Home Novel Cinta Cinta Bertaut Di Hujung Rindu
Bab 44

“Puan, tolong tanda tangan kat sini,” kata Nabila gadis berusia awal 20an yang bertugas sebagai kerani di tempat Syafika bertugas menghulurkan satu dokumen untuk ditandatangani. Syafika terus menandatangani dokumen itu.Serentak itu juga Nabila bergerak meninggalkan bilik Syafika.

Syafika melempar pandangan keluar jendela pejabatnya.Tiba-tiba dia teringat Aqil yang dibawah jagaan ibu mertuanya semasa dia bekerja.Syafika lantas mendail telefon.Panggilannya dijawab oleh Puan Salmah, emak Haikal.

“Mak, Aqil tgh buat apa?” Tanya Syafika.

“Ada ni.Tengah tolong atuk mak dia selerakkan rumah.” Puan Salmah sambil tertawa.

“Nak cakap dengan Aqil kejap,”kata Syafika.

Sebaik sahaja Aqil menyambut telefon dari Salmah dia terus bercakap dengan Syafika.

“Aqil, janganlah selerakkan rumah.Kesian atuk mak berkemas.Aqil kan good boy.Aqil minum susu.lepas tu tidur. Boleh?” Syafika menasihatkan anaknya.

“Boleh,” jawab Aqil ringkas sambil matanya tertumpu kepada televisyen yang sedang menayangkan cerita kartun.

“Mama love Aqil,” kata Syafika ringkas.

Love you too,” jawab Aqil sambil menghulurkan semula telefon kepada Salmah.

Salmah mengusap-ngusap kepala cucu sulungnya dengan kasih sayang.

Syafika merenung semula fail-fail yang ada di atas mejanya.Entah kenapa semenjak pertemuan dia dengan Amri hari itu fikirannya menjadi tidak tenteram. Dia teringat semula kenangan pahit manisnya bersama Amri satu ketika dulu.

Dia mencapai telefon dan melihat wassapp.Dia mencari gambar profil Amri di dalam wassapp. Rasa  cemburu melihat Amri berdakap mesra dengan isterinya. Syafika melihat Amri online.Dia rasa ingin menegur tapi dia kuatkan hati untuk tidak melayan perasaannya.

Fikiran Syafika melayang kepada beberapa peristiwa antara dia dan Amri.

“Salam Prof.Prof sihat?’ Syafika menghantar mesej melalui wassapp.

Lama dia menunggu jawapan dari Amri namun Amri tidak membalasnya walaupun dia tahu Amri telah membaca mesejnya.

Syafika cuba mengalihkan perhatiannya  dengan menumpukan kepada kerja-kerjanya tapi sesekali matanya mengerling ke arah telefon, mengharap kalau-kalau Amri membalas mesej darinya.

Tiba-tiba telefonnya berbunyi.Melihat kepada nombor yang keluar di layar telefon Syafika merasa kecewa.Dia mengharapkan panggilan dari Amri tapi rupa-rupanya dari Haikal.

“Sayang, malam ni abang balik lewat sebab ada dinner dengan client.Sayang jangan tunggu abang makan.Love you sayang,” kata Haikal dengan nada yang tergesa-gesa.

Belum sempat Syafika membalas kata-kata Haikal dia telah memutuskan talian.

Syafika merasa  sedikit kecewa dengan Haikal yang terlalu kuat bekerja.Setiap kali dia membangkitkan rasa tidak puas hatinya terhadap Haikal mereka akan berakhir dengan bertengkar.Syafika bukan tidak cuba memahami keadaan Haikal yang berkerja keras demi masa depan mereka sekeluarga juga tapi naluri Syafika sebagai wanita ingin dibelai.

“Nanti bila abang dah banyak duit abang akan berhenti kerja.Abang akan buka perniagaan sendiri. Masa tu abang jadi bos.Nak masuk kerja pukul berapa, nak balik kerja pukul berapa pun tak ada siapa yang marah. Setahun sekali kita pergi makan angin keluar negara.Kita ajar Aqil main ski,” kata Haikal memujuk setiap kali Syafika merajuk kerana dia  jarang meluangkan masa di rumah.

“Yelah tu.Entah-entah abang terus kerja sampai umur 80,” kata Syafika dengan nada merajuk.

“Sayang ni.Kita hidup ni mesti ada wawasan, bukannya was-was,” kata Haikal sambil mencium pipi Syafika.

“Ish abang ni. Malu Aqil tengok tu,” kata Syafika cuba mengelak tapi Haikal mencium pipi Syafika bertubi-tubi.

Aqil yang sedang menghisap susu dan berbaring di atas katil di sebelah mereka berdua tidak menghiraukan kemesraan ayah dan ibunya.

Lamunan Syafika terhenti apabilamelihat ada mesej wasapp dari Amri.Sepantas itu juga perasaan Syafika berubah dari sedih Haikal tidak balik makan malam di rumah menjadi gembira teramat sangat.Satu perasaan yang telah lama hilang dari dirinya.

‘Alhamdulillah. Saya sihat seadanya,” balas Amri.

Syafika: Maaf menganggu prof

Amri: Tak menganggu pun.Tadi lambat balas mesej Fika sebab tengah kuliah.Janganlah panggil prof.panggil saya Amri aja

Syafika: Bukan senang nak dapat gelaran Prof tu.Bila dah dapat prof kenalah panggil prof sebagai tanda hormat kepada Prof Amri.

Amri: Saya pun kena panggil awak puan Syafika.Tahniah sebab dah jadi akauntan bertauliah.Dah lama kita terputus hubungan

Syafika: Terima kasih.Sedikit sebanyak kejayaan yang saya kecapi hasil tunjuk ajar Prof dan pensyarah Universiti Permata Timur juga kan.Terima kasih Prof.

Amri: Rasa janggal awak panggil saya Prof dan saya panggil awak Puan.

Syafika: Jadi, nak panggil apa pulak?

Amri: Entah

Syafika: Biar saya panggil pakcik Amri boleh tak? Ke Tuan Haji Amri. Hihi

Amri: Tak pernah lagi ada bekas pelajar saya panggil saya Tuan haji.Kalau Fika panggil saya Tuan Haji Fika  pelajar pertama saya yang memanggil saya dengan panggilan Tuan haji.

Syafika: Prof, sekarang ramai lagi ke pelajar cantik-cantik macam zaman saya dulu. Mesti ramai yang nak rapat dengan prof kan

Amri: Hmm.Biasalah. Pensyarah semakin hari semakin tua tapi pelajar yang kita terima tetap muda dari zaman Fika sehingga sekarang.Tapi selepas kita putus hubungan hati saya dah tertutup dengan perempuan lain.Setiap hari saya tak pernah lupa dari mengingati awak.

Syafika:Saya dah jadi isteri orang dan mak orang.Semua yang berlaku tu kita sama-sama simpan dalam sudut memori masing-masing ye prof.

Amri: Maaf ye Syafika.Saya tidak bermaksud untuk membuka balik kisah lama.Saya tahu saya tak patut mengingati awak lagi. Rasanya selepas ini adalah lebih baik untuk kita tidak berhubung.Cuma satu saja yang saya minta dari Fika, jangan block wassapp.Saya janji tak akan kacau Fika tapi terus terang saya kata setiap pagi wassap Syafikalah yang pertama saya buka. Memadai untuk saya melihat gambar Fika dan bila melihat Fika online saya rasa Fika dekat dengan saya.

Syafika terkejut membaca luahan hati Amri.Rupa-rupanya selama ini mereka berdua melakukan perkara yang sama tanpa disedari oleh satu sama lain.

Sebaik sahaja Syafika dan Amri selesai berwassapp Syafika merasakan satu perasaan gembira.

Segala memorinya bersama dengan Amri kembali semula ke layar mindaanya.

‘Fika, ingatkan suami.Ingat pada anak.Jangan diikutkan hawa nafsu dan godaan iblis dan syaitan yang sentiasa cuba menyesatkan anak Adam’ bisik hati Syafika.

Syafika seakan tersedar dari lamunan.

‘Astagfirullah hal Azim’ Syafika mengucap panjang dan kembali kepada realiti.

Wajah Haikal dan Aqil silih berganti bermain diminda Syafika

Previous: Bab 43
Next: Bab 45

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.