Home Novel Umum Ini Sebuah Cerita
: Danny & Bat (6) - Sub End heheh

PETANG yang sama, hujan turun dengan lebat sekali. Batrisya menghela nafas panjang, merenung langit kelabu. Hujan turun macam tak pernah turun sepuluh tahun. Lebat giler. Mujur angin ribut tiada untuk menjadikan cuaca bertambah buruk. Batrisya berpeluk tubuh, bersandar di pintu kaca Seven-E. Sabar menanti insan yang meminta untuk bertemu.

Ting! Bunyi pintu Seven-E terbuka. “Oooh… dah sampai tak bagitau…”

Batrisya menoleh, lalu tersenyum simpul. “Awak lambat.”

“Eleh. Saya sampai lagi awal dari awak.” Danny tersengih, merapat dengan plastik berisi makanan ringan. Si gadis yang berpeluk tubuh itu direnung. “Awak sejuk ke?”

“Masih suam. Baru nak sejuk sikit.”

“Gitu…” Uniform polisnya ditanggalkan dari tubuh. Batrisya cuma memandang kosong.

“Awak panggil saya ke sini, kenapa?”

Your dad datang jumpa saya pagi tadi.” Uniform itu dihulur pada si gadis. “Dia nak saya berhenti jumpa awak.”

“Eh?” Terkejut dibuatnya hingga tak tersambut huluran yang gentleman. Mata hitam itu dipandang pelik. “Habis tu, awak terus contact saya kenapa?”

Meh. Lagi orang cakap jangan, lagi la saya teringin nak buat.”

“Hah… hahahahah…” Kepala digeleng, tak percaya. “You’re such a rebel. Rosak identiti uniform awak tu, tahu.”

Danny tersenyum nipis. Berdesut-desut anak panah menusuk ke kalbu bila melihat senyum dan gelak si cinta hati di depan mata. Ah, ini rasa jatuh cinta. Lengan Batrisya ditarik dari sandaran, lalu uniformnya dipakaikan pada si tubuh kecil. Kalau boleh nak peluk terus! Tubuh merapat di bawah sedar.

Gadis itu tersenyum, berundur setapak. Boleh mengesan perubahan bahasa tubuh Danny, dan seelok-eloknya dielakkan. “Awak sendiri boleh tahan ke dengan baju pagoda je?” Kedudukan uniform di tubuhnya, dibetulkan.

“Awak ada kat sebelah saya dah cukup nak buat saya warm…” tuturnya rendah, lalu bersandar. Nafas ditarik dalam, sedalam-dalamnya. Melegakan hati yang masih menggila dengan debar si kuda jantan. Datang berjumpa pada waktu hujan is not a good idea, I guess… Titis hujan yang menimpa atas bumbung kedai, direnung. Entah apa khabar Aqi. Harap dia tak duduk kat rumah, sebab atap yang bocor masih belum ditampal dengan papan.

Aqi?

Danny menoleh, baru teringat. “Come to think of it… awak carik saya malam hari tu sebab nak bagi ayam tu je ke? Saya lupa nak tanya.”

Batrisya terkebil seketika. “Aaah…” Anak mata dilarikan ke kanan, lalu lidah digigit. “Saya nak bagitau… saya akan fly ke Manchester hujung minggu ni…”

“Ler. Tu je? Sampai kena jumpa saya face to face kat Melihah Hilir malam-malam dan bertembung dengan samseng-samseng tu semua dan saya kena berdepan dengan fakta awak anak orang super kaya… sebab alasan tu je??”

Terperanjat dengan reaksi Danny, tertunduk dia lalu. Segan. “Se-se-sebab saya baru habis majlis perpisahan ngan kawan-kawan… pastu teringat kut-kut awak tak makan lagi, saya pergi la terus…” Muncungnya. “Mana la orang expect benda yang jadi lepas tu.”

“Hehh…” Danny tersengih nipis. “Kira awak suka saya sangat to the point sanggup melawan samseng tu semua?”

Batrisya mencemik. “Saya tolong adik perempuan awak je, bukannya sebab nak jumpa awak.”

“Hujah awak tunggang langgang. Kejap kata sebab nak jumpa saya, pastu cakap tidak. Awak suka saya ke tak sebenarnya ni??”

“Apa-apa… apa pulak kaitan hujah saya tunggang langgang dengan soalan saya suka awak ke tidak?!”

Danny memicing. Pergelangan tangan Batrisya dicapai dan digenggam. Mata bundar itu direnung tepat ke dasar, nak mencari apa sebenarnya yang perempuan ini nak cakapkan. Tapi Batrisya melarikan pandangan, menyebabkan Danny mengeluh pendek.

I thought you know that I love you…” luahnya perlahan sambil menunduk serentak. Kepala Batrisya terangkat, lalu dipalingkan perlahan-lahan pada si lelaki. Danny sedang memuram. “…and I always thought you love me too…. I’m beginning to lose that thought..” Pegangan tangan dilepaskan.

Hujan masih melebat turun.

Si wanita mula serba salah. Debar di hatinya menggila, tetapi riak kecewa Danny lebih mengusik hati untuk merasa bersalah. Bibir digigit. “Saya…” Saya memang ada hati kat awak… gah!! Macammana sebenarnya nak cakap!! Bukak la mulut, bukak! Bukak la huhuhu…. Menangis dia lalu. Tak tahan dengan tekanan hati. Lalu muka ditutup dan berkalih membelakangkan Danny. Terperanjat lelaki itu.

“Hey…” Betul-betul ke ni? Danny mengejar muka itu, dan tergamam lagi melihat air mata dan muka merah si perempuan. “Dah kenapa??” Ternganga dia.

“Isk… isk isk…” Air mata yang masih enggan berhenti terus dikesat sesungguhnya. Tubuh dikalihkan lagi, enggan melihat Danny. “Jangan kacau orang la…” getusnya, masih mahu menangis.

“Bat…” Lelaki itu memanggilnya lagi di belakang. Batrisya tidak berkalih langsung, tetapi melarikan diri mahupun menampar andai marah pun tidak. Cuma berdiri di situ dan melayan perasaan. Rengekan kedengaran kemudian, seolah-olah menyesali emosi sendiri. Kalah dek perasaan.

Lelaki itu menggaru pipi. Tidak memahami apa yang berlaku dalam hati si perempuan, tetapi sedikit sebanyak dia mengerti hati itu bersedih disebabkan oleh dia. “Say… saya mintak maaf kalau apa yang saya cakap buat saya sedih. Tapi saya quite yakin we share the same feeling…”

Batrisya terpejam kelip. “Apa maksud awak… yakin…”

“Abang awak bagitau saya awak sukakan saya.”

What da!! Tegak terus tulang belakang. Muka Farid yang tersengih dibayangkan di dalam kepala. Danny tersenyum puas hati bila boleh melihat wajah basah itu akhirnya. “And awak panggil saya your S.O….” lanjutnya rendah. Sungguh, hatinya benar-benar mengembang bengkak dek virus cinta. Mampu menyakitkan jika tidak dirawat, dan bila dilayan… ah, bahagia.

“A-awak tahu ke… S.O. tu apa…” Air mata yang bersisa dikesat lagi dengan lengan baju supaya benar-benar kering.

Significant other.”

Malu. Mata dipejam kuat. “Abang saya yang bagitau lagi?” Sebab sebelum ni Danny langsung tiada klu bilamana dia membahasakan lelaki ini dengan terma itu depan muka dia sendiri.

No.Saya carik kat internet.”

Batrisya tertawa janggal. “Saya… saya tak tau macammana nak cakap…” luahnya akhirnya dengan muka merah. Danny terkelip. “Saya tak pernah… jatuh cinta sebelum ni…. You are my first.”

“Haha…” Sengih Danny merebak luas sampai ke cuping telinga. Ambek, hah. Dapat anak dara sungguh ni! “You are my tenth.”

Batrisya mencerun. Tergelak lelaki itu bila diberi muka garang. Boleh tahan variasi emosi gadisnya ini. “Joking la, awak. Hehe. Puas hati saya kalau macam ni. Senang cerita dunia akhirat. Your ayah pun tak boleh nak buat apa sebab anak perempuan dia sukakan saya…” Plastik di tangan diseluk-seluk, mencari sesuatu. Batrisya pula tergelak dek bebelan yang tiada topik asas.

“Awak tak kisah eh berpasangan dengan saya. Biasanya kisah kita ada masalah macam perbezaan darjat…”

“Saya tak kisah sangat with that difference. Yang penting is your consent, but now that I know I have your heart is in my possession, I can do whatever I want with my own way after this. Now, where the heck did I put that darn thing…” Jajan dalam plastik diselak-selak, terus mencari objek yang diingini untuk diserahkan pada si gadis.

Batrisya terdiam. Pertama kali mendengar Danny berbahasa inggeris dengan lancar. Sangat lancar! Macam jalan raya yang baru dibuat dan langsung tiada bam.

“Awak lepasan degree ke? Kenpa jadi samseng sebelum ni?”

“Tak la. Saya tak pernah masuk sekolah pun.” Poket belakang diseluk. Hah! Ini dia. Sebentuk cincin dikeluarkan. Baru sahaja nak diserah pada Batrisya, gadis itu sedang mencerun padanya. Naik pelik. “Kenapa?”

“Awak biar betul ni? Awak tak sekolah, tapi your English is really impressive. Awak samseng, tapi awak kawan baik dengan doktor tu, polis tu dan ambik adik angkat perempuan lagi. Awak berani melawan orang berpistol, dan even stop a bullet for me. Awak langsung tak tergugat dengan amaran ayah saya, dan awak even tak tergugat langsung dengan difference antara kita! Who are you, exactly?” soalnya bersungguh, kerana manusia biasa tidak mungkin tidak terusik dengan semua itu!

Danny tersenyum hambar. Kurang senang dirinya dipersoalkan, tetapi Batrisya tidak disalahkan kerana perempuan ini memang berhak salah faham. “Saya Danny, a backstreet nobody. Mualaf for like, 2 years already. A policeman for 3 years, dah murtad dari gang underground Xian, abang angkat Aqi, dan your soon-to-be husband kalau awak bagi saya peluang masuk dalam life awak lepas ni…”

Liur ditelan. “Awak tak takut dengan ayah saya?”

“Saya dah cakap saya tak kisah…. Yang penting awak nak kat saya ke tidak.”

Batrisya mencerun lagi. “Kalau saya cakap saya nak, awak ajak saya kahwin lari ke?”

No. Hahaha. That means saya ada someone saya nak fight to get for. Saya taknak fight for someoneyang taknak kat saya langsung. Useless…”

Oh. Batrisya tertunduk, sedikit segan dengan imaginasi liarnya.

If you don’t mind?” Danny bersuara sambil menghulurkan tangan, nak memegang tangan Batrisya. Gadis itu menoleh. Ragu-ragu seketika, namun huluran itu disambut. Jemari si gadis sejuk! Danny menggenggamnya seketika, berkongsi hangat yang sedikit sebelum mengeluarkan cincin stainless steel dan disarungkan ke jari manis kanan itu. Batrisya terpaku.

Money, I’m still working on it. Jadi saya perlukan masa. I wanna marry you…” Tangan itu dipegang lagi, digosok bagi hangat. “Saya nak awak, jadi isteri saya…. Tapi saya masih tak boleh… marry you just yet…. Masih sangat miskin. Sangat daif. Tak boleh nak beli jewelleries or rather toiletriesand I still have an adik to take care of…” Muka direndahkan dan kening diangkat. Wajah cantik itu ditenungnya. Redup dan mengharap. “Awak masih sudi bersama saya? Tunggu saya…?” pintanya.

Mereka berpandangan, lalu Batrisya tersenyum. Pegangan tangan Danny berbalas. “I’ll wait.

Danny tersenyum puas. “I’ll buy you a big diamond.

Keh. Mana awak nak dapat duit belikan saya big diamond. Nak trade rumah awak tu?”

Amboi!!

Batrisya memandang cincin di tangannya. Cantik. Selalunya cincin berbatu permata atau emas yang beribu-ribu ringgit yang nak naik ke tangannya, tapi cincin besi keping itu juga yang muat di situ dan tak ditarik dan dibuang. Malah diciumnya tanda betapa dia menyukai.

Danny menjeling bersama senyum. Lega Batrisya menyukai. “Sepanjang awak further study kat Manchester, saya akan work my ass off untuk tambahkan duit simpanan.”

“Saya patut cari kerja jugak nak support awak… wait. Awak tahu saya ke sana sebab nak further study? Saya pernah cakap ke?”

“Dok. Abang awak yang bagitau.”

Batrisya menoleh lipat maut ke jalan yang menuju ke rumahnya. Rahsia Bat yang mana yang abang tak bagitau Danny lagi, bang!!

Danny tersenyum, “Tak kisah la. Tak jauh kan? Kita masih boleh bertemu sekali-sekala, kan?”

“Eh…?” Batrisya berpaling lagi dengan muka kelam. “Penerbangan berjam-jam tu.”

Mereka berpandangan. Sama-sama keliru. Danny membuka mulut. “Manchester… tu kat mana?”

“M.U… er… somewhere in the British Isle.” Muka keliru itu dipandang. “Europe in short.”

“Bukan kat FELDA Johor?!” Terperanjat!

“Apa ke?!” Pun terperanjat sama.

Danny menepuk dahi. Malu betul. Muka Aqi terbayang menyebut FELDA Johor. Aku yang cakap mengarut, aku jugak yang ambik serius. Huh… Muka diraup geram sambil mata merenung kedai di seberang. Nafas terluah panas.

Batrisya menahan ketawa. “I’ll wait, you’ll wait, kan?” soalnya. Danny menoleh, lalu tersengih nipis. Pasrah. Biarlah. Jauh ke tidak, kekasihnya nak pergi belajar, dan dia nak kumpul duit. Cuma itu.

I want eighteen children,” sengihnya kemudian, dan Batrisya menolak bahunya.

“Satu lagi benda saya tak clear, Danny…”

“Em?”

“Macammana awak nak fight ayah saya?”

Just tell him whatever happen antara kita. Yang penting, honesty. Saya taknak ambik anak dara orang dengan cara kurang ajar. Dia masih miliki awak… so saya kena mintak pindah hak milik tu dengan penuh hormat…”

And… tu je?”

“Tu je.” Senyum. “The rest, doa dan tawakal.”

“Kalau… pintu langit tak terbuka?”

“Maksudnya awak bukan jodoh saya.” Mudah sekali menyahut. Nafas Batrisya tertahan di rengkung, lalu baju lelaki itu digenggam. Anak mata redup itu dipandang dengan riak sayu. Danny tersenyum kecil.

“Doakan je la…”


DATUK Ismail memandang rumah itu. Nampak sangat kasihan di bawah langit senja. Atap berzink dan setiap lubang atap ditampal dengan papan. Dinding rumah turut bertampal. Pintu, berkunci. Okey la tu. Persekitaran pun bersih, berumput kecil dan tak bersemak. Di luar rumah ada dua kerusi. Entah macammana di dalamnya….

Datuk itu melangkah mendekat, nak mengetuk pintu.

“Aqi! Lambat lagi ke! Tolong aku lipat baju!” Suara Danny.

“Aku sakit perut! Relaks la…”

“Sakit perut pandai kau, makan pun belum lagi!!”

“Aku makan kat dewan sekolah tadi la… oh, aku ada bungkuskan untuk kau jugak.”

“Oh…?”

Senyap sebentar. Datuk Ismail meneguk liur. Nampak kesian benar gaya hidup lelaki ini. Dah petang begini pun belum makan lagi? Betul ke lelaki ini yang Bat nak buat laki…? Tangan diangkat, berniat mengetuk lagi.

“Aqi!!” Jeritan marah Danny tiba-tiba memecahkan sunyi yang seketika. Terkejut beruk Datuk Ismail dibuatnya. Kedengaran pula ketawa jahat milik suara yang lebih kecil dan nyaring, malah semakin dekat ke arah pintu. Bam!! Daun pintu dikuak deras dan laju, tepat ke muka Datuk Ismail. Lelaki berpangkat itu terundur-undur menahan impak dan sakit. Muka dipegang, terduduk mencangkung. Aduh….

Aqi di muka pintu tergamam. Terkejut dengan kehadiran orang asing di luar rumah, dan lebih terperanjat dengan jenayah yang tak disengajakan. “Err…”

“Kau nak lari mana weh?! Tolong aku lipat baju!!” Lengan dilingkar ke leher Aqi, lalu ditarik hingga terpisah kaki gadis kecil itu dari tanah. Terkejut Aqi, spontan meronta meminta lepas, namun Danny berdegil mengetatkan kunci headlock. Bapak sesak!!

Lepas…! Lepas…! Udara…!

Aqi yang dah macam pesakit asma ketagih oksigen langsung tak diberi perhatian saat Danny terpandang lelaki berblazer biru gelap di depan rumahnya. Pelik dia. Siapa pula yang nak datang ke rumahnya ini…. Danny mengerut dahi, curiga dan sesungguhnya dia mengecam sesiapa yang tak dikenali yang sanggup mencemar duli menjejak rumah buruknya ini. Orang masjid yang nak mengambil Aqi… kah?

Datuk Ismail mendongak. Danny menelan terus prasangka masuk ke perut. “Datuk?”

Aqi menggenggam penumbuk, lalu dilepaskan ke atas. Tepat ke muka Danny. Terkejut si abang angkat. Barulah tersedar si adik sesak nafas dalam rangkulannya. Ah, sorry Aqi.

Headlock dilepaskan. Aqi terduduk melutut sebelum terjatuh merangkak di tanah sambil menarik nafas sedalam-dalamnya. Deras sekali bunyi oksigen yang cuba disedut masuk. Danny tersengih membiarkan, lalu pandangan kembali difokuskan pada lelaki berumur itu.

“Datuk buat apa kat sini?” soalnya. Datuk Ismail merenung lelaki itu bersahaja, namun pandangannya lebih ditumpukan pada gadis kecil berambut panjang itu. Danny menjeling adiknya, lalu gadis itu ditolak ke dalam rumah.

Aqi yang terbatuk kecil, memuncung lalu. “Biar la aku duk sini…”

“Hal orang dewasa.” Bahu itu ditolak lagi.

“Hal orang dewasa,” ajuknya dengan mulut senget. Danny buat muka geram dan gadis 14 tahun itu berdesut masuk ke dalam rumah. “Tutup pintu jugak ke?” soalnya pada Danny. Danny memberi isyarat kepala, meminta tutup. Aqi mengajuk isyarat kepala itu dengan menggoyangkan kepalanya ala Bollywood. Danny tersengih geram.

“Kau… bab-bab mockery… kau la nombor satu.” Tangan dipanjangkan ke kepala itu, nak menjentik. Si gadis tergelak nakal dan berlari terus ke dalam rumah. Berdentum pintu bila ditutup.

“Adik kamu?” soalnya dengan senyum yang tersungging nipis, teringat pada Umar. Si anak angkat bermata hazel itu… mungkin sebaya dengan budak tadi.

“Em. Jadi…” Danny bertanya terus, taknak belok-belok pada Aqi. Lelaki berumur itu menarik muka serius.

“Kamu serius pada anak saya?”

“Ya. Saya dah luahkan perasaan saya, dan dia juga.” Melawan. “Dan saya nak mengahwini anak Datuk.”

“Kahwin?” Terangkat keningnya. “Dengan rumah yang macam ni?” Kedengaran mengejek kata-kata itu, dan Danny menyambut separa tenang. Hati berbisik supaya bersabar kerana ejekan itu benar. Nafas pendek disedut.

“Ya. Dengan rumah yang begini.” Pintu di belakangnya ditendang. Kedengaran bunyi jatuh di dalam rumahnya. Danny mendesis, tahu Aqi mencuri dengar.

Datuk Ismail merenung muka itu. Lelaki ini serius. “Kewangan kamu macammana? Perancangan masa depan? Takkan nak bawa Batrisya duduk dalam rumah yang macam ni? Anak-anak kamu nanti?” Berdas-das dia bertanya. Danny pula masih beriak tenang. Tidak melatah bila dipersoalkan tanggungjawab seorang lelaki dan keadaan dirinya yang hidup cukup muat. “Fikir Danny Abdullah. Kalau kamu mahukan Batrisya, fikirkan macammana nak membahagiakannya. Saya tahu duit tak semestinya boleh menjamin bahagia, tapi duit juga salah satu elemen penting dalam berumah tangga.”

Lelaki itu menguntum senyum. “Terima kasih sebab mengambil berat, tapi adakah ini bermakna Datuk bersetuju menyerahkan anak perempuan Datuk kat saya?”

Pandai dia tukar topik.

Datuk Ismail merenungnya saja, menunggu jawapan. Danny menjungkit bahu, beralih ke luar pagar. Lelaki berpangkat itu mengekori.

“Perancangan masa depan… ya, saya ada. Dan saya dah fikir masak-masak samada nak melamar anak Datuk atau tidak. Permintaan saya nak hidup dengan dia bukan sekadar nak enjoy atas katil tapi lepaskan anak ke hutan, no. Saya nak bina keluarga dengan dia. Dan Bat pun… well, senang cakap, kitorang sekepala bab tu.”

Huh… “You’ll live with your sister?”

Danny yang tersengih-sengih gembira, menoleh. “I can’t toss her away.

Terkedu seketika. Dia faham bahasa asing… dan mampu menjawab dalam bahasa asing? Pagar stereotaip pecah pada fasa pertama. Danny direnung dengan sedikit minat kini. “But she’s adopted, right?

Riak Danny menegang terus. Datuk Ismail dirapati dan kolar leher lelaki berpangkat itu direntap kasar! Tersentap dibuatnya. Pandangan tajam Danny menerkam anak matanya terus ke dasar. Lalu dibalas keliru. Danny memicing. “Saya angkat Aqi sebab saya nak jaga dia, jadi saya akan jaga dia sampai dia kahwin. Itu tanggungjawab saya sebagai abang sejak saya terima dia jadi adik saya. Dan selagi dia tidak jumpa jodoh dia, saya takkan buang dia atau ‘rasa’ dia atau apa-apa!” tegasnya dengan muka merah menegang. Sesunguhnya, Danny benci soalan-soalan yang sering dilontar masyarakat yang prihatin dengan nasib Aqi itu.

Terkaku Datuk Ismail. Mungkin terpegun kerana disergah depan mata sampai air liur terpercik ke mukanya.

Danny memicingkan mata, lalu menarik nafas dalam. Meraih sabar. Kolar leher itu dilepaskan dan dikemas balik. “Sorry. Its just that… orang tak faham betapa pentingnya adik saya pada saya, walaupun sekadar diangkat. Walaupun kami takda hubungan darah. Walaupun dia… atau saya… sekadar bertemu kat tepi jalan. You can speak ill of me but the fact that she’s my sister won’t change.” Mereka berpandangan. “Sorry.

Datuk Ismail membetulkan bajunya sambil merenung muka itu. Teringat perbuaan mereka satu keluarga semasa makan malam, malam tadi.


“Dia one of the thugs in Xian gangster group, dan hidup dalam rumah yang kesian tu… kais pagi makan pagi kais petang makan petang… future entah apa cerita… adik perempuan dia pun bukannya yang sah… macammana dia boleh hidup dengan stranger bertahun-tahun alone berdua? Entah-entah pedophile. Kau bertahan dengan lelaki yang macam tu?”

Diam ruang dapur itu dibuatnya. Hening. Batrisya memicing, panas hati. “Sekurang-kurangnya stranger yang Danny angkat sayangkan dia dan benar-benar angkat dia sebagai a true family member… berbanding relationship kita yang sah sekeluarga tapi macam total stranger.”

Farid bersiul rendah, menikmati nasi dengan telinga pekak. Umar yang tertoleh-toleh ditahan kepalanya supaya menunduk pada nasi. Datin Orched sekadar memerhati dari ekor dan mendengar di hujung cuping. Datuk Ismail berhenti mengunyah. Sudu diletakkan di atas pinggan dan anak perempuannya direnung.

“Ayah dah bagi amaran kat Danny pagi tadi, yet he still has the guts to contact you the same day I order him to get away from you.”

“He come for me… to ask for my consent… to seek whether its worth to fight for my hand or not. He’s a mere hardworker.”

“Abang tu macam cool.” Umar menyampuk tiba-tiba, membuat mereka menoleh. “Stop a bullet for a stranger, pahtu fight ayah sebab nak dapatkan Kak Bat… pun sebab Kak Bat sendiri memang nak kat dia. Dorang love each other, what’s wrong with that? Duit boleh dicari, kasih sayang yang dah timbul takkan nak timbus sesuka hati.”

Ternganga mereka dek mulut si budak 14 tahun. Farid mendekatkan kepala, menghidu-hidu adiknya. “Are you high, Mar? Are you hunch of drug…?? Words kau make sense, tapi nonsense sebab datang dari mulut kau.”


Mana lagi nak jumpa lelaki yang ambik budak yang langsung tak berkaitan dengannya dan dijaga macam ahli keluarga sendiri? Baru nampak kualiti baik macam apa yang dimaksudkan anak-anaknya. Tapi…

“Kamu pasti Xian takkan mengganggu Bat nanti?”

Terperanjat Danny! Orang tua ni tau?! Patutlah liat sangat…. Pipi digaru spontan.

“Xian… saya bukan ahli Xian lagi. Kalau tak, Datuk akan nampak saya lepak kat lorong sekarang,” sengihnya, sedikit janggal.

Datuk Ismail merenung muka itu. Lelaki yang dicintai Bat, lelaki yang dipercayai Farid… Nafas ditahan sebelum diluahkan perlahan. Mengalah. Semoga benar dia ni jodoh anaknya, Ya Allah….

You won’t make it at this pace,” ujarnya, melangkah keluar sambil mengerling pada si tinggi.

“Hm?”

“Bila ada freetime, jumpa saya di pejabat. I’ll give you job…” suaranya perlahan. Danny mengerut dahi. “You’ll have your income too.” Datuk itu pergi.

Shoot…” Sengih Danny melebar. Jalannya dipermudahkan. Alhamdulillah. Lelaki berumur itu dipandang pergi.

Oh! Baru teringat!

“Ayah! Pejabat ayah kat mana?!” Dia mengejar.

“Saya bukan ayah kamu!”

______________________________________________^3^_____________

K, this is the last. The next one shall be... wait for it.... wait for it...

Aqi jumpa Umar. :P

Tapi tengok ar kalau rajin. 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.