Home Novel Cinta JODOH UNTUK TENGKU DELYA
BAB 57

Hari demi hari, detik demi detik. Tiada perubahan, keadaan tetap sama. Rayyan masih koma di hospital, Delya sudah hilang separuh nyawa. 


Setiap hari adalah kosong, Delya tetap menyalahkan dirinya dengan apa yang terjadi. 


Bunyi loceng mula bergema di rumah banglo itu. Delya bergegas keluar untuk melihat siapakah gerangan itu. 


“Rayyan..” panggil Delya. 


“Delya ni aku..” belum sempat dia membetulkan, Delya memeluknya seerat mungkin. 


“Kenapa baru sekarang you balik?” tanya Delya dalam sedu. 


“Ni aku, Haris. Bukan Rayyan.” Haris bersuara.


Delya jatuh terduduk. Haris turut merendahkan badannya. 


“Bila Rayyan nak sedar?” soal Delya dengan rasa kecewa.


“Kita doakan yang terbaik untuk dia. Kau kena kuat Delya, kau tak boleh terus macam ni.” kepala gadis itu diusap lembut. Hatinya gusar setiap kali melihat Delya jadi begitu. 


_______________________


“Lepaskan akulah bodoh!” jerit Rafiq di dalam penjara itu. 


“Rafiq, sila ikut kami sekarang.” seorang dari polis itu membuka kunci pagar tersebut. Dia membawa lelaki itu keluar.


“Detektif, ini Rafiq.”  Detektif itu memandang ke arah Rafiq dengan wajah serius. 


Detektif itu memberi isyarat tangan, lalu polis tadi pergi meninggalkan mereka berdua.


“Jadi.. boleh kita mulakan?” soal Detektif itu.


“Kau.. macam mana..” Rafiq cuba meneliti wajah itu, wajah yang sangat dikenali. 


“Macam mana aku boleh hidup?” 


“Bukan kau dekat hospital..”


“Aku dah sihat dah. Aku tak sabar nak soal siasat kau dan tengok hukuman kau. Kau fikir lepas kau tembak aku, aku akan terus mati?” 


Rayyan memandang sinis pada Rafiq. Rafiq seakan tidak percaya, setelah berbulan Rayyan menetap di hospital. Lelaki itu memunculkan dirinya di dalam penjara itu. 


“Maaflah kedatangan aku terlalu tiba–tiba.” ujar Rayyan lagi. 


Satu jam kemudian..


“Kenapa kau bunuh Zeff Wadi?” 


“Sebab aku nak bunuh dia. Salah ke?”


“Jawab soalan aku!” meja di hadapannya di hentak kuat. Dia cuba menahan rasa marah yang sudah lama dipendam selama ini.


“Sebab diorang kata aku tak guna, jadi aku bunuhlah diorang semua. hahahaha..” Rafiq mula ketawa, seperti sudah tidak waras dilihatnya. 


“Kenapa kau culik Delya?” soal Rayyan lagi. 


“Sebab dia milik aku. Bukan milik kau. Kau tak ada hak nak halang hubungan aku dengan dia!” Satu tumbukan dilepaskan tepat pada wajah Rafiq.


“Aku boleh gunakan kekerasan kalau kau nak. Jawab soalan aku elok–elok. Atau aku bunuh kau dalam ni..” ugut Rayyan. 


“Salah ke aku bunuh diorang? nak hukum aku, hukumlah. nak bunuh? bunuhlah. Yang penting aku dah dapat balas dendam. Tapi, boleh tak bagi aku peluang nak bunuh Raudah dengan Khairul?” 


Rafiq tersenyum sinis. Riak wajahnya hanya bersahaja. Wajah Rayyan ditenung lama. Rayyan pula sudah mengepal penumbuk. Kalau mereka di dalam hutan, sudah habis Rafiq dikerjakan. 


“Kau tahukan hukuman kau adalah gantung sampai mati?” soal Rayyan. 


“Tahu, adillah tu. Sebelum aku mati, dah ramai orang mati dekat tangan aku.” balas Rafiq. 


Hati Rayyan bertambah sakit apabila mendengar jawapan dari lelaki itu. Makin dia memberi soalan, makin sakit hatinya dengan jawapan yang didengar. 


________________________


“Rayyan, kau taknak bagitahu Delya ke yang kau dah sembuh?” soal Faiz. 


Rayyan geleng kepala. 


“Aku taknak dia tahu buat masa sekarang ni. Biarlah dia tahu yang aku masih koma dan kritikal. Aku nak bertenang buat masa sekarang, biar aku yang settle kan semuanya.” jawab Rayyan.


Faiz angguk kepala. Dia faham situasi yang dihadapi oleh mereka.Cuma dia tidak sampai hati melihat keadaan Delya.


________________________


“Suspek dah ditangkap. Saya akan jadi peguam untuk perbicaraan mahkamah nanti.” ujar Zeff Ammar.


Dato Faish menghentikan jarinya yang dari tadi menari–nari di atas kertas. 


“Kes Tengku Delya dan Rafiq lagi ke?” soal Dato Faish. 


“Iya. Lagipun, suspek dah melampau. Detektif yang hadir pada hari kejadian tersebut turut dicederakan sehingga parah. Lagipun, semua bukti dah cukup.” balas Zeff Ammar.


“Kes ni berat untuk diselesaikan. Kalau nama Faish Ammara dicemarkan. Semua pekerja turut tercemar. Awak fahamkan Zeff?” jelas Dato Faish.


Zeff Ammar sekadar angguk kepala. Dia tetap dengan keputusannya, tidak akan pernah berubah.

Previous: BAB 56
Next: BAB 58

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.