Home Novel Cinta JODOH UNTUK TENGKU DELYA
BAB 47

Sudah lama terbaring, mata Delya tercelik apabila cahaya matahari menembusi kelopak matanya. Dia toleh ke sisi, Rayyan masih lena dibuai mimpi. 


Sejujurnya dia amat merindui suaminya, tapi dia perlu melepaskan dendam yang ada dahulu sebelum kembali seperti sedia kala. 


Perlahan–lahan dia bangun, sesudah berdiri, selimut yang terselak itu dibalut semula pada badan suaminya. Dia mengusap lembut kepala Rayyan sebelum dia keluar dari bilik itu. 


Namun tangan itu ditangkap oleh Rayyan, dia membuka mata, terlihat Delya sedang berdiri dihadapannya. 


“Nak pergi mana?” 


Soal Rayyan. Delya hanya mendiamkan diri, dia cuba untuk bergerak namun Rayyan lebih cepat menariknya membuatkan dia terduduk di atas katil itu. 


“Lepaskan saya.” pinta Delya. 


Tangan yang dipegang itu ditarik kembali. Rayyan  terus bangun dan menghadap isterinya. 


“Kenapa dengan awak ni? Kalau pasal saya tak cari awak, ya saya minta maaf. Tapi atas dasar apa lagi awak nak tinggalkan saya?” 


Delya mengeluh berat, air mata yang ditahan akhirnya tumpah juga. Dia memandang ke arah Rayyan sebelum memulakan bicara. 


“Bukan sebab tu, saya ada sebab lain yang saya tak boleh bagitahu awak. Please Rayyan, jangan asyik halang saya je.” balas Delya. Air mata yang mengalir dipipi itu dapat dikesan oleh Rayyan, tangan Delya digenggam erat. 


“Sampai bila awak nak anggap saya orang asing? Saya suami awak, takkan semua benda awak nak tanggung sorang–sorang je? Bagitahu saya apa masalah awak, susah sangat ke Delya?” 


“Susahlah! Kalau saya bagitahu awak, dah tentu awak akan halang saya. Jadi please, biarkan saya nak buat apa pun.” air mata yang mengalir diseka kasar olehnya. Begitu berat mulutnya untuk beritahu hal sebenar. 


“Awak nak balas dendam?” soal Rayyan. 


Delya tersentak, dia beralih pandangan pada Rayyan. 


“Ya, saya nak balas dendam. Rafiq bunuh abang saya, awak nak suruh saya duduk diam ke? Sebab tu saya buat semua ni, saya ubah muka saya, semuanya sebab saya nak balas dendam. Kalau awak sayang saya, tolong tutup mulut awak.” balas Delya, dia masih cuba berlakon kuat depan suaminya. 


“Habis tu, apa gunanya saya? Awak betul–betul buat saya macam tunggul. Kalau awak minta tolong dari saya, saya akan tolong. Balaskan dendam untuk awakpun saya sanggup. Jadi please Delya, jangan kotorkan tangan awak.” Rayu lelaki itu. 


“Stop it Rayyan! I will do in my way. Act like we don't know each other from now on.” suaranya ditinggikan. 


“No, awak isteri saya. Tolonglah sekali tu, dengar cakap saya.” bentak Rayyan. 


“Rayyan, awak tak penat ke menghadap saya? Pintu hati saya langsung tak pernah terbuka untuk awak. Kenapa awak masih kejar saya?” soal Delya. 


“Sebab saya tahu hati awak dah mula terbuka untuk saya, look into my eyes. Say you don't love me. And i will believe it.” dia mengalihkan wajah Delya menghadap dirinya. Mata itu mula ditatap. 


“S.. Saya..” kata–kata itu tidak dapat disambung lagi. Iya, dia memang sudah jatuh hati pada Rayyan. Tapi dia ingin merahsiakan kerana berasa dirinya tidak layak berada disamping Rayyan. 


“See, awak cintakan saya. Delya, just be honest to me. Saya akan jaga awak, buat apa sahaja untuk awak.” balas Rayyan. 


____________________


“Saya tak boleh hidup dengan awak Rayyan, hati saya lebih memilih untuk balas dendam.” ujar Delya sebaik sahaja keluar dari hotel itu. 


Tiba–tiba hatinya tergerak untuk membuka telefon bimbit kepunyaannya yang baru diserahkan oleh Rayyan. 


Terdapat satu mesej dan rakaman suara. Delya membaca mesej tersebut. “10 ribu telah dimasukkan dalam akaun anda.” dia agak terkejut dengan mesej itu. Kemudian dia membuka pula rakaman suara.


 “Guna duit yang saya bagi tu elok–elok. Saya tahu awak perlukan semua tu Delya. Love you.” hampir saja air matanya jatuh, sampai ke akhirnya, Rayyan masih mengambil berat tentang dirinya. 


Delya mengambil keputusan untuk pergi ke bank. Apabila sampai sahaja, dia terus membuka akaun untuk melihat duit yang diterima. Alangkah terkejutnya dia apabila duit akaunnya sudah banyak bertambah. Rupa–rupanya, setiap bulan Rayyan akan masukkan duit ke dalam akaun Delya. Walaupun isterinya masih belum dijumpai ketika itu. 


_____________________


“Rafiq..” ujar Haris sendirian. 


“Kau akan terima balasannya sebab buat orang yang aku sayang menangis.” tangannya sudah mengepal penumbuk. 


“Delya, kau dah banyak bersabar, dah banyak yang kau tempuh. Aku taknak kau masuk penjara sebab lelaki tak guna tu. Biarlah aku yang berkorban untuk kau.” dia mengusap beberapa kali gambar milik Delya. 


Sebenarnya hati Haris sudah lama menyimpan rasa cinta, pada gadis yang bernama Delya. Tapi dia diamkan saja, dia masih tahu batas pergaulan dia dan Delya yang sudah menjadi isteri orang. 


Tapi setiap kali dia melihat gadis itu menangis, hatinya terseksa. Dia tidak mahu melihat gadis itu menangis, namun, setiap hari gadis itu akan menangis dan menghiris hatinya dan akhirnya membuatkan Haris ingin membalas dendam untuk Delya. 


Rafiq. Nama itu akan diulang setiap hari, perasaan dendam makin menebal. Dia nekad, Rafiq akan musnah ditangannya.

Previous: BAB 46
Next: BAB 48

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.