Home Novel Cinta JODOH UNTUK TENGKU DELYA
BAB 21

Tengku Delya memandang telefon pintar di tangannya, matanya tidak berkelip memandang ke arah berita tersebut. 


Apabila Tengku Harith berjalan di sekitar ruang tamu itu, terus Delya memanggilnya. 


“Abang!”


Tengku Harith toleh ke arah Delya yang sedang memuncungkan mulutnya. Dalam hatinya, pasti ada masalah lagi ni kalau muka dah cemberut macam tu. 


“Kenapa?” soal Tengku Harith. 


“Siapa yang sebarkan pasal berita ni, Rayyan dengan Delya akan bertunang minggu depan? Siapa dalang semua ni?”


Soal Tengku Delya dengan nada tidak puas hati, pasti orang–orang yang tahu soal dia dan Rayyan yang menyebarkan berita seperti itu. 


“I think papa lah, pergilah marah papa tu.”


Delya terdiam sejenak, kalau papanya, bagaimana lagi dia hendak bertindak. Papanya lebih keras kepala darinya. Kalau berdebat, pasti Tengku Delya yang kalah. 


“Kenapa diam? Takut pembukaan galeri esok dibatalkan ke?”


Saja dia menyindir adiknya, kalau tidak disebabkan galeri itu, pasti Tengku Delya sudah sergah Tengku Hadi sekarang ini. 


“Hish abang ni, serabutlah. Orang dalam rumah ni langsung taknak faham Delya!” dia berpeluk tubuh, wajahnya yang masam seperti nangka busuk itu kekal dari tadi. 


“Sekarang abang nak tanya, is it because of him?”


Tengku Delya berpaling ke arah abangnya, wajahnya bertukar menjadi kecewa. “Delya kena lupakan dia. Dia tu darah daging kita, even my heart say no.” luah Delya, Tengku Harith hanya menjadi pendengar setia. 


Kehidupan ceria milik Tengku Delya hilang serta merta selepas kejadian setahun yang lalu. Walaupun terkadang dia senyum, itu hanyalah senyuman terpaksa. Kehidupannya begitu pudar sekali. 


“Delya, abangpun nakkan yang terbaik untuk adik abang. You have to be strong, forget abaout him and start a new life, don't lost your precious time Delya.” Delya hanya mampu mengeluh, susah yang amat untuk dia melupakan lelaki itu. 


“Abang.. You think, Rayyan is the right one?”


“I don't know, Delya buat solat istikharah, itu lebih tepat.” ujar Tengku Harith sambil tersenyum, dia ingin adiknya kembali seperti dahulu. Yang selalu bergurau senda dengannya, mengadu tentang masalah dirinya. 


“But.. Abang tau kan, Delya tak suka benda yang melibatkan jenayah. I can accept him, but, not his job.” 


“Jadi, Delya taknak bertunang dengan dia?”


“Bukan macam tu.. Tapi..” 


Kata–katanya terhenti, tidak tahu mahu berkata apa lagi. “Okay, abang bagi Lya masa. Kalau rasa susah sangat, abang akan bagitahu mama. Biar abang yang jelaskan semuanya.” Ujar Tengku Harith dengan ikhlas. 


“Lya akan try, Lya akan cuba terima pekerjaan dia, thanks abang, you help me a lot.” Tengku Harith hanya tersenyum lalu menepuk bahu adiknya sebelum dia menuju ke biliknya.

Previous: BAB 20
Next: BAB 22

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.