Home Novel Umum Ini Sebuah Cerita
: Danny & Bat (3)

“WOO! Batrisya Ismail!” Farid tersengih. Balik dari Florida je, benda itu yang menarik perhatiannya. Batrisya menjeling.

“Apa?”

“Naper rambut pendek balik? Pendek seh…. Pendek giler. Giler tak sependek ni.” Dengan sengih dia menutur. Batrisya pula menoleh dengan muka pelik. Apa maksud ayat yang terakhir itu? Farid pula merenung adik perempuannya dengan rambut stail boycut itu. “Patah hati?” soalnya bernada usik.

Gadis itu menjuih, duduk di sofa. “Abang balik je terus bising.”

“Eleh.” Farid ketawa. “Kalau abang tak bising, kau jugak yang bosan keseorangan…. Mana Umar?” Baru teringat kat adik lelakinya yang seorang tu. Batrisya menjungkit bahu, menyelak majalah Remaja.

“Main basketball katanya.”

“Eh… masih lagi? Dari abang naik Florida sampai dah balik ke Tanah Melayu ni dia masih tak habis praktis??”

“Ntah dia. Passion baru dia selain bergaduh kat tepi jalan.”

“Eeeh… boleh tahan.” Farid mencekak pinggang, memandang ke luar pintu. Agak lama pandangannya direhatkan ke situ, membuat Batrisya menoleh.

“Abang nak ke pekan? Bat nak ikut?”

Farid menoleh memandang adiknya. “Tak rasanya. Kenapa tanya?”

Terkelip gadis itu. Muka memerah tak dipinta. Tersedar dia mengharap nak jumpa samseng jalanan itu. Lekas dia mengalih pandang. Farid mengerut dahi.

“Tak… takda papa.”

“Hm…?” Curiga. Gadis itu senyap. Farid mengangkat sebelah kening, melihat adiknya berdepan dengan surat-surat dan borang di atas meja itu. “Oh ya. Tak lama lagi kau jalan ke M.U. kan? Bila?” Sengih.

Batrisya menoleh dengan riak suram. Fikirannya masih tak lepas dari mengingati Danny. 24 jam, tujuh hari seminggu. Lelaki itu belum menghubunginya lagi, jadi Batrisya menganggap dia cuma bertepuk sebelah tangan. Kalau Batrisya yang call dulu, mau tercalar ego wanitanya, maka dia bersikap pasif.

Tapi terfikir juga kalau mamat tu bertindak dengan menghantar surat pula….

Harapan manusia takkan pernah hilang walau dengan cara yang paling mengarut sekalipun.

Dan betapa kecewa hatinya bila tiada sepucuk surat pun untuk dia dari lelaki itu. Pun bukannya Danny tahu alamat rumah dia.

“Aaaah…” Dia mengeluh bawah sedar, berikutan jiwa yang terlampau kecewa.

Hm? Farid mengerut dahi. “Abang ingatkan kau happy.” Keluhan itu langsung tak dijangkanya.

“Em… ya… Bat happy,” Bibir dipaksa mengukir senyum. Nipis sekali, hampir tidak nampak. Kepala ditundukkan pada majalah, membaca artikel namun fokusnya tiada. Bongok kau Bat. Dia mengutuk hati yang mengharap. Bersedih lagi hatinya lalu. Mata dah mula bergenang dengan air mata tak bersebab.

Farid makin blur. Kenapa muka adiknya sedih benar? “Kau tak jadi pergi?”

“Hm? Tak… bukan… Bat nak… Bat happy… haha…”

Tipu! Nampak sangat. Farid tersengih lirih. When It Rains - Paramore kedengaran. Lelaki itu menoleh, melihat Sony Ericson adiknya bergetar menandakan ada panggilan masuk.

“Bat. Ada call…” Henfon hitam itu dicapainya.

“Hm. Tolong angkat.”

“Takpa ke?”

“Jen kut, dia cakap dia nak call pasal majlis perpisahan Bat yang dia nak buat nanti…”

“Hm… kau panggil Jen, S.O.? Kau dah masuk tahap lesbi ke hape sampai panggil kawan sendiri S.O.” Farid tersengih lawak, teringat pada si rambut karat. Jari menekan butang hijau. “Ya… hell…”

Zas!! Sekelip mata Sony Ericson itu lesap dari tangannya. Farid kaku, membulatkan mulut. “Lo…” Batrisya yang melangkah laju ke muka pintu dipandang dengan mulut melopong. Perubahan muka Batrisya yang paling menarik perhatiannya. Berseri! Muram dan suramnya tadi hilang dan lesap begitu saja. Wajahnya memerah. Sengih tidak lepas dari bibir mungil itu, dan gelak ketawa juga cukup terkawal.

Aha?

Farid terangkat tinggi, mula mengesyaki. Sony Ericsonnya dikeluarkan, mendail satu nombor. Batrisya. Jangan-jangan kau dah naik satu lagi tingkat kehidupan…..


DANNY menunggu di depan lorong. Cukup lepak bersandar di tepi kedai sambil berpeluk tubuh. Pandangan dibuang ke langit. Bibir bersiul rendah, menyanyikan Boulevard Of Broken Dreams - Greenday. Lepak.

Tak lama kemudian, Batrisya muncul sambil berlari anak. Larian termati di hadapan Danny yang masih bersandar lenang. Tak berkelip lelaki itu memandang si gadis yang termengah.

“Kenapa berlari-lari? Bukannya saya lari ke mana-mana pun.”

“Haha. Tak sabar jumpa awak.”

“Aha?” Tersenyum dia.

“Ha’ah…” Telapak tangan lalu dihulur. “Duit.”

“Keehhehehehhe… tak sabor-sabor!” Poket jeans diseluk. Batrisya pula menunggu dengan pipi memerah, naik segan. Antara segan dengan kata hati yang terlepas tiba-tiba, dan segan dengan pilihan ayat yang digunakan bagi menyembunyikan niat sebenar yang terlepas. Bibir yang terasa kering dibasahkan dengan lidah, menerima duit hutang Danny.

“Kita kosong-kosong eh,” ujar Danny puas. Lega terlepas dari hutang.

“Emm…” Bawah sedar, wajahnya memuram. Terasa dah hilang alasan supaya mereka berjumpa dan berhubung selepas ini.

Danny pula mendiam, merenung muka yang nampak sedih itu. Minah ni kenapa sebenarnya dari tadi? Berubah-ubah reaksi. Period agaknya? “Err… awak free ka?”

“Agak ar.”

“Nak jalan-jalan dulu? Saya cuti hari ni.” ajak lelaki itu, menunjukkan ibu jari di pekan Melihah Muara itu. Ada banyak kedai yang boleh dilawati.

Batrisya berseri kembali!

Sambil berjalan beriringan, Danny menjeling sekali sekala. “By the way,kenapa gunting rambut?” tegurnya pelik.

Batrisya tertoleh, terperanjat sedikit. “Aaah…” Belakang kepala digosok. “Saja.”

Danny mengangguk. “Sayang. Lama lagi tu nak tunggu dia panjang balik macam yang hari tu.”

“Awak… awak suka perempuan rambut panjang eh?”

Soalan itu ditanya dengan nada getar. Danny menoleh, memandang muka yang nampak resah. “Kenapa soalan tu tanyakan pasal preference saya?”

Soalan perangkap! Batrisya naik debar. “Ap-apa pulak! Random gila soalan saya kut! Awak jangan nak perasan, babun!!”

“Babun dipanggilnya kita… hahahaha. Obviously rambut panjang lagi cantik, tapi you have the beauty of an adult.” Wajah merah itu direnung bersama senyum. “So, awak cantik dengan apa-apa stail pun.”

Degupan jantung dah macam pukulan gong menandakan keberangkatan tiba duli dewi cinta. Batrisya memekam bibir, berusaha menahan riak selamba. Lalu sengih diukir. “Saya hahahah… saya hahaha… ingat saya kisah awak puji!”

“Awak naik angin dah kenapa… hahaha.” Reaksi kalut yang nak disembunyikan itu nyata comel. Batrisya pula mengerut dahi. “I’m just being honest. Ts’all. Ikut suka hati awak nak terima atau tak,” tuturnya senada, lalu melangkah ke depan. Si perempuan menahan getar. Gagal nak menyelaraskan diri dengan gaya sempoi Danny. Lambat-lambat kaki terus melangkah, mengekori.


DI seberang jalan, Nick yang mencangkung sambil mengulum aiskrim batangnya leka memandang. Aiskrim perisa coklat itu dikeluarkan dari kuluman mulut. “Farid. Your adik. Twelve o’clock,” suaranya datar, melapor dan menunjuk ke seberang jalan sana. Betul-betul bertentangan dengan mereka. Farid yang berdiri bercekak pinggang melihat mainan yang dipamer di dalam kedai itu menoleh.

My adik?”

With a bug.” Terus menunjuk. Farid tak beriak, memandang arah yang ditunjukkan Nick. Ya, itu Bat. Lelaki di sebelahnya dipandang.

That’s pretty big bug.

Big bug bite bigger.” Berbelit lidah Nick bercakap. Lidah dipusing-pusing, sebut lagi. Jadi permainan Tounge Twister pula.

Farid menunduk, melihat rakannya yang bercakap sengsorang itu dan memandang adiknya di depan sana yang masih tak perasankan dia. Tengah gelak. Farid terkelip sekali. Dan lelaki itu… yang teman dia gelak itu….

“Oho…” Sengih si Jack the Ripper terukir. Faham terus. Nick menjeling. Sengih bersifat jahat itu ditenungnya.

“Apa kau nak buat kali ni?” soalnya. Setiap lelaki yang bersama adik dia ni pasti akan merasa ‘sesuatu’ dari Farid. Takda belas kasihan!

“Hm… S.O. Bat tu special. Aku lepak je dulu,” sengih Farid, kembali melihat figura Mobile Suit Gundam Seed di hadapannya. Dia mamat yang boleh buat Bat ketawa begitu di depan lelaki yang luar dari hubungan kekeluargaan mereka, dan dialah S.O. di dalam phonebook Batrisya. Farid tersenyum, yakin dengan deduksi sendiri.

Nick terkelip. “Eh…? Betul kau ni?” Curiga.

Farid menjeling, tersedar Nick bercakap dengannya. “Tentu la. Aku ni jahat sangat ke?”

Ask someone who mix super chilli soup into the tea served for the teacher’s conference.” Mereka berpandangan. “Without second thought.

Farid mendesis, terkena. Nick tersenyum menang. Tengok bayang kau yang bengkok tu la, Farid. Kemana pun kau nak lari dan sembunyi, bayang kau akan terus mengekori dan tetap akan bengkok dan takkan lurus, selagi kau sendiri tak luruskan backbone kau.

“Itu Bat?” Satu suara menyampuk, membuat kedua-duanya menoleh. Nick tertelan ais krim ke anak tekak, lalu terbatuk dia. Farid pula memandang keliru. Hairan bila lelaki yang jarang gila balik ke rumah ini tiba-tiba ada di tempat yang tidak sepatutnya.

Datuk Ismail merenung lelaki dan perempuan di seberang jalan dengan tenungan tajam. “Mamat tu… Danny of Xian, kan?”

Nick menjeling. Farid mencerun. Ayahnya kenal? “Ayah jangan nak ganggu dorang pulak. Bat tengah happy tu!”

Datuk Ismail menjeling. “Kalau kau marahkan ayah, kira betul la ni. Apa pulak relationship Bat dengan samseng tu?”

How the hell am I suppose to know.”

I heard he’s being called S.O. oleh Bat sendiri?”

Mind your own business! Hal Bat ayah tak patut kacau like what you have done for these past few years!!”

Datuk Ismail sekadar menjeling anak lelakinya. “I decide whatever I wanted to do,” tuturnya rendah, lalu melangkah pergi. Datang tak berjemput, pulang tak berhantar, tapi meninggalkan rasa pahit di anak tekak kedua-dua anak muda. Nick menjeling Farid, dan si kawan itu menahan sakit hati.

Then I’ll help whatever decision Bat’ll make…”

_______________________________________________here
Selamat menyambut Syawal =..=

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.