BAB 3

Azril mencucuh sebatang rokok berjenama Malboro lalu diselitkan ke bibir. Rokok tersebut dihisap dan asapnya disedut dalam-dalam. Lalu dibebaskan melalui mulut dan hidung. Asap tersebut menerawang ke serata arah lalu hilang bersatu dengan udara.

Di sebelah kanan tangan Azril menggenggam kemas botol arak berjenama terkenal yang sering menjadi santapan golongan bukan Islam. Walaupun agama Islam melarang keras penganutnya daripada meminum minuman yang memabukkan kerana ia adalah merupakan salah satu daripada dosa besar tetapi larangan tersebut dipandang sepi oleh manusia seperti Azril. Dia menolak hukum dosa dan pahala sebaliknya menjadikan dunia sebagai persinggahan abadi.

Azril meneguk minuman keras yang dituangkan ke dalam cawan dan diselang selikan dengan sedutan rokok sedikit demi sedikit. Ketagihannya terhadap minuman beralkohol sukar dibendung kerana dia mula berjinak-jinak dengan arak sejak berusia belasan tahun lagi. Corak kehidupan sosial semasa proses tumbesaran telah membuatkan kehidupan Azril langsung membelakangkan ajaran agama. Alkohol merupakan bahan yang berupaya mengaktifkan ransangan. Pergantungan terhadap alkohol akan membuatkan seseorang individu menjadi murung, lemah, gangguan tidur disamping menjejaskan fungsi fizikal dan juga mental.

Alunan muzik-muzik rancak menjadi kelaziman di kelab malam tersebut. Beberapa penari ditugaskan melakukan tarian yang mengghairahkan bagi menarik minat pelanggan. Semakin lewat waktu beroperasi semakin hangat tarian yang akan dipersembahkan. Bahkan kadangkala hasil laburan wang oleh para pelanggan yang bertuhankan nafsu, penari akan mempersembahkan tarian bogel yang begitu mengasyikkan dan menaikkan ghairah lelaki-lelaki yang hadir di kelab tersebut.

Beberapa orang GRO menghampiri Azril dengan tujuan untuk menggodanya. GRO kebanyakannya akan menggoda pelanggan untuk menari dengannya dan jika laburan wang yang tinggi tidak mustahil jika ada dalam kalangan GRO yang sanggup menemani pelayan sehingga ke atas katil. Lazimnya, Azril akan melayani sekurang-kurangnya seorang GRO jika berkunjung ke kelab malam ini. Sama ada melayaninya menari tidak pun melayannya di atas ranjang. Tetapi pada malam tersebut nafsunya terasa terkunci. Godaan GRO hanya dipandang sepi.

Terasa bosan dan tidak dilayani, GRO tersebut terus berlalu. Azril menyambung kembali meneguk minuman keras. Sebatang lagi rokok dinyalakan lalu disedut. Fikirannya kini hanya memikirkan Dayang Haliza sahaja. Azril begitu menyintai wanita itu walaupun wanita itu pernah menolak cintanya semasa mereka sama-sama menuntut di Universiti Sains Malaysia dahulu. Wanita kelahiran Sarawak itu begitu memukau hatinya sewaktu kali pertama mereka bertemu.

Perkara yang paling menyakitkan apabila musuh utamanya, Raimy Nazri dipilih sebagai kekasih dan bahkan kini mereka telah bertunang dan bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Azril mengetap bibirnya geram. Minuman keras dituang lagi ke dalam gelas lalu diminum dengan sekali teguk. Mata Azril merah menahan mabuk.

Hatinya begitu membenci Raimy Nazri sejak mengenali lelaki itu dari zaman universiti lagi. Lelaki itu sering menjadi perhatian semua orang baik pensyarah sehinggalah ke pelajar senior dan junior. Kebanyakan tertarik kepadanya kerana kepandaian lelaki tersebut dalam bidang pelajaran di samping pernah menyandang jawatan sebagai pengerusi Majlis Perwakilan Pelajar yang bertanggungjawab dalam menguruskan hal ehwal kebajikan para pelajar. Kebanyakan jawatan penting sering dibolot oleh Raimy Nazri bahkan kecemerlangan lelaki itu di dalam bidang sukan tidak boleh diragui sama sekali. Tetapi Azril pula hanya lelaki biasa yang sering dipinggirkan walaupun mereka berdua menuntut dalam jurusan yang sama.

Mengingatkan perkara tersebut membuatkan hati Azril membengkak. Perkara yang paling tidak disangka apabila lelaki itu diterima kerja di syarikat EL Holding 5 tahun yang lalu. Persengketaan yang bermula di universiti berlanjutan pula di alam pekerjaan. Dengkinya menjadi-jadi apabila nama Raimy Nazri sering menjadi sebutan sebagai pekerja yang harus dicontohi atas kegigihan dan kerajinannya bekerja. Paling menyakitkan apabila dia dimaklumkan lelaki itu telah bertunang pada tahun lalu dan bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa yang terdekat.

Walaupun telah lama Dayang Haliza menolak cintanya tetapi perasaan tersebut tidak pernah berubah. Bukan dia tidak pernah merayu kepada wanita tersebut, tetapi wanita itu tetap bertegas dengan pendiriannya yang hanya menganggap Azril tidak lebih daripada seorang kawan semata-mata. Ego Azril terasa tercabar dengan penolakan tersebut.

Azril memejamkan matanya. Wajah Dayang Haliza menjengah di ruangan mata. Wajahnya yang putih bersih, alis matanya yang bundar, pipinya yang gebu, bibirnya merah ibarat delima merekah bahkan potongan badannya juga menggiurkan. Azril mengetap bibirnya geram bernafsu.

‘Aku yang lebih layak menikmati kau.’getus suara hati Azril.

“Sorang saja nampak bro?”tegur salah seorang pengunjung kelab malam yang mula mengambil tempat di sebelah Azril.

Azril melihat sekilas kelibat Brother Chong. Lalu dia kembali meneguk minumannya.

“Kau ada masalah ke? Kalau ada cerita sama aku. Aku boleh tolong panggil budak-budak aku settlekan?”tanya Brother Chong bersungguh-sungguh.

Lelaki berbangsa Cina itu merupakan tauke kelab malam merangkap ketua kongsi gelap di seluruh Kuala Lumpur. Di sampinng membuka bisnes kelab malam, lelaki itu juga membuat perkhidmatan peminjaman wang secara haram yang pastinya pembayaran balik melibatkan bunga yang tinggi.

Azril menggeleng perlahan. “Belum tiba masanya lagi.”ringkas Azril menjawab.

Dia telah mengenali Brother Chong sejak daripada zaman persekolahan lagi. Lelaki itu sememangnya seorang yang tidak mempunyai perasaan belas kasihan bahkan telah ramai ahli kongsi gelap dari pihak musuh yang telah tumbang di tangannya.

Brother Chong menyeluk poketnya lalu mengeluarkan beberapa pil beraneka warna lalu diunjukkan kepada Azril. Azril menolak tangan Brother Chong dan menyudahkan minumannya sehingga tidak bersisa. Moodnya benar-benar mati. Lalu dia terus berlalu keluar daripada kelab malam meninggalkan Brother Chong yang terpinga-pinga melihat kelakuan Azril yang berlainan pada malam tersebut.



Cahaya matahari mula gagah bersinar memuntahkan cahaya sebaik sang bulan mula menyembunyikan diri di sebalik bayang angkasa. Burung-burung terbang berkicauan sibuk bekerja mencari sesuap makanan. Manakala lebuh raya mula kelihatan kenderaan berpusu-pusu menuju ke destinasi bagi mencari rezeki masing-masing. Begitulah rutin kehidupan harian yang telah diatur oleh ALLAH S.W.T.

Seawal jam 8.00 pagi syarikat EL Holding telah mula beroperasi. Kebanyakan pekerja akan mula tiba sebelum waktu tersebut kerana bimbang dimarahi oleh pengurus dan paling tidak gaji mereka akan ditolak. Pihak pengurusan sangat bertegas dalam aspek pengurusan masa dan syarikat tidak akan sama sekali berlembut dengan pekerja yang mempunyai masalah disiplin.

Wan Latifah menyusun fail yang berselerak di atas mejanya dan diletakkan di suatu sudut. Matanya melilau ke arah meja Raimy Nazri tetapi kelibat lelaki itu masih tidak kelihatan. Perlahan-lahan Wan Latifah melangkah menuju ke meja Fahrin mendapatkan lelaki tersebut.

“Mana si Raimy? Tak masuk kerja lagi ke?”soal Wan Latifah. Dia berdiri menghadap meja Fahrin.

Fahrin yang sibuk mencatatkan bilangan produk yang terjual segera mengangkat wajahnya. “Hmm.. Semalam dia ada mesej aku. Dia kata hari ni dia tak datang kerja sebab nak pergi beli cincin kahwin dengan bakal isteri.”ujar Fahrin.

“Ooh.. Untung siapa dapat Raimy tu kan. Dah lar baik dan sopan lepas tu kacak pulak. Kau rasa Raimy ni sama tak macam watak hero dalam novel dia? Caring, lemah lembut, kaya..”ujar Wan Latifah memuju personaliti Raimy Nazri.

“Ehem.. Habis lelaki yang depan kau ni tak cukup kacak dan baik ke? Kau jangan cari pasal. Dah jadi tunang orang tu. Karang ada yang datang serang kau dekat ofis ni.”ujar Fahrin mengingatkan.

Wan Latifah mencebik tidak berpuas hati. “Ala.. Aku tanya saja pun..”

“Korang ni waktu bekerja pun sibuk berbual.”tegur Luthfi. Mejanya terletak bersebelahan dengan meja Fahrin.

“Kenapa kalau kami sibuk berbual. Kau ada masalah ke?”balas Fahrin semula.

Luthfi mencebik.

“Ada masalah sebab korang tak ajak aku join sekali.”balas Luthfi.

“Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Ada hati nak join walau tak kena jemput.”kata Fahrin.

“Korang ni pantang berjumpa asyik nak bertekak je. Macam anjing dan kucing.”ujar Wan Latifah cuba meleraikan perang mulut di antara Fahrin dan Luthfi.

“Yang pastinya aku kucing.”celah Fahrin pantas.

Luthfi mengetap bibirnya geram.

“Habis kau nak cakap aku macam binatang yang kena samak tu kalau tersentuh?”soal Luthfi tidak berpuas hati.

Fahrin melihat ke arah Wan Latifah.

“Wan, kau ada dengar aku cakap macam tu tak? Tak kan?”sengaja Fahrin menyakat.

Luthfi yang geram merenyuk sekeping kertas lalu dilontarkan ke arah Fahrin. Tetapi malang apabila lontaran tersebut terkena kepada Azril yang sedang berdiri sambil menyelak dokumen.

Azril mengetap bibirnya geram. Matanya merah lantaran kesan alkohol semalam. Baru sebentar tadi dia dimarahi oleh bos sebab kesilapan dalam menyiapkan rangka projek yang terbaharu. Lontaran kertas tersebut mencetuskan kemarahannya. Matanya yang merah mencerlung melihat ke arah mereka bertiga.

“Siapa yang baling sampah ni?”herdik Azril. Mereka bertiga hanya diam menikus.

Azril mengutip sampah tersebut lalu melontarkan kertas tersebut ke arah mereka semula tetapi tidak mengenai sesiapa. Kemudian lelaki tersebut merengus kasar dan terus berlalu. Sebaik bayangan Azril tidak lagi kelihatan, ketawa kecil yang ditahan meletus daripada mereka bertiga mentertawakan gelagat Azril sebentar tadi.



Seluruh keluarga Ahmad Jailani dan pasangannya Mak Munah duduk di ruangan meja makan menikmati juadah malam. Lauk sekadar ikan keli masak lemak dan sayur kangkung goreng belacan cukup membuka selera mereka sekeluarga. Dayang Haliza mengambil tempat duduk bersebelahan dengan Mak Munah. Manakala Ahmad Jailani selaku ketua keluarga duduk di kerusi tunggal yang terletak di penjuru meja.

Keluarga ini berasal daripada negeri bumi kenyalang iaitu Sarawak. Tetapi mula berhijrah ke Selangor atas faktor Ahmad Jailani yang dahulu bekerja sebagai seorang guru ditukarkan ke sana. Kini dia hanya menikmati pencen yang diperolehi setiap bulan. Hanya anak sulung mereka iaitu Dayang Haliza yang dilahirkan di Sibu manakala kelima-lima anak mereka yang lain dilahirkan di negeri Selangor.

“Sedap lauk mak masak hari ni.”puji Dayang Haliza. Tangannya menggaul nasi dengan isi ikan keli bersalut masak lemak lalu disuap ke mulut.

“Mak kamu ni bukan kamu tak kenal. Masakannya first class. Boleh masuk Masterchef silap hari bulan.”tambah Ahmad Jailani memuji isterinya.

“Abang ni ada-ada saja lah.”ujar Mak Munah menyanggah usikan suaminya.

Ahmad Jailani hanya tertawa kecil lalu melarikan pandangan ke arah Dayang Haliza.

“Bagaimana dengan persiapan perkahwinan kamu? Ayah nak uruskan tapi kamu yang tak bagi.”soal Ahmad Jailani yang ingin mengetahui perkembangan urusan perkahwinan anaknya itu.

“Macam itu lah ayah. Semuanya wedding planner dah aturkan. Kami cuma tinggal untuk datang ke majlis perkahwinan saja. Soal hadiah hantaran pula, Haliza dah serahkan tugas dekat kawan. Dia pakar dalam bab-bab menguruskan hantaran ni.”terang Dayang Haliza.

Ahmad Jailani berpuas hati.

“Baguslah kalau begitu. Ayah bukan apa, cuma risaukan majlis kamu nanti je. Kamu yang beria-ria dan percaya sangat dengan wedding planner kamu tu. Jadi ayah tak boleh nak kata apa.”ujar Ahmad Jailani. Terdapat nada rajuk dalam percakapannya. Ahli keluarga yang lain hanya sekadar menjadi pemerhati perbualan mereka.

Dayang Haliza serba salah melihat ayahnya yang kelihatan sedikit rajuk. Dia bukan tidak mahu ayahnya campur tangan dalam urusan perkahwinannya cuma Dayang Haliza tidak membebankan kedua ibu bapanya.

“Hmm.. Kalau dulu masa kami berkahwin, meriah je suasana dengan jiran-jiran datang membantu untuk siapkan hantaran, hias pelamin, indahkan bilik pengantin. Tapi sekarang ni semua orang dah uruskan untuk kita. Tapi bagus juga sekurang-kurangnya sebab memudahkan lagi kerja kita. Jadi kita cuma fokus untuk berkahwin saja lah.”celah Mak Munah membandingkan suasana perkahwinan dahulu dan sekarang.

Dayang Haliza menarik nafas lega apabila Mak Munah faham dengan tindakan yang dilakukan olehnya. Masing-masing menghadap hidangan makan malam semula sehingga selesai. Setelah habis mencuci pinggan mangkuk dan mengemas dapur, Dayang Haliza meminta diri untuk ke biliknya.

Telefon bimbit dicapai. Tidak semena-mena kerinduan terhadap tunangnya terasa memuncak. Walau baru tadi sahaja mereka bertemu untuk memilih cincin perkahwinan tetapi ternyata demam kerinduan mula terasa. Dayang Haliza menekan skrin sentuh menaip sesuatu dan dihantar kepada tunangnya.

I miss you, abang.

Tidak lama kemudian, telefon bimbitnya berdering menandakan mesej diterima. Pantas Dayang Haliza membuka pesanan yang diterima.

I miss you too, honey.

Walaupun hanya sekadar ucapan ringkas yang diterima, tetapi cukup untuk membuat Dayang Haliza mengukir senyuman. Dalam diam kerinduan yang terasa membuar dirasakan sedikit reda. Dalam hatinya kini hanya bayangan wajah Raimy Nazri yang bermain. Dayang Haliza leka berbuai dengan perasaannya sehingga tidak sedar akhirnya berlanjutan ke alam mimpi. Dia langsung tertidur tidak sedarkan diri.

Previous: BAB 2
Next: BAB 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.