Home Novel Cinta Cinta Bertaut Di Hujung Rindu
Bab 16

“Assalamualaikum Ika,” Amri berkata sebaik sahaja Syafika menjawab panggilan telefonnya.“ Ika ok ke ni? “ tanya Amri.

“ Saya ok. Prof dah sarapan?” tanya Syafika.

“ Saya sarapan kat rumah tadi” jawap Amri ringkas.

“ Malam tadi saya minta maaf kalau Ika  terasa hati dengan apa yang saya cakapkan tentang consultation fee tu. Saya cuma bergurau” kata Amri sambil memandang foto keluarganya yang terletak di almari kabinet di dalam pejabatnya. Gambar sekeluarga itu diambil beberapa tahun lepas semasa mereka bercuti di luar negara.

“ Tak marah pun cuma bila Prof cakap macam tu ada baiknya juga. Sekurang-kurangnya mengingatkan saya yang  saya adalah pelajar dan Prof adalah pensyarah. Semoga kita tidak melanggar batas sempadan pergaulan kita.Saya pun memang anggap Prof sebagai ayah saya sendiri. ” kata Syafika.

“ Janganlah cakap macam tu. Saya mungkin Prof di universiti ni tapi bila saya berchatting dengan awk saya adalah manusia biasa. Lagipun gelaran Prof tu bukan boleh bawak mati pun kan” kata Amri.

“ Lepas ni boleh tak jangan panggil saya Prof lagi?’ kata Amri.

“ Boleh tapi Prof kena setuju dengan panggilan gantian ni. Kalau Prof tak setuju saya akan guna panggilan Prof ni sampai bila bila. Deal?“ kata Syafika sambil ketawa kecil.

“ Wah ada syarat pulak. Ok , saya nak tanya. Kalau Ika tak nak panggil saya dengan panggilan Prof  apa panggilan gantian yang Ika nak guna?” tanya Amri.

“Saya nak ganti panggilan Prof tu dengan panggilan sayang. Boleh tak? “ kata Syafika sambil ketawa.

 

Amri tertawa mendengar kata-kata Syafika. Seakan tidak percaya dengan apa yang didengarnya.Hatinya rasa berbelah bagi antara bangga dan gementar. Bangga kerana pada usia sebegini masih ada gadis muda yang sanggup melayannya berbicara sebegitu. Pada masa yang sama dia rasa gementar kerana dia merasakan bahawa hubungannya dengan Syafika sudah melampaui batasan hubungan sebagai seorang pensyarah dan pelajar.

 

“ Ok. Nanti saya akan bawa usul menggantikan panggilan Prof dengan perkataan sayang dalam mesyuarat Senat petang nanti. Nanti kalau usul itu diterima semua pelajar-pelajar akan menggunakan istilah sayang kepada semua profesor di Universiti Permata Timur ini. Ini akan menimbulkan kesan yang baik kepada suasana persekitaran universiti kita. Universiti yang penuh dengan kasih sayang . Nanti saya akan cadangkan tagline Universiti Pertama Timur, Universiti Kasih Sayang. Ok tak? ‘ kata Amri sambil ketawa.

 

Syafika ketawa besar mendengar kata-kata Amri. Ketawanya menarik perhatian pelajar-pelajar yang sedang menelaah pelajaran di Pusat Pelajar itu. Seorang dua dikalangan mereka menunjukkan isyarat kepada Syafika agar memperlahankan suaranya. Syafika menunjukkan tanda meminta maaf kepada mereka semua sambil berjalan keluar meninggalkan Pusat Pelajar itu.

 

“ Kita dah lama bercakap ni. Saya takut menganggu Prof. Mungkin Prof sibuk.” Kata Syafika sambil melabuhkan punggungnya di sebuah bangku di luar Pusat Pelajar.

 

“ Pagi ni saya tak sibuk. Petang nanti ada mesyuarat Senat .Saya nak tanya Ika, kalau saya ajak Ika keluar dengan saya Ika setuju tak? “ kata Amri.

 

Berderau darah Syafika mendengar pertanyaan Amri tu. Dia tidak menyangka Amri  sanggup mencadangkan agar mereka berjumpa.

 

“ Prof orang penting di Universiti  ini.Saya cuma pelajar saja. Rasanya tak manis kalau orang nampak kita berdua. Prof kena jaga nama baik Prof. Bukan saya tak sudi berjumpa dengan Prof tapi saya tau di kampus ni banyak mata memandang. Maaf ye Prof. Saya rasa belum masanya untuk kita berjumpa. Saya rasa lebih selesa kita berhubung dengan cara begini. Mintak maaf banyak-banyak. “ kata Syafika sambil hatinya berbunga rasa bangga dengan undangan dari Prof Amri tu.

“ Ok. Saya faham kalau Ika keberatan untuk keluar dengan saya” Amri berkata cuba menyembunyikan kekecewaannya.

“ Kalau saya bawak kawan masa jumpa dengan Prof boleh tak? “ kata Syafika cuba menguji Amri.

“ Kalau kita nak jumpa saya lebih selesa kita jumpa berdua aja. Ika tak percayakan saya ke?”tanya Amri.

“ Bukan soal tak percaya tapi saya lebih fikirkan apa orang kata. Prof kena jaga nama  baikProf.” kata Syafika.

“ Tak apalah kalau Ika kata macam tu. Nanti kalau Ika ubah fikiran Ika beritahu saya. Kalau Ika tak setuju untuk kita berjumpa pun saya tak terasa hati. Ika, saya nak keluar sekejap lagi. Petang ni ada mesyuarat.”

“ Terima kasih Prof kerana sudi menelefon saya. Terima kasih juga atas undangan Prof untuk kita berjumpa. Nanti saya akan bawa usul itu dalam mesyuarat Senat malam nanti.Hihi” Syafika tertawa.

“ Pelajar pun ada Senat juga ye” kata Amri.

“ Mestilah.Bukan pensyarah aja yang ada mesyuarat Senat. Prof saya pun nak bergerak ke kelas ni. Terima kasih sebab sudi menelefon saya. Bye sayang. Assalamualaikum”kata Syafika sambil mematikan telefon tangannya.

 

Sebaik sahaja dia mematikan telefon Syafika termenung sejenak memikirkan semula perbualannya dengan Amri sebentar tadi. Dia ingin terus memberitahu Shikin tentang ajakan Amri tapi dia boleh mengagak yang Shikin tentu tidak akan setuju jika Syafika ingin berjumpa dengan Amri. Tiba-tiba timbul rasa bersalah terhadap Haikal. Dia menaip sms kepada Haikal. Sayang, I love you forever.

 

Syafika menunggu beberapa detik menanti jawapan dari Haikal tetapi hampa. Dia bergerak menuju ke arah bilik kuliah sambil sesekali matanya melihat telefon tangannya,kalau-kalau Haikal membalas sms yang dihantarnya tapi tidak ada sebarang jawapan dari Haikal. Mungkin dia tengah sibuk tu, bisik hati Syafika cuba memujuk dirinya sendiri.

 

Kuliah pagi itu begitu membosankan. Shikin yang dikenali sebagai kembar Syafika pula tidak hadir kuliah kerana sakit perut.Sesekali Syafika mengerling kearah telefon tangannya namun balasan sms dari Haikal tak kunjung tiba.Tiba-tiba perasaan bercampur baur datang menyelinap di minda Syafika. Marah, kecewa dan sedih silih berganti.Syafika bangun meminta izin keluar sebentar dari bilik kuliah.Pelajar-pelajar lain memandang kearah Syafika dengan perasaan tertanya-tanya.

 

Syafika menghantar sms kepada Amri yang berbunyi ‘ Saya setuju untuk keluar dengan Prof. Saya harap Prof dapat hubungi saya lepas saya habis kuliah pukul 12 nanti’ . Selepas menghantar sms itu Syafika masuk semula ke dalam bilik kuliah untuk menyambung kuliah.

 

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Sebaik menerima sms dari Syafika Amri seakan ingin bertempik kegembiraan. Dia tak sangka semudah itu Syafika berubah fikiran. Matanya melihat jarum jam yang menunjukkan jam 1130 pagi. Kalau ikutkan hati mahu saja dia menelefon Syafika tika dan saat itu juga. Sabar Amri, sabar. Bisik hati Amri cuba menenangkannya.

Sebaik saja jarum jam menunjukkan pukul 12.05 Amri terus menelefon Syafika. Dengan satu deringan sahaja Syafika mennjawab panggilan itu. Seolah-olahnya dia memang menunggu panggilan dari Amri.

“ Serius ke ni Ika nak jumpa saya?” tanya Amri.

“ Kalau Prof sudi saya ok aja . Cuma macam saya kata pada Prof pagi tadi. Saya fikirkan tentang Prof. Prof orang besar universiti ini. Nanti kalau orang tau nama baik Prof juga akan terjejas,” kata Syafika.

“ Ye . Saya tahu semua tu. Tapi kalau jumpa dengan Ika pun kita bukan buat perkara tak baik”kata Amri cuba meyakinkan Syafika.

“ Saya faham Prof tak ada niat tak baik pada saya. Itu kita tahu tapi orang yang nampak kita takkan tahu. Mereka nanti akan fikir yang buruk-buruk. Saya tak keberatan jumpa dengan Prof cuma saya harap Prof fikirkan habis-habis samada wajar atau tak kita jumpa di luar” kata Syafika cuba bermain tarik tali dengan Amri.

“ Tak apalah kalau Ika kata macam tu. Terima kasih kerana menghampakan saya untuk kali kedua, “ kata Amri ketawa kecil.

Terdetik rasa simpati Syafika .Rasa kesian pun ada bila dia memikirkan Amri yang kecewa dengan penolakan itu.

“ Prof, kalau saya bagi cadangan boleh tak? Kalau-kalau Prof setuju dengan cadangan saya ni”kata Syafika.

“ Cadangan macam mana tu?” tanya Amri.

“ Hujung minggu ni saya nak balik kampung. Apa kata kita jumpa di Kota Bharu aja. Jauh sikit dari kampus kita ni,” kata Syafika memberi cadangan

 

Bandar Kota Bharu sejam perjalanan dari kampus Universiti Permata Timur. Mungkin tidak ramai pelajar Universiti Permata Timur yang ke Kota Bharu pada hujung minggu.

“ Nanti kita bincang semula sebab saya pun kena tengok jadual saya hujung minggu ni.Maklumlah sebagai lelaki berkeluarga banyak perkara yang saya kena tengok. Nak tengok jadual anak tuisyen. Nak tengok masa nak pergi pasar. Ada seribu satu kerja kena buat hujung minggu,” kata Amri

Hati Syafika tiba-tiba merasa jengkel dengan ucapan Amri. Sama aja orang lelaki ni. Yang bujang gila berkerja. Yang dah kawin susah pulak sebab banyak sangat urusan .

“Tak apalahProf. Saya cadang aja tapi kalau Prof ada urusan lain saya faham,” kataSyafika.

“ Nanti dulu.Apa kata kita jumpa malam ni?Malam ni saya kena hadir forum di kampus. Saya boleh habiskan forum tu awal sikit. Saya ambil Ika dari rumah sewa Ika. Kalau setuju lah” kata Amri.

“ Malam? Saya rasa tak selesalah nak jumpa Prof malam-malam. Nanti apa pulak kata kawan serumah saya. Saya tak pernah keluar malam sorang-sorang. Mintak maaf Prof.Kalau ada rezeki kita jumpa kita jumpalah. Kalau tak ada rezeki nak jumpa kita jumpa secara maya ajalah ye Bye Prof. Assalamualaikum “ Syafika mematikan panggilan.

Sekali lagi Amri kecewa dengan jawapan Syafika.

Lantas dia mendail semula nombor telefon Syafika. Syafika menjawab.

“ Ok. Saya setuju kalau kita jumpa di Kota Bharu Jumaat ni. Nanti kita bincang  di mana nak jumpa” kata Amri.

Hari Jumaat adalah hari cuti umum di Kelantan.

“ Prof. Hari Jumaat orang pergi masjid beribadat bukannya keluar berdating. Hihi. Maaf ye Prof sebab saya ni seolah -olah nak mengajar Prof pulak”kata Syafika.

Amri merasa sedikit malu dengan kata-kata Syafika.Dia terus bertanya kepada Syafika

“ Kalau macam tu apa kata kita jumpa hari Khamis aja. Ika nak balik kampung hari apa?” tanyaAmri

“Saya balik kampung petang Khamis. Hari Jumaat dan Sabtu tak ada kuliah’ kata Syafika.

“ Boleh saya tahu kampung Ika kat mana?” tanya Amri.

“ Kampung saya di Bachok tapi biasanya tiap minggu saya akan ambil teksi ke Kota Bharu. Abah tunggu di Kota Bharu”terang Syafika.

“ Apa kata Khamis ni saya hantar Ika balik terus ke rumah Ika. Kalau Ika setuju saya hantar Ika terus ke rumah” kata Amri.

Syafika agak terkejut dengan pelawaan Amri itu. Mana mungkin untuk dia menerima pelawaan Amri sedangkan Ma  dan abahnya tahu hubungannya dengan Haikal.

“ Saya duduk kawasan kampung Prof. Saya rasa tak berani lah kalau Prof nak hantar saya sampai ke depan rumah. Tapi kalau Prof nak juga berjumpa saya apa kata Prof hantar saja saya ke Kota Bharu. Nanti dari Kota Bharu saya minta abah datang ambik. Kalau abah ada urusan saya akan naik teksi aja balik kerumah. Tapi kalau menyusahkan saya boleh aja ambil teksi dari universiti terus ke Kota Bharu. Rumah Prof kat mana? “ tanya Syafika.

“Tak menyusahkan pun.  Lagipun memang saya biasa ke Kota Bharu tu.Jangan risau tentang saya” kata Amri cuba meyakinkan Syafika.

“Anak Prof nanti sapa nak ambik dari sekolah? Isteri Prof nanti tak tanya ke buat apa ke Kota Bharu?” tanya Syafika lagi.

“ Yang tu Ika jangan risau. Nanti saya akan arrange  semua tu. Yang penting Ika setuju kelua rdengan saya, “ kata Amri bersungguh –sungguh.

“ Ok. Nanti kita bincang macam mana. Hari ni pun baru Selasa. Ada dua hari hari lagi untuk kita bincang macam mana. Mana tau dalam tempoh dua hari saya akan berubah fikiran.Hihi” Syafika tertawa mengusik Amri. Amri menyambut tawa Syafika dengan senyuman. Dalam hatinya menaruh harapan tinggi agar Syafika tidak mengubah fikirannya menjelang Khamis nanti.

Previous: Bab 15
Next: Bab 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.