Home Novel Cinta JODOH UNTUK TENGKU DELYA
BAB 41

“Pertahankan diri bila musuh serang kau dari belakang.” arah Haris seraya memandang gadis itu. 


Delya angguk, lalu Haris bertukar tempat, dia pergi ke belakang. 


“Ready?” Haris terus memulakan serangan, dia memeluk bahagian leher gadis itu. Delya cuba melepaskan namun tidak berjaya. Kekuatannya tidak setanding dengan lelaki itu. 


“Yah..” dia cuba sekali lagi, namun badannya yang tiada keseimbangan yang membuatkan dia jatuh.


“Bangun.” tegas saja dia bersuara. 


Delya mengeluh berat, lalu dia bangun semula.


“Kau fikir dengan berat badan kau yang dah kurus kering tu, mampu ke nak lawan orang?” ujar Haris. Delya memandang lelaki itu, apa maksud dia kurus kering? Dialah wanita yang mempunyai berat badan yang sangat ideal. 


“Berat badan aku normal lah.” balas Delya. 


“Normal? Itu sebelum kau pengsan. Sekarang ni kau dah kurus kering, dah berapa belas hari kau tak makan.” Delya terkejut mendengarnya. Belas hari? Rupanya dia sudah tidak menyedarkan diri selama belasan hari. 


“Selagi berat kau tak kembali normal, aku takkan ajar kau pertahankan diri.” tegas Haris.


______________________


“Nak suruh aku capai berat badan normal, tapi bagi maggi?” Delya mula merungut apabila melihat makanan yang sama dihadapannya. 


“Itu aku punya, aku ada belikan kau ayam goreng dengan nasi and kuah kari bungkus. Pergi makan, aku yang tanggung, jadi jangan banyak songeh!” 


Delya pergi ke bahagian dapur rumah usang itu, sesekali dia mula mengeluh. Rumah itu bagaikan hendak roboh, semua barang disini sudah boleh dihanyutkan ke tempat pembuangan sampah!


Sebaik sahaja mengambil makanan itu, Delya berjalan meluru melepasi Haris di belakang. 


“Kau nak makan dekat mana?” soal Haris. 


“Mana–mana jelah, asalkan bukan rumah ni.” balas Delya. 


“Kenapa dengan rumah ni?”


“Hei, rumah ni betul ke rumah kau? Kenapa tak nampak macam rumah?” 


“Ni rumah tinggal. Aku main pacak je.” balas Haris lalu menyambung makan magginya. 


“Kau tahu jalan keluar ke?” soal Delya, matanya tidak berhenti memandang di sekeliling rumah itu. 


“Tahulah, kalau tak macam mana aku boleh beli semua ni? Dari jin ke?” Haris memberi jelingan pada gadis itu. Terlalu banyak soalan. 


“Okay–okay.” balas Delya seraya kakinya laju melangkah ke luar pintu. 


“Dekat luar tu ada banyak binatang, kalau jadi apa–apa aku tak bertanggungjawab.” saja dia menakutkan gadis itu. 


Pantas Delya melangkah masuk ke dalam semula. Dia memberi pandangan tidak puas hati. 


“Makanlah, selagi badan kau tak mencapai normal. Aku takkan ajar kau pertahankan diri.” kata Haris. 


“Yelah yelah, nak makanlah ni!” dia terus makan seperti orang kelaparan. Iyalah, berbelas hari dia tak makan. 





#SORRY GUYS, THIS CHAPTER A BIT SHORT. SEBAB MS. LIA AGAK BUSY SEKARANG NI ^^

Previous: BAB 40
Next: BAB 42

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.