Home Novel Cinta Cinta Bertaut Di Hujung Rindu
Bab 7

Ika: Assalamualaikum

Abang Pemikir:Walaikum Salam. Ika sihat? Berdebar tadi tengok Ika.

Ika: Ye ke.Ingatkan Pak cik tak nampak saya tadi

Jawab Ika sambil merenung wajah Profesor Amri di layar komputer bimbitnya.Ika terpandang senyuman yang terukir di bibir lelaki berusia mencecah   hampir  separuh abad itu.

Abang Pemikir:Takkanlah saya tak nampak. Cuma sengaja buat-buat tak nampak sebab  nampak awak berjalan dengan kawan awak tadi.

 

Ika: Malulah saya pak cik kena tenung macam tu. Pak cik tengok  saya macam nak makan saya aja tadi. Hihi

Abang Pemikir:Mana ada. Tu renungan biasa ajalah. Mana pulak nak makan orang.

Ika: Hihi. Pakcik ni hensem lah.

Abang Pemikir:Wah, sejak bila pandai memuji ni? Awak pun apa kurangnya. Cantik. Nasib baiklah awak dah berpunya, kalau tak mesti saya buat awak jadi calon menantu. Hehe

Ika: Pak cik ni.Saya kan dah tua. Takkan sesuai nak jadi calon menantu pak cik. Tapi kalau nak jadi anak angkat pak cik boleh tak?

Abang Pemikir:Boleh aja. Cuma dah tua-tua ni rasa macam tak terangkat aja anak dara orang.Haha.

Ika: Alah pakcik ni. Kalau Pak cik tak boleh angkat Ika biar Ika aja yang angkat pak cik

 

Tiba-tiba telefon Syafika bergetar menandakan ada mesej yang masuk.Dia menyangka sms dari Amri tapi rupanya dari Haikal.Dia berasa sedikit kecewa.

 

Seperti biasa Haikal bertanyakan tentang aktiviti sehariannya. Syafika membalas sms Haikal sambil mata masih merenung telefon, berharap Profesor Amri akan menelefonnya. Dari seminit ke seminit Syafika menunggu tapi panggilan yang ditunggunya tak kunjung tiba.

 

Rupanya pak cik ni sengaja nak kenakan aku, bentak hati Syafika. Dia terasa dipermainkan oleh pak cik @ Abang Pemikir. Hatinya nekad untuk tidak akan lagi melayan Abang Pemikir jika Abang Pemikir tak menelefon  dia pada malam ini.

 

Sambil berbaring di katil mata Syafika merenung jam dinding di biliknya. Dah hampir 12 tengah malam. Syafika bangun memadam lampu. Sebaik sampai di katil, dia menarik selimut menutupi kepalanya. Fikirannya jauh melayang mengingatkan peristiwa yang berlaku sepanjang hari ini. Terbayang-bayang di mindanya wajah Profesor Amri merenung mukanya. dalam jarak cuma tak sampai 1 meter dari tempat berdiri memanglah dia amat tergamam.Di hati Syafika terbit rasa kegembiraan. Perasaan yang dah lama dia tidak kecapi. Dia sendiri keliru apakah perasaan itu cinta? Mustahil itu adalah cinta kerana dia sudah ada buah hati yang jauh lebih muda dan kacak dari lelaki pertengahan umur yang layak dipanggil ayah.

 

Ya Allah ya tuhanku. Hapuskanlah kekeliruan yang melanda diriku ini. Berikanlah kekuatan untuk aku terus setia kepada Haikal. Hati Syafika berkata-kata.Aku nak jadi kekasih yang setia. Hati Syafika tiba-tiba rasa sayu bila teringatkan kesilapan yang dia telah lakukan tanpa  pengetahuan kekasihnya itu. Walau sekecil mana pun kesilapan itu, hati Syafika tetap merasa bersalah.

 

Tiba-tiba telefonnya berbunyi menandakan ada sms yang masuk. Syafika lantas mengambil telefon dan membaca mesej di telefon itu.mesej yang berbunyi ‘Selamat Malam Ika dari Abang Pemikir’ melonjakkan satu macam perasaan dalam diri Syafika. Hilang segala resah yang melanda dirinya sebentar tadi.

 

Hati Syafika terasa ingin membalas sms dari Amri tetapi dia rasa takut. Mana tau mungkin menganggu Amri yang sedang bersama isteri kesayangannya. Dia membayangkan tika dan saat ini Amri mungkin sedang berbaring di katil bersama isterinya. Mungkin Amri sedang bebual dengan isterinya.Segala kemungkinan bermain di minda Syafika. Tiba-tiba rasa cemburu menghantui fikiran Syafika.

 

“Aku ni dah gila agaknya. Cemburu pada orang yang bukan milikku.Gila, gila, gila, “ bentaknya di dalam hati. Dalam kegelapan malam dia terlelap.

 

.............................................................................................................................................................

 

Suasana hingar bingar di dalam dewan itu tiba-tiba menjadi sunyi sepi sebaik sahaja pengacara majlis mengumumkan ketibaan Menteri Pendidikan. Kelihatan di muka pintu dewan Menteri Pendidikan berjalan masuk menuju keatas pentas sambil diiringi oleh Naib Canselor Universiti Permata Timur dan beberapa orang yang lain termasuk Profesor Amri.

 

Majlis dimulakan dengan nyanyian Negaraku dan lagu Universiti Permata Timur, diikuti dengan ucapan alu-aluan dari Naib Canselor Universiti.Selepas itu Menteri Pendidikan dijemput menyampaikan ucapannya.

 

Seperti biasa Menteri memulakan ucapan dengan menyebut nama pihak pengurusan kanan universiti. Hati Syafika berbunga rasa bangga apabila nama Profesor Amri disebut oleh menteri. Senyum menguntum dibibirnya. Dia merasakan pada ketika itu dialah mahasiswi yang paling gembira di dalam dewan itu.

 

Tiba-tiba telefon  yang dipegangnya dan telah diletak dalam  silent mode bergetar menunjukkan ada sms yang masuk. Dia membaca sms itu. “Ika duduk di barisan mana?’ Rupa-rupanya sms itu datang dari Amri yang sekarang duduk di atas pentas.

Ika lantas menjawab “ Di tengah-tengah ni. “ Walaupun dia tau agak sukar untuk Amri melihat Syafika di celah-celah ratusan  pelajar yang memenuhi dewan yang luas itu.

 

“Pak cik hensem sangat hari ni. Ika bangga tau dapat jadi anak angkat Profesor Amri.” tulis smsSyafika kepada Amri.

 

“Ika pun apa kurangnya, cantik , pandai’. Balas Amri.

 

Ucapan Menteri Pendidikan langsung tidak dihiraukan oleh Amri dan Syafika. Sesekali tepukan bergemuruh diberikan dan Menteri Pendidikan tersenyum lebar dan menjadi lebih bersemangat meneruskan ucapannya.

 

“Ika pakai baju warna apa? Cuba lambaikan tangan pada kami kat atas pentas ni. “ kata Amri menerusi sms yang dihantarnya.

 

“ Prof ni, mana boleh buat macam tu. Nanti kalau Menteri tu berkenan dengan saya dan nak buat saya sebagai menantu, melepas anak Prof. hihi” balas Syafika

 

“Sejak bila pulak panggil saya Prof ni? Kan panggil saya pak cik” Balas pula Amri

 

“Saya tak nak panggil Prof, tak nak jugak panggil pak cik tapi saya nak panggil sayang, bolehke? “ ujar Syafika menerusi smsnya.

 

Amri tersenyum membaca sms dari Syafika. Pada ketika itu sekali lagi semua yang berada didalam dewan bertepuk tangan. Amri pun turut bertepuk tangan tanpa mengetahui apakah yang dikatakan oleh Menteri sehingga semua bertepuk tangan.

 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

Mata Amri ligat mencari Syafika di celah-celah ratusan mahasiswa dan mahasiswi yang sedang berada di bawah. Memang bukan satu perkara yang mudah untuk mencari Syafika. Dari sudut pandangan Amri kesemua mahsisiwa dan mahasiswi yang berada di bawah kelihatan hampir serupa.  Ucapan Menteri Pendidikanyang meleret-leret membuatkan ramai hadirin yang melihat jarum jam dan mengharapkan penamatan segera ucapan itu. Ada juga yang kelihatan menguap dan sesekali terlentuk .

 

Amri tersenyum melihat gelagat hadirin yang sedang mendengar ucapan.Dalam hatinya terfikir‘agaknya macam inilah rasanya pelajar-pelajar yang jemu mendengar kuliahnya yang berjela-jela.Sambil itu mata Amri liar mencari di manakah Syafika.

 

Tiba-tiba pandangannya tertumpu di kelompok tengah dalam dewan. Dia melihat seakan-akan Ika yang berada dicelah-celah khalayak. Amri terus menghantar sms ke telefon bimbit Ika. “Saya dah nampak awak.Pakai baju warna merah tudung merah. Betulkan?”

Syafika tersenyum sebaik menerima sms dari Amri. “ Salah.” Dia menjawab ringkas. Dalam hati Syafika berkata, biar pak cik tu tercari-cari. Jahatnya aku, bisik hatiIka.

 

Selepas kira-kira sejam berucap, Menteri Pendidikan menamatkan ucapannya sambil disambut dengan rasa lega oleh semua yang hadir.

 

Pengacara majlis mengumumkan semua hadirin dijemput menjamu selera di luar dewan sementara tetamu kehormat bergerak menuju ke bawah untuk menjamu selera di bilik kenamaan. Semua hadirin berdiri menghormati Menteri Pendidikan dan para pengiringnya yang sedang bejalan menuju ke bilik jamuan.

 

Sesekali  Menteri Pendidikan berhenti dan berjabat tangan sambil berbual kecil dengan beberapa orang siswa dan siswi. Sikap  ramah beliau membuatkan siswa dan siswi berebut-rebut untuk berjabat tangan dengan beliau.

 

Tiba-tiba tanpa disangka-sangka Menteri Pendidikan berjalan menuju ke arah di mana Syafika dan rakan-rakannya sedang berdiri. Langkah beliau diiringi oleh Naib Canselor dan beberapa pegawai kanan universiti termasuk Amri.

 

Sekali lagi jantung Syafikah seakan gugur apabila Menteri Pendidikan menyapanya.

 

“Nama siapa?Buat kursus apa?” Tegur Menteri Pendidikan dengan senyum.

 

Ketika itu Syafika merasakan seolah-olah nak pitam. Bukan sebab soalan itu tetap apabila semua mata tertumpu kepadanya terutamanya pandangan dari Profesor Amri.

 

“Syafika. KursusPerakaunan.” Jelas Syafika dengan suara sedikit bergetar.

 

“Oh. Bakal akauntanlah ni. Baguslah.” Ujar Menteri.

 

Selepas bertanya satu dua soalan tambahan kepada Syafika, Menteri Pendidikan berserta rombongan beredar. Syafika sempat menjeling kearah Profesor Amri. Profesor Amri melemparkan senyum kepada Syafika sambil bergerak bersama dengan rombongan Menteri Pendidikan.

 

Sebaik sahaja rombongan Menteri Pendidikan telah berada di luar dewan, suasana di dalam dewan menjadi hingar bingar. Kesemua hadirin turut bergerak menuju ke muka pintu untuk sama-sama menjamu selera di luar dewan.

 

“Merah sangatlah Mak Ngah. Macam orang dulu-dulu.” Kedengaran suara seorang lelaki di belakang Syafika. Syafika menoleh kebelakang .Kelihatan di belakang Syafika , Kamarul sedang berdiri sambil tersengih.

 

Dengan suara yang sedikit tinggi Syafika menjawab, “ Ikut akulah. Nak pakai merah ke, hijauke, biru ke, kau apa peduli? “ Syafika memuncungkan bibir seolah-olah marah dengan Kamarul. Kamarul cuma ketawa kecil sambil turut bergerak ke arah pintu.

 

Di luar dewan siswa dan siswi berpusu-pusu menghampiri meja. Di atas meja terhidang pelbagai jenis makanan tapi Syafika tak suka berasak-asak untuk berebut makanan.Kamarul lantas menyuruh Syafika menunggu sambil dia mengambil makanan untuk Syafika dan Shikin.

 

Sebaik menerima pinggan berisi makanan dari Kamarul, Syafika, Shikin dan Kamarul bergerak mencari ruang untuk menjauhkan diri dari kelompok yang ramai.

 

Mereka  bertiga duduk di kerusi yang agak jauh dari kelompok yang ramai.Sambil menikmati kuih-kuih Syafika, Shikin dan Kamarul bersembang. Entah kenapa Syafika hilang selera makan apabila teringat renungan mata Profesor Amri  kepadanya beberapa minit yang lalu.

 

“Fika, kau ni demam ke apa? Tak sentuh pun kuih tu.” Tegur Shikin.

”Ingat pak we ke? “ Sambung Shikin.

Kamarul yang duduk disebelah Syafika kelihatan tidak menghiraukan kata-kata Shikin.Dia terus menyuapkan makanan dengan berselera.

 

“ Kalau kau tak nak makan, bagi aku ajalah makanan kau tu. Buat penat aku aja beratur ambik makanan untuk engkau tadi.” Kata Kamarul.

 

“Engkau ni kan.Bab makan memang tak pernah menolak.Tengok badan kau tu, aku tengok dah macam guni beras.” Kata Syafika. Shkin yang duduk berhadapan dengan Syafika merenung tajam kearah Syafika.

 

“ Kau ni kan Fika. Mulut tak ada insuran. Cakap ikut sedap aja. Tak baik tau cakap macam tu.Guni-guni beras Kamarul ni pun, mak we keliling pinggang tau,” Kata Shikin cuba memujuk Kamarul.

 

“Aku nanti kalau nak cari girlfriend aku nak cari macam kaulah Shikin. Baik, pandai ambik hati.”Kata Kamarul.

 

Shikin tersenyum. Syafika senyap sambil memandang wajah Shikin  dan Kamarul silih berganti. Dia menghulurkan pinggannya dengan makanan yang tidak berusik kepada Kamarul.

 

“ Kamarul, kau habiskanlah ye makanan ni. Aku tak ada seleralah.” Syafika bangun menuju kebilik air untuk membasuh tangan. Shikin dan Kamarul saling berpandangan. Shikin dah faham sangat dengan perangai Syafika yang berjiwa sensitif. Jika Syafika merajuk dengan tegurannya tadi Shikin tau rajuknya tidak akan lama. Sekejap lagi oklah tu, bisik hati Shikin..

 

Kelihatan Syafika berjalan menuju kearah Kamarul dan Shikin selepas keluar dari bilik air. Diat erus menghampiri Kamarul sambil merenung mata Kamarul. “ Kamarul, aku mintak maaf ye. Tadi tu aku cuma bergurau aja. Kau jangan ambik hati ye.” Kata Syafika sambil tersenyum.

“Alah, kalau dengan engkau ni aku tak pernah pun ambik hati. Rugilah nak ambik hati dengan orang cantik.” Kata Kamarul sambil ketawa kecil.Shikin dan Syafika turut tersenyum mendengar jawapan Kamarul.

“Tadi engkau datang sini bawak kereta ke? ‘ Tanya Syafika.

“ Ya, nak tumpang ke?” Tanya Kamarul.

“Aku nak mintak tolong kau hantar aku balik kerumah sewa, kalau tak menyusahkan. Kalau menyusahkan aku jalan kaki aja dgn Shikin. Kan Shikin?” Kata Syafika seolah meraih simpati. Shikin tersenyum sebab dia tahu Syafika memang pandai memujuk.

 

“ Kalau kau punya pasal tak usah kata nak hantar ke rumah sewa, nak ajak nikah ke Siam pun aku sanggup bawak, haha.” Kata Kamarul.

 

Sebaik sahaja Syafika dan Shikin masuk ke kereta Kamarul, dia terus memuji  kereta Kamarul yang bersih dan terjaga.“Kereta kau ni mengalahkan kereta orang perempuan. Bersih. Wangi.” Kata Syafika sambil memandang muka Kamarul yang sedang memandu menuruni bukit di mana terletaknya Dewan yang menjadi tempat perhimpunan sebentar tadi..Shikin yang berada di belakang cuma mendiamkan diri.

Tiba –tiba Kamarul berkata.”Aku heranlah kenapa orang suka buat bangunan di atas bukit, dilereng bukit. Kau tengok dewan kita tu, atas puncak gunung. Nak naik ke dewan kena naik anak tangga macam Batu Caves. Kalau yang ada kenderaan macam aku nit ak apalah. Kalau yang macam engkau dengan Shikin yang tak mampu macam aku ni,kan susah. Hehe. “ Kata Kamarul seakan menyindir.

 

Syafika merenung Kamarul. “Wah, mentang-mentang kau bagi tumpang, ungkit pulak.”

 

“Aku bukan ungkit cuma heran macam mana pihak universiti boleh buat bangunan kuliah dan dewan macam ni. Kau tau Syafika, kalau aku pergi ke mana-mana pelusuk dunia pun aku boleh kenal siswi dan siwa Universiti Permata Timur. Sebab semua mahasiswa dan mahasiswi universiti kita ni tonggek-tonggek sebab hari –hari memanjat tangga.”

 

Shikin dan Syafika ketawa besar mendengar kata-kata Kamarul.

 

“Jadi kau ni memang tiap hari tak ada kerja lainlah ya. Hari-hari tengok punggung oran gaja.” Kata Syafika.

 

Selang beberapa minit kemudian, Kamarul memberhentikan keretanya di depan rumah sewa mereka.Selepas mengucapkan terima kasih Syafika dan Shikin bergerak menuju ke rumah sewa mereka


 

Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.