Home Novel Cinta JODOH UNTUK TENGKU DELYA
BAB 28

“Mengikut apa yang disiasat, semua bukti telah dijumpai kecuali cap jari.” ujar Rayyan, Faiz mengeluh perlahan. Wajahnya diraup kasar, pening memikirkan kes kali ini. 


“Aku dapat rasakan Rafiq memang pembunuhnya.” Faiz bersuara, kes yang disiasat kali ini terlalu rumit. Suspek kali ini lebih bijak yang menyebabkan mereka tidak menjumpai bahan bukti yang kukuh. 


“Tapi.. kita dah ada saksi.” Kata Rayyan, semua di meja itu memandang ke arahnya. Jika ada saksi, lebih senanglah kerja mereka kan?


“Siapa saksi tu?” soal Afiq. 


“Abang mangsa sendiri.” meremang bulu roma mereka apabila mendengar jawapan dari Rayyan. Bagaimana abang mangsa sendiri melihat kes pembunuhan tu berlaku? Tak dapat dibayangkan. Betapa peritnya hati abang si mati. 


“Dia jumpa dengan aku, tapi dia tak berani bagitahu kisah sebenar. Aku rasa, suspek telah mengugut saksi.” Rayyan memberi penerangan. 


Meja dihentak kuat oleh Faiz. “Dan satu lagi masalah, abang mangsa ialah seorang peguam.” Semua mengeluh. Rasa seperti mahu humban saja Rafiq ke dalam penjara. Tapi mengikut undang–undang. Mestilah kena ada bahan bukti yang kukuh untuk penjarakan seseorang. 


Tambahan lagi, apabila Rafiq ditangkap. Pastinya keluarga mereka akan memulakan pelbagai rancangan memandangkan mereka adalah keluarga yang kaya raya. 


“Kita hentikan jelah kes ni.” ujar Suhaimi, orang yang paling baru diantara mereka semua. 


“Eh kau ni, sebab tu lah aku tak suka kau masuk dekat kumpulan ni. Semua nak ambil mudah je!” tengking Faiz, Suhaimi hanya buat muka selamba. 


“Aku minta tolong sangat dengan korang, sebab kes ni berkenaan dengan isteri aku.” Rayyan merayu, semua memandang simpati terhadapnya.


“Siapa suruh kahwin dengan suspek?” soalan yang ditanya oleh Suhaimi betul–betul menguji kesabaran Faiz. 


“Eh, kau berambus sekarang!” tangannya sudah mengangkat penumbuk, tetapi yang lain sempat menghalang. 


_____________________


“Boss, lukisan apa ni?” soal Syarifah sebaik sahaja masuk bilik itu. 


“Lukisan ni ada perasaan cinta, benci, sedih dan marah. Its all in this picture.” Sharifah tertarik dengan gambar itu. Walaupun ianya hanya lukisan berbentuk hati yang ditokok tambah dengan benda lain. 


Kalau ikutkan, mahu saja dia membeli lukisan itu, tetapi, dia tidak mampu memandangkan harga lukisan di sini semua melebihi gaji yang diterima. Hanya orang berpangkat besar sahaja mampu memiliki lukisan di dalam galeri itu. 


_______________________


“Baru balik?” soal Rayyan sebaik sahaja isterinya membuka pintu untuk masuk. 


“Hmm.. Sorry late.” balas Delya acuh tak acuh. 


“Its okay, awak pergi naik atas. Mandi, lepas tu turun bawah. Saya dah siapkan dinner.” Delya memandang lelaki itu, seakan tidak percaya dengan apa yang baru didengarnya. 


“Kenapa pandang saya macam tu? Cita–cita saya dulu nak jadi chef tau?” Delya tergelak kecil, jarang dia mendengar cita–cita seorang lelaki adalah chef, inilah kali pertama. 


“Habis tu kenapa awak ubah?” soal Delya. 


“Hah? Hmm awak pergilah mandi dulu.”


Delya hanya akur walaupun dahinya sedikit berkerut.


20 minit kemudian.. 


“Awak masak apa?” soal Delya sebaik sahaja menuruni anak tangga. 


“Nasi ayam Versi Itali?” dia pelik mendengar jawapan dari Rayyan, Delya mendekati meja itu dan melihat makanan yang terhidang. 


“Taste it.” Delya merasa makanan yang sudah siap tersedia di atas pinggan lalu mengambilnya sesudu. Setelah itu, dia tersenyum dan makan dengan penuh berselera. 


Sambil itu dia menunjukkan ibu jari tanda masakan itu betul–betul sedap. Rayyan hanya tersenyum dan menjamah sedikit saja masakan itu. Melihat gadis itu makan sudah membuatkan dia kenyang. 


_______________


Delya memegang perutnya yang terasa sakit, Rayyan yang memandangnya begitu, terus dia datang pada gadis itu. 


“Kenapa ni? Lapar lagi ke?”


Delya menggeleng laju. 


“Makan banyak sangat..” balas Delya lalu mengusap lagi perutnya yang terasa sakit. 


“Iyalah, awak makan tiga pinggan kot. Betullah apa yang saya dengar, perempuan memang kuat makan.” ada sedikit kata–kata menyindir disitu. 


Delya mula mencebik, masakan tadi betul–betul membuatkan dia tidak berhenti makan, asyik menambah aje. 


“Saya bergurau je, awak okay tak? Nak saya urut?” Delya terus memandang lelaki itu, urut? 


Delya menggeleng tanda tak setuju, bukan setakat Rayyan itu lelaki, tetapi kerana dia benci diurut. Lagi–lagi minyak yang berangin itu membuatkan dia bertambah rimas. 


“Saya tidur nanti eloklah.” pantas dia menaik tangga dan mengorak langkah ke biliknya. 


Rayyan hanya menggelengkan kepala melihat gadis itu. Sesekali wajahnya bertukar muram, memikirkan kes yang tidak selesai–selesai itu. 


______________________


Dia memandang isterinya yang sudah tertidur lena. Wajahnya menunjukkan rasa simpati terhadap gadis itu. “Delya.. Saya pasti, saya akan selesaikan kes ni secepat mungkin.” lalu dia mengucup lembut dahi isterinya.


“Apa maksud awak? Perkara yang awak bagitahu haritu betul ke?” Rayyan agak terkejut dengan kesedaran gadis itu. Lantas dia mengangguk. 


“Maksud awak.. Rafiq adalah pembunuh?” suaranya tergetar–getar semasa bertanya. 


“Delya.. Awak percayakan saya atau Rafiq?” soal Rayyan. Matanya memandang anak mata hazzel milik gadis itu, lalu Delya beralih pandangan. 


Soalan tadi tidak dijawabnya. “Saya faham.. Memang susah nak lupakan dia and terima saya kan? Tak apa. Saya boleh tunggu, tapi, saya harap awak dengar cakap saya. Ini semua untuk keselamatan awak.” balas Rayyan tenang. 


“Maksud awak saya mungkin akan terbunuh?” air mata yang jatuh itu diseka oleh Rayyan. Badan kecil itu terus didakapnya. 


“Jangan cakap macam tu, saya sanggup buat apa saja asalkan awak selamat. Walaupun saya terpaksa berkorban nyawa saya sendiri, saya sanggup.” ujar Rayyan. 


Kata–kata itu menusuk ke dalam hatinya. Lidahnya kelu, rasa serba salah mula membelenggu dirinya.


Lelaki itu telah membuat banyak perkara untuk Tengku Delya. Tapi dia? Masih tidak boleh terima lelaki dihadapannya, hatinya masih tertulis nama Rafiq. Dia cuba sedaya upaya untuk melupakan lelaki itu, tetapi kenangan yang terimbas kembali menghalang dia melupakan lelaki yang bernama Rafiq itu.

Previous: BAB 27
Next: BAB 29

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.