalau kau sukakan dia… dan kau decide nak nikah dengan dia… you have my full support. Aku nak aku tau tu je.”

“Nak tanggung kau pun tunggang terbalik…”

“Jadi berhenti fikir pasal tanggung aku saje.” Aqi menjeling, membuat Danny terkedu pelik. “Fikir pasal diri kau sendiri jugak. Your happiness is my happiness too… kan? Kita beradik kut. Obviously aku nak dengar kisah cinta kau jugak ngan gelakkan kalau rupa-rupanya kakak tu tak suka kat kau!”

“Oih!! Dia suka aku la! Aku handsome kut! Pandai memasak, pandai mengemas, pandai lipat baju. Nak harapkan kau, puih!”

“Kuajoq! Tapi kakak tu tau ke rumah kita macam ni? Bapak dia bagi ke kau kawan dengan dia??”

Danny terdiam seketika. “Dia tahu aku destitute…”

Prostitute?”

Destitute! Miskin hina.”

“Okay.”

“Ngan bapak dia tak bagi aku kawan dengan dia… abang dia bagitau la.”

“Abang dia dah jumpa kau?”

“Em. Katanya dia support kitorang.”

“Pergh…” Aqi tersengih lebar. “Senang cerita, kau bakar je bapak dia kat pusat pembakaran sampah tu. Takde orang nak ambik port tulang yang dijumpai. Orang ingat tulang ayam.”

“Kepala kau ni Aqi…. Aku tak sure lagi nak proceed ke tak. Kalau awek tu worth fighting for… aku fight la untuk dia. Aku pun tak sure lagi status dia sebenarnya macammana…”

“Apa maksud kau dengan status?”

Danny mendiam, lalu senyum nipis diukir. Keropok diserahkan pada si adik yang menggosok dahinya itu. “Nanti ada cerita lebih, aku share,” sengihnya lalu berlalu pantas. Aqi tersengih nipis, menyeluk tangan ke dalam plastik keropok. Tiada lagi. Eh….

“Dah habis la…!!” geramnya menjerit. Danny ketawa tiga harakat dari dapur.

“Hari ni aku kerja shif malam. Kau kunci pintu tau.”

“Ya… ya… aku pun nak keluar kejap lagi…” bisiknya pada diri sendiri.


MAJLIS perpisahan untuk Batrisya bermula seawal asar, kerana nak menyediakan tempat barbeque dan memasak. Betul-betul di laman kediaman keluarga gadis itu sendiri. Tidak ramai yang dijemput kerana kawan-kawan Batrisya tidak ramai. Nak diajak malam, kebanyakannya memberi alasan sibuk. Maka keputusan barbeque selepas Asar diputuskan oleh insan yang diraikan. Ringkas, dan tetap kenyang.

Umar dan Hanani – kawan Umar, ada sama, disuruh bakar arang sehingga benar-benar panas. Sementara menunggu, Farid membelikan KFC untuk rakan-rakan Batrisya seramai tujuh orang itu. Jen diberikan kotak berasingan atas permintaan gadis itu sendiri. Bila dibuka, yang dijangka ayam original berganti dengan tomato, timun belimbing dan sawi.

“Hahahahahaha!! Kau kata nak cantik!!” Farid memberi dekah percuma.

“Blah la kau!! Pergi mati!!”

Dan bergaduh keduanya hingga habis majlis.

Batrisya merenung pergerakan balik tujuh tubuh itu. Entah dirindui di M.U. nanti, entah tidak. Satu-satunya yang rapat dengannya ialah Jen, tetapi kadang kala dia rimas dengan sikap rakannya itu. Dah la buat majlis di rumah orang, barang makanan pula disediakan seratus peratus oleh Farid, yang membakar si Umar, Hanani dan Farid, dan tiada seorang pun yang sudi tinggal dan tolong mengemas. Keluh dihela panjang. Sebal. Lalu kepala ditoleh pada tiga insan yang masih duduk-duduk di atas tikar, berehat merenung langit malam.

“Kau tak balik, Hanani?” Batrisya menegur sambil mendekat.

“Taknak la. Nak duduk sini malam ni boleh?”

“Kenapa?” Farid menoleh pelik. Hanani menjungkit bahu bersama sengih nipis. Umar pula sekadar menjeling.

“Bagi la dia tidur kat guest room tu bang…”

“Esok tak sekolah ke?’

“Hani dah bawak dah baju sekolah segala bagai.”

“Amboi dah prepare! Nanti ayah tak bingung?”

“Dah bagitau dia dah.” Lancar menipu.

“Ooh…” Kepala diangguk, bersahaja. Tak terasa nak ambil peduli. Batrisya yang mengambil bekas makanan yang berisi makanan barbeque dipandang. “Kau nak hantar kat mr. samseng engkau tu eh?”

Batrisya terkebil. “T-tak… tak… tak…” Defensif.

Right… nak abang hantarkan?”

“Bat boleh pergi sendiri.” Lidah dijelir.

“Kalau kau nak pergi terus ke rumah dia, abang tak benarkan. Jauh sangat rumah tandas tu dari tengah pekan.” Umar, Hanani dan Batrisya serentak menoleh pada perkataan rumah tandas. “Kau call la dia, mintak jumpa kat meeting spot.”

“Rumah tandas tu macammana?” Hanani menyoal, keliru. Menoleh si lelaki remaja dibuatnya, diiringi sengih jahat.

“Dia macam rumah… ada perabot segala bagai… tapi saiz dia macam tandas rumah ni.”

“Uih. Kecik no!”

Batrisya menahan sentap. “Jahat la abang panggil rumah dia rumah tandas! At least dia tahu sambung wayar sendiri dan rumah sendiri. Abang gergaji kayu pun tak reti!”

Menjeling Farid dibuatnya. Sengih nakal turut terukir di muka kacak. “Eleleleleleleleh… defend bakal hubby dia… kau sendiri duduk rumah tu nanti, padan muka.”

Batrisya terkebil, lalu pandangan dilarikan. Sedikit sayu. “I wish.” Kereta si abang didapatkan. Tiga orang yang ditinggalkan itu hanya menghantar pandang dengan tenungan kosong.


“HELLO, Danny?”

“Hai… angin ahmar menyerang ke apa sampai datang mood nak call saya malam-malam gini? Saya dah tak buat servis urut ekstra lagi, tau.” Ceria nada insan di talian sebelah.

“Hape…” Sengal. “Saya kat Melihah Hilir ni. Baru sampai.”

“Ha? Awak buat apa kat sini malam-malam? Kan saya dah cakap jangan datang sini malam-malam?” Nada nakal bertukar tegas.

“Saya nak jumpa awak… nak cakap something…” muncungnya. Terasa diri dimarahi.

“Cakap thru here je tak boleh ke? Pasni balik terus.”

“T-tak… erm… saya tunggu sana nanti tau… kat Seven-E…” Terdengar bunyi kecoh, membuatkan Batrisya menoleh. Seorang budak perempuan dilihatnya memecut keluar dari sebuah bangunan yang menunjukkan botol-botol arak di cermin kedai. Yang mengejutkannya, tiga lelaki dewasa turut keluar dan mengejar pecutan kaki kecil itu. “Ada budak kena kejar!!”

“Ha?” Danny terkejut sama.

“Budak perempuan!! Saya nak pergi tolong!”

“Kejap Bat! Budak perempuan mana?”

“Mana la saya kenal…” Sony Ericson dikerling.

Diam seketika. “Awak nampak dia kena kejar kat mana?”

“Eh errr… I’m not sure… macam arcade games… tapi ada jual arak…”

Terdengar desisan deras dari insan sebelah. “Don’t go anywhere! I’ll come for you!!”

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.