Home Novel Cinta JODOH UNTUK TENGKU DELYA
BAB 31

Tengku Hazif Imran berjalan mundar mandir di hadapan sahabatnya, Faiz. “Asal dengan kau ni?” soal Faiz. Wajah sahabatnya tidak seperti selalu. 


“Aku okay, aku cuma risau.” balas Hazif. 


“Kot ya risau pun, takkan sampai tak makan? Muka kau dah pucat sangatlah.” Tegur Faiz. 


“Faiz, aku dah lama tak jumpa keluarga aku, aku rindu diorang.” Faiz hanya menayangkan muka kelat. Biarpun dia rindu, ayahnya yang tidak mengizinkan dia untuk menjejakkan kaki ke rumah mereka lagi. 


“Aku tak tahulah nak cakap apa, caranya, kau kena balik rumah ayah kau.” Faiz memberi idea. Hazif mengeluh berat sebelum dia menggelengkan kepala. 


“Aku pernah cerita tak pasal adik aku?” 


“Tak.”


“Dulu dia selalu menangis lepas tu peluk aku. Hari–hari suruh aku beli aiskrim. Sekarang ni aku tak tahu apa khabar dia.” kata Hazif. Faiz tersenyum nipis sebelum menunjukkan wajah simpatinya. 


“Nama adik kau siapa?” soal Faiz. 


“Tengku Delya Amanda, sedapkan nama dia?” dahi Faiz terus berkerut, dia seperti pernah dengar nama itu. 


Tidak lama kemudian, dia teringat sesuatu. “Maksud kau Tengku Delya isteri Rayyan?” soal Faiz. 


“Dia dah kahwin ke? Kejap, macam mana kau tahu semua ni?” Hazif angkat keningnya, pelik pula sahabat dia lebih tahu tentang adiknya berbanding dia. 


“Ha? Haaa.. keluarga korangkan orang ternama, mestilah apa–apa berita masuk internet.” dia menghela nafas panjang, seperti tersekat nafasnya apabila ditanya begitu. 


“Ouh, sorrylah. Aku ketinggalan sikit, aku taknak ketagih dengan internet, sebab tu aku jarang buka.” Hazif tersengih, Faiz pun ikut sama. Dalam masa yang sama, hatinya berdebar. Dia takut terlepas cakap yang dia sedang menyiasat kes tengku Delya, adik kawannya sendiri. 


____________________


“Abang Haz.. Abang Haz.. Abang Haz!” suara itu menyedarkan Rayyan dari tidurnya. Dia melihat isterinya yang tidur, terdapat sedikit peluh di dahi tengku Delya. Cepat–cepat dia mengejut isterinya. 


“Sayang bangun..” Delya terus terjaga dengan air mata yang mengalir dipipinya. 


“Kenapa ni? Kenapa awak sebut nama abang Haz? Siapa dia?” soal Rayyan. 


“Saya mimpi abang Haz kena bunuh..” dia terus memeluk suaminya, dia menangis tak henti–henti. 


“Awak okay tak ni? Siapa abang Haz? Cuba cerita dekat saya.” soal Rayyan lagi. Sambil itu dia cuba menghentikan isterinya dari terus menangis. 


“Abang.. abang saya yang dah kena halau dari rumah kami.” balas Delya sambil menangis teresak–esak. 


“Halau? Dah dah sayang, semua ni mainan tidur je. Awak doakan keselamatan abang awak tu. InshaAllah tak ada apa–apalah.” dia cuba meredakan isterinya. 


“Awak.. saya nak jumpa abang Haz.” Rayyan mengusap lembut rambut isterinya. 


“Iya, saya izinkan. Tapi bukan sekarang, awak tidur dulu. Esok baru jumpa.” balas Rayyan, akhirnya wajah tengku Delya kembali tenang. 


“Tidurlah, saya teman awak sampai awak tidur.” ujar Rayyan sambil tersenyum, dia tidak mahu isterinya gelisah lagi. 


“Hmm..” Delya membuka tangannya, seperti meminta sesuatu. Rayyan cuba mentafsirkan bahasa isyarat itu. 


“Nak tidur sambil peluk saya?” soal Rayyan, Delya hanya mengangguk sambil wajahnya ditundukkan ke bawah. Malu membuat permintaan seperti itu. 


“Boleh je, dah jom baring.” Delya mula memejamkan mata di dalam dakapan suaminya, kehangatan badan Rayyan membuatkan dia lebih selesa untuk tidur. 


Seperti yang dijanjikan, Rayyan hanya berjaga sehinggalah isterinya tidur. Sambil itu, dia merenung wajah isterinya yang sudah lena itu. 


“Haih, makin hari, makin aku cintakan dia.” dia meluahkan perasaannya. Tidak lama kemudian, Rayyan juga tertidur kembali.

Previous: BAB 30
Next: BAB 32

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.