“Macam mana dengan anak saudara kita sorang tu?”soal
Hajah Senah. Dia menyerahkan secawan kopi panas kepada suaminya.
Haji
Leman menyambut unjukan tersebut lalu mengucapkan terima kasih. Kopi tersebut
dihirup perlahan lalu diletakkan di atas meja berdekatan dengannya. Angin
petang yang berpuput lembut terasa menyamankan. Suasana di kampung sangat
berbeza dengan kehidupan di kota. Haji Leman duduk bersila di dalam pondok
kecil yang dibina khas olehnya yang digunakan sebagai tempat beristirehat.
Lazimnya waktu petang begitu, Haji Leman sering duduk berehat di pondok
tersebut.
“Saya
tak tahu nak cakap macam mana. Cuma abang harap dia dapat menerima kenyataan
yang tunangnya telah meninggal dunia.”balas Haji Leman. Hampir seminggu Haji
Leman dan Hajah Senah telah pulang ke kampung halamannya di Pahang.
“Saya
tengok nampak macam teruk keadaan dia tu. Risau pulak saya tengok.”kata Hajah
Senah. Wajahnya muram bila mengenangkan Raimy Nazri.
Haji
Leman mengeluh perlahan.
“Dia
terlampau sayang tunangnya itu. Bila tiba-tiba jadi perkara macam tu, dia payah
untuk terima kenyataan tersebut. Saya pun sebenarnya simpati juga tengok
keadaan dia macam tu. Kita cuma berupaya untuk beri nasihat. Yang hadapinya si
Raimy tu.”balas Haji Leman.
“Ini
semua ujian ALLAH. Dia sepatutnya perlu terima dengan hati yang terbuka.”kata
Hajah Senah.
“Betul
tu Senah. Abang bimbang juga tengok keadaan Raimy. Takut dia terlalu terbawa-bawa
sehingga mengancam dirinya.”tambah Haji Leman lagi. Cawan berisi kopi dicapai
lalu dihirup perlahan. Sejalur rasa pahit dan manis melewati kerongkong.
“Kita
kena sama-sama berdoa agar dia cepat pulih daripada keadaan yang dialaminya
sekarang ni.”tokok Haji Leman lagi.
“Nanti
kalau senang-senang kita pergi melawat si Raimy tu. Kesian pulak dia tinggal
sorang-sorang.”ujar Hajah Senah.
“Hmm..
Abang pun tak sanggup sebenarnya nak tinggalkan dia sorang-sorang tapi keadaan
yang memaksa. Lepas abang dapat cari pekerja untuk jaga ternakan, kita pergilah
dekat si Raimy.”balas Haji Leman. Kopi panas dihirup lagi sebelum dia bingkas
bangun dan menuju masuk ke dalam rumah untuk menunaikan solat Asar.
Raimy Nazri kembali bekerja. Meskipun demikian
semangatnya yang hilang masih belum pulih sepenuhnya. Keadaanya masih seperti
biasa seperti sebelum-sebelumnya. Tempoh cuti yang diberi oleh pihak atasan
kepadanya ternyata tidak merubah diri dia. Raimy Nazri tetap dengan
perlakuaannya yang sering murung. Tetapi dari aspek kerja, sedikit sebanyak
Raimy Nazri mula menunjukkan perkembangan positif.
Tugas yang diamanahkan telah
dilakukan dengan baik. Hal ini sedikit sebanyak melegakan hati pihak atasan.
Sekurangnya Raimy Nazri berjaya fokus terhadap kerjanya dan menepikan kemelut
peribadi yang sedang dialaminya itu.
Wan
Latifah dan Fahrin yang melihat Raimy Nazri telah kembali bertugas tersenyum
lembar menyambut kehadiran sahabatnya itu. Begitu juga dengan rakan sekerja
yang lain. Masing-masing turut memainkan peranan dengan memberikan kata-kata
semangat kepadanya. Hanya itu yang mampu dilakukan oleh mereka untuk
mengembalikan semula Raimy Nazri yang dahulu. Seorang pekerja merangkap penulis
novel yang sentiasa komited dengan tugas dan sentiasa hadir dengan idea-idea
baharu yang dapat memajukan syarikat.
“Welcome backbro!”ucap Fahrin. Dia
bersandar di meja Raimy Nazri.
Raimy
Nazri yang sedang menaip mengangkat wajahnya dan tersenyum hambar. Wajahnya
masih dibiarkan ditumbuhi jambang dan janggut. Cuma rambutnya saja yang tersisir
rapi. Fahrin meletakkan bungkusan yang berisi makanan dan minuman di atas meja
Raimy Nazri.
“Ini
nasi lemak yang selalu kau makan berserta teh tarik. Aku belanja hari
ni!”sengih Fahrin menuturkan kata.
“Terima
kasih, Fahrin.”balas Raimy Nazri sekadar menjaga hati rakannya. Seleranya masih
belum terbuka untuk menjamah makanan tersebut walaupun nasi lemak itu yang
sering menjadi pilihannya.
“Amboi
belanja Raimy je? Habis aku ni?”usik Wan Latifah yang baru sahaja muncul.
“Kau
tak apa. Laki kau boleh belanja kan.”sahut Fahrin.
“Laki
aku? Siapa?”berkerut dahi Wan Latifah memikirkannya.
“Tu
mamat bangla yang kerja kontrak buat rumah dekat seberang jalan.”seraya
terhambur ketawa Fahrin. Raimy Nazri yang pada mulanya tersenyum hambar
perlahan-lahan ketawa.
“Kurang
asam!”getus Wan Latifah lalu terus berlalu ke arah mejanya. Malas melayan
karenah Fahrin yang suka menyakatnya. Tetapi melihat senyuman yang terukir di
bibir Raimy Nazri sebentar tadi sekurang-kurangnya membuatkan hati dia lega.
Azril
yang memerhati gelagat mereka bertiga hanya mencebik. Pandangan matanya
menerkam wajah Raimy Nazri dengan penuh kesumat. Masih terasa sakitnya tumbukan
tempoh hari tetapi bukanlah secara zahir sebaliknya bersifat dalaman. Tetapi
lelaki itu puas apabila musuhnya itu tidak dapat berkahwin dengan wanita yang
turut dicintainya. Azril tersenyum puas hati melihat kesengsaraan Raimy Nazri
kerana kehilangan tunangnya.
Sebaik
Wan Latifah berlalu, Fahrin menyambung perbualannya dengan Raimy Nazri.
“Dalam
minggu hadapan agak-agak kau sibuk tak?”soal Fahrin.
“Hmm..
Ada apa minggu depan?”soal Raimy Nazri semula mendapatkan kepastian.
“Minggu
depan kan ofis akan ambil cuti selama 3 hari sempena sambutan Tahun Baru Cina.
Jadi kami rakan-rakan dekat ofis ni rancang nak pergi jalan-jalan di Pulau
Pinang. Kami ingat nak ajak kau sekali.”terang Fahrin.
Sebenarnya
percutian itu telah dirancang oleh mereka. Tujuannya supaya Raimy Nazri dapat
turut serta untuk melepaskan segala tekanan yang menyesakkan jiwanya.
Raimy
Nazri yang mendengar nama negeri Pulau Pinang. Negeri itu menyimpan sejuta
kenangan dia bersama Dayang Haliza. Di negeri itulah pertama kali dia bertemu
dengan arwah tunangnya, di situlah pertama kali lafaz cintanya terucap dan di
Pulau Pinang juga cinta antara mereka bersemi. Tidak semena-mena kenangan
bersama Dayang Haliza menggamit perasaan.
“Jadi
kau nak ikut kami tak?”soal Fahrin sebaik melihat Raimy Nazri hanya mendiamkan
diri.
Lamunan
Raimy Nazri berkecai. Dia menggeleng lemah. “Aku rasa aku tak dapat join korang kot. Aku minta maaf lah
ek.”balas Raimy Nazri.
Jawapan
yang diterima mengecewakan Fahrin. Rancangannya untuk membawa Raimy Nazri
bersiar-siar bagi menghiburkan sedikit hati yang sedang lara terbantut. Fahrin
beransur-ansur pulang ke mejanya.
Sebaik
Fahrin berlalu, fikiran Raimy Nazri melayang. Kerjanya yang dilakukannya
sebentar tadi tergendala. Kala ini dia hanya merindui Dayang Haliza. Hatinya
benar-benar dibelasah rindu. Gambar di dalam bingkai yang terletak di sudut
meja dicapai. Wajah Dayang Haliza ditatap lama. Perasaan sebak terasa bertakung
di jiwa. Sungguh berat dan sengsara dirasakan. Tidak semena-mena fikirannya
terimbau tatkala mereka membeli cincin perkahwinan tempoh hari.
Imbas kembali
Raimy Nazri membelek cincin emas bertahtah berlian
itu sambil diperhati oleh Dayang Haliza. Kemudian dia menyerahkan cincin
tersebut kepada tunangnya. Dayang Haliza membelek-belek cincin emas tersebut.
Lalu disarungkan ke jari manisnya. Cukup cantik dan padan. Dia tersenyum
melihat Raimy Nazri.
“Sayang
suka cincin ni.”ujar Dayang Haliza membuat pilihan.
Raimy
Nazri tidak banyak bersoal. Sesudah membuat bayaran mereka terus berlalu. Di
dalam perjalanan, Dayang Haliza yang lazimnya banyak bercakap hanya mendiamkan
diri. Perubahan itu disedari oleh Raimy Nazri.
“Kenapa
sayang diam saja dari tadi?”tanya Raimy Nazri sekadar mengambil berat.
Dayang
Haliza melemparkan senyuman hambar. “Tak ada apa lah. Cuma sayang terfikir
sesuatu saja.”
“Apa
yang sayang fikirkan?” Tangannya memutar stereng kereta ke arah kiri membelok.
“Macam
mana kalau sayang pergi dahulu dari abang?”soal Dayang Haliza.
Soalan
tersebut ternyata mengejutkan Raimy Nazri.
“Apa
sayang cakap merepek ni? Abang tak suka tau tak sayang cakap benda-benda macam
ni.”nada suara Raimy Nazri sedikit meninggi.
“Tapi
jodoh, hidup dan kematian semua di tangan ALLAH. Sayang cuma terfikir kalau
sayang pergi dahulu dari abang, cinta kita pasti akan terkubur bersama.”ujar
Dayang Haliza.
Raimy
Nazri memberhentikan kereta di simpang jalan. Dia memerhati wajah tunangnya
erat.
“Kita bakal berkahwin tak lama lagi. Jadi
abang percaya jodoh kita kuat dan kita bakal disatukan dalam jalinan ikatan
yang sah. Cinta kita akan terus bersemi untuk selamanya.”ucap Raimy Nazri
ikhlas.
“Tapi
andainya sayang pergi dahulu sebelum semua itu berlaku?”ulang Dayang Haliza
lagi.
Raimy
Nazri mengeluh perlahan. “Andai itu berlaku, abang redha dengan ketentuan
takdir.”
“Abang
kena janji yang abang akan cari pengganti yang lebih baik daripada sayang dan
abang takkan mudah patah semangat walaupun sayang dah tiada di sisi
abang.”Dayang Haliza menuntut Raimy Nazri agar berjanji.Raimy Nazri pada
mulanya enggan tetapi sebaik dipaksa akhirnya dia akur. Dia menggenggam erat
tangan Dayang Haliza denga rasa kasih yang menggunung dan rasa cinta yang
tinggi melangit.
Raimy Nazri tersedar daripada lamunannya. Air mata
yang terasa ingin mengalir pantas diseka. Kenangan itu telah berlalu tetapi
masih segar di dalam ingatannya. Kalau tunangnya masih hidup dan melihat
keadaannya sebegini pasti Dayang Haliza akan berasa sedih. Raimy Nazri mula
sedar dengan janji yang pernah dibuat dahulu. Matanya dipejam erat.
“Abang,
saya tak nak abang patah semangat. Walau sayang tak ada lagi di dunia ini, tapi
sayang tetap hidup di hati abang.”
Suara
Dayang Haliza kedengaran terngiang-ngiang di telinganya. Suara tersebut
hanyalah merupakan satu cetusan imbasan yang bermain di fikiran. Raimy Nazri
menghela nafas berat. Dia tidak boleh terus menerus begitu. Semangat perlu
diraih semula bagi mengharungi kehidupan yang masih panjang.
“Fahrin..”panggil
Raimy Nazri.
Meja
Fahrin tidak begitu jauh dengan Raimy Nazri. Fahrin yang mendengar namanya
dipanggil segera berkalih.
“Cuma
nak beritahu. Jangan lupa simpan tempat untuk aku nak pergi Penang minggu
depan.”ujar Raimy Nazri.
Kata-kata
Raimy Nazri disambut dengan senyuman riang Fahrin. Dia mengangkat ibu jari
sebagai isyarat bagus. Raimy Nazri turut tersenyum dan membalas dengan isyarat
yang sama.