Home Novel Cinta JODOH UNTUK TENGKU DELYA
BAB 34

“Hello..”


Kedengaran suara di hujung talian selepas diangkat panggilan itu. 


“Siapa ni?” Soal Rayyan.


“Abang Zeff Wadi..” balas lelaki itu, Rayyan terus memberi tumpuan sepenuhnya kepada panggilan itu. Bukan senang hendak bercakap dengan saksi. 


“Jadi, awak dah setuju untuk jadi saksi waktu perbicaraan mahkamah nanti?” soal Rayyan, dia berharap sangat lelaki itu bersetuju. 


“Saya setuju, dan saya jugak nak jadi peguam di pihak Tengku Delya.” Kata Zeff Ammar, nama abang kepada Zeff Wadi. 


“Kenapa nak jadi peguam dia?” soal Rayyan, dia langsung tidak mengerti dengan kata–kata Zeff Ammar itu. 


“Saya tahu, dalam perbicaraan nanti, tengku Delya akan terlibat jugak.” Rayyan agak tersentak, nasib mereka hanya berbual di dalam talian. 


“Kenapa..” soal Rayyan lagi. 


“Sebab bukti dah ada. Sekarang ni Tuan sabar je, kita akan mulakan dengan Tengku Delya. Dan hari perbicaraan seterusnya, kita akan bekerjasama untuk mencari bukti yang kukuh pada suspek utama, Rafiq. Maafkan saya kalau Tengku Delya akan ditahan selepas perbicaraan mahkamah.”


Zeff Amran diselubungi rasa bersalah, dia yang menjadi penonton semasa adiknya dibunuh. Tapi sayang, dia langsung tidak jumpa sebarang bukti kerana dia juga diikat pada masa itu. 


Rayyan terus meletak panggilan tersebut. Dia tidak sanggup lagi mendengar masalah yang bakal menimpa isterinya. Semuanya gara–gara bukti palsu itu! 


_______________________


Sebaik sahaja dia masuk ke dalam rumah, dia memeluk isterinya yang seperti biasa menunggu di hadapan pintu. 


“Awak kenapa ni?” soal Delya. 


“Saya minta maaf, saya bukan suami yang terbaik untuk awak.” rintih si suami, Delya memandang sayu ke arahnya. 


“Kenapa awak minta maaf? Siapa kata awak bukan suami terbaik? Awaklah suami yang paling terbaik pernah saya jumpa.” pelukan itu lembut sahaja Tengku Delya leraikan. Dia memandang anak mata suaminya, pelik dengan tingkah lakunya. 


“Pekerjaan saya dah membebankan awak..” balas Rayyan, tangannya menggenggam kedua belah tangan isterinya. 


“Pekerjaan awak tu bukan satu bebanan buat saya, lagi mudahkan adalah.. Sebab saya pun ada kes sekarang kan? Kenapa tiba–tiba cakap pasal kerja.. Kes saya ada berita baru ke?” 


“Awak.. Kena berhadapan dengan mahkamah tak lama lagi.” tangan suaminya terus dilepaskan, oleh kerana terlalu terkejut dengan apa yang didengarnya. 


“Ke.. Kenapa? Rayyan, saya tak bunuh Zeff Wadi, tolonglah percayakan saya..” air matanya yang bertakung mula mengalir deras. Dia memujuk suaminya supaya mempercayakan dirinya. 


Dia takut, sungguh takut berhadapan di mahkamah. Seperti berada di planet lain apabila berada di tempat itu, akan bermulalah perbalahan antara peguam dan pendakwa. Orang–orang di belakang yang sentiasa menegakkan keadilan untuk orang yang mereka percayai. 


Akhir sekali, Hakim yang akan mengetuk tukul itu untuk menentukan hukuman yang akan mereka dapat. Dia tidak mahu menjadi salah seorang dari golongan itu, kerana dia sememangnya tidak bersalah. 


“Delya.. Saya akan pertahankan awak tak kira, walaupun saya akan diberhentikan kerja, saya masih akan pertahankan awak.” dia menguatkan hati isterinya yang sudah lemah. Kasihan dia melihatnya. 


“Lebih baik saya mat..” belum sempat dia menghabiskan ayatnya, Rayyan lantas memeluknya dengan erat. Dia tahu apa yang bakal isterinya akan jawab. 


“Sayang please.. trust me, I will never leave you behind, and live with the trash, I will never let that happen. Please sayang, jangan cakap macam tu dah..” dia menggosok lembut belakang isterinya.


___________________


Rayyan mengetuk pintu bilik sebelum dia melangkah masuk, disebabkan diam sahaja, dia mengambil keputusan untuk masuk. 


Dia melihat isterinya sedang mengesat air mata yang membasahi pipinya. Apabila Delya melihat sahaja suami dihadapannya, dia terus mengubah reaksi wajahnya. 


“Awak nak tidur dah ke?” soal Delya, berpura–pura seperti tiada apa yang berlaku. 


“Tak apalah, awak tidur dulu. Ke nak saya temankan?” ujar Rayyan, wajah isterinya dipandang sayu. 


Delya mengangguk perlahan, dia memang tidak boleh tidur tanpa Rayyan di sebelahnya. Rayyan tersenyum kecil, setiap kelakuan isterinya sentiasa mencuit hati. 


“Lagi awak nak saya buat apa? Saya hak awak sepenuhnya, nak jadikan saya bantal penumbuk pun tak apa.” lengan suaminya di tampar manja. 


Hatinya yang kecewa menjadi tenang kembali. Rayyanlah satu–satunya perawat hati yang dia ada. Yang mampu merawat hatinya sekelip mata.


“Dah jom saya teman awak tidur?” tangannya dibuka luas, Delya terus masuk ke dakapan suaminya. Rayyan tersenyum lebar, dia suka melihat isterinya manja–manja gitu. 


“Sekarang ni, awak jangan fikir apa–apa. Fikir saya je.” dia berbisik di telinga isterinya, Delya tergelak kecil. 


“Buat apa nak fikir pasal awak? Baik saya fikir pasal Park Seo Joon.” Rayyan mengangkat keningnya, siapa pula yang disebut oleh isterinya itu?


“Pak Soju? Siapa tu?” soal Rayyan kehairanan, nama itu sungguh pelik didengarnya. 


“Bukan Pak Soju, Park Seo Joon. Artis korea terkenal tu.” dia membetulkan ayat yang disebut oleh suaminya. 


“Eh, buat apa nak fikir yang jauh and tak pernah datang dekat awak? Sedangkan saya ada je sebelah awak, lagi handsome dari Pak Soju tu.” saja dia membanggakan diri, sedangkan dia tidak pernah melihat Park Seo Joon itu, lelaki idaman gadis sedunia. 


“Eh perasan eh?” 


Rayyan mencuit hidung isterinya, “Ada ke Park Seo Joon tu teman awak tidur, tengok siapa yang teman awak?” Delya tergelak kecil, tidak tahan dengan perangai 'kuat perasan' suaminya. 


“Awak ni, dahlah saya nak tidur, night..” Rayyan hanya mengangguk, dibiarkan isterinya memejamkan mata sehingga lena. Baru dia bangun dan pergi ke meja kerjanya, terlalu banyak kes yang perlu diselesaikan.

Previous: BAB 33
Next: BAB 35

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.