Home Novel Cinta JODOH UNTUK TENGKU DELYA
BAB 5

Malam itu, Delya keluar dari rumahnya. “Delya nak pergi mana?” soal Tengku Zana. 


“Nak keluar kejap.” belum sempat pun Tengku Zana melarang, dia sudah keluar. Delya membawa kereta dengan laju tanpa hala tuju. 


Dia berhenti di satu bukit dimana semua pemandangan boleh dilihat disitu. Salah satunya ialah KLCC. Dia menikmati pemandangan Kuala Lumpur yang penuh dengan cahaya, tempat yang paling sibuk.


“Apa boleh buat, dia tak suka aku.” ujarnya seorang diri sambil tangannya ralit mencabut rumput.


 “Argh!” dia melepaskan suaranya, supaya dia puas. 


“Delya, for the first time. Kau angau macam ni.” ujarnya lagi. 


“You buat apa?” soal satu suara dibelakangnya.


Bila dia toleh, terlihat seorang lelaki berbadan tegap sedang mendekatinya, dia mengecilkan mata untuk melihat lelaki itu dengan lebih jelas. 


“My name is Rafiq, you know me right, the person you admire so much.” ujarnya sambil tersenyum senget. Untuk pertama kalinya Tengku Delya dapat melihat senyuman milik si Rafiq itu. Selalunya serius aje. 


“And I don't know you, Admire you so much? I think you have got the wrong person.” balas Delya sambil wajahnya ditunduk ke bawah supaya lelaki itu tidak mengenalinya. 


“Maybe, but there is snake behind you.” balas Rafiq, Delya terus bangun dan menggelupur ketakutan. Ketawa yang ditahan keluar juga dari mulut Rafiq. 


“Sorry, tapi beranikan you, sebabkan I, you duduk sorang–sorang dekat sini.” ujar Rafiq, dia terus mendekati Delya. 


“Haih, Its not like I orang asing. I penduduk tetap dekat sini. Its normal.” balas Delya. 


“I peliklah, apa yang you suka sangat pasal I? Sampai terjerit–jerit dekat sini.” Rafiq menggelengkan kepala. Delya sudah menahan malu, dia memang ada dekat sini dari mula? Hish! 


“Sebab you tak macam lelaki lain.”


“I sama je macam lelaki lain.”


Delya mendongak kepalanya, dia melihat wajah Rafiq dengan teliti. 


“Ehem..” Rafiq membetulkan suaranya. 


“See, you tak macam lelaki lain. Semua lelaki dekat sekeliling I akan jatuh hati dengan I, but you're not.” balas Delya secara terus terang. 


“Okay, kalau macam tu, I akan cuba buka hati untuk you.” balas Rafiq, kasihan melihat gadis itu yang mengejarnya tanpa henti. Mungkin ini kesempatan dia untuk mengenal cinta? Untuk mengetahui betapa indahnya cinta. 


Delya terus terpaku, macam tidak percaya dengan apa yang didengarnya. 


“But, macam mana you nak buat I fall in love dengan you? I'm not that easy.” ujar Rafiq lagi. Otak Delya terus bekerja. Macam mana hendak memikat hati si Rafiq Daniel. 



Tanpa membuang masa, Delya terus mendekati dirinya pada Rafiq. Rafiq sudah rasa tidak sedap hati dengan apa yang akan dilakukan oleh gadis itu. Delya menjengketkan sedikit kakinya dan menghadiahkan satu ciuman di pipi lelaki itu. 


“Enough? This is my precious gift, I tak pernah bagi dekat sesiapa sebelum ni.” Rafiq kaku, dah macam patung rupanya, tak bergerak langsung. 


Dia ingin berkata sesuatu, tapi mulutnya terkunci, Delya pula menahan kakinya yang sudah menggeletar, nak jatuh dah rasanya. Dia tidak tahu kenapa dia terdesak sangat dengan lelaki itu. 


“Urm, I pergi dulu, Night.” ujarnya sebelum berlalu pergi dari situ.


 Selepas gadis itu pergi, dia melepaskan nafasnya yang ditahan tadi. Sampai tak cukup nafas lelaki itu dibuatnya. Jantung berdegup kencang, walaupun gadis itu sudah lama pergi, dia masih lagi terbayang–bayang akan gadis itu.

Previous: BAB 4
Next: BAB 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.