BAB 16 - KHILAFKU

Diam tidak diam telah 3 bulan Lisa bekerja di syarikat AHA Holding. Daripada hubungan bos dengan pekerja hubungan mereka menjadi semakin erat dan akrab. Masing-masing menyimpul perasaan kasih dan sayang yang bercambah di hati. Seringkali bingkisan-bingkisan cinta yang diluahkan atas sekeping kad diletakkan di atas meja Lisa. Kadangkala kuntuman bunga turut berada di atas mejanya. Namun hubungan mereka masih menjadi rahsia kerana Haikal tidak mahu hubungan itu menjadi buah mulut setiap staf syarikatnya itu.

Lisa meletakkan secawan Milo panas di atas meja Haikal. Haikal yang kusyuk melakukan kerja mendongakkan sedikit kepalanya. Senyuman terukir di bibirnya.

“Awal you buatkan air untuk hari ni?”soal Haikal sambil menghirup sedikit Milo panas itu. Sejalur rasa manis dan hangat membasahi tekak.

Lisa hanya tersenyum manja tidak menjawab soalan tersebut. Kemudian Lisa terus berlalu keluar dari bilik majikan yang kini mula menjadi kekasih hatinya. Haikal hanya menghantar Lisan dengan pandangan mata sehingga kelibatnya hilang di sebalik pintu.

Dia kembali menghirup minumannya itu. Tetapi sebelum bekas cawan mencecah bibir, jarinya merasakan sesuatu seperti sekeping kertas melekat di cawannya. Pantas cawan tersebut dipusingkan. Sekeping kertas berwarna biru melekat di cawan tersebut. Pantas Haikal membaca.

Selamat pagi cinta. Mulakan hari dengan senyuman. :)

Terus senyuman bergayut di bibir Haikal. Kata-kata tersebut seolah-olah memotivasikan dirinya untuk terus bekerja dengan lebih gigih pada hari tersebut. Pantas jarinya menekan interkom dan mengarahkan agar Lisa masuk ke biliknya.

2 minit berselang, Lisa masuk ke dalam bilik. Langkah disusun tertib dan dia mengambil tempat duduk berhadapan dengan Haikal.

“Hmm.. Ada apa En. Haikal nak jumpa saya? Tak sedap ke air saya bancuh hari ini?”soal Lisa sambil memandang wajah Haikal dengan wajah yang polos. Haikal tersenyum melihat tingkah laku Lisa.

“Terlebih sedap dari kebiasaan. Rasa terlebih segar pula hari ini bila minum air yang you buatkan.”balas Haikal.

“Ada-ada aja you ni.. Dahlar kalau tak ada kerja I keluar dulu. Nanti staf lain nampak pulak.”ngomel Lisa. Lantas dia berdiri untuk berlalu pergi.

Haikal pantas bangun dan mencapai tangan Lisa. Lisa tidak jadi untuk melangkah keluar. Perlahan-lahan Haikal menarik tangan Lisa ke arahnya hingga memaksa Lisa berjalan menurut tarikan tersebut. Lisa berada di sebelah Haikal.

“Jangan keluar lagi. tak puas lagi bermanja dengan you.”rayu Haikal.

Dia cuba menarik tangan Lisa sehingga memaksa Lisa menunduk. Haikal mendekatkan wajahnya dengan wajah Lisa tetapi pantas Lisa meletakkan dua jarinya di bibir Haikal sambil menggeleng berulangkali.

You jangan nakal sangat. Nanti I jerit baru tahu.”ugut Lisa. Haikal mencuka mendengar kata-kata tersebut.

Lisa hanya tersenyum.

“Jangan merajuk begitu. Nanti tak hensem lah sayang yang sorang ni.”pujuk Lisa. Haikal hanya membatukan dirinya sambil membega-begakan mulutnya mengajuk percakapam Lisa.

Lisa merayapkan tangannya ke bahagian bawah dagu Haikal dan dielus lembut.

“Malam ni you free tak?”soal Lisa lembut dan perlahan.

“Hmm… Freelah kot.. Kenapa?”soal Haikal dengan acuh tidak acuh.

“Ingat nak ajak you datang rumah I. Tapi kalau you dah merajuk macam ni tak jadilah..”ujar Lisa.

Pantas Haikal berkalih dan tersenyum.

“Mana ada I merajuk. Pukul berapa malam ni?”soal Haikal pantas.

Lisa tertawa melihat gelagat Haikal. “Tadi merajuk sangat.. Hmm.. Lepas 9.00 malam you datang lah. nak masak something special untuk you malam ni.”balas Lisa.

“Baik tuan puteri.”kata Haikal sambil mengelus lembut tangan Lisa.

“Pukul 9.00 malam. Jangan lupa.”Lisa memperingatkan Haikal.

Lantas tangannya mencuit hidung Haikal dan terus berlalu keluar dari bilik. Haikal menghantar langkah hayunan kaki kekasihnya itu sehingga bayangannya tidak lagi kelihatan. Lantas dia menyambung semula kerja yang tergendala dengan senyuman yang bergayut di bibir.



Malam tersebut, Haikal tiba di hadapan apartmen milik Lisa tepat jam 9.00 malam. Haikal memakai kemeja lengan panjang berwarna ungu dan dimasukkan ke dalam seluar jeans birunya. Kelihatan santai tetapi masih bergaya. Haikal berdiri terpacak di hadapan pintu apartmen Lisa. Sengaja dia belum menekan loceng kerana ingin menyisir rambut dan memastikan keterampilan dirinya kemas. Sebaik terasa puas, loceng ditekan sekali sambil Haikal menanti dengan penuh sabar pintu dibuka.

Beberapa saat kemudian pintu rumahnya dibuka separuh. Wajah Lisa menjengah muka pintu. Sebaik memastikan bahawa Haikal yang berada di hadapan pintu rumahnya, Lisa membuka pintu keseluruhan. Haikal terpaku melihat keterampilan Lisa pada malam itu. Sungguh memukau dan mengocak jiwa serta perasaannya. Lisa mengenakan blouse berwarna merah dan dipadankan dengan skirt hitam labuh paras lutut berwarna hitam. Wajahnya didandan rapi dan rambut disisir kemas.

Ikenal erti cantik bila Ilihat you,sayang..”kata Haikal memuji Lisa. Lantas tangannya yang disorokkan di belakang badan mengeluarkan sejambak bunga ros dan dihadiahkan kepada Lisa.

Thank you..”balas Lisa sambil tersenyum lebar menerima jambangan bunga tersebut. Didekatkan bunga tersebut di hidungnya dan aroma semerbak dihidunya. Lantas Haikal dipelawa masuk ke dalam apartmennya dan pintu ditutup rapat.

Di dalam rumah, Lisa mempelawa Haikal untuk duduk di meja makan yang terletak di ruangan dapur. Sempat jua Haikal mencuri lihat dekorasi dalaman rumah Lisa itu. Segalanya tersusun rapi dan kemas. Satu tanggapan awal bahawa Lisa seorang yang mementingkan kekemasan terselit di minda. Tidak hairan apabila setiap kerja yang dilakukannya, dibuat dengan penuh cermat dan teliti.

Haruman lavender menjengah ruang hidung sebaik kaki mencecah di dapur. Dua batang lilin menerangi suasana suram di meja makan. Lampu lilin sesekali terliuk-liuk menari apabila dihembus angin lembut yang mungkin mencuri masuk di sebalik rongga tingkap yang terdedah.

Dua buah kerusi di letak secara bertentangan antara satu sama lain. Di atas meja terdapat pinggan yang telah diletakkan makanan dan minuman manakala kelengkapan seperti sudu, garfu dan pisau disusun bersebelahan pinggan. Lisa membawa Haikal duduk di kerusi yang terletak di penjuru meja.

Candle light dinner kita malam ni..”ujar Haikal sambil tersenyum.

Lisa hanya tersenyum penuh makna. Dia berjalan menuju ke ruang tamu dan memuatkan sekeping cd ke dalam pemain cakera. Sebentar kemudian alunan melodi piano lembut menjadi halwa telinga. Volumnya hanya dipasang perlahan dan menambahkan suasana romantis yang tercetus.

Lisa mengambil tempat duduk berhadapan dengan Haikal. Makan malam dimulai dengan masing-masing menyuap stik yang dimasak oleh Lisa sebentar tadi ke dalam mulut. Kunyahan begitu rapi dan sesekali bibir dikesat dengan tisu. Sambil menjamu selera mata masing-masing kadangkala bertemu satu sama lain. Cahaya lilin yang terbias menerangi suasana membuatkan suasana terasa romantik. Senyuman sentiasa bermain di bibir. Sesekali bual bicara tercetus melenyapkan kesunyian di antara mereka berdua.

Selesai menjamu selera, Lisa menarik tangan Haikal menuju ke ruang tamu rumah. Haikal merebahkan badan duduk di atas sofa sebaik Lisa menolak lembut dada lelaki tersebut. Haikal tersenyum nakal. Dia pantas menarik tubuh Lisa jatuh ke atasnya. Lisa tertawa kecil melayan karenah Haikal. Haikal pantas mendekatkan bibirnya ke telinga Lisa. Belum sempat bibirnya mencecah Lisa menolak lembut dada Haikal.

You tunggu dekat sini. I masuk ke bilik kejap.”pinta Lisa lantas bangun dan melangkah menuju ke biliknya. Haikal mengetap bibirnya geram.

Haikal melingaskan matanya ke serata arah meneliti sudut dekorasi ruang tamu tersebut yang sempat dilihatnya sekilas sebentar tadi. Sambil itu sempat jua dia mencuri pandang ke arah pintu bilik Lisa untuk melihat sama ada kekasihnya itu keluar atau pun tidak. Melihat pintu bilik yang masih tertutup Haikal kembali merayapi pandangan ke serata ruang rumah. Gambar-gambar yang terletak di dalam bingkai yang di gantung di perhatikannya. Tidak semena-mena satu wajah yang telah lama hilang di dalam hidupnya hinggap di matanya.

Berderau darah Haikal melihat gambar tersebut. Pantas dia bangun dan mendekati ruangan tersebut. Matanya memerhati wajah wanita yang berada di dalam gambar tersebut. Dia sangat mengenali wanita tersebut. Wanita yang selama ini menjadi peneman hidupnya. Sentiasa berada di sisinya di saat susah mahupun senang. Yang sentiasa membisikkan kata-kata mesra di telinga. Namun atas satu kesilapan, segalanya telah hilang. Dia kehilangan wanita tersebut untuk selamanya.

Satu persatu gambar yang melekat di dinding di dalam bingkai dilihat. Terdapat beberapa keping gambar wanita itu yang ditangkap dalam pelbagai posisi yang berbeza. Haikal menelan liurnya sendiri sambil memikirkan perkaitan antara wanita tersebut dan juga Lisa.

Di sebalik biasan kaca bingkai terlihat kelibat Lisa yang berada di belakangnya. Pantas Haikal berkalih. Dahinya dikerutkan dan lantas jarinya menunjuk ke arah gambar-gambar yang tergantung tersebut.

“Siapa perempuan dalam gambar ni Lisa? Macam mana you boleh kenal dengan dia?”soal Haikal ingin mendapatkan penjelasan.

Lisa tidak lekas menjawab. Dia tersenyum sinis sambil matanya tajam merenung ke arah Haikal.

“Kau telah lupa kenangan lalu Haikal?”soal Lisa.

Dia menghenyakkan tubuh di atas sofa sambil menyilangkan kakinya. Perilakunya benar-benar berubah seolah seorang pelakon drama yang memainkan dua watak dalam sebuah kisah.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.