Home Novel Umum Ini Sebuah Cerita
: Danny & Bat (5)

AQI memecut sekuat hati namun apalah pecutan kaki pendeknya nak dibandingkan dengan tiga kaki lelaki dewasa. Terjerit-jerit dia bila jaga pusat judi itu berjaya menangkapnya. Semakin kuat rontaan bila tubuh diangkat hingga kaki meninggalkan bumi.

“Aaaagh!! Lepaskan aku!!! LEPAS!!”

“Lepaskan dia!” Satu suara asing menegur nyaring. Aqi terkedu, berhenti meronta. Lelaki-lelaki itu juga terpaku, memandang seorang gadis berambut pendek di hadapan mereka.

Batrisya mendengus keras. “Kalau tak aku call polis!”

“Lebih baik kau balik rumah kau dan tidur, perempuan. Sini bukan tempat yang sesuai kau nak tunjuk hero.”

Good enough untuk aku.” Aqi membisik pada diri sendiri, lalu tengkuk lelaki yang mengangkutnya digigit kuat. Menjerit kesakitan lelaki itu, mengejutkan kedua-dua rakannya termasuk Batrisya. Aqi terjatuh semula ke jalan. Tubuh ditujah terus, memecut lari.

Thanks akak!! Dorang akak yang punya!!” jeritnya bila dah jauh sedikit.

Batrisya ternganga memandang. Sedar-sedar, dia pula yang dijadikan tahanan kerana mengganggu usaha jaga pusat judi itu untuk menangkap budak yang dikehendaki. Terjerit-jerit Batrisya bila ditarik. Kaki dan tangan berusaha menendang tumbuk namun satu pun usahanya tidak membuahkan hasil.

Aqi yang dah lepas, memandang pelik. Ler, kalau dia tak reti nak lawan, buat apa tunjuk hero? At least tahu-tahu nak lari…! Aqi berlari kembali ke arah mereka. Seluar di kaki kanan ditarik ke lutut. Butterfly knife yang dilekatkan dengan selotape di kakinya ditarik kuat. Senjata itu diberikan oleh Danny padanya dengan alasan untuk mempertahankan diri jika berlaku benda yang tak diingini. Sekaranglah masanya!

Besi dengan bilah tajam itu dikeluarkan. Lalu sekuat hati dibaling ke arah lelaki yang mengheret Batrisya. Zap! Melekat ke kaki si perempuan.

“Erk…” Aqi pucat melihat. Batrisya pula meraung kesakitan. Rontaan nak melepaskan diri menghilang terus dek kesakitan pada daging kaki.

Lelaki-lelaki itu pula sekadar berbalas dengusan. Dibiarkan sepenuhnya perangai perempuan itu, kerana malam ini itulah makan malam mereka. Cantik woo… harap dara lagi.

“Hey!”

Satu suara menegur, membuat mereka menoleh. Danny sedang berjalan sambil mencekak pinggang ke arah mereka. “Korang tahu aku overlook je bisnes korang selama ni, so apa kata korang ikut cakap aku yang sekali ni dan lepaskan dia?”

“Kau jangan nak menyampuk, Danny! Dia dinner kitorang!!”

Danny? Batrisya menoleh sama, terdengar nama itu disebut. Ya, itu dia lelaki yang dicintai. Masih dengan uniform polisnya. Baru balik kerjakah??

“Lagi la aku tak bagi sebab dia perempuan kesayangan aku. Korang lepaskan dia.”

“Heh. Kau ingat kitorang takut? Kau dah keluar dari Xian. Kau dah takda perlindungan Xian… dan kau anggota polis! Polis tak boleh sesuka hati pukul orang awam!”

Tersenyum Danny, seraya menanggalkan butang uniformnya. “Kau ingat aku takut dengan ancaman kau, ancaman Xian dengan ancaman polis sekaligus? Heheh.” Selamba badak uniform itu dibuang ke belakang. Mereka terpaku. Batrisya ternganga rendah, manakala Aqi bersorak dari jauh. Lelaki dengan baju pagoda putih itu memasang kekuda. “Come.”

Mereka berpandangan seketika, lalu dua lelaki menyerang lelaki tinggi itu. Dua-dua dihabiskan dengan tendangan tinggi di kepala. High kick! Lagi sekali Aqi bersorak dari jauh – lebih kuat dari tadi, menarik perhatian Danny untuk menoleh pada orang awam yang melihat. Keh, budak tu…. Lelaki yang menahan Batrsisya ditoleh. “Aku akan lepaskan korang malam ni… kau lepaskan dia sekarang.”

Terus dilepaskan.

Batrisya mengensot menghampiri Danny. Lelaki berambut pendek itu pula merenung jaga pusat judi yang berusaha menarik kedua-dua kawannya yang dah pengsan. “Kenapa korang serang adik aku?” soalnya, sekadar tekaan berikutan kata-kata Batrisya semasa menelefonnya awal tadi. Budak perempuan yang dimaksudkan ialah Aqi. Dia sangat pasti.

“Dia tipu kitorang!”

“Mana ada aku tipu!! Aku memang menang banyak!!” Suara Aqi menyampuk dari jauh. Serentak mereka menoleh. Entah dari mana budak itu menjerit.

“Mana ada orang menang banyak tu dua kali main!!” Lelaki itu meraung lagi.

“Dah aku bertuah, kau nak bising pasai pa!!” Jawapan tetap keluar entah dari mana.

Danny mendengus rendah. “Kalau kau nak tengok dia tipu atau tak, CCTV kan ada. Unless kau memang nak kenakan adik aku…” Mata mencerun lalu. Lelaki itu mencemik, melepaskan kejadian hari ini dan terus mengheret kedua-dua tubuh pengsan itu ke dalam pusat judi.

Danny mencangkung pada Batrisya. “Awak okay?”

“Tak jugak…” Kakinya ditunjukkan. Menggigil kaki itu. Sebilah butterfly kife masih melekat pada betis. Tak berani ditarik.

Danny terpejam kelip. Selamba ditarik keluar senjata berkenaan, membuat Batrisya meletupkan raung sekali lagi. Darah meleleh keluar dari daging yang terbelah. Pedulikan darah dan rintihan si perempuan, fokus Danny lebih kepada pisau di tangan. Kenal pisau ini… kerana namanya dan nama Aqi dilakar pada besinya. “Tssk… aku rotan jugak budak tu nanti…” Pandangan diliarkan pada sekeliling, mencari batang tubuh kurus berambut panjang itu. Perangai Aqi… dah tak mampu dikawal olehnya, kah? Sejak bila dia reti keluar malam??

Batrisya menahan pedih pada kaki sambil memerhati tingkah laku Dannu. Lelaki itu masih mendengus pada perhatiannya dengan orang awam. Darah pada pisau dilap pada seluar sendiri, lalu disembunyikan bilah pada besinya. Disimpan dalam poket. Batrisya berpaling, memandang uniform polis yang dah berdebu dek habuk jalan. Polis yang tak takut nak menumbuk orang awam… huh? Tersenyum lalu. Jahat jugak tu.

Danny bersuara tiba-tiba, menarik perhatiannya. “Saya bawak awak jumpa Ida nak rawat kaki tu dulu… kejap, nak call Syl. Dia ronda dengan saya tadi sebenarnya. Saya lari ke sini terus lepas awak call.” Poket ditepuk, mencari telefon bimbit.

“Danny…”

Si lelaki menoleh. Batrisya tersenyum nipis.

“Tadi kitorang buat barbeque, dan saya dah bungkuskan dalam bekal untuk awak. Awak dah makan? Saya bawak cukup untuk awak dengan adik awak…” Bersama kesakitan yang tak pudar, si lelaki dipandang bersama sengih.

“Hmf. Macamlah saya ada mood nak makan tengok awak macam ni. Awak datang dengan kereta?”

“Eh? Ha’ah. Ayam barbeque dalam tu.”

“Jom.” Tubuh Batrisya dirangkul dan dikendong bridal style. Keras tubuh si perempuan dibuatnya. Terdengar usikan manja entah dari mana, membuat Danny tertoleh-toleh mencari.

“Aqi?!” soalnya kuat.

Yes?”

“Bawak baju aku tu balik rumah.”

Roger that. Kau tak balik rumah malam ni pun takpa, Dean. Aku benarkan kau kahwin malam ni jugak. Merasa nikmat hidup.”

“Hahha… memang aku lipat kepala kau balik rumah nanti…”


DANNY dan Syl ternganga luas sambil mendongak, memandang rumah besar di hadapannya. Besar. Megah! Berapa banyak bil elektrik yang digunakan nak kena bayar lampu banglo ini agaknya. Laman dah macam separuh padang bola sepak, malah ada kolam yang dihias cantik lagi.

I didn’t know we are so different…” Danny menutur rendah, masih tergagau. Tak hairanlah Batrisya memanggil rumahnya reban ayam. Malu dan rendah diri menapak di hati tanpa dijemput. Sempat juga nak berkecil hati dengan takdir kerana menemukannya dengan perempuan yang tidak mungkin boleh dicapai….

Bajunya ditarik, membuat Danny menoleh. Batrisya sedang menjeling padanya. “This is my family’s property, not mine. I’m a nobody too… dalam sangkar emas. Cuma tu je bezanya. Tolong jangan salah faham…” tuturnya, hampir berbisik. Danny menjeling. “Jom masuk.”

Syl lekas berundur. “Kau masuk la sengsorang Danny. Aku tarik diri.”

Terkejut beruk si kawan. “Hoi! Hoi! Kau teman la aku! Aku mana berani sengsorang!”

“Karang ada conference sultan kat dalam sana. Aku tak cukup daulat la…” Pintu kereta dibuka dan dia masuk duduk di tempat pemandu. Danny geram, lekas menghalang pintu itu dari ditutup dengan kakinya.

“Bijak la kau! Jangan lari!” Kaki rakannya ditolak-tolak dengan kaki. “Tak jantan la kau ni! Ini polis?”

“Konon! Kau jugak yang mintak berteman! Kau pun sama tak jantan!”

Dan mereka bertekak di depan pintu bahagian pemandu pegawai polis itu. Yang tak selesa ialah Batrisya. Sampai bila dia nak kena dukung mamat ni…

“Dah la….” Baju itu ditarik lagi. Danny menunduk dengan muka geram, tersedar bila bertemu pandang dengan bidadari hatinya itu. Nafas spontan terluah, lalu kembali memandang rakannya.

“Kita kawan setugas kan? Means we’re bestfriend too. Jom la. Sama-sama hantar mangsa-hampir-rogol ni kat mak bapak dia,” ujarnya datar.

Syl mencemik, “Kalau semua kawan setugas kau kawan baik kau, aku tak terima,” ujarnya, lalu keluar juga. Pintu dikunci. Danny tersenyum menang. “Bila tengok rumah besar macam ni, rumah kau nampak macam kutu je,” lanjut Syl tak bertapis.

Kepala Danny berpusing macam kepala robot. “Kau jangan la bandingkan,” desisnya.

“Serius, dowh. Kalau kutu ada rumah, dan rumah kutu tu ada tandas… ha, tempat simpan tahik tandas tu la rumah kau.”

Danny memberi pandangan membunuh, namun ketawa perlahan dari Batrisya membuatnya memadam api yang seketika itu. Senyuman si gadis yang masih dalam rangkulannya dipandang kosong. Syl yang masih tersengih-sengih lalu dikerling, “Mujur dia gelakkan lawak kau yang tak lawak tu. Kalau tak aku dah tendang kau masuk kubur terus.” Kaki Syl disepak kuat, masih berdendam.

Mengaduh si kawan, lalu serangan balas ke bahu Danny dilakukan. Giliran Danny pula mengaduh sakit, dan dibawah tanpa sedar, anak dara orang itu ditarik lebih erat dalam rangkulannya. Dua pegawai polis itu saling berbalas tumbukan dan tendangan ringan manakala Batrisya menahan debar jantung yang nak jatuh.

Pintu terbuka, dan seorang wanita berusia bertubuh pendek memuncul di muka pintu. “Eh, Bat?!” Terkejut beruk dia, lagi-lagi bila anak dara ini balik dalam dukungan polis! Danny dan Syl serentak memasang senyum demokrasi, manakala Batrisya cuba turun dari dukungan Danny.

“Bat ada masalah sikit tadi…” lapornya pada orang gajinya.

“Masalah apa…”

“Sapa tu kak?!” Suara Farid tiba-tiba kedengaran dari dalam rumah, kuat sekali mencelah perbualan pendek antara mereka.

“Bat datang dengan polis ni, bang…!” Kak Sani membalas.

“Bat ngan polis?! Takkan Bat lapor kat polis yang aku yang cat punggung kuda si cina Ah Wong tu?!” Kedengaran lagi.

Syl memandang Danny. “We got the suspect.” Teringat aduan itu tiga hari lepas. Danny ketawa perlahan. Batrisya pula membiarkan, malas melayan.

Kak Sani beralih ke dapur, nak memanggil ibu bapa Batrisya. Farid muncul kemudian, menggantikan Kak Sani untuk menjemput tetamu mereka. Eheh?? “S.O.” Danny dituding bersama kerut dahi. Kurang percaya dengan apa yang dilihat. “Kau buat apa kat sini dengan Bat? Takkan nak risik sekarang kut??”

Batrisya mencerun.

“Err…” Danny menoleh pada Syl. Rakannya itu memaku, tidak bereaksi. Danny berpaling pada Farid kembali. “S.O.?”

“Ha’ah. Nama kau kat phonebook Bat.”

Buk!! Penumbuk Batrisya melayang laju menghenyak perut Farid. Tersedak si abang. “Abang cakap lebih dari patut!! Abang! Cakap! Lebih dari patut, abang!!” Tumbuk dan tumbuk lagi dengan muka yang merah berbahang.

“Bat… stop… Bat…”

Danny dan Syl di muka pintu hanya terpaku. Kedua-duanya langsung tidak berkutik melihat aksi dua beradik itu. Datuk Ismail memuncul kemudian, memandang keempat-empat manusia di muka pintu.


KEESOKAN harinya, Danny dan Syl melalui kehidupan dengan biasa macamlah kejadian sebelum itu tidak pernah berlaku. Menjelang petang, Danny bergerak keluar dari balai, nak menunaikan tanggungjawab sebagai abang yang baik.

“Kau nak balik, Danny?” Syl menegur dari kaunter.

Danny mengerling sekilas sambil terus melangkah ke pintu. “Ada kedai roti baru kat sebelah My Bookstore. Aku nak beli bagi adik aku makan la.”

Syl mengangkat kening, “Kalau aku adik kau, aku dah lama jatuh cinta dah,” sengihnya. Danny mencemik.

“Kitorang adik beradik la,” desisnya, geram. “Sumbang mahram!”

“Sumbang mahram tahik engkau! Korang muhrim, bukan mahram!! Familial complexity kau lagi kronik dari yang aku expect.”

“Wohoo… familial complexion city. Kau tahu ayat yang pelik gitu, eh? Hahahah…” Mengejek sungguh bunyi ketawa itu.

Syl menjuling mata ke langit. “Dia adik kau yang boleh dibuat kahwin, kau sedar tak?” ujarnya selamba, kembali menyelak kertas-kertas aduan di dalam fail. Danny yang nak keluar terhenti langkahnya. “Aku tau kau betul-betul anggap Aqi adik kau, tapi bukan masyarakat. Boleh jadi ada yang akan serang rumah kau nak ‘selamatkan’ budak kecik tak berfamili tu. Lagi-lagi aku tak faham macammana kau boleh duduk sebumbung dengan budak perempuan yang masih membesar. She’ll grow, you know. Kau boleh tahan lagi ke nafsu serakah engkau?”

Nafas Danny tertahan, menerima fakta itu. “Jadi kau nak aku buat apa?”

Syl tersengih, menoleh. “Kau kahwin la dengan puteri separuh dara tu.”

It comes to that afterall, huh?” Danny menghempas nafas, berpeluk tubuh. Syl ‘hehehe’, menolak kerusinya ke belakang.

So, what say you?”

Nafas Danny terluah. “Apa benda la yang kau fikir ni. Aku mana ada duit nak buat kenduri kahwin dengan hantaran kahwin.”

“Kau sambut je tangan Datuk tu kat surau dan malam tu kau sambut lak bini kau kat katil. Tak ke senang dan mudah macam makan kacang?” Tersengih-sengih dia nakal. “Anak orang kaya lagi tu.”

Danny menoleh, masih terbantut niat nak keluar. Syl dipandang dengan dahi berkerut. “Kau ingat aku ni apa? Kalau aku nak orang kaya, dah lama aku pikat sorang. Aku spesis lelaki kacak, kau sedar tak? Aku bagi senyum je, confirm ada awek yang curi-curi perhati…” Dagu yang licin dari janggut, diusap.

“Hampeh. Jadi kau pikat anak dara tu sebab apa?”

“Aku tak pikat dia. Dia yang terpikat dengan aku.” Bersama sengih meleret, dia menjawab.

Syl terdiam. Gagal nak membalas buat seketika. “Jadi… kau terima dia sebab apa?”

“Sebab badan dia.” Laju sekali membalas. Senafas. Tersedak nafas insan yang mendengar.

“Kau ni… hahahaha.” Kepala digeleng. “You really got issues, Danny. Aku teringin nak tengok apa jadi dengan Aqi bila dibesarkan oleh kau yang jadi mak ayah dia.”

“Hahahahahhaha!! Obviously aku pilih dia sebab badan dia. Dia perempuan! Ada rahim! Takkan aku nak pilih badan otot berketul, kut! Aku bukan gay, dude. Nanti karang sakit punggung, tak kembang keturunan, pastu neraka jadi sasaran akhirat.” Bahu disandarkan pada pintu balai, mula selesa berbual. Niat nak beli roti untuk Aqi dah jadi perkara kedua dalam fikiran.

Syl mendesis. “Tahik ayam kau. Tak valid langsung alasan. Doktor Ida tu pun perempuan. Adik kau pun perempuan. Dorang pun ada rahim. Kau tak pulak pilih dorang.”

Mencerun si lelaki tinggi dibuatnya. “Kau nak debat pun bagi la hujah yang solid sikit. Aqi adik aku. Si Ida tu bini orang. Takkan aku nak balun benda haram. Kau tahan aku dari keluar dengan soalan-soalan kau sebab apa ni sebenarnya??”

“Sebab aku nak kau ngaku yang kau suka kat awek tu! Kau pilih dia sebab kau ada hati kat dia, bukan sebab badan dia, bukan sebab muka dia, bukan sebab dia anak orang kaya. Leceh betul bercakap dengan kau ni!”

“Hahhha…” Lidah menjilat gigi. “Aku suka dia sebab dia Batrisya. Cukup la sekadar tu, okay?” Ibu jari diangkat. “Aku balik dulu.” Tangan diangkat, menandakannya pergi. Syl menghela nafas pendek, mengangguk ringan.

Danny melangkah keluar dari balai polis. Terlihat seseorang di seberang jalan, lalu langkah dimatikan.

Lelaki berumur.

Datuk Ismail.

Mata Danny memicing.

__________________________________________=..=___________
Why so hasty you ask?
Becos i'm frickin' bored...
After this is the last of DannyBat
So yeah...heheh. 
I know i'm not that good in creating story,
lagi-lagi yang jiwang karat hasil tindak balas Fe dan O2.
Tapi... i like Danny. K tu je. 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.