Home Novel Cinta JODOH UNTUK TENGKU DELYA
BAB 58

“Rayyan, kau kena bagitahu dekat Delya yang kau masih hidup.” Kata Faiz semasa mereka sedang sibuk menyemak laporan kes–kes tersedia. 


“Kenapa?” soal Rayyan. 


“Semua orang dah tahu kau masih hidup kecuali isteri kau. Waktu perbicaraan mahkamah. Kau perlu hadir sebagai mangsa. Supaya bukti lebih kukuh. Delya jugak akan hadir sebagai mangsa.” balas Faiz. 


Riak wajahnya terus berubah. Dia mengalih pandangan pada Faiz. 


“Aku tak layak untuk dia. Dia banyak terseksa disebabkan aku. Tolonglah faham.” Rayyan minta simpati. 


Cepat–cepat Faiz tarik muka. Dia tidak mahu termakan dengan wajah kasihan sahabatnya. 


“Kau fikir ni drama? takut pasangan dia terseksa, sakit hati. Jauhkan diri. Itu semua drama Rayyan! makin kau jauhkan diri, makin hancur hati dia, bukan makin elok!” keras saja suaranya berbicara.


“Aku bukan ikut drama. Tapi aku rasa, ini yang terbaik. Aku tak sanggup lagi tengok Delya terseksa..” balasnya lemah. 


“Kalau kau rasa macam tu, pulihkan semula hubungan korang. Bagitahu hal sebenar, jangan nak berselindung sangat.” Nasihat Faiz lagi.


Rayyan mengeluh berat. Fikirannya bercelaru. Memang dia sayangkan Delya, tapi dia lebih takut jika Delya tercedera lagi.


“Ya Faiz, aku akan jumpa dia. Aku janji, sebelum hari perbicaraan, aku akan jumpa dia.” balas Rayyan. 


“Aku bukan jaga tepi kain orang, tapi aku dengan kau dah lama kawan. Kalau ada benda salah, aku akan cuba betulkan. Kesian Delya tu, hari kau dimasukkan ke hospital. Dia langsung taknak tinggalkan kau. Aku nampak semua penderitaan yang dia alami. Jadi, kau ikut je cakap aku.” nasihat Faiz lagi. 


Rayyan akhirnya mengangguk, setuju dengan apa yang dikatakan oleh Faiz. 


_______________________


“Bila Rayyan nak balik?” soal Delya.


Haris mengeluh berat. Dipandang gadis itu penuh simpati. Setiap hari Tengku Delya akan ulang benda yang sama. Duduk di sofa, dan bertanyakan mana Rayyan. Makan? sikit pun dia tidak jamah. Harapkan air saja. 


“Delya.. jom kita bagitahu family kau. Kau masih hidup. Sekurang–kurangnya dapat hilangkan rasa sedih diorang dan beban kau dapat diringankan sikit.” Cadang Haris. 


“Kau rasa ni jalan yang betul?” 


Haris mengangguk. Dia memberikan senyuman nipis pada Delya agar gadis itu bersemangat seperti sedia kala. 


“Ya.. Rafiq dah kena tangkap. Semua dendam kau dah selesai. Baliklah pada keluarga kau.” ujar Haris.


“Dendam aku takkan selesai kecuali aku bunuh dia. Rafiq dah bunuh abang Haz, hukuman macam ni je tak cukup bagi aku.” bangkang Delya.


wajah Haris diraup kasar. Dia memandang wajah itu, wajah yang penuh dengan kekecewaan dan dendam. Harinya sentiasa pahit, hidupnya bagai tiada warna lain, diselubungi dengan kegelapan.


“Rafiq akan terima hukuman gantung sampai mati. So, kau jangan fikir pasal benda ni lagi. Fikir pasal keluarga kau yang dah lama ditinggalkan.” balas Haris. 


________________________


Bunyi loceng bergema di rumah banglo milik Tengku Hadi dan Tengku Zana. 


Tengku Zana bergegas ke ruang tamu untuk melihat orang yang menekan loceng itu. 


Terlihat tubuh perempuan yang masih dalam lingkungan 20-an sedang berdiri di hadapan pagar banglo itu. 


Tengku Zana membuka pintu. Dia menghampiri pagar utama. Diperhatikan gadis dalam lingkungan 20-an itu dengan teliti. Siapakah dia?


“Assalamualaikum ma.” gadis itu angkat kepala. 


Tengku Zana terkejut melihat wajah itu. Satu–satunya anak perempuan yang dia percayai hilang akhirnya muncul dihadapannya. 


“Delya!” pagar itu automatik terbuka dan tengku Zana memeluk anaknya se erat mungkin. 


“Mana Delya pergi selama ni?” kedengaran suara tua itu sedang menangis. 


“Delya terperangkap. Delya tak ada kekuatan nak munculkan diri pada keluarga kita. Ma.. Abang Haz dah tak ada. Rafiq.. Rafiq bunuh dia..” pelukan tadi terlepas dari Tengku Zana. 


“Apa maksud Delya? Haz dah tak ada?” ulang Tengku Zana. Dia tidak percaya dengan apa yang didengarnya. 


Selama ini dia hanya pendam perasaan rindu pada anaknya Hazif. Tapi berita didengarnya sekarang, jantungnya bagai hendak gugur mendengar berita itu. 


“Delya.. Jangan main–main dengan mama.” Dia simpan rasa sebak, masih bertanyakan jika apa yang didengarnya hanyalah palsu. 


“Abang Haz dah tak ada mama.. berita tu ada dekat surat khabar. Mama tak dapat ke..” soal Delya, air mata yang hampir keluar ditahannya dulu. 


“Tak.. tak mungkin Delya. Dahlah, jo..jom masuk dulu. Mama dah lama tunggu Delya.” dinafinya sehabis mungkin. Dia masih percaya bahawa Hazif masih hidup. 


Delya ingin berbicara lagi, namun tidak kesampaian. Hatinya memilih untuk berhenti melihatkan Tengku Zana seperti merana.


_____________________


Di hari perbicaraan, barisan hadapan dilengkapi oleh tiga orang hakim. Barisan kanan diduduki oleh peguam dan defendan, iaitu Zeff Ammar dan Rafiq. Barisan kiri diduduki oleh dua orang pendakwa. 


Delya duduk di bahagian belakang sebagai mangsa pertama. Datang lagi seorang lelaki dan menuju di sebelah Delya sebagai mangsa kedua.


Delya toleh ke sebelahnya. Dia terkejut, orang yang duduk disebelahnya sangat dikenali. Rayyan, yang dianggap masih koma dan kritikal kini duduk disebelahnya dalam keadaan sihat wal-afiat. 


“You..” 


Kata–katanya disampuk oleh pengacara mahkamah. 


“Diminta agar semua senyap supaya perbicaraan dapat berlangsung.” pinta pengacara mahkamah.

Previous: BAB 57
Next: BAB 59

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.