Home Novel Cinta Cinta Bertaut Di Hujung Rindu
Bab 23

Syafika merebahkan badannya di katil sebaik sahaja masuk ke bilik. Tangannya memegang telefon tangannya, melihat kalau-kalau ada panggilan atau mesej dari Haikal. Ada satu mesej dari Amri tertulis ‘ Nak tanya sikit. Fika konvo berapa haribulan? Saya akan menghadiri istiadat konvokesyen pada 22 haribulan nanti.’

 

Macam berjanji pulak, bisik hati Syafika. Memang  tarikh itulah tarikah konvokesyen dia.Ingatkan dah habis belajar ni tak perlulah lagi berjumpa dengan Prof tapi seolah-olah takdir menentukan yang mereka akan bertemu semula. Memang ada rasa rindu di hati Syafika. Bila melihat tarikh yang diberikan oleh Amri Syafika seakan tidak percaya. 22 haribulan itu memang tarikh istiadat konvokesyennya. Betullah seperti kata orang hidup ini penuh dengan suratan atau kebetulan.Macam tajuk lagu pula, bisik hati Syafika.

 

Hati Syafika berkira-kira untuk membalas sms Amri. Timbul pula rasa kasihan bila memikirkan Amri tertunggu-tunggu balasan sms darinya.Tapi di sudut yang lain pula Syafika rasa bersalah terhadap Haikal jika dia membalas sms Amri. Ah, pedulikan dia,bentak hati Syafika. Dia ada isteri yang boleh jaga diri dia.Aku ni siapa di hati dia? Syafika berkata di dalam hati. Perasaannya berkecamuk diantara ingin membalas sms Amri atau berterusan berdiam diri.

 

Tiba-tiba telefonnya berdering. Panggilan dari Shikin dijawab dengan segera oleh Syafika.

“Fika, tiket bas aku dah beli  petang tadi. Aku takut tiket habis, tu sebab aku beli cepat-cepat,” kata Shikin dengan suara yang ceria.

“ Eh, aku belum bagi lagi duit kau dah belikan. Pakai duit kau dulu ye? “kata Syafika.

“Habis? Takkan nak mintak dari Haikal pulak,” balas Shikin sambil ketawa mengilai.

“Apa kena mengena dengan Haikal . Aku yang nak pergi konvo takkan nak mintak duit dia,”balas Syafika.

“Haikal tu kedekutlah.Kalau akulah jadi dia, buah hati nak datang jumpa mesti aku belikan tiket kapalterbang,” kata Shikin sambil tertawa kecil.

“Ewah, ewah.Bukan main sedap lagi kau mengata boyfriend aku ye? Boyfriend aku yang kedekut tu kalau aku campak kat kau mesti berebut engkau sambut. Macam ikan piranha dalam sungai bila  dicampak daging,” kata Syafika.

“  Haha. Amboi, marah nampak. Aku gurau ajalah Fika. Dengan aku pun kau nak kecik hati?” kata Shikin cuba memujuk.

“Aku dah faham sangat perangai kau tu. Tak guna kecik hati dengan orang mulut laser macam kau ni,”balas Syafika.

Tiba-tiba telefon Syafika bergetar menandakan ada panggilan masuk. Dia sememangnya menjangka panggilan dari Haikal. Memang kebiasaannya Haikal akan menelefonnya pada waktu sebegini.

“ Sayang, I nak tanya,bila sayang datang ke KL? Bagitahu awal-awal ye bila tarikh dan waktu sampai. Bukan apa, takut nanti masa tu I ada kerja pulak.” suara lembut Haikal menerjah ke gegendang telinga Syafika.

“Tadi Shikin baru kejap telefon. Dia dah belikan tiket untuk sayang. Nanti sayang sms abang ye bila tarikh sayang sampai ke KL,” balas Syafika

 

Mereka bersembang selama beberapa minit. Tidak ada perkara luar biasa yang dibincangkan. Haikal sekadar bertanya tentang persiapan Syafika untuk majlis konvokesyen. Haikal menyatakan hasratnya agar Syafika berjaya mendapatkan pekerjaan di Kuala Lumpur sebaik sahaja tamat pengajiannya. .Hati Syafika berbelah bagi bila mengenangkan permintaan Haikal itu. Dia sedar jika jodohnya dengan Haikal,dia seharusnya berada  di sisi suami. Bila memikirkan keadaan itu hatinya agak sayu mengenangkan dia akan meninggalkan ibu, ayah dan adiknya di kampung.Biarlah masa yang menentukan, kata hati Syafika. Dia tidak mahu memandang terlalu jauh ke hadapan.

 

Sebaik sahaja menamatkan perbualannya dengan Haikal, Syafika teringat dia masih belum membalas sms dari Amri sebentar tadi. Tanpa berlengah dia menjawab ‘ konvo saya pada 22 haribulan, sessi pagi”

Beberapa minit kemudian Syafika menerima balasan sms dari Amri. “ Jumpa di sana” tulis Amri ringkas.

“ Insyallah,”balas Syafika.

 

Syafika hampr melelapkan mata apabila tiba-tiba telefon Syafika bergetar menandakan ada sms yang masuk. Dengan rasa mamai dan separuh mengantuk Syafika membaca sms yang dihantar oleh Amri. Dah dekat 12 malam prof ni tak tidur lagi ke? Kata hati Syafika.

“ Boleh saya telefon Syafika sekarang? Maaf jika menganggu” kata mesej yang dihantar.

“ Maaf prof.Saya dah nak tidur. Kenapa prof tak tidur lagi?” balas Syafika.

“ Saya tak boleh tidur sebab memikirkan sesuatu. Fikirkan buah hati kekasih orang,” balas Amri.

“ Prof. jom tidur,. Nite prof” balas Syafika sambil terus mematikan telefon bimbitnya. Dia tidak mahu diganggu oleh panggilan telefon mahupun sms dari sesiapa pun pada tengah malam ini.

 

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

 

Amri menunggu jawapan dari Syafika tetapi selepas menunggu kira-kira 5 minit Syafika tidak menjawab, Amri mengagak yang Syafika telah tidur. Dia rasa seolah-olah diberi nafas baru selepas Syafika sudi membalas smsnya selepas beberapa hari menyepi diri. Dia perlahan-alah bergerak meninggalkan bilik ruang bacaan menuju ke bilik tidur. Dia berbaring di sebelah Zurina yang lama diulit mimpi.Sebolehnya dia tidak ingin menganggu tidur isterinya tetapi Zurina sedar.

“Pukul berapa ni? Abang lewatnya tidur” tanya Zurina dengan acuh tak acuh.

“Ada kerja yang abang kena selesaikan, “ kata Amri sambil menarik selimut menutup badannya. Dia berpaling kearah Zurina dan mengucup dahi isterinya.

“ Nite sayang,”kata Amri. Selang beberapa minit kemudian dia hanyut dialun mimpi.

 

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

 

“ Tak baik tau kau tak habiskan makanan dalam pinggan tu,nanti rezeki lari tau,” kata Shikin sambil menunjuk kearah pinggan di depan Syafika yang masih berbaki sisa-sisa makanan.

“Yelah, yelah.Aku habiskan ni, puas hati? “ kata Syafika sambil mengutip sisa-sisa kentang goreng yang masih berada di dalam pinggannya.

 

Suasana bising di dalam restoran makanan segera itu tidak dihiraukan oleh mereka berdua.Syafika dan Shkin memang berjanji untuk bertemu di restoran itu setelah beberapa minggu mereka tidak berjumpa semenjak berpindah dari rumah sewa. Banyak perkara yang dibualkan setelah lama tak berjumpa. Secara kebetulan hanya Syafika dan Shikin saja yang datang dari negeri yang sama. Kawan-kawan yang lain datang dari seluruh pelusuk semenanjung Malaysia.

 

“Fika, nanti lepas konvo kita cari kerja di Kuala Lumpur sama-sama . Kalau dapat kerja nanti kita sewa rumah sama-sama. Kalau boleh aku tak nak kita terpisah.Semenjak sekolah menengah, masuk universiti. Lepas ni nanti dah kerja pun aku nak kita teruskan persahabatan kita ni, “ ujar Shikin

 

“ Aku pun tak ada kawan tempat berbincang kalau kita dah berjauhan. Selama ini kaulah tempat aku mengadu sebarang masalah. Kau lagi banyak tahu rahsia aku berbanding dengan mak aku dan Haikal sendiri,” kata Syafika sambil meneguk minuman yang berbaki.

 

“ Nanti bila aku kahwin, aku nak kau jadi pengapit aku. Bolehkan? “kata Syafika tersenyum memandang Shikin.

 

“ Itu kalau kau yang kawin dulu dari aku. Kalau aku yang kawin dulu dari kau, kau pulak yang akan jadi pengapit aku. Hihi,” gelak Shikin.

 

“ Engkau takkan kawin lebih awal dari akulah Shikin. Boyfriend pun tak ada lagi nak kawin macam mana,” kata Syafika.

 

“ Wah wah.Sedapnya mulut laser kau cakap macam tu. Orang kata jodoh pertemuan ni tuhan tentukan. Mana tau satu hari nanti putera raja tetiba datang masuk meminang.Terkejut beruk kau nanti. Hihi,” Shikin gelak besar sehingga menarik perhatian pelanggan restoran disekeliling mereka.

 

“Putera raja masuk meminang tu bagsulah. Jangan anak beranak Rajagopal atau Rajalingam pulak nanti,” kata Syafika bergurau.

 

“Aku tak kisah,janji keturunan raja jugak. Haha,” gelak Shikin.

 

“ Kau ni bukan tak cantik Shikin. Ramai aja lelaki yang berkenan pada kau. Cuma perangai kauni yang brutal sikit. Kau kena control ayu sikit. Aku perhatikan lelaki ni dia suka orang letak dia di tempat yang tinggi walaupun dari semua segi tak tinggi mana pun. Kita ada ijazah, dia spm aja tapi bila dalam hubungan dialah raja. Sikit-sikit ungkit pasal lelaki adalah ketua, lelaki adalah pemimpin sedangkan nak pimpin diri sendiri pun tak layak. Berlagak jadi ketua tapi suruh jadi ketua darjah pun kecut perut, “ kata Syafika.

 

“ Aku amat-amat bernasib baik sebab Haikal bukan lelaki macam tu.Dia menganggap aku ni sama rata dengan dia walaupun dia berpangkat besar. Bergaji besar.Aku akui Haikal lelaki yang baik,” ujar Syafika.

 

“Tau pun. Kau aja yang tak tau diuntung. Dapat lelaki sesempurna Haikal pun masih menggatal nak cari kekasih gelap,” kata Shikin.

“Eh, mana ada.Hihi,” Syafika gelak manja.

“Nanti aku bagitahu Haikal. Baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah,” kata Shikin dengan nada mengugut dalam bergurau.

 

“Ala Shikin. Akupun dah nak putus dengan prof tu. Aku nak jadi kekasih yang setia.Aku tau bukan mudah nak lupakan Prof tu tapi aku cuba,” kata Syafika dengan nada perlahan.

“Aku nak tanya kau sikit boleh? .Apa istimewanya Prof Amri tu? Aku tengok tak ada apa pun yang menarik tentang Prof tu,” kata Shikin.

 

“Mana boleh bagitau kau apa yang menarik tentang Prof tu. Tapi aku nak bagitau sesuatu. Kau buatlah kesimpulan sendiri. Orang tetua kata kelapa tua banyak santan. Kau faham-fahamlah maksud aku tu,” kata Syafika. Shikin terkebil-kebil mencari idea untuk menjawab kata-kata Syafika.

 

“Kes santan banyak tu lah yang ramai orang mati kena serangan jantung. Kan santan yang pekat ni banyak kolestrol. Aku lebih suka kelapa muda.Kelapa muda bubuh air batu , minum tengah panas memang best,” kata Shikin.

 

“Kau ni Shikin tak ada berjiwa sastera betul. Orang cakap bahasa sastera, bahasa metafora. Kau ni bagi terjemahan langsung pulak. Hihi, “ Syafika tergelak melihat muka Shikin yang nampak seperti kebingungan.

 

“Aku mengaku aku ni lurus bendul sikit,” kata Shikin sambil tersengih

 

“Aku nak tanya kau lagi. Kenapa kau nak aku jadi pengapit masa kau bersanding nanti?” tanya Shikin.

 

“Sebab mengikut petua orang tua-tua kalau kita nak bersanding kena pastikan pengapit kita tu tak secantik kita. Kalau pengapit lebih cantik cari pengantin nanti pengapit yang dapat tumpuan bukannya pengantin. Sebab tu aku piilih kau,”kata Syafika sambil tergelak besar.

 

“Jahat kau Fika,“ kata Shikin sambil cuba mencubit lengan Syafika. Syafika mengadoi kesakitan sambil menggosok gosok lengannya yang kemerah-merahan bekas dicubit Shikin.


 

Previous: Bab 22
Next: Bab 24

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.