Home Novel Cinta JODOH UNTUK TENGKU DELYA
BAB 42

“Delya.. Delya.. Delya!” dia bangun dari tidurnya. Mimpi ngeri itu selalu muncul dalam tidurnya. 


“Kau okay tak? Aku dah kata tidur dekat dalam. Nak jugak tidur dekat ruang tamu.” tegur Tengku Harith yang baru saja mendapatkan Rayyan. 


“Delya.. Ada berita apa–apa pasal dia ke?” soal Rayyan. 


Tengku Harith menggeleng lemah. Bukan Rayyan sahaja yang menantikan kepulangan Delya, malah semua orang yang berada di sekeliling Delya. 


“Kau doakan yang baik–baik untuk Delya. Semua orang rindukan dia. Dah 20 hari dia tak balik.” Harith memberi nasihat pada adik iparnya. 


“Maafkan aku, aku yang kerja sebagai detektif ni pun langsung tak boleh nak settle kan semua ni. Jejak Rafiq pun aku tak jumpa lagi.” tangannya sudah mengepal penumbuk, sakit hati apabila terfikirkan lelaki itu. 


“Tak apa, aku yakin, Delya akan balik jugak satu hari nanti.” dia menepuk bahagian belakang Rayyan perlahan. Cuba untuk meredakan kesedihan lelaki itu. 


___________________


“Bangun. Hari ni aku beli bahan mentah, dapur gas. Semua aku beli. Pergi masak.” Delya menolak tangan lelaki itu dengan kasar, dan menyambung tidurnya kembali. 


“Bangun!” suaranya mula ditinggikan. 


Namun tiada sebarang pergerakan, Delya masih lena tidur. 


Dia mengambil satu jag air, dan menyimbah gadis itu. Delya terus bangun dari tidurnya. Dia memeluk badannya kerana kesejukan. 


Lelaki itu direnung tajam. Haris membalas renungan itu. “Aku suruh bangun pun susah ke? Pergi masak sekarang!” Delya mengeluh berat. 


Sekali lagi dia memandang lelaki itu, sungguh tak puas hati dengan tindakan dan arahan sesuka hatinya! 


“Aku tak pandai masak.” balas Delya. 


“What? Cakap lagi sekali?” 


“Aku tak reti masak!” jerit Tengku Delya. 


“Habis tu? Kenapa jadi perempuan?” panas hatinya mendengar pertanyaan tersebut. Ada je perempuan tak reti masak, buat apa nak masak kalau tak ada minat? Setuju tak? 


“Biarlah. Bukan semua perempuan wajib masak.” balas Delya sambil berpeluk tubuh. 


“Memanglah tak wajib. Tapi harus belajar. Nah pergi rujuk buku resepi tu. Masak, now!” Arah Haris. 


“Aku tau masak satu je. Speghetti Aglio Olio.” Haris memandang gadis itu, dia perasan yang gadis itu sedang bersedih. 


“Apa benda tu? Speghetti? Nasib baik semua bahan tu aku dah beli. Dah pergi masak.” Dia cuba menghilangkan kesedihan gadis itu. 


Delya mengeluh berat lalu menuju ke dapur. Semua bahan sudah tersedia, tinggal masak saja. 


Sedang dia memulakan masakan itu, air matanya menitis tanpa disedari. “Saya rindukan awak Rayyan.” ujarnya dalam sendu. 


Dia mula teringat kembali kenangan–kenangan manisnya bersama Rayyan. “Maafkan saya, saya akan balik bila sampai masanya. Dan akan tunjukkan diri saya bila semua dah selesai.” kata Delya lagi. 


Makanan yang sudah masak itu dihidangkan. Lalu dia membawanya ke ruang tamu memandangkan dapur itu terlalu buruk. 


“Nah, makanlah.” sapa Delya kepada Haris. 


Haris memandang makanan itu, ianya hanya pandangan biasa. Memandangkan dia pernah melalui hidup sebagai orang 'Kaya'. 


Haris terus mengambil segulung speghetti dan dimasukkan ke dalam mulut. Dia dibuai ketenangan buat seketika. 


“Nama kau siapa?” soal Delya.


Haris berhenti makan, dia memandang gadis itu. 


“Haris.” dia menyambung makan kembali. Delya merenung lelaki itu, fikirannya banyak persoalan. Bagaimana lelaki itu boleh hidup di rumah usang itu? Mengapa dia tinggal di sini? 


“Taknak tanya soalan lain ke?” soal Haris. 


“Be.. Be.. Berapa umur kau?” soal Delya pula. Sebenarnya dia hendak bertanya perkara lain. 


“26 tahun, single. Kenapa?” balas Haris selamba. 


Delya memberi senyuman hambar apabila mendengar perkataan 'Single' itu. 


“Hish, dahlah. Baik aku makan, daripada dengar kau merepek.” 


Haris hanya menggelengkan kepala melihat gelagat gadis itu, kadang–kadang hatinya tercuit apabila berhadapan dengan Tengku Delya.


“Kau pulak?” dia meletakkan sudu dan garfu di sebelah pinggan. 


“Nama aku Tengku Delya Amanda Bt Tengku Hadi.” balas Delya. Haris mengangguk faham.


“Umur, single ke dah kahwin ke taken?” Ceh! Mengalahkan soalan whatsapp! 


“24.. dah kahwin..” balas Delya. 


Haris hanya buat bersahaja. Tidak terkejut langsung dengan berita itu. 


“Tak terkejut ke?” soal Delya. 


“Tak, kau tu famous. Bila kahwin, satu Malaysia sampai luar negara pun tahu. Rayyan kan nama dia?” soal Haris pula. Delya mengangguk kecil. 


“Habis tu kenapa tanya?”


“Saja nak tengok kau jujur ke tak?” 


Selepas berborak panjang, mereka menyambung makan semula speghetti yang hampir sejuk itu.

Previous: BAB 41
Next: BAB 43

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.