Home Novel Umum Ini Sebuah Cerita
: Danny & Bat (2)

“TAK jauh kemende!! Nak dekat setengah jam jalan tak sampai-sampai lagi ni, weh! Kau tipu aku eh?!” Batrsiya mendesis geram. Danny menjeling ke belakang bersama senyum.

“Bagi aku tak jauh… tapi for first timer macam kau, jauh la nampaknya.” Wajah itu ditoleh. “Sorry.”

Melihat perangai yang sopan, Batrisya naik segan kerana melenting. Mulut lalu didiamkan sambil anak mata dibawa memerhati jalan yang tidak pernah dilalui. Ada juga bahagian Melihah Hilir yang dia tidak habis teroka rupanya.

Diam-diam, dia takut juga sebab tak pernah datang ke sini. Setiap jalan dan lekuk tanah tidak dikenali. Mereka dah terlalu jauh dari tengah pekan sana. Sini sangat kurang manusia! Tolong la jangan cakap yang lelaki itu berniat tak baik. Batrisya menundukkan kepala, mula menyesali niat yang ingin percayakan lelaki asing yang nak membawanya ke rumah.

“Hey.”

Batrisya mengangkat kepala. Terperanjat bila dahi terlanggar telunjuk Danny yang tegak menunggu dilanggar. Gadis itu berundur setapak, menutup dahinya. Lelaki itu merenung saja, menahan sengih.

“Masa berjalan, tengok depan…”

“Sibuk!”

Lelaki itu sekadar tersenyum kecil. “Rumah aku tu.” Bibir dimuncungkan pada rumah kecil berpapan itu. Batrisya terpejam kelip, ingat rumah itu. Rumah yang abangnya pernah lawati…. Danny yang menjauh dipandang. Dia lelaki yang cedera parah hari tu?? Lambat-lambat rumah itu didekati.

“Nampak kesian,” komennya.

“Auch.”

Sorry.” Lidah digigit. “Kau duduk sengsorang?” soalnya, menyentuh pagar zinc.

“Dengan adik aku.”

“Aaaah… adik angkat, kan?” soalnya, membuat langkah Danny yang nak masuk, terhenti. Gadis berambut panjang ikal mayang itu dipandang.

“Mana kau tau?”

“Doktor kat klinik tempat kau rawat tadi yang cakap.”

“Doktor Ida?” Dengan nada geram, dia meminta pengesahan. Sesedap Milo je bongkarkan rahsia orang!

Bahu dijungkit tanda – kalau iye, iyelah. Rumah yang nampak kasihan itu dipandang lagi, dari atap, dinding, pada jemuran, dan pada pagar yang tidak kukuh. “Macammana kau boleh tergerak nak angkat budak sedangkan rumah kau macam reban ayam gini?”

Menjeling lelaki itu dibuatnya. “Bukan tu je. Rumah kitorang dekat dengan pusat pelupusan sampah. Semua bahan-bahan aku dapat dari situ la.”

“Bapak kesian! Rumah dari sampah ni!!” Dengan nada teruja, rumah papan itu dipandang.

Terjungkit lagi dahi Danny, lalu tergelak dia. “Mulut kau takda insurans langsung…. Dari luar memamg macam reban ayam second rate, aku takkan nafikan…” Batrisya menoleh bersama senyum kelakar. “Tapi kat dalam, tempat tidur aku, tempat aku buli adik aku, tempat aku ajar adik aku belajar, tempat aku dengan dia belajar mengaji dengan ustaz, tempat kitorang makan, tempat aku dengar dia membebel pasal sekolah dia…. This house is aplenty, already. One of my possession. Everthing that I have. Asalkan masih boleh bernafas dan gelak-gelak dengan adik aku, I’m fine with this reban ayam,” ujarnya panjang, diakhiri dengan senyum.

“Eeeeh….” Batrisya turut tersenyum, merenung anak mata hitam milik lelaki berkulit cerah itu. “Peculiar. Kau miskin, tapi… sweet.”

Masing-masing melekat tenung, dan dalam masa sesaat, jantung yang terasing jaraknya lalu berirama sama-sama. Batrisya lekas melarikan pandang, sedar perubahan yang berlaku dalam jantung kerana debar yang menggila tiba-tiba. Danny menggaru belakang kepala, menahan segan.

“Beg tangan kau… beg tangan kau…” Sebelum hilang fokus, lekas dia menghilang ke dalam rumah. Batrisya yang ditinggalkan, menepuk-nepuk dadanya. Hairan dengan getaran yang tiba-tiba. Danny memuncul semula, dan Batrisya lekas berlagak selamba. Anak mata tidak memandang muka kacak itu langsung.

Here.” Diserahkan beg tangan coklat itu. “Aku akan bayar duit kau lepas terima gaji,” sengihnya.

Tangan yang baru nak memeriksa isi beg, terhenti. Danny direnung cerun. “You stole and eat my money.

Borrowed…” Dia membetulkan istilah. “Borrowed without permission. Halalkan duit makan aku sekeluarga ek,” pintanya. “And err… aduan yang kau buat kat balai tadi… tarik balik, please?”

Batrisya mengeluh bawah sedar. Rumah reban ayam dipandang lagi, faham kesempitan hidup lelaki ini. “Aku tak perlukan duit sebanyak tu ne’way. Kalau duit tu boleh tolong gemukkan adik kau, aku halalkan la.”

Sengih spontan terukir lebar. “Aku akan contact kau from time to time. Aku masih perlu bayar my bill for you…”

Batrisya terdiam seketika. “Contact aku?”

“Aku ada nombor phone kau. Si Ida yang bagi kat Aqi. Dia suruh aku pikat kau, buat bini dan buat anak banyak-banyak.”

Memerah terus pipi si gadis. Danny terpaku memandang. Saat yang berlalu membuat darah semakin penuh memenuhi muka. Batrisya naik kalut. Pandangan dilarikan sejauhnya dari Danny dan kaki juga bergerak menjauh.

“Err… aku aku aku aku saya… aku nak balik.”

“Ow… biar aku teman.”

“Ta-tak! Tak payah…” Kaki dah makin terasa getarnya. Gementar andai lelaki itu merapat.

No, you don’t understand. Sini den of outlaw, tahu? Bahaya saya nak biarkan perempuan cantik macam awak jalan sengsorang…”

Batrisya lambat-lambat mengerling. Muka Danny nampak merah walau mungkin tidak semerah dirinya. “Awak nak lindungi saya dengan bahu dan kaki yang macam tu?”

Perempuan ini boleh tahan sinisnya…. Danny tergelak rendah. “Saya lebih kuat dari rupa saya, tahu? Jom. Ada peluang jalan dengan perempuan cantik, sape yang nak lepaskan…” Batrisya dilepasi. Gadis itu terpaku, namun tergelak kecil. Lambat-lambat mengekori. Perjalanan kali ini lebih mesra dari semasa datang tadi, kerana sudah mampu berbual. Danny banyak memberi amaran supaya jangan datang ke Melihah Hilir pada waktu malam, mahupun lepak di lorong-lorong tersembunyi. Kalau nak mati awal, tak kisah la.

Sampai di pekan, hon tiba-tiba memekak. Danny dan Batrisya terperanjat, memandang sebuah kancil putih dipandu mendekati mereka. Gadis itu spontan mengeluh pendek, manakala Jen memunculkan kepala di sebalik cermin kereta.

“Bat!! Kau buat kerja gila apa date dengan samseng tu!! Mai sini lekas!!”

“Sapa jugak yang tinggalkan aku sengsorang…” bisiknya, lalu menoleh. “Saya takkan datang ke Melihah Hilir lagi. Bahaya…”

“Ah. Ya. That’s the best.” Hampa.

Batrisya mengukir senyum kecil, namun ikhlas dan mesra. “ButMelihah Muara is big and safe enough for one person to come. It won’t get jam-packed.” Sengaja berbahasa English dan berkias. Kening lelaki itu terangkat.

Hon lagi, dan Jenny menjerit, “Bat! Cepat!!”

“Em…” Kaki teragak-agak nak melangkah. Rambut yang jatuh ke pipi terasa kacau lalu diselak ke belakang telinga. Bibir terketar nak menutur… “Ba bye,” dan laju sekali dia mendesut pergi. Wah. Terasa sendi yang tiba-tiba berkarat tadi menjadi licin semula macam kena letak minyak pelincir.

Dan mereka berpisah. Danny masih tegak di tengah jalan, merenung Batrisya yang duduk di seatbelakang Kancil macamlah tiada orang lain dalam kereta kecil itu. Kancil dipandu dan menghilang dari pandangan Danny.

“Huh…” At least aku dah tahu nama diadan nombor phone diadan…. Senyum simpul terukir spontan memikirkan wajah itu di benak. Jatuh hati, dan dia menyenangi perasaan yang timbul ini. Dada disentuh kerana jiwa terasa membengkak dalam kadar laju.

“Sapa tu Dean?”

“Gah!!” Terloncat lelaki itu, menoleh. Aqi ada di belakangnya, masih berbaju sekolah dan mengangkut beg sekolah di belakang badan. “Kau rupanya. Baru balik dari sekolah eh.”

“Baru balik apa pulak, dah pukul empat lebih. Aku dari situ.” Telunjuk ditunjuk ke arah pusat judi. Danny putih mata melihat.

“Kau… buat apa kat situ?”

“Main dengan mesin slot. Benda tu je yang dorang benarkan aku main.”

“Kau bodoh!! Kau buat apa kat pusat judi?! First of all, macammana dorang benarkan kau masuk kat situ?!!” soalnya dengan mata mencerlang.

Aqi tersenyum kecil. “Aku cakap aku adik Danny of Xian. Dorang diam terus.”

Diam terus.

“Dan aku ada untung. Tengok.” Beg sekolah ditunjukkan, menunjukkan duit yang diperolehi dari pusat judi. Danny meraup mukanya, tak mampu nak komen apa-apa.

“Kau buat la apa-apa yang kau suka…”

“Heheh. Tu la yang kita nak…”


HAMPIR seminggu berlalu namun Danny masih belum memulakan gerak langkah. Nak menelefon, tidak tahu apa yang nak dibualkan. Dan kredit bukannya banyak nak dihabiskan untuk seorang perempuan. Alasan berhubung dengan Batrisya cuma satu, iaitu mengganti duitnya semula. Tapi dengan rumah reban ayam ni… malu gila nak menelefon anak dara cantik itu!

“Argh…” Nokia direnung, lagi-lagi pada nama Batrisya yang sudah disimpan dalam memori SIM. Pandangannya meredup, merehat tubuh, berbaring di sofa kayu tanpa bantal sofa itu. Merehatkan tubuh yang masih sakit-sakit, juga melayan minda yang mabuk dengan aura merah jambu.

“Danny, aku seludup nasi kat sekolah lagi untuk kau.” Suara Aqi kecil benar kedengarannya. Sayup sayup macam didengari dari seberang Selat Melaka. Danny mendehem saja tanda mendengar.

Senyap lagi, melayan perasaan. Teringat senyuman gadis itu. Cantik benar rupanya. Rupawan. Bawah sedar, Danny tersenyum sama.Waktu-waktu macam ni la terdengar balik suara P.Ramlee menyanyi. Bagai bulan dipagar bintang…. Lirik seterusnya, tak ingat.

Selama ini gadis itu dipandang seperti memandang Aqi. Mana lagi nak cari minah lasak, mulut tanpa insurans dan cukup tangkas membantunya melarikan diri dari Syah? Mungkin sebab tubuh Batrisya lebih matang dan usianya mungkin lebih dekat dengan Danny, maka perasaan sayang itu meningkat ke tahap yang lebih tinggi. Lebih indah. Lebih memabukkan….

“Dean, nasi kau.”

Mendehem lagi.

Nama itu dibaca. Dieja satu persatu. Hati berbisik menyebut nama Batrisya. Cantiknya nama dia. Dan wajah itu melayang lagi di ruang mata. Tersenyum lagi. Hari itu dia cakap taknak ke sini, tapi dia tak kisah kalau aku ke sana kan?Hatinya kembang berlipat-lipat kali ganda lebarnya. Baru sedar Batrisya sebenarnya yang mengajaknya pergi ke sana. Ahaha….

“Dean, kau tak makan?”

Aku nak dengar suara dia la. Aku nak call…. Kredit cukup tak? RM3 lebih je… tak puas. Ah, nak-nak kena beli top-up dan call… tak tahan simpan rindu macam ni, Danny. Nanti kau yang naya.

“Dean?”

Kalau la dia boleh bagi aku gambar dia….

Aqi menjengul kepala di depan Danny dengan mata mencerlang. Jejaka itu terkelip sekejap sebelum menjerit terkejut. Lantang! Aqi sama terkejut, terloncat ke belakang. Mereka berpandangan.

“Aqi! What are you doing?!” marahnya, menepuk dada. “Kejutkan aku macam ni!”

Aqi mengerut dahi, kehairanan. “Nasi kau,” suaranya perlahan sebelum kembali ke bilik. Tiga kali dia keluar dari bilik, mamat itu kekal merenung henfonnya sambil tersenyum-senyum. Bahu yang berbalut dan paha yang luka pun dia taknak beritahu asal usulnya. Apa masalah dia? Hormonal disorder? Tapi masalah itu biasanya orang perempuan je yang alami… tapi…!!!

Aqi menggigit bibir. Danny yang mula melahap nasinya, dipandang. “Dean?”

“Hm?”

“Kau tak period, kan?”

Kosong. Riak Danny kosong sekosong kosongnya seperti patung yang belum dilukiskan rias wajah. Aqi berundur, terasa aura membunuh dari si abang dek soalan yang mungkin tak dapat dimaafkan kebodohannya itu.

“Okay. Sorry. Fine. Makan makan makan.” Dan dia pergi.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.