Home Novel Cinta JODOH UNTUK TENGKU DELYA
BAB 1

Tengku Delya bermain dengan rantai miliknya. Sesekali dia melihat ke arah taman di hadapan rumahnya. Wajahnya sayu sahaja. Tengku Zana yang melihat anaknya begitu, terus dia menegurnya. 


“Delya.. Sampai bila nak macam ni?” soal Tengku Zana. 


“Sampai bila–bila..” balas Delya sambil tangannya masih bermain dengan rantai miliknya. 


“Lya tak boleh macam ni, Lya masih anak dara. Lya tak teringin ke nak bercinta?” soal Tengku Zana. 


“Tak ada siapa boleh buka pintu hati Delya, Delya dah tutup rapat–rapat. Lagipun, ini yang mama nakkan?” soal Delya yang mula fokus ke arah ibunya. 


5 tahun lepas..


Tengku Delya berjalan mencari kelas yang sudah ditetapkan, tiba–tiba dia terlanggar seseorang. Dia terus mendongak untuk melihat siapakah yang dilanggarnya. 


“Aduh handsomenya, cair hati! Sabar Delya sabar..” bisiknya dalam hati. Matanya tak berkelip memandang wajah jejaka dihadapannya.


“Kenapa? Buta dah? Muka cantik tapi main langgar je orang.” bebel lelaki itu. 


Hati Tengku Delya sedikit terusik dengan kata–kata kasar lelaki itu.


 “Sorry, I nak cepat..” balas Tengku Delya sambil mengutip buku–bukunya yang bertaburan. 


“Stop!” jerit lelaki itu ketika Delya sibuk mengemas bukunya.


 “Kenapa?” soal Delya sambil mengerutkan dahinya, kutip buku sendiri pun salah? 


“Itu buku aku, bak sini!” Delya melihat kembali buku–buku yang dikutip. Terdapat satu buku milik lelaki itu. Dia mengambil kesempatan melihat nama di atas buku itu.


 “Muhammad Rafiq Daniel.. Dia lagi low class dari aku. Tapi tak apa. Asalkan handsome!” sempat dia bergosip dalam hati. 


“Nah, I pergi dulu. Nanti kalau ada jodoh, kita berjumpa lagi.” dia mengenyitkan mata sebelahnya sebelum beredar dari situ. Rafiq hanya membuat muka menyampah melihat perangai gadis itu. Gedik! 


____________________


Delya melihat susuk tubuh seseorang yang masuk ke dalam kelasnya. Yes, Rafiq Daniel, dia datang lagi! Delya tersenyum keriangan.


 “Hai Rafiq!” dia menyapa lelaki itu dengan suara yang agak kuat. Encik Fauzi menggelengkan kepala melihat tingkah laku anak buahnya itu. 


“Haa Rafiq, kamu boleh duduk dekat sebelah Delya.” Rafiq hanya mengangguk dan mengambil tempatnya di sebelah Delya. 


“See, I dah kata, kalau ada jodoh kita jumpa lagi.” ujar Delya sambil menatap wajah lelaki itu. 


“Tapi I bukan jodoh you..” balasnya tenang sambil fokus di hadapan. Delya tersenyum nakal, dia paling suka lelaki berperangai macam ni. Jadi jangan haraplah nak terlepas dari Tengku Delya ya! 


Setelah 15 minit belajar, Encik Fauzi mula membuat sesi soal jawab dengan pelajarnya.


“Tengku Delya Amanda, sila jawab.” nama Delya yang pertama disebutkan. Dia sudah lama perhatikan Delya yang sibuk dengan Rafiq daniel itu. 


“You.. Apa jawapan dia?” soal Delya walaupun Encik Fauzi sedang menunggu jawapan darinya.


 “I tak tahu, lain kali, fokus dekat depan, bukan sebelah.” saja dia menyindir gadis itu. Delya hanya berdiri sambil tangannya berada di belakang. 


Rafiq sungguh tidak tahan dengan perangai gadis itu, dari mula–mula dia masuk kelas, sampai sekarang, mata Delya langsung tidak beralih darinya. 


“Tengku Delya Amanda, harini saya maafkan. Tapi lain kali, sorry naik lori ya? Duduk.” ujar Encik Fauzi tegas. Saja dia hendak menguji anak buahnya itu. Tapi itulah, sikitpun dia tidak menghormati guru dihadapannya, dia lebih pentingkan manusia di sebelahnya. 


Tengku Delya kembali fokus pada bukunya, takut ditanya lagi. Orang sebelah ni bukan membantu pun! Sedangkan dia fokus sahaja di hadapan semasa aku sibuk merenung wajahnya. Aduh, sombong!

Next: BAB 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.