Home Novel Seram/Misteri PROJEK SERAM GUA (JIN)
PROJEK SERAM GUA (JIN)
Eqbal Mohaydeen
23/8/2019 23:39:40
544
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
Bab 3

BAB 3

Tiga kali nafas dihembus, matalelaki itu terbuka terbelalak. Mulut terlopong ternganga.


“Syaitan itu... syaitan itu...”


Belum habis kata-katanya, Jalis tergeletak semula diatas lantai. Mata terbeliak memandang siling rumah. Dia tidak lagi bernyawa.


“Innalillahiwainnailaihirajiun,” ucap Karim sambilmenutup kedua-dua belah kelopak mata Jalis hingga terpejam.


“Dia tidak harus dibawa pulang kesini.” Che Bayu merenung jenazah Jalis. Dia membebaskan keluhan memberat.


“Tapi Karim tak sanggup tinggalkan dia seorang disitu, ibu.” Karim membalas.


“Itu lebih baik, Karim. Ibu pastidia telah mengekori kau ke sini.”


“Siapa ibu maksudkan? AskarJepun? Karim sudah pastikan tak ada siapa yang ikut.”


Che Bayu menggeleng.


“Dia lebih kejam daripada askarJepun. Jalis dibunuh oleh dia.”


“Siapa dia sebenarnya, ibu?” soalKarim sedikit mendesak.


“Syaitan. Makhluk-makhluk itumunculsemula selepas berpuluhtahun. Dari gua itu dia muncul,” jawab Che Bayu. Berderau darah Karim danSalmah mendengarnya.


Meremang bulu roma mereka berdualagi-lagi melihat keadaan jenazah Jalis dalam keadaan mengerikan.

Che Bayu bangun. Matanya meliar memandang sekelilingrumah. Setiap tingkap rumah dikuncinya rapat.


“Jenazah Jalis kita uruskan sekarang juga sebelummalam menjelang. Bahaya di mana-mana sekarang ini.”


Tamat kata-katanya, pintu rumahdiketuk bertalu-talu. Mereka bertiga saling berpandangan. Air liur diregukterasa lambat melalui rengkung.


“Buka pintu ni sekarang!”


Suara lelaki Melayu yang menjadi tali barut Jepunkedengaran berteriak di luar rumah. Salmah pucat  wajahnya memandang Karim.Karim bangun serta-merta. Sehelai kain batik digunakan untuk menutupi jenazah Jalis.Kelam-kabut dia menarik tangan Salmah dan Che Bayu ke ruang rumah yang sedikitterselindung. Dia mengarahkan mereka berdua agar menyorok di situ. Baru sahajadia berlalu ingin membuka pintu, Salmah menarik tangan Karim. Air mata lebatmembasahi pipi. Jantungnya berdegupkencang.


“Kita akan bertemu lagi, Salmah. Ini janji aku.”Karim bersungguh-sungguh mengatakannya. Pipi Salmah disentuhnya lembut.


“Tolong jangan pergi, bang,”rintih Salmah.


“Aku harus pergi, Salmah. Jika tidak, kita semuadalam bahaya. Aku janji akan pulang semula di pangkuan kau, Salmah,” ucapKarim.


Tanpa bertangguh, Karim bangundan meninggalkan Salmah yang mengongoi hiba. Che Bayu berusaha menenangkannya.Pintu rumah berkeriut dibuka.

Bagero!”

Seiring itu, kedengaran suara Karim mengerangkesakitan. Salmah cuba bangun tetapi dihalang Che Bayu. Air mata wanita itulebat membasahi pipi. Sungguh dia terlalu takut memikirkan untung nasibsuaminya itu. Tubuhnya menggeletar. Apakah dia akan bertemu lagi Karim atautidak, hanya Tuhan yang tahu.

Tidak lama kemudian, ruang tamu kedengaran sunyi.Salmah menjenguk sedikit. Daun pintu terpelahang. Suaminya tidak kelihatan dimana-mana. Salmah menangis semahu-mahunya.


“Ya ALLAH, KAU jagakanlahkeselamatan suamiku walau di mana dia berada,” doa Salmah sesungguh hati.

Aku akan menunggu kau munculsemula Karim kerana itu janji kau padaku, bisik hati kecil Salmah. Air matanyatumpah untuk sekian kalinya.

 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.