Home Novel Cinta JODOH UNTUK TENGKU DELYA
BAB 23

“Awak nak apa lagi?!” sekali lagi suara Delya yang lantang itu menjadi tarikan kepada semua orang yang berada disitu. 


“Saya nakkan kepercayaan awak!” tengking Rayyan pula. Dia sudah cukup baik kerana berbincang kes yang disiasat dengan gadis itu. 


“Saya taknak percayakan awak, entah–entah awak tu yang musuh dalam selimut!” bentak Delya, dia merengus geram. Cara Rayyan melayannya betul–betul membuatkan dia naik angin. 


Rayyan bangun dan merentap tangan gadis itu sehingga tempat parkir kereta. “Awak nak buat apa?” soal Delya sambil merenung tajam ke arah lelaki itu. 


“Awak dah cabar saya tengku Delya, saya dah sehabis baik berlembut dengan awak, tapi ini yang saya dapat.” dia terus menolak kasar gadis itu ke dalam keretanya lalu dipandu keluar kereta itu.


“Awak dah gila ke Rayyan!” tengking Delya lagi kerana lelaki itu membawanya pergi tanpa hala tuju. 


“I'm going crazy because of you, awak tunggu jelah apa yang saya akan buat!” Delya sudah gelisah, entah apa yang lelaki itu bakal buat padanya. 


“Turunkan saya atau saya call polis.” selepas itu dia berfikir sejenak, sedangkan lelaki itu adalah detektif, mesti ada jawapan kalau dah ditangkap nanti! 


Tetapi Delya masih menyeluk poket seluarnya, dia dapati telefonnya telah hilang. “Awak cari ni ke? Sekarang ni saya nak awak duduk diam–diam.” Rayyan sudah tersengih seperti orang gila, risau gadis itu dibuatnya. 


Delya mendengus kasar apabila melihat telefon miliknya berada di tangan Rayyan, tiada apa yang dia boleh buat lagi untuk menyelamatkan dirinya. Bukan risau apa, takut 'dirasmikan' pula, lelaki kan? 


Sebaik sahaja Rayyan berhentikan kereta, Delya memanjangkan lehernya untuk melihat di mana mereka berada sekarang ini. 


Alangkah terkejutnya gadis itu apabila melihat bangunan di hadapannya, tertera nama 'Hotel Blossoms' di bangunan itu. 


“Hey! You are crazy bitch! Awak nak buat apa dekat sini?” Delya sudah tidak dapat menahan amarahnya, Rayyan betul–betul mencabar dirinya. 


“I'm doing whatever I want. Keluar sekarang!” dia menarik gadis itu keluar dari keretanya. Dibawa sehingga ke pintu utama hotel itu, Delya sudah meronta–ronta minta dilepaskan. 


Sebaik sahaja check in hotel itu, Rayyan terus menarik tangan halus itu sehingga ke depan bilik yang ditempahnya. “Macam ni ke awak layan saya?!” Suara lantang gadis itu dibuat tak endah.  


Sebaik sahaja membuka pintu, dia mencempung gadis itu ke atas katil yang bersaiz KING itu. “Awak jangan melampaulah!” Tengking Delya, hatinya sudah gelisah, sudahlah dia tiada seni pertahanan. 


“Dah banyak kali aku berlembut dengan kau, tapi kau nak jugak aku guna cara macam ni.” bahasanya sudah menjadi kasar, Tengku Delya sedikit gerun melihat lelaki itu. 


Rayyan mendekati Tengku Delya yang sudah berada di atas katil, makin dia mendekati, makin gadis itu menjauh. Rayyan tersenyum sinis. Dia berhenti mendekatkan dirinya. 


“Jangan risau, dengan adanya kau dalam bilik ni pun dah memudahkan kerja aku.” ujar Rayyan lalu mengeluarkan telefonnya, dia mendail satu nombor itu. Puas Delya memikirkan maksud lelaki itu. 


Tiba–tiba muncul juga jawapan, dia terus merampas telefon itu dari tangan si Rayyan. “Awak nak kita berdua kena tangkap basah ke?!” Tengking Delya pada lelaki itu. 


Lantas tangannya menekup mulut gadis itu sebaik sahaja mendengar suara dari telefon itu, “Hello, kami dari Jabatan Agama Islam. Ada sebarang aduan?” terus Rayyan menamatkan panggilan itu. 


Tujuannya hanya untuk menakutkan gadis itu, tapi sekarang, lain pula jadinya. Delya merenung tajam ke arah lelaki itu, langsung matanya tidak berkelip. 


“Lain kali main cakap lepas je, biar kita kena tangkap basah, lepas tu kahwin terus. Bajet pun tak lari.” ujar Rayyan yang langsung tidak merasa serba salah.


“You know what, awak baru je cipta dinding antara saya dan awak. Saya try buka hati untuk awak, tapi lepas apa yang jadi hari ni, dengan umumnya awak adalah rejected. Takkan diterima!” 


Baru sahaja Tengku Delya ingin melangkah keluar, ada seseorang memeluknya dari belakang. “I'm sorry, saya buat semua ni untuk keselamatan awak. Tapi sayapun penat, awak langsung tak pandang saya, tak terima saya.” ujar Rayyan seikhlas hatinya. 


“Saya penat pujuk awak untuk kahwin dengan saya, kita boleh cipta hubungan lepas kahwinkan, Tengku Delya Amanda. Please accept me in your life, accept me as your husband.” 


Terasa debaran di jantungnya, kata–kata Rayyan dan pelukan itu membuatkan satu perasaan asing muncul dalam dirinya. Cepat–cepat Delya merenggangkan pelukan itu. 


“I cannot change my mind.” balas Delya. 


“Habis tu, kenapa awak tolak first love awak macam tu je. Kalau betul Rafiq tu memang orang yang awak cinta, kenapa lepaskan dia? Kenapa tak kahwin dengan dia?” 


Soalan yang ditujukan oleh Rayyan tidak mampu untuk dia jawab. Belum cukup rapat lagi antara dia dan Rayyan untuk menceritakan hal tersebut. 


“Answer me Tengku Delya, kenapa awak tinggalkan dia?” Rayyan tidak berputus asa untuk mencari jawapan itu. Tengku Delya hanya mendiamkan diri. Lagi elok daripada dia mula bergaduh lagi. 


“Saya nak pergi. Tolong jangan halang.” 


Sewaktu Delya hendak memulas tombol pintu, Rayyan menarik tangan gadis itu sekuat hati yang membuatkan mereka berdua bertindih di atas katil. 


Kedua–duanya terkedu, mata bertembung mata. Hati pula hampir berlanggar. Delya kaku, sampai hilang akalnya, tidak tahu mahu buat apa. 


Rayyan pula semakin tertarik dengan gadis dihadapannya, debaran dijantungnya sangat kuat. Lalu Rayyan dengan automatiknya tersenyum. 


Wajah Delya berona marah, barulah otaknya berfungsi kembali dan dia terus bangun dari posisi itu.


“Fuh..” Rayyan menarik nafas lega, kalau gadis itu tidak bangun juga, pasti nafsu bakal mengawal dirinya.


“Kalau saya tak terima awak?”


Rayyan mengeluh berat. Mata Hazzel gadis itu ditenung lama, bukan apa, sebenarnya dialah detektif yang paling ramai peminat. Cukup kesemuanya ciri–ciri yang selalu diidamkan oleh gadis–gadis di luar sana. 


Oleh kerana itu, Rayyan cuba sedaya upaya menunjukkan kelakiannya supaya gadis itu terpikat, tetapi dia salah. Gadis itu menolak hebat dirinya walaupun hampir setiap hari mereka berjumpa. 


“Jangan tenung saya, saya tahu saya cantik.” Iya, makin dia tenung, hatinya yang semakin berombak. Gadis itu hanya menunjukkan muka selamba saja. 


Lalu Rayyan tersenyum, sekali lagi Delya memikir bukan–bukan. Lantas dia bangun dari birai katil dan menuju ke pintu keluar. “Saya balik dulu, Assalamualaikum.” kali ini tiada lagi halangan, dia membiarkan gadis itu pergi.

Previous: BAB 22
Next: BAB 24

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.