Home Novel Umum Ini Sebuah Cerita
(9)

“AKU datang nak ambik Aqi.”

“Kenapa? Kau cakap macam aku yang simpan dia dalam rumah ni.”

Danny mendesis, memandang seisi rumah yang agak besar itu. “Kau tak simpan?” soalnya pula, mendekat. Pistol ditarik keluar dan dihala ke dahi Don. Danny mencerun, “Kau pasti kau tak simpan?”

Don merenung wajah itu. Tenang. “Kau sanggup bunuh kawan lama kau demi adik kau tu?”

“Ya.” Jawabnya tanpa sebarang ragu-ragu. Danny serius.

Riak Don berubah tegang. Marahnya membuak dan menggelegak dalam hati. Pistol ditarik keluar lalu dilepaskan ke lantai. Terperanjat Danny dibuatnya, namun bunyi das itu menarik perhatian anak buah Don untuk masuk ke ruang tamu. Termasuk Aqi di tingkat atas.

“Kenapa?! Aku tak faham kau. Korang bukannya sedarah! Kau seorang bangsawan! Keluarga Humphrey!! Dia… dia cuma budak kotor yang kita semua jumpa tepi jalan!!” bentaknya, lalu Danny dirapati dan kolar leher itu dicekak kuat. “Aku ikut kau ke Malaysia sebab kita kawan… but not in my wildest dream that my very best friend stab me from my back!!”

I never stab you!!” Danny mengaum marah, menghentak dahi mereka. Anak-anak buah Don yang dah membentuk semi bulatan spontan menapak dekat walau setapak. Danny tak peduli ancaman yang datang dari belakangnya, sebaliknya terus menerkam anak mata Don. “Sekarang aku Danny Abdullah, a backstreet nobody. Aku tak pernah kenang hidup aku di sana, malah aku dah lupakan kalau bukan sebab kau asyik ingatkan.”

“Dan aku ambik Aqi sebab dia adik aku. So what if I’m a noble and she’s a commoner. Go to hell with the blood relationship! Aku ambik dia untuk dijaga sampai dia kahwin! Itu tanggungjawab aku sebagai abang dia, dan aku akan bunuh sesapa yang cuba intimidate adik aku…” ujarnya dengan muka serius menegang. Pistol Danny naik lagi dan muncung laras menyentuh dahi Don.

Melihat itu, anak-anak buah Don lekas mengangkat pistol masing-masing dan dihala pada Danny. Aqi yang baru sampai, keras tubuh melihat shotgun showdownitu. Meremang bulu romanya. Siapa yang menembak dulu, dia yang akan menang. Lekas dia bersembunyi di sebalik dinding, berharap agar tiada sesiapa yang nampak. Danny kekal tidak gentar, tidak berkutik dari cuba mengugut Don. Mulut menyambung kata.

“Walau childhood friend aku sendiri, Don Atchino…”

Don memicing mata. Tangan diangkat pada anak-anak buahnya, turunkan senjata. Dan mereka menurut.

“Aku takda bantahan kau beradik angkatkan budak tu… tapi ni sebenarnya arahan bos…”

Aqi mengerut dahi. Bos? Danny tak terganggu, masih menghala pistolnya. Don masih cuba berbicara. “Dia tau pasal application kau yang nak jadi seorang anggota polis am…”

Barulah riak Danny berubah seratus dua puluh darjah. Terkejut dan terperanjat! Aqi terperanjat sama! Danny nak jadi polis?!

“Ma-mana kau tau?” soal Danny, terlopong.

Don tersenyum sinis. “Aku ada sumber aku sendiri… Dan bos boleh agak tujuan kau nak jadi polis… sebab kau nak cari duit halal untuk adik kau kan?” soalnya bersama senyum yang tidak pudar. Danny mendiam. Aqi pula terpejam kelip. Sebab aku? “Besides, kau seorang islam sekarang. Mestilah cuba nak berhenti jadi seorang samseng celaka… kan? Semuanya demi adik kau…” Don kekal tersenyum, dan perlahan-lahan senyumannya bertukar sinis. “Dan bos tak suka perubahan kau ini…”

Danny terdiam, menunduk sedikit. Sebal. Bos tau? Hancurlah rancangannya kalau begini…

Don kekal tersenyum, menurunkan pistol Danny dari dahinya. “Macammana kalau kita bercakap dengan bos perlahan-lahan, dan adik kau boleh selamat…”

Danny menjeling. “Kenapa pulak Xian nak lepaskan aku kalau tau aku nak jadi polis?”

Don tersenyum lebar. “Kau jadi polis, tapi pada masa yang sama, kau boleh tutup kegiatan Group Xian dari pihak berkuasa…. Group Xian akan lebih selamat kalau ada orangnya di dalam kerajaan. Aku pasti bos akan bersetuju….”

Aqi mengangguk dalam persembunyiannya. Idea bijak. Tapi…. Danny yang masih mendiam di sana dipandang. Berapa jauh lelaki itu akan pergi, cuma untuk melindungi ‘adik’ yang asing baginya. Nafas dihela panjang, lalu tubuhnya disandarkan pada dinding. Masih tidak faham ketegasan hati Danny terletak pada sudut mana. Nak menjaga anak orang punya pasal… sampai jadi begini….

Seseorang menyentuh bahunya, lalu Aqi menoleh. Lelaki botak yang tidak dikenali itu direnung kosong, dan senyuman lembut di bibirnya membuat Aqi hilang gentar. Kawan Danny?

Sementara itu, Danny kembali menentang Don sambil mengangkat semula pistolnya. “Cadangan diterima, tapi ini takda kena mengena dengan Aqi. Aku nak adik aku sekarang. Mana dia?”

Aqi menjeling.

Don mengangkat kening. “Dia ada di atas, makan. Kalau kau nak, kau boleh…”

“Bawak dia ke sini.”

Buk!! Belakang tengkuknya dipukul seseorang. Danny tertegun. Sekelip mata bintang-bintang memuncul mengganti figura Don di depan mata. Pandangan mata sekejap gelap sekejap terang, membuatnya hampir pitam. Kekuda lekas dikeraskan. Kepala digeleng deras, leher diurut ringan, dan ayat kasar berhuruf F digumam perlahan.

Tubuh dikalihkan, nak melihat gerangan yang menyerangnya sembunyi-sembunyi. Tersenyum Danny bila bertemu mata dengan insan yang tidak dikenali.

“Kau anak buah Don?” Pistol ditangan dipusing.

“Errr…” Buk!! Mulut dihentak buntut pistol hingga terpelanting ke sofa. Sofa turut terbalik, menimpa si anak buah itu.

Danny menghela nafas panas, membiarkan lelaki itu mengaduh kesakitan. Don dipandang kembali. “So, where we at? Ohya… aku baru nak tempak kau sampai berlubang macam sarang lebah kau sebab culik adik aku!!”

Don mencemik. Marah yang terpendam dari tadi membuak melimpah dan tak mampu diempang dengan akal lagi. Wajahnya membengis. “Kau buat aku kecewa, Danny!” Lalu pistol yang masih di tangan ditekan picunya, tepat ke lengan kiri Danny. Hah! Pecah daging lengan kerana ditembak pada jarak tekat begini, tapi kau salah lengan nak ditembak, Don!

Danny melepaskan tembakan balas, menunduk pantas dan bergolek berlindung di sebalik sofa. Don seperti hilang kawalan, membuat tembakan rambang dalam rumahnya sendiri dan menembak anak buahnya sendiri. Nyawa melayang dalam saat yang berlalu. Cukup sekejap.

“Don!!” Danny menjerit. Don tidak mendengar, terus menembak sofa yang menjadi tempat Danny berlindung. Peluru-peluru dari pistol automatik itu terbenam dalam kusyen sofa.

Klik! Bunyi itu menandakan peluru sudah habis dari magazine peluru. Don mendengus, mencari magazine peluru dalam poket seluarnya lekas. Danny mengambil peluang. Picu ditekan dan kedua-dua belah lutut Don ditembak. Pecah kepala lutut! Don terjatuh ke lantai sambil mengerang lantang. Kesakitan.

Keadaan senyap seketika. Bau belerang mengisi ruang tamu yang luas. Danny mendekati tubuh yang terbaring kesakitan itu. Pistol di tangan Don disepak jauh.

“Kenapa kau lawan aku?” soal Danny. Lelaki itu mencemik.

You’re not the Danny I know.

Tegang. “Mana adik aku?”

Your zealous of your ‘family’ disgust me!!” jerkah Don keras.

Darah tersirap naik ke muka menyebabkan kulit cerah itu merah! Pistol diangkat dan tembakan dilepaskan lagi. Peluru itu terbenam ke lantai, tiga inci dari telinga Don. Pucat mamat itu, terkejut. Tembakan tersasar?

“Aku takkan biarkan adik aku berabangkan pembunuh.” Pistol disimpan semula di belakang pinggang. “Aku cari dia sendiri.”

Kaki baru nak melangkah namun termati terus langkahnya bila melihat Aqi memuncul di sebalik dinding. Di dalam tahanan seseorang. Danny mengerut dahi, pelik memikirkan orang kanan bosnya ada sekali di sini. “Syah?”

Don mengukir senyum nipis. Tersirat. “Aku lupa nak bagitau. Bos pun ada dalam rumah ni…”


“KAU simpan panjang rambut kau, Bat?” Farid menegur. Batrisya menoleh.

“Ya. Naper?”

Farid memicing matanya. Batrisya mengangkat sebelah kening.

“Naper?” ulangnya.

“Kau tak jatuh cinta kat mana-mana lelaki kan?” soal Farid dengan dahi berkerut. Curiga sungguh! Batrisya pula yang pelik melihat.

Jen menoleh. Rakan-rakan mereka yang sedang lepak di luar warung mamak itu juga menoleh. Terperanjat mendengar isi soalan si abang. Batrisya pasang muka kaku.

“Tak.” Dia menggeleng. Farid mengangkat keningnya.

“Betul ni?”

“Betul…”

“Kut kut kau pernah in problem dan the knight come to the rescue…. Kau tak jatuh cinta dengan knight tu kan?”

Batrisya mendekatkan kepala, “I haven’t met any knight…” bisiknya.

Cavalier, maybe?”

No,” ujarnya geram. “Abang dah kenapa tanya soalan gitu?” soal gadis itu, mula geram.

Farid merenung adiknya. Lambat-lambat bahu dijungkit. “Random.

Batrisya mencemik, tak percaya. Pasti sesuatu sedang bermain di fikiran abangnya. Tapi, bagi si abang itu bertanyakan dia untuk jatuh cinta… “Entah-entah abang yang sedang jatuh cinta tak?” Sengihnya mengusik. Walaupun mungkin kedengaran mustahil kalau si prankster ni nak jatuh cinta…. tapi siapa tahu, kan? Allah Maha Berkuasa ke atas hamba-hambaNya.

Farid tak bereaksi. Tidak dilayan soalan itu, sebaliknya terus melayan diri merenung langit. Wajah Danny terbayang. Dia berpegang pada janji ke? Dari kata-kata Batrisya, nampaknya adiknya tidak diganggu dan tidak juga diselamatkan. Batrisya pula tersenyum kecil cuma.

“Ah!” Jen menoleh pada kedua-dua beradik. “Hari tu ada sorang samseng bagi Bat tepung dadeh.”

Batrisya menoleh, turut teringat. Farid menjungkit kening pada Jen. “Tepung dadeh?”

“Ya. Tapi aku selamatkan adik kau dan buang tepung tu…” sengihnya, kembali bercakap dengan rakan-rakan lelakinya yang lain.

Farid terkelip, menoleh pula pada Batrisya. Gadis itu menopang dagu, malas. Pandangan dibuang pada jalan raya yang lengang. Tidak cukup penduduk nak mengisi penuh pekan Melihah Hilir ini jika nak dibandingkan pekan mereka, Melihah Muara sana. Tapi sebab itu juga mereka gemar lepak di sini. Tak ramai manusia penyibuk. Mereka bebas melakukan apa-apa sahaja tanpa sesiapa nak ambil peduli.

“Hm… kenapa pula dengan tepung dadeh?” Farid bertanya pada si adik. Batrisya menjeling, lalu bercerita ringkas. Si abang tekun mendengar, namun berkerut dahinya kemudian. Kehairanan.

“Adik?”

“Ya, dia cakap adik dia tak balik.”

Farid merenung adik perempuannya itu. “Adik…” Teringat kat budak perempuan yang Danny selamatkan dulu. Dia betul-betul ada adik atau ambil budak tu jadi adik angkat? Farid menunjal dagu. “Dia tak serahkan kat polis kut-kut ada kes budak hilang ke?” soalnya terluah di mulut.

Batrisya yang mendengar mengerut dahi. “Ha?”

Nafas dihela pendek. Kerusi ditolak dan dia bangkit. “Abang blah kejap.”

“Aik, nak kemana?” Batrisya turut bangun.

“Nak berak.” Terus melangkah pergi.

“Bat nak ikut!” Si adik mengejar.

“Eish! Tak senonoh!! Kau duduk je dengan Jen!”

“Abang belah gents, Bat belah ladies. Celah mananya tak senonoh…” Dengan sengih tak bersalah, langkah lelaki itu terus diekori. Farid mendengus.

“Kau duduk sana…” Kepala Batrisya ditolak. “Jangan ikut! Duduk!!” arahnya garang. Batrisya terpaku. Farid pula terus melangkah tanpa sekalipun berkalih.


LELAKI berambut pendek itu tiba di kawasan perumahan setinggan. Farid tertoleh-toleh, melihat kehidupan yang dilanda kemiskinan. Papan rumah bertampal papan, dan baju-baju sekadar dijemur di atas atap yang mampu dicapai tangan orang dewasa. Yang dewasa nampak macam hilang harapan, tetapi kanak-kanak tetap mampu berlari-lari ceria.

“Untung akal pendek…” tuturnya rendah.

“Abang buat apa kat sini sebenarnya?”

“Abang carik…” Kepala ditoleh, melihat Batrisya dan Jen beberapa tapak di belakangnya. Mata yang bulat dengan sifat ingin tahu lalu melintang datar. Jen diabaikan. Batrisya pula diberi mata berapi.

Si adik tersengih nipis, lalu tangan diawang ke udara. “Stealth mode… jom Jen.” Lengan rakannya ditarik, nak layan ingin tahu ditempat lain.

Hold it. Kau ikut abang ke?” Batrisya dan Jen menoleh, lalu sama-sama mengangguk. Farid mengeluh rendah. “Abang nak jumpa someone, so ikut dekat sikit. Sini ramai perogol.”

“Eish… aku takut la.” Jen berlari anak mendekat dengan kepala tertoleh-toleh pada rumah-rumah kecil itu. Sememangnya dirinya terasa diperhati.

“Jangan risau, Jen. Aku tengok kau pun tak lalu nak makan, apa lagi kucing liar,” balas Farid senada. Jen menjeling geram. “Eh wait, kucing liar tak pernah kisah pun makan tulang ikan atau sampah.”

Lidah yang jahat termati bila menerima penumbuk dari si adik.

Mereka tiba di rumah yang dikehendaki. Daripada maklumat penduduk-penduduk rumah setinggan tadi, di sinilah samseng Danny itu menginap. Jauh sekali dari deretan rumah setinggan, dan rumah kecil itu berdiri individual tanpa jiran terdekat. Saiznya kecil. Setinggan. Rumah-bina-sendiri la ni. Macam pondok pun ada jugak. Zinc buruk dijadikan pagar. Pintu pagar pun siap ada sama! Tidak berkunci. Farid menjengul kepala ke dalam, melihat dua kerusi di luar rumah.

Bibir dileretkan. Well, you won’t know if you didn’t knock the door, kan? Lalu kaki melangkah ke sana.

“Abang.” Batrisya menegur. Farid tersedar, baru teringat dia ke sini bersama kaum hawa. Aih…. Tubuh dipusing ke belakang, melihat Batrisya dan Jen yang terundur-undur kerana seorang lelaki asing yang memluk bahu perempuan di sebelah menyebelahnya. Entah sejak zaman bila dia muncul.

Farid terkebil. Tidak mengenali lelaki itu.

Sam mengalihkan perhatian dari dua perempuan cantik pada lelaki yang mencuri intai rumah rakannya itu. “Kau nak buat apa? Mencuri? Apa je yang kau boleh curi dari rumah buruk tu? heh.”

“Err… rumah ni ada tuan dia kan?”

“Hm? Ya. Tapi dia dah mati.”

Berkerut wajah Farid. Sam tak beriak.

“Semalam. Tau kan, ada rumah terbakar di kawasan hutan sana?” Sam menunjuk ke arah rumah Don yang tersembunyi di dalam kawasan hutan. “Dia ditembak sebelum dibakar hidup-hidup.”

Farid mengangguk, tak melayan kata-kata itu. “Jadi rumah ni takda orang?”

Sam memandang lelaki itu. “Takda. Dah mati,” ulangnya, lalu melangkah pergi. Sempat menghantar flying kiss pada Batrisya dan Jen. Kedua-dua gadis itu menahan loya.

Farid melangkah perlahan ke arah adiknya sambil terus merenung pada lelaki itu yang semakin menjauh ditelan jarak. Danny… mati? Hm. Dia tidak kisah langsung sampah masyarakat yang cuma tahu memberi masalah pada orang itu meninggal, tapi…

“Ditembak.” Akal berkira-kira. Siapa yang membunuhnya…? Melihat Batrisya dan Jen yang nampak ketakutan, Farid mengeluh rendah. “Abang dah cakap jangan ikut. Korang berdua balik sekarang.”

Jen menjeling. “T-tak… tu…” Telunjuk menunjuk ke belakang Farid. Lelaki itu terkebil, lalu berkalih. Danny, dekat sekali jaraknya dan sedang melangkah nak melintasi. Kedua-duanya terkaku, saling mengenali.

“Kau…” Danny mengerut dahi. “Tak mati lagi?”

“Kata someone yang dah macam mayat hidup,” balas Farid, merenung lelaki tinggi di hadapannya. Kepala itu berbalut dengan bandages dan ditampal plaster, termasuklah lebam-lebam. Calar balar. Tangan kiri yang berbalut penuh sedang menjinjit satu plastik putih. Dari klinik mungkin, jika dilihat pada maklumat tertulis pada plastik.

Dan yang menarik perhatian Farid bukannya keadaan parah lelaki ini saja, tetapi pada tangan kecil yang merangkul leher itu. Siapa yang dikendongnya?

Danny mengangkat kening. “Yesterday I did, but today I revived from the death…”

“Huh?” Hilang fokus.

Danny meneruskan langkah, menuju ke rumahnya. “I happened to have spare bones to replace the fractured one.

Farid mengerut dahi sebelum tersengih nipis. Terasa kelakar pula. Belakang tubuh budak perempuan yang melekat di belakang tubuh Danny dipandang bersahaja. Tak terasa penting nak ditanyakan, lalu diabaikan. “Whatever. Aku cuma datang nak bagi regards…” Danny yang berjalan terjungkit-jungkit direnung. “Honestly, kau nampak macam cedera parah. Nak aku tolong bawak ke klinik?”

Danny mendesis, menjeling. “Aku tak perlukan concern kau. Lebih baik kau balik cepat dan jaga adik perempuan kau. At this moment, tempat ni bahaya.” Farid dikerling sekilas sebelum menghilang terus masuk ke dalam rumah. Lelaki itu mengangkat kening.

“OK…” Bahu dijungkit. Poket diseluk dan kedua-dua gadis itu dipandang. “Korang balik la sekarang. Abang ada hal lain nak buat…” tuturnya rendah sambil merenung kawasan hutan. Di sana ada rumah kan? Farid tersenyum.

Batrisya menggigit bibir. “Abang nak kemana pulak… dan abang kenal ke mamat tadi tu?” soalnya, benar-benar risau. Kecederaan lelaki itu… dia enggan abangnya pula yang akan terima kerana terlalu menyibuk dengan cerita sulit Melihah Hilir!!

Farid menjeling bersama senyum. “He’s just a nobody.”

Previous: (8)
Next: (10)

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.