Diam tidak diam telah 3 bulan Lisa bekerja di
syarikat AHA Holding. Daripada hubungan bos dengan pekerja hubungan mereka
menjadi semakin erat dan akrab. Masing-masing menyimpul perasaan kasih dan
sayang yang bercambah di hati. Seringkali bingkisan-bingkisan cinta yang
diluahkan atas sekeping kad diletakkan di atas meja Lisa. Kadangkala kuntuman
bunga turut berada di atas mejanya. Namun hubungan mereka masih menjadi rahsia
kerana Haikal tidak mahu hubungan itu menjadi buah mulut setiap staf
syarikatnya itu.
Lisa meletakkan
secawan Milo panas di atas meja Haikal. Haikal yang kusyuk melakukan kerja
mendongakkan sedikit kepalanya. Senyuman terukir di bibirnya.
“Awal you buatkan air untuk I hari ni?”soal Haikal sambil menghirup
sedikit Milo panas itu. Sejalur rasa manis dan hangat membasahi tekak.
Lisa
hanya tersenyum manja tidak menjawab soalan tersebut. Kemudian Lisa terus
berlalu keluar dari bilik majikan yang kini mula menjadi kekasih hatinya.
Haikal hanya menghantar Lisan dengan pandangan mata sehingga kelibatnya hilang
di sebalik pintu.
Dia
kembali menghirup minumannya itu. Tetapi sebelum bekas cawan mencecah bibir,
jarinya merasakan sesuatu seperti sekeping kertas melekat di cawannya. Pantas
cawan tersebut dipusingkan. Sekeping kertas berwarna biru melekat di cawan
tersebut. Pantas Haikal membaca.
Selamat pagi cinta. Mulakan hari dengan
senyuman. :)
Terus
senyuman bergayut di bibir Haikal. Kata-kata tersebut seolah-olah memotivasikan
dirinya untuk terus bekerja dengan lebih gigih pada hari tersebut. Pantas
jarinya menekan interkom dan mengarahkan agar Lisa masuk ke biliknya.
2
minit berselang, Lisa masuk ke dalam bilik. Langkah disusun tertib dan dia
mengambil tempat duduk berhadapan dengan Haikal.
“Hmm.. Ada apa En. Haikal nak jumpa saya?
Tak sedap ke air saya bancuh hari ini?”soal Lisa sambil memandang wajah Haikal
dengan wajah yang polos. Haikal tersenyum melihat tingkah laku Lisa.
“Terlebih sedap dari
kebiasaan. Rasa terlebih segar pula hari ini bila minum air yang you buatkan.”balas Haikal.
“Ada-ada
aja you ni.. Dahlar kalau tak ada
kerja I keluar dulu. Nanti staf lain
nampak pulak.”ngomel Lisa. Lantas dia berdiri untuk berlalu pergi.
Haikal
pantas bangun dan mencapai tangan Lisa. Lisa tidak jadi untuk melangkah keluar.
Perlahan-lahan Haikal menarik tangan Lisa ke arahnya hingga memaksa Lisa
berjalan menurut tarikan tersebut. Lisa berada di sebelah Haikal.
“Jangan
keluar lagi. I tak puas lagi bermanja
dengan you.”rayu Haikal.
Dia cuba menarik tangan Lisa sehingga memaksa
Lisa menunduk. Haikal mendekatkan wajahnya dengan wajah Lisa tetapi pantas Lisa
meletakkan dua jarinya di bibir Haikal sambil menggeleng berulangkali.
“You jangan nakal sangat. Nanti I jerit baru tahu.”ugut Lisa. Haikal
mencuka mendengar kata-kata tersebut.
Lisa
hanya tersenyum.
“Jangan merajuk begitu. Nanti tak hensem lah
sayang I yang sorang ni.”pujuk Lisa.
Haikal hanya membatukan dirinya sambil membega-begakan mulutnya mengajuk
percakapam Lisa.
Lisa
merayapkan tangannya ke bahagian bawah dagu Haikal dan dielus lembut.
“Malam
ni you free tak?”soal Lisa lembut dan
perlahan.
“Hmm…
Freelah kot.. Kenapa?”soal Haikal
dengan acuh tidak acuh.
“Ingat
nak ajak you datang rumah I. Tapi
kalau you dah merajuk macam ni tak
jadilah..”ujar Lisa.
Pantas
Haikal berkalih dan tersenyum.
“Mana ada I
merajuk. Pukul berapa malam ni?”soal Haikal pantas.
Lisa
tertawa melihat gelagat Haikal. “Tadi merajuk sangat.. Hmm.. Lepas 9.00 malam you datang lah. I nak masak something special
untuk you malam ni.”balas Lisa.
“Baik
tuan puteri.”kata Haikal sambil mengelus lembut tangan Lisa.
“Pukul
9.00 malam. Jangan lupa.”Lisa memperingatkan Haikal.
Lantas
tangannya mencuit hidung Haikal dan terus berlalu keluar dari bilik. Haikal
menghantar langkah hayunan kaki kekasihnya itu sehingga bayangannya tidak lagi
kelihatan. Lantas dia menyambung semula kerja yang tergendala dengan senyuman
yang bergayut di bibir.
Malam tersebut, Haikal tiba di hadapan
apartmen milik Lisa tepat jam 9.00 malam. Haikal memakai kemeja lengan panjang
berwarna ungu dan dimasukkan ke dalam seluar jeans birunya. Kelihatan santai
tetapi masih bergaya. Haikal berdiri terpacak di hadapan pintu apartmen Lisa.
Sengaja dia belum menekan loceng kerana ingin menyisir rambut dan memastikan
keterampilan dirinya kemas. Sebaik terasa puas, loceng ditekan sekali sambil
Haikal menanti dengan penuh sabar pintu dibuka.
Beberapa saat kemudian pintu rumahnya dibuka
separuh. Wajah Lisa menjengah muka pintu. Sebaik memastikan bahawa Haikal yang
berada di hadapan pintu rumahnya, Lisa membuka pintu keseluruhan. Haikal
terpaku melihat keterampilan Lisa pada malam itu. Sungguh memukau dan mengocak
jiwa serta perasaannya. Lisa mengenakan blouse
berwarna merah dan dipadankan dengan skirt hitam labuh paras lutut berwarna
hitam. Wajahnya didandan rapi dan rambut disisir kemas.
“Ikenal erti cantik bila Ilihat you,sayang..”kata Haikal memuji Lisa. Lantas tangannya yang
disorokkan di belakang badan mengeluarkan sejambak bunga ros dan dihadiahkan
kepada Lisa.
“Thank you..”balas Lisa sambil tersenyum
lebar menerima jambangan bunga tersebut. Didekatkan bunga tersebut di hidungnya
dan aroma semerbak dihidunya. Lantas Haikal dipelawa masuk ke dalam apartmennya
dan pintu ditutup rapat.
Di
dalam rumah, Lisa mempelawa Haikal untuk duduk di meja makan yang terletak di
ruangan dapur. Sempat jua Haikal mencuri lihat dekorasi dalaman rumah Lisa itu.
Segalanya tersusun rapi dan kemas. Satu tanggapan awal bahawa Lisa seorang yang
mementingkan kekemasan terselit di minda. Tidak hairan apabila setiap kerja
yang dilakukannya, dibuat dengan penuh cermat dan teliti.
Haruman
lavender menjengah ruang hidung sebaik kaki mencecah di dapur. Dua batang lilin
menerangi suasana suram di meja makan. Lampu lilin sesekali terliuk-liuk menari
apabila dihembus angin lembut yang mungkin mencuri masuk di sebalik rongga
tingkap yang terdedah.
Dua
buah kerusi di letak secara bertentangan antara satu sama lain. Di atas meja
terdapat pinggan yang telah diletakkan makanan dan minuman manakala kelengkapan
seperti sudu, garfu dan pisau disusun bersebelahan pinggan. Lisa membawa Haikal
duduk di kerusi yang terletak di penjuru meja.
“Candle light dinner kita malam ni..”ujar
Haikal sambil tersenyum.
Lisa
hanya tersenyum penuh makna. Dia berjalan menuju ke ruang tamu dan memuatkan
sekeping cd ke dalam pemain cakera. Sebentar kemudian alunan melodi piano
lembut menjadi halwa telinga. Volumnya hanya dipasang perlahan dan menambahkan
suasana romantis yang tercetus.
Lisa
mengambil tempat duduk berhadapan dengan Haikal. Makan malam dimulai dengan
masing-masing menyuap stik yang dimasak oleh Lisa sebentar tadi ke dalam mulut.
Kunyahan begitu rapi dan sesekali bibir dikesat dengan tisu. Sambil menjamu
selera mata masing-masing kadangkala bertemu satu sama lain. Cahaya lilin yang
terbias menerangi suasana membuatkan suasana terasa romantik. Senyuman sentiasa
bermain di bibir. Sesekali bual bicara tercetus melenyapkan kesunyian di antara
mereka berdua.
Selesai
menjamu selera, Lisa menarik tangan Haikal menuju ke ruang tamu rumah. Haikal
merebahkan badan duduk di atas sofa sebaik Lisa menolak lembut dada lelaki
tersebut. Haikal tersenyum nakal. Dia pantas menarik tubuh Lisa jatuh ke
atasnya. Lisa tertawa kecil melayan karenah Haikal. Haikal pantas mendekatkan
bibirnya ke telinga Lisa. Belum sempat bibirnya mencecah Lisa menolak lembut
dada Haikal.
“You tunggu dekat sini. I masuk ke bilik kejap.”pinta Lisa lantas
bangun dan melangkah menuju ke biliknya. Haikal mengetap bibirnya geram.
Haikal
melingaskan matanya ke serata arah meneliti sudut dekorasi ruang tamu tersebut
yang sempat dilihatnya sekilas sebentar tadi. Sambil itu sempat jua dia mencuri
pandang ke arah pintu bilik Lisa untuk melihat sama ada kekasihnya itu keluar
atau pun tidak. Melihat pintu bilik yang masih tertutup Haikal kembali merayapi
pandangan ke serata ruang rumah. Gambar-gambar yang terletak di dalam bingkai
yang di gantung di perhatikannya. Tidak semena-mena satu wajah yang telah lama
hilang di dalam hidupnya hinggap di matanya.
Berderau darah Haikal
melihat gambar tersebut. Pantas dia bangun dan mendekati ruangan tersebut.
Matanya memerhati wajah wanita yang berada di dalam gambar tersebut. Dia sangat
mengenali wanita tersebut. Wanita yang selama ini menjadi peneman hidupnya.
Sentiasa berada di sisinya di saat susah mahupun senang. Yang sentiasa
membisikkan kata-kata mesra di telinga. Namun atas satu kesilapan, segalanya
telah hilang. Dia kehilangan wanita tersebut untuk selamanya.
Satu persatu gambar
yang melekat di dinding di dalam bingkai dilihat. Terdapat beberapa keping
gambar wanita itu yang ditangkap dalam pelbagai posisi yang berbeza. Haikal
menelan liurnya sendiri sambil memikirkan perkaitan antara wanita tersebut dan
juga Lisa.
Di sebalik biasan kaca
bingkai terlihat kelibat Lisa yang berada di belakangnya. Pantas Haikal
berkalih. Dahinya dikerutkan dan lantas jarinya menunjuk ke arah gambar-gambar
yang tergantung tersebut.
“Siapa perempuan dalam
gambar ni Lisa? Macam mana you boleh
kenal dengan dia?”soal Haikal ingin mendapatkan penjelasan.
Lisa tidak lekas
menjawab. Dia tersenyum sinis sambil matanya tajam merenung ke arah Haikal.
“Kau telah lupa
kenangan lalu Haikal?”soal Lisa.
Dia menghenyakkan
tubuh di atas sofa sambil menyilangkan kakinya. Perilakunya benar-benar berubah
seolah seorang pelakon drama yang memainkan dua watak dalam sebuah kisah.