Home Novel Cinta JODOH UNTUK TENGKU DELYA
BAB 36

Pendakwa Hidayah menuju ke hadapan sebaik sahaja perbicaraan mahkamah berlangsung. 


“Defendan Tengku Delya Amanda, pada 20 Mac, 11:35 pm, menculik mangsa secara senyap dengan niat membunuh. Selepas membunuh mangsa secara kejam, dia telah menghilangkan diri di tempat kejadian. 


Oleh itu saya menuduh defendan Tengku Delya Amanda, pembunuhan berdasarkan Artikel 338 Kod Jenayah.” terang Pendakwa Hidayah.


“Peguam, adakah awak mengakui pertuduhan tersebut?” soal Hakim. 


“Defendan menolak pertuduhan tersebut.” Zeff Ammar memandang ke arah Tengku Delya, lalu dia menyambung lagi perbicaraanya. 


“Defendan tiada sebab atau motif untuk membunuh mangsa.” kata Zeff Ammar lagi. 


Pendakwa Hidayah memandang Zeff Ammar dengan pandangan tidak puas hati. Dia meneruskan bicara. 


“Pembunuhan oleh seseorang tak perlukan sebab atau motif tertentu.” balas Pendakwa Hidayah sambil memandang ke arah Hakim dengan penuh yakin.


“Betul. Tetapi, berdasarkan apa yang disiasat, ia telah meletakkan fakta bahawa defendan telah membunuh mangsa disebabkan rasa tidak suka, sedangkan ia adalah pertama kali mereka berjumpa. Adakah ianya masuk akal untuk defendan membunuh mangsa?” ujar Zeff Ammar. 


“Terdapat cap jari pada senjata di tempat kejadian.” Pendakwa Hidayah tidak mengalah dan terus berlawan. 


“Memang betul terdapat kesan cap jari pada senjata tersebut. Tetapi, semua ini boleh dicipta apabila pendakwa atau detektif menerima rasuah. Saya telah menyediakan beberapa lagi bahan bukti yang mengatakan defendan tidak bersalah. Berdasarkan CCTV yang dirakam pada hari kejadian.” 


Zeff Ammar menyerahkan bahan bukti kepada pengacara mahkamah.


 “Pengacara mahkamah, sila paparkan rakaman pada slide.” Arah Hakim. Pengacara mahkamah mengangguk dan membuka bahan bukti di laptop kemudian dipaparkan pada slide.


“Ini adalah rakaman pada hari kejadian, tiada sebarang edit yang telah dibuat. Pengacara mahkamah sila lajukan rakaman tersebut.” Pengacara mahkamah hanya akur dan melajukan rakaman itu. 


“Berhenti.” pengacara mahkamah terus berhenti melajukan rakaman itu. 


“Sudah hampir tiga jam, namun tiada siapa yang keluar atau masuk ke dalam tempat kejadian. Ini menunjukkan bahawa Tengku Delya Amanda tidak pernah memunculkan diri disana.” terang Zeff Ammar. 


“Dan ini adalah bukti seterusnya yang akan membuktikan tengku Delya langsung tidak bersalah.” dia menyerahkan lagi satu rakaman CCTV pada pengacara mahkamah. 


“Selepas habis keluar bertemu janji bersama Zeff Wadi, dia terus pulang ke rumah dan langsung tidak keluar sehingga masa kejadian mangsa dibunuh, 11:35 pm.” akhirnya Zeff Ammar menghela nafas lega. 


Pendakwa Hidayah merenung tajam ke arah lelaki itu, tiada pernyataan lagi untuk dibicarakan. 


“Berdasarkan cap jari yang dikenal pasti oleh pendakwa, ini adalah salah satu tuduhan yang telah direka oleh seseorang atau pembunuh sendiri untuk menyembunyikan pembunuh sebenar.” kata Zeff Ammar. 


_____________________


Tengku Delya dan Rayyan keluar dari mahkamah, semasa mereka ingin masuk ke dalam kereta, dua orang polis telah menghalang laluan mereka. 


“Maafkan kami, Tengku Delya harus tinggal di balai selagi kes belum selesai.” berat hatinya untuk melepaskan isterinya ke balai. 


Tengku Delya hanya mengangguk kecil dan mengukirkan senyuman terhadap suaminya. 


“Sayang jangan risau, saya akan cari bukti sampai jumpa.” Delya mengangguk kecil. Rayyan mencium dahi isterinya sebelum Delya masuk ke dalam kereta polis itu. 


“Boleh tak aku teman..” belum sempat dia habiskan kata–katanya, telefonnya berbunyi. 


Selepas habis perbicaraan di talian. Dia memandang isterinya dengan rasa serba salah. “Delya, saya tak dapat teman awak..” 


“Tak apa. Saya okay je.” balas Delya. 


“Saya boleh teman isteri tuan.” Rayyan memandang ke arah suara itu, dia melihat Zeff Ammar sedang berdiri di belakang mereka. 


Semasa perjalanan.. 


Zeff Ammar melihat Tengku Delya yang berada disebelahnya. Selepas itu dia bertanya soalan. 


“Are you okay?”


Tengku Delya beralih pandangan menghadap Zeff Ammar. “Siapa yang okay nak masuk lokap?” balas Delya. Tangannya langsung tidak boleh duduk diam, kejap digenggam, kejap dilepaskan. 


“Tak apa, Suami awak ada dekat balai tu nanti.” Kedua–dua polis di hadapan hanya memasang telinga mendengar perbualan mereka. Iyalah poliskan? Mesti ada sahaja yang mereka curiga. 


Delya memandang tangannya, gari yang ada itu membuatkan dia susah hati, rimas pun ada. 


“Encik, tak boleh ke encik buka gari ni? Saya pasti dia tak akan buat masalah.” seorang polis memusingkan badannya kebelakang. Dia melihat kedua–dua gerangan tersebut. 


“Nah, lepas tu bagi balik kunci tu!” Katanya dengan nada yang agak tinggi. 


Zeff Ammar membuka gari tersebut. Akhirnya Delya tersenyum juga. Zeff Ammar senang melihatnya begitu. 


_____________________


“Kita dah sampai ke puncak, sekarang ni aku nak korang bunuh abang Delya, Tengku Hazif Imran.” Arah Rafiq lalu tergelak seperti orang gila. 


“Boss, Rayyan sentiasa ada dekat diorang. Kalau kita tersasul, kita yang dalam masalah nanti.” Farid membantah arahan itu, bukan apa, nanti mereka juga yang susah. 


“Kau fikir aku kesah? Kalau dia masuk campur, bunuh dia sekali!” kata Rafiq, Farid hanya mampu mengangguk serta perasaan takut yang menghantui dirinya. 


“Baik boss, kami akan bunuh Tengku Hazif Imran secepat mungkin.” baru sahaja mereka ingin pergi, Rafiq memanggil kembali. 


“Eh kejap–kejap..”


Farid memusingkan badannya lalu fokus pada bossnya. “Kenapa boss?” soal Farid. 


“Kau bawa dulu Tengku Hazif Imran datang sini, biar aku yang settle kan.” arah Rafiq, semua orang–orang yang berada disitu hanya mengangguk setuju. 


Sebaik sahaja mereka keluar dari bengkel itu dan masuk ke dalam kereta, Farid menghentak stereng yang berada di hadapan. 


“Siaplah kau Rafiq, satu hari nanti, hancur kau aku kerjakan.” dia terus memandu keluar kereta tersebut dengan perasaan marah.




NOTE : Ni nak jelaskan balik ayat–ayat yang maybe korang tak faham. Contohnya defendan, defendan ada seorang suspek yang dituduh membunuh or anything else. Pendakwa, dia bertugas untuk mendakwa defendan, and akhirnya akan masuk ke dalam penjara. Seterusnya, peguam bela, dia akan membela defendan tak kira defendan bersalah ataupun tidak. Last sekali, hakim. Orang yang akan menentukan hukuman bagi orang orang yang bersalah. Okay sekian.. Kalau nak tau akta–akta dan sebagainya, sila rujuk google, I can't explain it to you guys ^^

Previous: BAB 35
Next: BAB 37

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.