Home Novel Cinta JODOH UNTUK TENGKU DELYA
BAB 29

“Sayang.. Wake..” belum sempatpun Rayyan mengejutnya, Delya terus bangun. 


“Eh, awalnya bangun?” soal Rayyan tidak percaya, selalunya hampir berbelas kali dia mengejutnya. 


“Kenapa, salah ke?” soal Delya sambil membetulkan rambutnya yang serabai. 


“Bukan salah, just tanya.” balas Rayyan. 


Lalu tangan Rayyan diambil dan digenggam. Rayyan agak terkejut dengan tindakan gadis itu. 


“Awak, malam tadi awak tanya saya percayakan siapa kan?”soal Delya. Rayyan hanya mengangguk. Dia menanti–nantikan ayat seterusnya. 


“Saya percayakan awak. Jadi, saya merayu pada awak. Saya nak keluar dari kes tu secepat mungkin.” ujar Delya. Mata gadis itu mula ditatap penuh makna. 


“Iya.. Awak jangan risau. Dan saya akan cari pembunuh Zeff Wadi secepat mungkin.” Delya tersenyum nipis. Ada kebaikannya juga dia berkahwin dengan lelaki itu. Kalau tidak, apa–apa kes pun dia tidak tahu. 


“Thanks Rayyan. Thanks for marry me.” Terkejut lelaki itu mendengar kata–kata yang keluar dari mulut Tengku Delya. 


Baru sahaja dia hendak menyoal, gadis itu meluru masuk ke dalam bilik air. Rayyan tersenyum melihat gelagat isterinya. 


___________________


“Susah betul nak matikan si Rayyan tu. Sekarang ni, aku nak korang semua culik Delya!” suaranya bergema satu bangunan itu. 


“Boss.. Boss nak kami culik Delya?” soal Farid.


“Kau pekak ke? Kau nak aku pancung kau pulak?!” Rafiq merengus geram. Maklumat–maklumat yang disampaikan oleh orang–orangnya membuatkan dia bertambah marah. Dendamnya semakin merebak. 


“Tapi boss.. Rayyan tu sebenarnya detektif..” perlahan saja dia bercakap. Rafiq terus mencekak kolar baju Farid. 


“Ke.. Kenapa kau baru bagitahu sekarang?!” Farid hanya mampu mendiamkan diri. Takut nanti dia pula dibunuh hidup–hidup. 


Rafiq menolak kasar lelaki itu membuatkan dia terhentak kuat di atas simen. 


“Patutlah.. Patutlah susah sangat nak tahu maklumat pasal dia. Dia detektif? Lepas tu kenapa dia kahwin dengan Delya? Sebab dia nak memudahkan kerja dia? Hah!” 


Mula–mula perlahan sahaja suaranya, selepas itu, makin tinggi pula. Membuatkan orang–orangnya gerun melihatnya. 


__________________


Delya berhenti melangkah apabila melihat suaminya mengintai–ngintai dari tingkap. 


“Awak buat apa? Tak pergi kerja ke?” soal Delya. 


“Awak, boleh tak awak tak payah kerja?” Delya mengerutkan dahinya, dah kenapa pula? 


“Kenapa pulak? Nanti galeri saya siapa nak handle?” soal Delya lagi. 


“Pasal galeri awak tu, saya dah suruh Syarifah jaga.” balas Rayyan. 


Air mukanya dapat dibaca oleh Tengku Delya, dia mendekatkan diri pada lelaki itu. “Habis tu kenapa awak tak kerja?” soal Delya, Rayyan pula semakin cemas. 


“Boss bagi saya cuti!” nasib otaknya cepat berfikir. Tapi Delya masih mencurigai lelaki itu. 


Lalu dia mengintai ke luar melalui tingkap itu. “Eh, kawan awak nak datang ke?” soal Delya apabila melihat kereta hitam yang tidak dikenali itu. 


Rayyan pantas menggeleng. 


“Habis tu?” 


“Itu orang–orang Rafiq.” 


“What? Apa pulak diorang buat dekat sini?” wajahnya masih terkejut mendengar jawapan dari Rayyan sebentar tadi. 


“Saya tak tahu, tapi saya tak boleh biarkan awak sorang–sorang. Bahaya.” balas Rayyan, dia cuba menenangkan isterinya. 


“Dia datang.. nak bunuh saya ke?” lemah saja suaranya bertanya. Kakinya sudah bergetar–getar, dia mengambil tempat duduk pada sofa di ruang tamu itu. 


“Saya tak sure Delya, saya dah minta izin ketua saya untuk jaga awak dekat sini. Sambil–sambil tu, saya nak tengok apa yang diorang rancang sebenarnya. Awak sabar tau.” bahu gadis itu dipeluk lembut. 


Delya hanya mengeluh, sambil itu dia berasa sedih kerana Rafiq sanggup melakukan perkara sebegitu terhadap dirinya. 


“Kenapa Rafiq berdendam sangat dengan saya..” air matanya mula mengalir, namun diseka lembut oleh Rayyan. 


“Sekarang ni awak jangan fikir apa–apa, saya ada. Saya akan protect awak.” dia memeluk gadis itu. 


Delya pula tidak berhenti–henti menangis. Sanggup lelaki itu memperlakukan dirinya begitu, yang kononnya dulu sanggup sehidup semati. Yang kononnya nak jadi imam dalam keluarga, tapi segalanya berubah 100 peratus apabila perkara malang itu berlaku.

Previous: BAB 28
Next: BAB 30

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.