Home Novel Cinta JODOH UNTUK TENGKU DELYA
BAB 39

“Sayang.. makanlah. Tak lapar ke?” soal Rafiq, risau pula dibuatnya kerana gadis itu sudah tiga hari tidak makan. 


Delya mengalih pandangannya ke tempat lain. Sakit hatinya apabila memandang lelaki itu. 


“Delya.. I takkan ulang lagi. Makanlah..” suaranya sudah mula mengeras. Delya tetap degil, dia masih tidak mahu makan. Dia rela mati kelaparan daripada duduk di dalam sangkar itu. 


“Kau nak aku bunuh abang kau ke?” 


Delya terkejut, dia memandang lelaki itu. Bunuh abang dia? Lelaki itu betul–betul dah gila. 


“You jangan berani sentuh orang di sekeliling I.”

Tengku Delya memberi Amaran. Namun, Rafiq hanya tersenyum sinis. Langsung tidak terasa dengan kata–kata itu. 


“Maksudnya aku boleh sentuh kau?” Rafiq menghampiri gadis yang sudah tidak bermaya itu. 


“Rafiq, bunuh jelah I. I dah tak sanggup hidup macam ni.” Rayu Delya. Rafiq merenung tajam ke arah gadis itu. Lambat–lambat wajahnya menjadi redup kembali apabila melihat air mata yang mula mengalir itu. 


Terus dibuang niatnya dan menghampiri gadis itu. “Jangan cakap macam tu, I takkan bunuh you. I takkan berkasar dengan you sayang. I akan beri segalanya, kalau you hidup dengan I.” 


Dia menyeka air mata yang mengalir di pipi Tengku delya. Delya memandang wajah lelaki itu, hatinya diketuk kembali apabila Rafiq mula berlembut dengannya. 


“Rafiq.. If you want to live with me, that will never happen. You better kill me now. I love Rayyan, not you.” Delya mula bertegas. 


Hatinya sudah panas ketika mendengar nama Rayyan di bibir gadis itu. 


“Then I will kill you. Daripada kau hidup dengan Rayyan. Baik kau mati dekat tangan aku.” Rafiq terus keluar dari bilik itu lalu menghempas pintu itu.


“Kita akan bawa perempuan tu dekat tebing laut. Bunuh dia harini jugak!” Arah Rafiq, Delya turut mendengarnya kerana suaranya yang sehabis kuat. 


“Ya Allah, selamatkan aku, Rayyan..” air matanya mula mengalir. 


_____________________


“Tuan masih tak dapat apa–apa maklumat ke?” soal Rayyan. Tuan Jaffar memandang Rayyan, lalu dia mengeluh kecil. 


“Buat masa ni, kami belum dapat jejak orang yang culik Tengku Delya.” balas Tuan Jaffar. Rayyan meraup kasar wajahnya, rambutnya mula diserabaikan. 


“Serahkan kes ni dekat saya. Biar saya yang settle kan.” Pinta Rayyan. 


“Emosi kamu tengah bercelaru, sebab tu saya tak bagi kamu ambil kes ni. Pergi berehat, sebarang maklumat kami akan sampaikan nanti.” 


Tuan Jaffar tetap berkeras tidak mahu menyerahkan kes itu. Dia tahu, kalau kes itu sampai ke tangan Rayyan, mesti Rayyan akan bertindak diluar kawalan. 


____________________


“Cakap dengan aku, kau pilih aku atau Rayyan, ini peluang terakhir kau.” Tengku Delya sudah berada di penghujung tebing laut. Bawahnya adalah air yang dalam serta berombak laju. 


Dia menarik nafas lalu melepaskannya. Dia memandang wajah Rafiq, air matanya mengalir namun pantas diseka olehnya. 


“Aku pilih Rayyan, aku dengan kau memang takkan pernah bersama. Sebab kita ada pertalian darah.” Delya memberanikan dirinya. 


“Jadi.. kau masih pilih Rayyan? Delya, kau akan mati harini. Kau takkan pernah jumpa Rayyan.” Rafiq memberi amaran. Dia semakin mendekati gadis itu, Delya pula mengundur ke belakang. 


Makin dia mengundur, akhirnya sampai satu langkah sahaja untuk jatuh dari tebing itu. Dia berhenti. 


“Kalau aku tak dapat kau, tak ada siapa boleh dapat kau.” kata Rafiq sambil tersenyum sinis. Tangannya sudah bersedia untuk menolak gadis itu. 


Hati Delya berdegup kencang, dia tidak mahu mati dalam cara begini. Namun apakan daya, hanya takdir yang menentukan. 


Rafiq menolak Delya sehingga jatuh dari tebing, Rafiq tersenyum kepuasan. Delya akhirnya jatuh ke dalam laut. Adakah memang begini takdir yang ditetapkan? Tengku Delya meronta–ronta di dalam air sebelum matanya dipejamkan. Badannya mula menjauh ke dasar laut.

Previous: BAB 38
Next: BAB 40

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.