Home Novel Cinta JODOH UNTUK TENGKU DELYA
BAB 24

Delya tersenyum seorang diri sewaktu mengenakan blause berwarna Maroon pada dirinya, disolek sedikit wajahnya dengan peralatan make-up yang sudah tersedia. Sesudah siap, barulah dia turun ke bawah. 


“Hush, siapa ni, silau mata abang!” Tengku Harith buat–buat menutup wajahnya apabila melihat pakaian yang dikenakan oleh adiknya. 


Tengku Delya menayangkan wajah meluatnya pada abangnya, tahulah dia jarang berdandan begini. 


“Excuse me sir, can we go?” 


Tengku Hadi dan Tengku Zana hanya mampu menggelengkan kepala melihat gelagat dua orang anaknya itu. 


“Hah, Delya, panggil Rayyan sekali untuk datang pembukaan galeri hari ni.” ujar Tengku Hadi sambil melihat jam ditangannya. 


“Pa.. Rayyan.. haa.. Rayyan busy! Dia tak dapat datang.” mula dia berlakon seolah–olah kecewa lelaki itu tidak dapat datang, padahal itu hanyalah alasan rekaan semata–mata. 


“Haih, tak apalah. Jom, Datin Yasmin dan yang lain tengah tunggu.” Delya terus meluru keluar dari rumah banglo itu.


Tengku Harith hanya tersenyum melihat adiknya, terlalu teruja untuk pembukaan galeri yang selalu diimpikan selama ini. 


“Ma, pa, Tengku Harith. Cepatlah, orang dah lambatlah.” Tegur tengku Delya kerana melihat keluarganya masih berada di dalam rumah. 


__________________


“Dah besar ya anak you all, tup tup terus dapat tahu pasal pembukaan galeri.” tegur Datin Yasmin pada Tengku Zana dan suaminya. 


“Iya.. Kita dah lama tak jumpa kan? I excited sangat bila dengar you akan datang hari ni.” ujar Tengku Zana sambil melebarkan senyuman. 


“Hye aunty..” Sapa Tengku Delya dari belakang. 


“Eh.. Delya, makin cantik! Dah ada calon ke?” Tengku Zana hanya tersenyum, Delya turut tersenyum. Nanti dikata tak ada calon, terus dijodohkan pula dengan anaknya. 


“Dah ada lah tu, biasalah. Orang cantikkan?” 


Sedang sibuk mereka berbual, ada seseorang menyentuh bahu Delya dari belakang. “Hai sayang..” sapa lelaki itu. 


Delya toleh ke belakang, terlihat, Rayyan sudah berada di tempat itu. Sebenarnya dia agak terkejut, tapi disimpannya dulu. 


“Eh.. Rayyan.. awak buat apa dekat sini?” soal Delya sambil tersenyum kelat. 


“Saya datang nak meriahkan lagi pembukaan galeri ni lah sayang..” Rayyan mengusap kepala gadis itu. Delya hanya menahan sabar memandangkan terlalu ramai orang disitu.


Datin Yasmin tersengih melihat adegan satu pasangan itu. Dia juga sudah lama berhasrat untuk jadikan Tengku Delya sebagai menantu, tapi apa boleh buat, mereka tiada jodoh. Malah Rayyan juga lebih bagus dari anaknya, seorang playboy. 


“Awak ni.. sampai bila nak ikut saya?” marah Delya kerana sepanjang perjalanan itu melihat lukisan yang telah siap digantung, Rayyan asyik membelakanginya membuatkan dia rimas. 


“Actually, saya ada hadiah untuk awak.” 


Tengku Delya angkat kening, tidak faham dengan perkara yang disampaikan oleh Rayyan, Hadiah apa pula? 


“Hadiah apa?”


Rayyan terus menarik Delya sehingga ke bahagian tengah galeri itu, masih ramai orang yang sedang melihat lukisan–lukisan yang tergantung. 


Rayyan melutut, perkara itu membuatkan Delya makin curiga. Tidak lama itu Rayyan menghulurkan kotak berwarna merah ke arahnya yang sedang berdiri. 


“Tengku Delya Amanda.. Will you be my bride?” Tengku Delya menutup mulutnya, terkejut dengan perbuatan yang tiba–tiba itu. 


Dia melihat di sekeliling, ternyata semua orang sedang memandang ke arah mereka. Delya meraup kasar wajahnya. “Rayyan..!!” dalam hatinya sudah menjerit nama lelaki itu.


Datang pula Datin Yasmin, dan kedua ibu bapa tengku Delya di bahagian itu. Kali ini, dia sudah menggenggam penumbuk kerana dia tidak boleh mengatakan tidak. 


“Will you be my bride? Tengku Delya?” soal Rayyan sekali lagi, kali ini, tangannya dicapai oleh Rayyan. 


“Y.. Yes..” dia menjawab dalam keadaan tidak puas hati. Cincin itu dikeluarkan dari kotak dan disarungkan cincin itu pada jari manis Tengku Delya. 


Tengku Zana dan Tengku Hadi sudah tersenyum bahagia. Akhirnya Tengku Delya terima jugak bakal menantunya. Itupun kerana terpaksa, disebabkan tidak mahu dimalukan kedua belah pihak, Tengku Delya terpaksa ambil jalan pintas. 


“Thanks sayang..” Rayyan berdiri sambil memegang kedua belah tangan gadis itu. Tengku Delya tersenyum kelat. Kalau tiada orang, sudah lama dia menumbuk wajah lelaki itu. 


________________________


“Haih, tak sangka kan, hari pembukaan galeri tu dah jadi hari paling bahagia buat mama..” ujar Tengku Zana sambil menyiapkan bunga telur. 


Segala perancangan sudah diberitahu oleh Rayyan, bertunang sehari, selepas itu terus bernikah dan membuat majlis perkahwinan. 


“Ma.. Kenapa mama minat sangat dengan dia?” soal Delya. 


“Sebab dia tu baik, latar belakang pun sempurna. Takkan nak lepaskan macam tu je?”


Delya mengeluh berat. “Ma, ni soal hati Delya..” belum sempatpun dia mempertahankan dirinya, mamanya menyampuk. 


“Berkahwin nanti, wujudkanlah perasaan cinta, bercinta sebelum kahwin ni selalunya tak kekal dan tak rasa nikmat bercinta tu.” Tengku Zana menasihati anaknya. 


“But.. Hati Delya dah tertutup, dah tak boleh buka lagi ma..” balas Delya dalam rayuan. 


“I know, but Rayyan adalah seorang yang baik. Mama yakin, satu hari nanti, kamu akan masukkan dia dalam hati kamu.” 


Delya hanya memasamkan mukanya, dia langsung tidak suka dengan keputusan ibubapanya untuk dinikahkan dengan lelaki itu. Tambah lagi dengan lelaki itu yang suka memaksa. 


_______________________


Di dalam bilik, dia menghubungi seseorang. 


“Hello!”


Rayyan menjauhkan telefonnya apabila terdengar orang menjerit. Dia cuba merapatkan kembali telefon itu. 


“I hate you Rayyan! Awak suka memaksa! Tak cukup lagi memaksa, awak hasut lagi keluarga saya!” suaranya saja sudah menunjukkan yang dia sedang bengang. 


“Iya.. Saya tahu saya memaksa, tapi awak janganlah risau, sebab sebenarnya saya..”


Delya terus mematikan panggilan, terlalu sakit hati untuk mendengar ayat seterusnya. 


_____________________


“Sebenarnya.. Aku dah sukakan kau Delya..” sambung Rayyan walaupun gadis itu telah menamatkan panggilan.

Previous: BAB 23
Next: BAB 25

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.