Home Novel Cinta JODOH UNTUK TENGKU DELYA
BAB 15

Sewaktu di meja makan, Tengku Hadi mulakan bicara. “Delya, papa rasa baik kamu uruskan syarikat papa, dari haritu lagi tak dapat satu job pun.” Delya terhenti makan dan memandang ayahnya. 


“I don't like bussiness lah pa.” balas Delya. “Habis tu, siapa nak uruskan syarikat papa? Abang–abang kamu semua dah ada syarikat sendiri. Tinggal Delya je sekarang ni.” Ujar Tengku Hadi dengan serius. 


“Pa, Delya ni perempuan, mana sesuai nak uruskan syarikat semua tu.”


“Who said? Siapa–siapa je boleh uruskan, asalkan dia anak papa.” Delya mengeluh perlahan. Hendak saja dia membantah, tapi takut pula ayahnya naik angin. 


“Pa, please support my ambition. Delya nak buka gallery. Please pa..” Terus matanya memandang anak mata hazzel milik Delya. “Daripada buka gallery, baik uruskan hal syarikat.” Tengku Hadi membantah permintaan anaknya. 


“Abang, Delya tu dah nak kahwin pun, eloklah dia buka gallery, tak adalah sibuk sangat nak jaga hal rumah nanti. Bakal suami dia tu boleh uruskan syarikat abang tu.” tersedak jus oren yang diminumnya. 


Bakal suami? Sejak bila dia bersetuju untuk berkahwin? “Okay, tapi make sure, bakal suami Delya tu pandai uruskan syarikat.” ujar Tengku Hadi sebelum menyambung makan paginya. 


“Ma, pa, Sejak bila Delya..”


“Delya nak kahwin bila? Tak elok tunggu lama–lama, takut nanti kena kebas orang.” Delya menggaru kepalanya yang tidak gatal. Kebas orang? Lantaklah, dia tidak pernah bersetuju pun dalam hal perkahwinan.


“Ma, Pa. Please, don't force me. You know my condition right now.” ujar Delya, tidak tahan pula apabila ibu bapanya tidak memberi peluang untuk dia bercakap.


“Sampai bila nak ingat si Rafiq tu? Dia tu dah kira darah daging kamu. Kamu masih nak fikir pasal dia?” Tengku Delya hanya memandang makanan di hadapannya.


______________________


Delya bersiap–siap untuk berjumpa dengan si Rayyan. Walaupun dah bergaduh besar malam tadi, dia masih ingin tahu perkara yang lelaki itu ingin bincangkan.


Sewaktu dia sedang memandu, ternampak susuk tubuh yang sangat dikenali sedang melintas jalan. Selepas susuk tubuh itu pergi, Tengku Delya jadi kaku. Kereta yang dihon banyak kali tidak didengarnya. 


“Rafiq..” dia menyebut satu nama, yang dulunya memang terlalu rapat. Selepas dia mengelamun, baru dia sedar ramai yang sedang hon kereta mereka kerana lampu trafik sudah lama bertukar warna hijau.


Sampai sahaja di taman tema, terlihat Rayyan sedang menunggunya sambil memakai speck mata hitam. 


“Ehem!” Delya berdehem supaya Rayyan perasan akan kehadirannya. “Tak ada salam?” soal Rayyan sebaik sahaja melihat gadis itu. 


“Assalamualaikum!” suaranya ditinggikan, sakit hati pula apabila diperli begitu. Rayyan tersenyum senget apabila gadis itu berkelakuan begitu. 


“Tak sopanlah awak ni.” Delya mengeluh perlahan, dia sedang berhadapan dengan cikgu disiplin ke nak jaga adab ni? 


Delya mengambil tempat duduk di sebelah Rayyan. “My mom nak kita kahwin.” ujar Rayyan sambil menikmati suasana riuh kanak–kanak bermain. 


“Awak nak kahwin dengan saya ke?” soal Delya ingin tahu. Kalau dia ditanya, sudah tentu dia jawab tidak. 


“Saya ikut mummy saya je. Dia nak saya kahwin dengan awak, saya kahwin dengan awak.”


“Habis tu kalau mummy awak suruh kahwin dengan orang jahat? Awak kahwin jugak ke?”


“Kahwin jelah, asalkan dia perempuan.”


Delya mula mengeluh, dia langsung tidak jumpa kelemahan lelaki itu. 


“Masalah sekarang ni, saya taknak kahwin dengan awak encik Rayyan.”


Rayyan mendekati Delya, jarak antara mereka sangat dekat sehingga badan mereka tersentuh. Delya menjarakkan kembali badannya dan Rayyan makin mendekatinya. 


“Awak ni kenapa?”


“Awak tak menyesal ke lepaskan orang handsome macam saya ni?”


Wajah Rayyan ditenung dengan rasa meluat. “Saya tak menyesal pun lepaskan awak.” balas Delya sambil bibir diherot ke tepi. 


“Kalau awak tak terima saya, siapa nak terima awak?” Delya terus terdiam, dia cuba fahami maksud kata–kata yang disampaikan. 


“Ramai lagilah nak dengan saya!” 


“Siapa nak dengan orang macam awak ni? Dahlah cerewet. Suka buat hal pulak tu, saya ni je yang boleh terima awak dengan seadanya.”


Rayyan tersenyum kemenangan, akhirnya dia mampu membuatkan gadis itu terdiam dengan kata–katanya yang mendalam.

Previous: BAB 14
Next: BAB 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.