Home Novel Cinta JODOH UNTUK TENGKU DELYA
Bab 7

4 TAHUN KEMUDIAN


Rafiq membelek–belek telefon pintarnya, rindu pula dengan gadis itu. Baru pukul 6 pagi dia sudah menghadap telefon pintarnya. Tiba–tiba terdapat satu notifikasi. 


Dia membuka whatsapp dan mencari siapa yang menghantar mesej, terpampar nama Delya di bahagian paling atas. Rasa macam nak melompat je, tapi dia cuba menahan. 


Delya : Rafiq, harini kita jumpa boleh?


Rafiq : Boleh sayang, dekat mana? 


Delya : Dekat tempat yang I kiss dulu.. 


Rafiq berhenti membalas, kenapa pula nak berjumpa disitu? Ini perkara baik atau perkara buruk? Rafiq terus menaip. 


Rafiq : Okay sayang, pukul berapa? 


Delya : 5 petang? Okay? 


Rafiq : Okay, jangan tak datang pulak? 


Delya : Iya sayang oi, tunggu je. Love you. 


Rafiq : I love you too Tengku Delya



Delya tersenyum sendirian, hubungan mereka sudah lama tetapi tetap seperti hari pertama mereka bercinta, makin bersemut bila berkata–kata. Dia memegang kotak kecil yang dibaluti duit sepuluh ringgit. Entah apa yang berada di dalamnya pun tak tahulah.


___________________


Rafiq menunggu dengan penuh setia, tiba–tiba muncul satu suara perempuan, “Rafiq!” Rafiq terus menoleh ke belakang dan terlihat Delya sedang berlari anak ke arahnya.


Bila sampai di hadapan Rafiq, dia masih tercungap–cungap kerana berlari tadi. “Kenapa ni? You lari–lari nanti jatuh baru tau.” ujar Rafiq dalam keadaan risau. Delya hanya menghadiahkan senyuman. 


“Nah..” Delya menunjukkan satu kotak berbalut duit kepada Rafiq. “Apa tu? You nak belanja I?” soal Rafiq. “Bukanlah, don't be suprise okay?” Rafiq hanya mengangguk dan menunggu kotak itu dibuka.


“Tada..” kotak itu sudahpun terbuka, ada sebentuk cincin perak di dalamnya. Rafiq sedikit terkejut dengan apa yang dilihatnya. “Sayang, you propose I ke?” soal Rafiq sambil tangannya memegang tangan gadis itu. 


“Yeah, kenapa? You nak I hantar rombongan meminang pulak? Boleh je. Barulah luar biasa..” ujar Delya sambil tersenyum, Rafiq hanya menggelengkan kepala melihat gadis dihadapannya. 


“Sayang, sepatutnya I yang bagi cincin semua tu.”


“I nak buat perkara yang luar biasa, perkara yang orang tak pernah buat.”


“Haha, you're really something, mungkin sebab tu I jatuh cinta dengan you.”


“Rafiq..”


“Ya sayang?”


“Jom kita kahwin.”


Rafiq terus terdiam, entah apa yang bermain di fikirannya. Tidak lama kemudian baru dia memandang gadis itu. “You betul–betul nak kahwin dengan I?” soal Rafiq sambil menatap wajah gadis itu. “Yeah, I'm ready, kenapa? You taknak kahwin dengan I ke?” soal Delya pula. 


“Bukan macamtu, I memang nak kahwin dengan you. Tapi, kahwin ni perkara serius.” 


“Yeah, kahwin ni perkara serius. I pun serius, I betul–betul nak kahwin dengan you.” balas Delya, wajahnya mula serius. “Habistu bila you nak I datang meminang?” soal Rafiq yang akhirnya tersenyum. Dia juga sudah bersedia untuk berkahwin dengan Delya, perempuan yang telah mencuri hatinya. 


“Minggu depan? Lepas tu, Next month kita nikah.” 


“Yelah, apa je yang you minta, I akan tunaikan selagi I mampu.”


Delya mengambil tangan Rafiq, disarungkan cincin tadi pada jari manis lelaki itu. Rafiq tersenyum, Delya juga membalas senyuman lelaki itu. 


“Nanti, dah kawin jangan curang dengan I tau?”


“Siapa yang nak curang dengan you? You are the only Queen in my heart. No one can change it.”


Hidung Delya dicuit perlahan, Delya pula tak lekang senyuman dibibirnya dari tadi. Iyalah, sudah empat tahun mereka di alam percintaan. Akhirnya mereka akan di ijab-kabulkan. Siapa yang tidak gembira?

Previous: BAB 6
Next: BAB 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.