Home Novel Cinta JODOH UNTUK TENGKU DELYA
BAB 10

Setelah beberapa kali berfikir, dia berterus terang dengan Rafiq. Setelah memberitahu apa yang berlaku, Rafiq terus melangkah pergi dan langsung tidak meninggalkan jejaknya di Kuala Lumpur itu lagi. Daripada dia setuju membatalkan perkahwinan, lebih baik dia pergi tanpa jawapan. 


Siapa sanggup meninggalkan orang yang dicintai, dan bila cinta sudah mengaburi mata, semua kebenaran ditolak hebat oleh mereka yang sedang di lamun cinta. Kerana kebenaran itu terlalu perit untuk mereka percaya.



FLASHBACK TAMAT.. 


“Mama dah arrange your date for today.” ujar Tengku Zana pada anaknya yang sibuk termenung. 


“No.. Delya dah cakapkan, tak ada siapa boleh masuk dalam hati Delya.” balas Delya tegas. 


“Tengku Delya Amanda, this is the only way for you to move on!” ujar Tengku Zana, sebenarnya dia maksudkan kekasih anaknya Rafiq, tapi dia tidak sampai hati untuk menyebut nama itu. 


“Delya tak boleh move on! Ini adalah kali pertama dan kali terakhir Delya bercinta. Terlalu pedih tau tak ma! Bukan salah Delya sorang, tapi salah mama jugak!” kata–kata itu mengetuk kembali hati Tengku Zana. 


Memang anaknya langsung tak bersalah, yang salahnya hanya dia seorang sahaja. Hanya kerana terlalu takut Delya membencinya, dia sanggup menyimpan rahsia tersebut sehingga Delya meningkat dewasa. 


“Mama tak boleh tinggalkan Delya macam ni. You have to find someone. At least, Delya boleh ubat hati yang terluka tu.” suaranya yang tegas dilembutkan kembali, kasihan melihat keadaan anaknya. 


“I can't ma, apapun pendapat mama, Delya masih tak setuju. Bagi Delya, cinta tak pernah bahagia. Delya tak ada keinginan langsung nak bercinta. Delya memang tak boleh ma.” kata–kata itu diselitkan dengan air mata yang disembunyikan selama ini. 


“Delya, Mama nak Delya bahagia. Boleh tak Delya lupakan kisah dulu dan buka cerita baru? Mama tau memang sakit nak lupakan semua tu. Tapi mama nak tengok anak mama bahagia sebelum mama dijemput ilahi.” 


Hatinya menjadi sebak, air matanya terus mengalir apabila Tengku Zana mengungkapkan ayat–ayat itu. Hatinya memang dah koyak teruk, memang mudah untuk dia mengalirkan air mata. 


“Okay ma, for the sake of your hapiness, I will.” balas Delya, tiada lagi tangisan. Mungkin ini kali terakhir dia menangis. Hatinya sudah ditimpa bermacam dugaan.


Delya bersiap–siap untuk pergi bertemu janji yang telah diaturkan oleh mamanya. Setelah sampai di sebuah restoran mahal, Delya mengambil tempat sambil kakinya disilangkan sementara menunggu pasangannya datang. 


“Hye sweety..” sapa lelaki itu kepada Delya. Dari perkataan itu sahaja telah membuatkan Delya meluat untuk berhadapan dengan lelaki itu. 


“Bumi ni dah banyak berubahkan?” Delya mulakan bicara selepas memesan makanan. 


“Hah? Yeah.. memang dah banyak berubah, kenapa? You hidup dekat Zaman Purba ke?” soal lelaki tersebut.


Pelik juga dengan soalan yang diberi oleh Tengku Delya, ini bukan mengkaji bumi, tapi mereka sedang bertemu janji. 


“Tak adalah, I cakap je. Sebab cuaca tak menentu sekarang.” haa sudah, cuaca pula yang dikaji. Lelaki itu semakin pelik dengan perangai Delya. 


“I think you ni pengkaji cuaca kot, atau pengkaji bumi? I rasa I kena pergi dulu, ada hal.” lelaki itu terus angkat kaki dan pergi dari situ. 


Delya tersenyum kemenangan, mula–mula panggil sweety, lepas tu pergi macam tu aje? Baru uji sikit, dah pergi. He's not the right man. Bisik hati Delya.

Previous: BAB 9
Next: BAB 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.