Home Novel Cinta Cinta Bertaut Di Hujung Rindu
Bab 33

Haikal memerhatikan sahaja Shikin menyuap makanan. Terdetik di hatinya gadis yang duduk di depannya ada manisnya.

“ Apa tengok-tengok? Pelik sangat ke cara saya makan? Saya malulah awak tengok saya makan,” kata Shikin sambil mencebik bibir kepada Haikal.

Haikal cuma tersenyum sambil memandang ke arah Shikin. Sifat Shikin yang mudah mesra  menghapuskan jurang pemisah di antaranya dengan Haikal.

“Suka tengok awak makan. Nampak begitu berselera sekali, “ kata Haikal

“Itulah masalah terbesar yang saya hadapi. Semua makanan saya rasa sedap.Semua makanan begitu menyelerakan bagi saya,” kata Shikin sambil meneguk jus oren.

“Duduk KL tak sampai dua bulan badan naik macam dipam-pam. Kena dietlah lepas ni, “kata Shikin. Haikal cuma tersenyum.

“ Hujung minggu ni awak tak sibuk? Kalau tak sibuk jomlah kita keluar jogging,” kata Haikal.

“ Malaslah,”jawab Shikin ringkas

“Kata badan dah naik. Orang ajak pergi jogging tak nak pulak, “ kata Haikal memujuk Shikin untuk keluar berjoging.

“Saya ni jenis suka berehat di rumah kalau tak berkerja. Hujung minggu dua hari itulah saya gunakan untuk berehat. Hari-hari kerja , letih. Pergi kerja keluar rumah matahari pun belum terbit. Balik rumah dah terbenam matahari. Dalam seminggu tak nampak mataharilah saya ni,” kata Shikin.

“Sebab itulah saya nak ajak awak berjoging. Sekurang-kurangnya kulit awak tu taklah pucat sangat sebab 24 jam duduk dalam bilik berhawa dingin aja.Macam puteri lilinlah awak ni. Agaknya kena matahari terus cair. Haha. “ Haikal ketawa besar dengan jenaka ciptaannya.

Shikin memandang wajah pemuda tampan didepannya. Tiba-tiba dia teringatkan Syafika kawan baiknya yang juga kekasih Haikal. Kebelakangan ini mereka Shikin dan Syafika jarang berhubung. Masing-masing sibuk dengan tugas.

“Syafika sihat?”Shikin mengubah topik perbualan.

“Ntahlah.Patutnya awaklah lebih tahu dari saya samada Fika sihat atau tidak. Kan awak kawan baik dia,” kata Haikal dengan wajah sedikit suram.

“Eh, saya pulak.Awak tu kan boyfriend dia. Antara kawan dan kekasih manakah yang lebih penting?“ kata Shikin. Merasa sedikit tidak selesa dengan jawapan Haikal

“Saya tak tahulah samada ini mainan perasaan atau pun apa.Saya dapat rasakan hubungan saya dengan Fika semakin renggang,” kata Haikal.

“Kenapa awak kata macam tu? “tanya Shikin. Hilang sudah istilah encik yang digunakan terhadap Haikal.

“Entahlah.Naluri saya seolah-olah memberitahu dia ada orang lain, “kata Haikal.

Ingin rasanya Shikin menceritakan dari awal hingga akhir tentang Syafika dan Amri. Tapi dia tidak ingin menjadi pemusnah hunbungan dua kekasih yang telah terjalin begitu lama.

“ Haikal,hubungan jarak jauh memang susah nak dipertahankan. Tapi saya dah kenal Fika begitu lama. Fika bukannya seorang gadis yang begitu mudah berubah hati, “ kata Shikin cuba meyakinkan Haikal

“Harapnya begitulah. Cuma rasa musykil juga bila tengok dia macam susah sangat nak tinggalkan Kelantan. Macam ada sesuatu yang menambat hatinya untuk tinggal diKelantan, “ kata Haikal

“ Mestilah. Kan mak bapak dia duduk kat sana. Semua orang berat hati nak tinggalkan mak bapak.Ke awak tak apa berjauh dari mak bapak? “ kata Shikin.

“ Sampai bila nak duduk bawah ketiak mak bapak, “ kata Haika. “ Tengok awak ni, mudah-mudah aja boleh berhijrah ke Kuala Lumpur ni. Tak ada masalah pun,” sambungnya lagi.

“Sebagai kawan pada Syafika saya cuma boleh bagi pandangan dan nasihat. Selebihnya keputusan di tangan Syafika sendiri. Saya tau Fika sayang sangat-sangat kepada awak.Siapa tak sayang bakal suami jurutera. Kacak pulak tu.Kalau saya pun dapat suami macam awak saya tak lepas sampai mati, hihi, “ kata Shikin.

“ Haha. Awak ni lawaklah. Ramai aja yang jauh lebih kacak dari saya. Dah dah, jangan puji saya lagi. Naik segan saya ni, “ kata Haikal.

“ Jom, dah lewat kita ni, “ kata Haikal sambil bangun dan mencapai bil yang berada di atas meja.Ketika itu juga Shikin ingin mengambil bil yang sama. Tangan mereka bersentuh dan jantung Shikin berdetak apabila jarinya tersentuh tangan Haikal.

“Eh, biar saya bayar, “ kata Haikal cuba merampas bila yang tergenggam erat di tangan Shikin.

“Tiap kali keluar awak aja yang bayar. Awak makan sikit.Saya yang makan banyak biarlah saya yang bayar,” kata Shikin berkeras sambil mengenggam erat bil di tangannya.

Haikal cuba membuka genggaman tangan Shikin sambil tertawa. Perbuatan mereka mengundang pandangan pelanggan lain di restoran itu. Akhirnya Shikin mengalah dan membuka genggaman tangannya.

“Tengok ni.Sampai lunyai resit ni” kata Haikal.

Mereka berdua tertawa dengan gelagat masing-masing. Pelanggan restoran yang berada di sekeliling mereka hanya mampu memandang dan cuba memahamai gelagat pasangan yang seolah-olah sedang dilamun cinta

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Sebaik sahaja sampai ke rumah selepas menghantar Shikin barulah Haikal meneliti telefonnya.Ada 12 missed calls dari Syafika. Serta merta dia menelefon Syafika walapun pada ketika itu sudah hampir 11.30 malam.

“Sayang dah tidur ke? Sorry abang tak perasan sayang call sebab abang silentkan telefon, “kata Haikal

“Tak tidur sebab tunggu abang telefonlah ni, “ kata Syafika. “ Kenapa abang silentkan telefon.Jarang abang silentkan telefon,”

“Abang ada perbincangan tadi, “ kata Haikal. Perbincangan dengan Shikin pun dikira perbincangan jugalah tu, bisik hati Haikal cuba mewajarkan tindakannya yang berbohong kepada Syafika.

“Abang janganlah kuat sangat bekerja.Sayang takut nanti kesihatan abang akan terjejas.Siang kerja, malam kerja. Masa bila abang nak berehat, “ kata Syafika seolah berleter.

“ Beberapa hari lepas bos sayang kena serangan jantung. Nasib baik panjang umur lagi, “ kata Syafika bersungguh-sungguh.

“Sayang jangan risau. Abang jaga kesihatan. Abang sekarang rajin berjoging tau. Nanti sayang jumpa abang mesti terkejut tengok abang dah slim, dah tak boroi,” kata Haikal cuba menceriakan Syafika.

“ Bila pulak abang pernah boroi? Sayang tengok abang slim aja. Kalau abang boroi, sayang pun tak nakkan abang tau. Hihi, “ kata Syafika. Pada ketika itu dia terbayang wajah Amri yang sedikit boroi. Timbul pula  rasa bersalah di hati Syafika.

“ Sayang  ni kan. Suka mengusik abang. Nanti kalau abang boroi macam Santa Claus mesti sayang cari lain kan? “ kata Amri dengan nada merajuk yang dibuat-buat.

“ Eh, taklah. Sayang tetap sayangkan abang walau abang dalam keadaan macam mana pun.Takkan ada orang lain di hati sayang ini, “ ketika itu hati Syafika merasa bersalah atas kenyataan bohongnya.

“Sayang, bila abang boleh hantar rombongan meminang sayang? “ Haikal bertanya.

Tersentap perasaan Syafika mendengar pertanyaan Haikal. Dia terbayang apakah perasaan Amri jika mendapat tahu dia bakal bertunang. Syafika risaukan kesihatan Amri yang belum benar-benar pulih dari serangan jantungnya. Jika terjadi apa-apa terhadap Amri disebabkan oleh berita pertunangannya mesti Syafika akan merasa begitu bersalah.

“ Alah, sayang baru aja tiga bulan kerja. Kan dah janji nak bagi sayang kerja paling tidak pun setahun. Tak sampai hati nak tinggalkan Ma dan abah,” kata Syafika berdalih.

Haikal merasa agak kurang sabar dengan sikap Syafika yang cuba berdolak dalik kebelakangan ini bila diajak bertunang.

“Abang bukan suruh sayang  pindah ke KL sekarang. Kan abang tanya bila abang boleh masuk meminang. Nampak sayang memang dah mengantuk sangat ni, “ kata Haikal

“Kalau kita dah bertunang pun apa salahnya saya bekerja di Kelantan. Tapi lepas nikah memang abang nak sayang duduk dengan abang di KL lah. Takkan sorang di sana, sorang disini. Nafkah batin bukan boleh dipos.Haha” kata Haikal

“Kesitu pulak perginya abang ni. Abang bersabarlah ye. Sampai masa nanti adalah jodoh kita.Sayang kalau boleh tak nak bertunang lama-lama. Tunang sekejap aja. Kalau tak bertunang nikah terus pun sayang lagi suka,” terbayang di mata Syafika kekecewaanAmri di hari  pernikahannya dengan Haikal nanti.

“Sayang, jom tidur. Dah dekat pukul 12 ni. Nanti besok susah nak bangun , “ kata Haikal

“Ok abang, Abang jaga diri ye.Sayang sentiasa teringat pada abang. Love you abang, “ kata Syafika. Pembohongan ketiga sepanjang perbualan dia dengan Haikal pada malam ini. Dia sendiri boleh merasakan ingatanya terhadap Haikal semakin pudar sebaik sahaja dia bersama dengan Amri.

Susah, susah,kata Syafika sambil matanya terkebil-kebil memandang siling.Dia sendiri tidak dapat membayangkan apakah kesudahan kisah percintaanya  dengan Haikal.Adakah dia mampu mempertahankan cintanya terhadap lelaki yang berjaya mencuri hatinya dan memberikan makna cinta kepada dirinya buat kali pertama di dalam hidupnya.

Wajah Amri dan Haikal bersilih ganti di dalam kotak minda Syafika. Perlahan-lahan air matanya mengalir. Dia sayang kedua-dua lelaki itu. Ya Allah, kenapakah kau beri dugaan seberat ini kepada hambamu yang lemah, kata Syafika.

Syafika bangun dari katilnya disaat jarum jam menunjukkan hampir puku1 1 pagi. Dia mengambil wudu’ dan bersembahyang solat Isytikharah agar Allah memberi  petunjuk jalan yang terbaik untuknya.

Selepas bersembahyang jiwanya semakin tenang dan Syafika melelapkan mata semasa malam menginjak ke dinihari


 

Previous: Bab 32
Next: Bab 34

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.