Home Novel Cinta JODOH UNTUK TENGKU DELYA
BAB 11

Tengku Zana mendekati anaknya yang sedang leka bermain telefon pintar. “Is that how you treat people?” soal Tengku Zana seperti tidak puas hati. “What?” soal Delya sepatah.


 “Tengah–tengah date, kamu tanya pasal cuaca. Kenapa dengan kamu ni?” 


“Tak ada topiklah ma, lepas lelaki tu cakap 'hye sweety' terus krik–krik. So, Delya buka topik tentang cuaca.” balas Delya sambil tangannya laju menaip sesuatu. 


“Ada je kan alasan Delya? I know you don't like it.” ujar Tengku Zana lagi, dia memang tidak berpuas hati tentang layanan anaknya pada temu janji tadi. 


“Ma, I have told you, I'm doing this because of you. And yeah, I don't like it. He's not the right man, Rafiq je yang sempurna dekat mata Delya.”


Dia jujur dengan Tengku Zana, dia memang tidak boleh melupakan jejaka itu. Tetapi disebabkan kisah gelap keluarga mereka, Delya dan Rafiq tidak dapat bersama.


“Okay, but please. Forget him and meet a new person. Esok, buat betul–betul. Mama merayu.” Tengku Zana memujuk anaknya, walaupun dia tahu. Hati anaknya dah keras, tiada siapa boleh masuk lagi. 


“Okay, I'm doing in my way. Jadi tak jadi, dah takdir.” Tengku Delya terus naik anak tangga satu persatu sehingga ke biliknya. 


________________________


Macam biasa, Delya menunggu pasangan seterusnya yang diaturkan oleh Tengku Zana. Selepas beberapa minit, muncul seorang jejaka tampan yang memiliki badan impian semua gadis di dunia ini. Tetapi Delya hanya melihat lelaki itu tanpa minat. 


Terdapat sebuah buku yang dipegang oleh lelaki tadi, bila duduk, dia terus membuka buku yang dipegang tadi. Delya membulatkan matanya, seakan tidak percaya dengan apa yang berlaku. 


Dia baru abaikan aku? Berani dia abaikan Tengku Delya! Marahnya dalam hati. Lelaki itu hanya mengambil masa temu janjinya dengan membaca buku. Diselak satu persatu buku itu yang membuat Delya sakit hati melihatnya. 


“Excuse me!” suaranya ditinggikan sedikit. Terhenti buku yang dibaca dek kerana suara gadis itu. Rayyan memandang ke hadapan, nampak mimik muka tidak puas hati dari Tengku Delya. 


“So, awak nak tahu apa–apa pasal cuaca? Atau ada apa–apa lagi yang awak tak tahu pasal zaman purba?” Soal Rayyan tak ada sangkut langsung. Delya membuat muka pelik, kenapa pulak tanya soalan macam tu dekat time macam ni? 


Ting! Dia teringat kembali tentang bagaimana dia melayan pasangan temu janjinya sebelum ini. 


“Soalan apa awak tanya ni?”


“Itu soalan yang selalu awak tanya kan? Cepatlah tanya, saya dah sedia nak jawab.”


“Hei, kita tengah date sekarang, bukan buletin utama!”


“Yeah, you know, dunia ni dah maju, semua di hujung jari. And sekarang ni perkataan 'VIRAL' yang paling popular sekali. Awak tahu, perbuatan yang awak buat semalam, ada dekat laman utama media sosial. Tajuk dia, 'Tengku Delya kuat memilih'. Jadi, awak tahu awak popular, kenapa tak pandai jaga attitude miss Delya?”


Tengku Delya terdiam setelah diberi hujah panjang lebar itu. Dia sendiri pun tidak tahu yang dia berada di nombor paling atas di media sosial. Wajahnya mula kemerahan, terlalu malu untuk memandang wajah jejaka itu. Habis di sound direct kepada Delya. 


“Hey? Dah tak ada suara? Tengku Delya?” tegur lelaki itu apabila melihat Delya sudah menjadi patung, bukan apa, malu tahap maksimum tu! 


“Berani awak kutuk saya!” tengking Delya, Rayyan hanya membuat muka tenang. “Saya ni bukan kutuk, cuma nak nasihatkan awak.” balas Rayyan tanpa sedikitpun rasa bersalah. Delya sudah merengus kasar, telinganya rasa nak tercabut mendengar setiap ayat yang keluar dari mulut lelaki itu. Terlalu menyakitkan hati!

Previous: BAB 10
Next: BAB 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.