Home Novel Cinta JODOH UNTUK TENGKU DELYA
BAB 9

Tengku Zana menarik nafas dalam–dalam, hari ini, dia harus menceritakan segala–galanya tak kira apa yang berlaku. Tengku Zana bangun di birai katil dan melutut di depan anaknya. 


“Ma, kenapa ni?” Delya mula risau apabila mamanya bertindak begitu. 


“Mama minta maaf, tapi, Boleh tak Delya batalkan perkahwinan ni.” ujar Tengku Zana sambil menggenggam tangan anaknya. 


“Kenapa pulak? Mama tak suka dia ke?” soal Delya sedikit curiga. 


“Mama suka dia, tapi kamu berdua tak boleh kahwin.” balas Tengku Zana lagi. Delya semakin pelik melihat mamanya begitu, kalau bukan sebab benci, habis tu sebab apa?


“Habis tu kenapa ma? Tell me the truth.”


“Sebenarnya, Rafiq adalah anak yang pernah mama susukan dengan susu badan sendiri.” jelas Tengku Zana supaya tiada lagi persilisihfahaman berlaku. Delya terus sebak, dia seperti tidak percaya tentang apa yang berlaku sekarang ini.


“Ma.. Mama, janganlah bergurau dengan Delya macam ni. Its not funny.” Delya sempat lagi melepaskan gelak kecil, dia menganggap mamanya hanya mahu menakutkan dia. 


“Tak Delya, mama cakap benda yang betul. Maafkan mama..” Tengku Zana terus mengalirkan air mata. Delya pula sudah menjadi tidak tentu arah. Mamanya dipandang dengan renungan tajam. 


“You tell me this because you hate him?”


“No, I like him too, but I didn't expect all of this. Delya, please. Agama islam melarang hubungan yang melibatkan darah daging.” 


Setelah Tengku Zana puas meyakinkan Delya, air matanya terus jatuh ke pipi. Tak mungkin, tak mungkin Rafiq adalah darah dagingnya. Dia masih tidak mempercayai apa yang berlaku. Air matanya semakin deras mengalir. 


“Kenapa mama buat Delya macam ni!”


“Maafkan mama Delya. Maafkan mama!” dia tidak berhenti meminta maaf pada anaknya, rasa serba salah menghantui dirinya. Selagi anaknya tidak batalkan perkahwinan, selagi anaknya tidak maafkan dirinya, selagi itulah dirinya akan terus diselubungi rasa bersalah.


“Get out! Mama jangan harap Delya nak percaya semua ni!” ujarnya kasar, mamanya ditolak keluar dan dihempas pintu itu. Tengku Zana masih lagi menangis, tak disangkakan anaknya boleh melayan dia begitu. 


Hari demi hari, Delya menjadi tidak tentu arah, harinya serba tak kena. Walaupun dia tidak percayakan kata–kata mamanya, dalam hatinya, kata–kata itu yang dia percaya. Setiap malam dia menangis. Orang yang dicintai selama empat tahun adalah darah dagingnya, adik beradik susuannya sendiri. 


Dia semakin percaya dengan kata–kata mamanya kerana mamanya selalu bersetuju dengan apa pun perkara yang dia ingin buat. Tidak mungkin Tengku Zana memberitahunya berita palsu sedangkan dia lebih pentingkan kebahagiaan anaknya. 


____________________


21 TAHUN YANG LALU


“Anak awak tu betul–betul anak saya ke?!” Dia menengking isterinya Rohaya. “Abang, dia anak kita, saya tak pernah buat kerja terkutuk!” balas Rohaya yang cuba mempertahankan dirinya. 


“Awak jangan tipu saya, awak terlalu rapat dengan Syakir tu, entah–entah anak yang awak lahirkan ni, anak dia!”


“Abang! Saya tak pernah buat semua tu, sanggup awak tuduh saya macam ni!”


“Kau jaga anak kau sendiri, aku takkan beri nafkah untuk anak haram ni!” kata–kata itu sudah cukup membuatkan Rohaya mengalirkan air mata. Disebabkan cemburu yang melampau, suaminya sampai salah tafsir tentang anak mereka sendiri. 


“Kau jangan nak keluarkan air mata palsulah, perempuan jahanam!” dia terus mengeluarkan kata–kata kesat kepada isterinya. Baru sehari selepas Rafiq dilahirkan. Dia sudah dilayan begitu. 


“Doktor dah buat DNA semua, abang tak percaya lagi ke?” 


“Kau rasuah doktor tu bolehlah! Siti Rohaya Bahira, aku ceraikan kau dengan talak 3!”


Rohaya terus jatuh terduduk, Khairul berlalu pergi meninggalkan isterinya tanpa sedikitpun rasa serba salah.


Selepas dari kejadian itu, Rohaya nekad. Dia akan menghantar anaknya ke rumah anak yatim kerana dia menganggap, anaknya adalah pembawa malang. 


Dia pergi berjumpa dengan Tengku Zana sebelum menghantar anaknya ke rumah anak yatim. 


“Kau tak boleh macam ni, dah terang–terang budak ni adalah anak kau dengan Daud.” Rohaya dimarah olehnya kerana membuat keputusan tanpa berfikir. 


“Aku tetap dengan keputusan aku.”


“Rohaya, kalau kau taknak budak ni, biar aku yang jaga. Budak ni tak bersalah, tapi kenapa budak ni jadi mangsa?”


“Suka hati kau, yang penting budak ni tak ada dengan aku.”


Rohaya terus meninggalkan anaknya di rumah tengku Zana, ketika itu tengku Zana juga telah melahirkan anak perempuan. Dia mengambil keputusan untuk menjaga Rafiq, seperti anak kandungnya sendiri. 


Rafiq diberi susu badannya sendiri kerana anak itu tidak mahukan susu tepung. 


Tengku Zana menjaga kedua–dua bayi itu dengan hati yang terbuka, dia sayang Rafiq seperti anaknya sendiri. 





NOTE : Kepada yang tak faham maksud anak susuan. Anak susuan ialah susu badan yang diberi oleh ibu lain. Setelah 3 kali kenyang, mereka telah menjadi darah daging. Dan bila anak kepada ibu lain tersebut sudah besar, dia diharamkan berkahwin dengan anak susuan ibunya. Kalau nak lebih faham, tanya pakcik google ^^ Enjoy your reading!

Previous: BAB 8
Next: BAB 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.