Home Novel Umum Ini Sebuah Cerita
(11)

TAHUN dah bertukar, dan Aqi akan naik ke tingkatan satu. Wah. Dia juga sudah meninggi. Hehe… Aqi memandang tanda-tanda yang telah digariskan pada tiang rumah. Itu ialah penanda sepanjang proses pembesarannya. Bila diukur dengan pembaris 25cm, ditambah pula dengan ketinggian yang lalu, tingginya sekarang kira-kira 157cm gitu…

“Huhuhu…” Gadis itu tergedik suka. Danny yang keluar dari bilik tidur dengan pakaian smart casual, memandang hairan.

“Kau naper, Aqi?”

“Hm? Aku meninggi la Dean,” suaranya. Nama panggilan Danny dipendekkan menjadi Dean selepas Aqi menonton drama Inggeris Supernatural dan jatuh hati dengan watak yang dimainkan pelakon Jensen Ackles. Kacak katanya. Kecil-kecil dah tahu memandang kekacakan pelakon barat.

Danny menjungkit sebelah kening. “Aku takkan cakap banyak pasal budak pendek yang mengaku tinggi depan aku tapi kalau kau took it as your pride, you get what you wish for as none could have happen to those blasphemous heterosex people who showed off pride for nothing…” Lidah tak berhenti melentur kata sambil dia membetulkan kedudukan tali pinggang. Bersedia dengan acara formal di Sekolah Menengah Melihah Hilir selepas ini. Nak membayar yuran dan mendaftar kemasukan Aqi sebagai pelajar tingkatan satu, sekaligus.

Aqi yang dah bersedia dengan baju sekolah dan beg di belakang badan, mengerut dahi. “Apa la yang kau karutkan ni Dean…”

Danny menjeling bersama senih. “Kau rasa aku mengarut? Aku pun dah lama rasa aku ada bakat jadi tukang karut.”

Mengeras kepala otak berbual dengan orang macam ni. Aqi menggeleng kecil, mengabaikan. “Aku tak faham kenapa kau nak kena masukkan aku kat sekolah… pun bukannya aku nak.” Baju kurung putih dan kain sekolah biru cair di tubuhnya dipandang. “Pun aku tak habis pelik lagi sekolah tu boleh terima aku yang 5E ni. Sekolah apa kau hantar aku ni, Dean?”

Tergelak pemuda itu dibuatnya. “Kalau kau taknak sekolah, kau nak apa?”

“Carik kerja. Carik duit.”

“Heheh.” Tergelak Danny, lalu dia mencangkung di depan Aqi. Anak mata hitam itu direnung tepat ke dasar. “Kau ingat lagi kau cakap nak bunuh Ruby?” soalnnya, membuat Aqi terpaku. “Kau ingat lagi sebab kenapa kau duduk di jalanan? Kau tahu sebab kenapa kau tak berdepan dengan Ruby depan-depan tapi kau memilih lari? Sebab masa tu kau masih bodoh, tak tahu apa-apa. Kau masih perlu belajar. Kepala kau masih perlu didikan, dan salah satu sumber dia datang dari sekolah.”

Aqi memuncung. “Bukannya tak boleh belajar kat rumah. Kau boleh ajar aku berlawan.” Penumbuk bertalu-talu dilepaskan ke udara, semangat!

“Nak kalahkan orang bukan dengan penumbuk je, Aqi. Sebab kau perempuan. Kau takkan boleh jadi lelaki hebat macam aku.” Hidung ditinggikan, manakala Aqi mencemik. “Sebagai perempuan, banyak lagi cara lain yang kau boleh pakai nak kalahkan musuh kau selain muscles.” Sengih.

Aqi mendiam, memberi ruang kepada Danny untuk terus berkata-kata. “Meh aku ajar kau cara nak kalahkan orang yang susah sangat nak kalah…. Cari maklumat pasal dia. Cara dia makan, rutin harian, bila dia tidur, bila berak, preferences kat perempuan… everything! Dan kau sendiri akan tahu bila peluang nak kelar leher dia tu datang… tapi semua tu perlukan kepandaian kepala kau nak pilih peluang yang paling sesuai.”

“Dean…” Aqi memuncung. “Kau ajar aku jadi budak jahat ni…”

Tersengih si abang dibuatnya. “Aku ajar kau macammana nak deal dengan life. Orang yang berilmu jauh lebih cool dari tin kosong, tahu?” Dahi Aqi dijentik dan leher itu dirangkul. “Jom, ke sekolah.”

Nafas didengus rendah, lalu kepala dianggukkan.


TOLAK duit pendaftaran dan yuran sekolah Aqi, tolak bil elektrik, bil air, bil gas, kredit telefon, tolak duit basikal Aqi pulang balik sekolah yang masih berhutang, tolak duit tukang jahit yang buat baju raya mereka, tolak duit makan….

“Tolak-tolak-tolak, duit gaji aku jadi minus.” Danny mendesis, menggenggam rambutnya. Seorang pelayan datang dan air mineral kepadanya, seperti yang dipinta si pelanggan. Danny berterima kasih. Sekarang, dia kena berfikir dua kali dulu sebelum nak makan. Betul-betul lapar atau tidak. Bila perut berbunyi, Danny bermain gendang lebih kuat dari bunyi perutnya. Malah, manusia memang tak sedar samada lapar yang dialami sekadar lapar air atau lapar makanan. Sebab tu kadang-kadang bila makan, cepat sangat kenyang.

Danny mengeluh perlahan. Kalau bukan sebab Xian sedap-sedap mengambil duit gaji dia setengah, dah boleh bayar semua hutang ni beransur-ansur. Dan Aqi tak perlu asyik makan roti dan air mineral sebagai makanan harian, dan nasi sebagai makanan bulanan… Dan maggi ayam (baginya paling murah berbanding Maggi kari atau laksa atau tomyam) kalau kebulur tak makan tiga hari.

Sempit…!!! Semput dibuatnya.

Mata menjeling, memandang budak kecil yang melahap roti canai. Air liur terasa mengembang di dalam mulut, lalu ditelan. Redup pandangannya. Bila kali terakhir dia memberi Aqi makan makanan sedap macam tu? Kesian kat adik sendiri. Buku hutangnya dipandang lagi.

“Kalau la aku boleh keluar dari Xian…”

Danny senyap, lalu terloncat berdiri. Terkejut dengan idea sendiri yang datang tiba-tiba. Hahaha! Time macam ni la kita ucap, “Alhamdulillah…”

Tapi, macammana nak keluar? Kena potong jari kelingking macam golongan yakuza selalu buat pada ahli yang nak berhenti?

Sini bukan Jepun.

Dan dia tak pernah mendengar Xian nak melepaskan ahlinya. Lagi-lagi ahli macam Danny yang bertugas sebagai orang dalam dalam kerajaan. Duri dalam daging bagi kerajaan. Talam dua muka. Banyak perumpamaan bagi orang macam Danny ni.

“Hm…” Danny melangkah ke rumah, masih berfikir panjang. Bila pintu dibuka, terlihat Aqi sedang mengunyah nasi di tengah ruang. Melekat terus kaki di depan pintu, terkedu dan sengal sekaligus.

Aku punya la berfikir macammana nak elak berlapar sambil tahan lapardia kat rumah sedap-sedap tambah lemak….

Gadis itu menyambut kehadiran si abang bersama sengih. “Aku ambik kat dewan makan sekolah. Makan la. Aku ada tapau untuk kau sekali,” sengih Aqi, menyerahkan tapau nasi untuk Danny. Ada ikan dan sayur di dalamnya. Wah! Dah lama tak makan macam ni.

“Mana kau dapat?” soal lelaki itu, lekas mengambil tempat duduk di sebelah Aqi.

“Dewan makan.”

“Oh…” Nasi masuk dalam mulut. Em… merasa juga enzyme Amylase dalam air liur mencerna carbohydrate dalam nasi. Sedap. “Aku tak tau budak harian pun boleh makan kat dewan makan,” ujar Danny. Dia tak ingat dia ada bayar yuran makan.

Aqi menoleh, “Tak. Aku ambik sendiri kat dapur dewan.”

Danny menoleh perlahan.


SEORANG melayu sedang makan di warung mamak. Semasa penduduk bumi sedang leka melayan diri, sebuah kereta hitam berhenti di depan warung. Tingkap kereta dibuka dan tembakan dilepaskan, tepat ke arah insan yang sedang makan. Lalu pembunuh dalam kereta melarikan diri tanpa sempat sesiapa menangkap siapa.

“Giler.” Aqi menahan gerun. Tengah makan pun boleh terbunuh? Terbunuh kerana pembunuhan terancang tu, bukannnya sebab kilat tiba-tiba menyambar atau atap warung menimpa kepala atau mi terlalu pedas. Apa nak jadi dengan dunia sekarang?

Terdengar bunyi cekah. Aqi menoleh, melihat laras pistol ada di depan mata. Kecut terus sel tubuh. Gagal nak bergerak, gagal juga nak menjerit kerana terlalu terkejut dan takut.

Danny mengangkat hidung. “Kau patut buat apa bila pistol ada depan muka kau, Aqi?”

Perhatian Aqi teralih. Baru perasan siapa insan yang menghala laras pembunuh itu padanya. “Alihkan la giler. Hampir je aku terkencing sebab kau. Dah la aku baru baca orang makan terbunuh sebab kena tembak.”

Danny terkebil, lalu tersengih. “Sorry. Tapi boleh jadi terjadi kat kau.” Pistol dikunci lagi dan diletakkan di dalam case.

“Yeah… boleh jadi…” Surat khabar diletakkan ke tepi.

“Sangat boleh jadi… sebab aku nak keluar dari gang.” Aqi terkedu, lalu menoleh. Danny mengangguk. “Boleh jadi dorang akan datang rumah dan bunuh kau terus. Tembak, atau bakar rumah, atau tanam hidup-hidup, atau jual kau kat black market…”

“Weh,” getusnya, langsung tak sedap badan. “Kenapa kau nak keluar dari gang tiba-tiba?”

“Aku nak mulakan hidup baru dengan lebih baik dan tenang.” Pistol diserahkan pada Aqi, namun enggan disambut. Danny lalu bersila di depan adik angkatnya itu. “Aku nak ajar kau membunuh.”

“Woih!!”

“Aku nak ajar kau menembak. Sorry.” Sengih. “Aku nak kau tahu macammana nak pertahankan diri. Refleks kau dah sedia laju dan aku boleh nampak improvement dalam skil hand-to-hand combat kau. Cuma, kau perlu belajar main senjata pulak. Nanti kalau aku takda, kau boleh pertahankan diri sendiri.”

“Kau takda… pergi mana?” Tak sedap hati.

“Mana-mana la. Pergi kerja… dan kau pulak on the way ke sekolah. Tiba-tiba dorang culik kau. Aku nak kau tahu defend diri sendiri masa tu. Rajin-rajin bawak senjata setiap hari, okay? Pisau lipat ke hape ke…”

Perut terasa memulas. Benar-benar tak sedap badan. “Kau kenapa serius sangat ni…”

“Sebab hal ni memang serius.” Kelopak peluru dikeluarkan, menjadikan pistol itu sebagai senjata kosong. “Bagitau aku. Macammana pula dua orang dengan pistol saling nak membunuh?” Aqi direnung lagi. Gadis itu masih mengurut dadanya, membalas tenungan si abang angkat dengan riak cuak.

“Mana la aku tau.”

“Yang first tembak yang menang.”

“Kay…” Nafas terluah. Gerun dia memikirkannya. Pistol yang dihulurkan Danny lambat-lambat disambut. “Life kau brutal, kan, Dean.”

“Aku nak stop…” Dagu ditopang. “…demi keselamatan kau. Kalau aku stand on my own, senang sikit nak gerak. Tapi sekarang aku kena jaga kau…” Si gadis berkulit cerah itu direnung. Aqi terdiam, lalu pistol dilaraskan ke depan. Cuba mengintai target.

“Aku masih belajar jaga diri sendiri…”

Tersenyum si abang. “Aku tak rushing pun. Lagipun, aku nak kahwin jugak dan ada bini nak dipeluk cium dan ada orang masak untuk aku di rumah… bukan vice versa…” Aqi dipandang geram. Kali terakhir dia memasak ialah sebelum dirinya dibelasah Xian. Aqi cuba nak menggunakan dapur dan masakkan bubur, tetapi bubur menjadi hangit. Ikan goreng menghangit. Ayam goreng menghangit. Tangannya juga luka-luka dan bengkak kerana minyak masak yang terpercik. Seratus peratus tak boleh diharap.

Sejak itu mereka cuma membeli makanan di luar. Seterusnya, dapur tak pernah hidup kerana dirasakan tak perlu hidup.

Mendengar itu, Aqi tersengih lebar. “Kau ada calon?”

“Nak tebalkan perut kau pun aku tak dapat, ni kan pulak nak fikir calon! Kau fikir logik sikit la sistah.”

“Kan kau jugak yang ungkit pasal bini dulu…” Aqi terjuih. Pistol kosong dimain-mainkan pada tangan, dan rancangan Danny yang nak keluar dari kumpulan Xian demi kepentingan mereka difikir-fikirkan seberapa panjang yang boleh. Lambat-lambat, anak mata hitamnya dikerlingkan pada si abang. “Yang pasal kau nak keluar dari group Xian…”

In progress.” Sengih Danny hilang berganti serius. “Dorang takkan nak biarkan ahli group chow gitu-gitu je… lagi-lagi aku yang jadi polis ni… ada MoU lagi ngan dorang…”

Aqi mengangguk, “Apa kata kalau…”


BERHENTI menjadi ahli Xian tapi terus menjadi polis. Dengan perjanjian bertulis, Danny takkan kantoikan apa-apa kegiatan haram kumpulan bawah tanah itu pada pihak berkuasa dan terus menutupnya dari dalam. Syarat yang ini menjadi mudah bila Danny sendiri seorang anggota polis. Mudah, dan ‘kedengaran mudah’ bila Danny kena pulangkan RM30,000 wang yang telah digunakan daripada kumpulan ini.

Mudah’nya…

Perjanjian. Sah!

Berita gembira, Danny berjaya keluar dari Xian.

Berita buruk, mana nak cari RM30,000!!

Kalau dah namanya kumpulan bawah tanah, bila lambat membayar, interest akan naik berlipat ganda kepada bilangan yang tak tercapai hayat individu yang miskin. Jangankan interest, bayaran kasar itu pun boleh buat dia rasa nak jerut diri dengan tali kapal! Kalau seorang jutawan dengan projek bisnes di sana sini, takpa la jugak.

Fikir balik Danny… waras ke tindakan kau keluar sesuka hati macam ni…? Bila benda dah jadi begini….

Dia ada beberapa ribu lebih je. Itu duit yang dia terima dari Xian dan disimpan sebab ragu-ragu nak menggunakan duit haram itu walau makan roti je setiap hari. Dan masalah itu diluahkan pada Aqi akhirnya.

Esoknya, Aqi tiba-tiba menghilang. Mana budak itu pergi? Cuma nota untuk Danny yang tertinggal di ruang tamu, namun memo tulisan kerawit yang ditulis dengan pen yang hampir tak berdakwat itu tidak memberi makna berguna walau sekuman pun! Bila dirisik cikgu sekolah, Aqi memang tak datang dari awal pagi. Lalu Danny cuma mampu mengeluh dan berdoa agar adiknya selamat.

Budak itu muncul lagi tiga hari kemudian dengan bagpack sekolah yang berisi RM50 berikat-ikat. Luas mulut Danny ternganga melihat wang Malaysia yang berikat-ikat banyak sungguh begitu!!

Fiuh…” Peluh dikesat dari kepala sambil punggungnya dilabuh pada kerusi kayu. Penat benar gayanya membawa beban yang berat itu. Aqi tersengih dengan muka selamba. “RM30,000. Tak lebih. Tak kurang. Kau bayar la.”

Mata Danny masih mencerlang bulat, sebulat telur mata kerbau. “Mana kau dapat ni?!!”

“Duit aku.”

“Haaaa?!!!”

Sengih selamba masih bergayut di bibir nipis Aqi. “Anggap la aku ni the loaded mistress yang lari dari rumah dan masih tak gunakan duit yang disimpan sampai sekarang.” Sengih itu memudar sedikit. “Ambik la.”

The the loaded…” Tertelan air liur dan nafasnya sekaligus. Danny masih sukar nak mencerna. Duit itu terlalu banyak untuk seorang budak perempuan 13 tahun dan setinggi 157cm pegang. Malah, mendakwa duit dia sendiri lagi. Oi. Kau ni anak orang super kaya ke apa?!!

“Bang Danny tak sudi terima duit dari adik dia sendiri?”

No I mean this is too much to process…” Dahi ditekan tanpa sekalipun dia mengalihkan pandang pada not-not yang berikat di dalam beg sekolah itu. Banjir kulitnya dengan peluh dingin. Denyut yang cukup asing turut dirasakannya sekarang.

Come on… setengah juta pun tak sampai ni…”

“Setengah juta pun tak sampai my ass! 30 times my own money for God’s sake!Aqila!”

Aqi mencemik, “Kau tak percayakan aku?”

Danny menoleh. “Aku sangat terkejut ni, dammit!!” Beg sekolah itu dizip tutup. “Aku masih anggap kau the homelessanak yatim yang miskin tau. Tiba-tiba je muncul dengan duit sebanyak ni lepas hilang dua tiga hari…. First of all, mana kau dapat duit ni? Macammana kau boleh claim duit ni duit kau?? Kau cakap kau langsung takda family member, jadi dekat siapa kau claim ‘duit’ kau ni?? Come again, does your family is rich? Super rich? Kau ni seorang puteri? Anak menteri kabinet?!” Gasak!

Aqi mendesis geram. “Shut up, noble.

Danny tersentap. Lupa diri sendiri seorang diraja. Aqi dipandang. Muka itu masih masam, membuka bicara.

“Aku budak kecik yang hampir mati kelaparan dan diangkat jadi adik oleh mamat samseng yang miskin hina,” Aqi mendesis. “Clear?”

Kening Danny terangkat. Well, kalau kau degil nak rahsiakan… “Miskin hina is unnecessary…” Beg hitam itu ditarik dari meja.

“Aku suka kau miskin hina. At least aku benar-benar boleh happy berbanding…” Senyum, tidak dilanjutkan.

“Berbanding…?”

Masih senyum, langsung tidak membalas.

Danny meluahkan nafas panas. “Fine… walaupun aku tak berapa nak suka kau pergi somewhere tak bagitau aku.” Beg itu diangkatnya dan nak dibawa ke bank. Lebih selamat dimasukkan ke dalam bank terus daripada menyimpan wang sebanyak itu dalam rumah buruk ini.

Previous: (10)
Next: (12)

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.