Home Novel Cinta Cinta Bertaut Di Hujung Rindu
Bab 24

“Nanti bila sampai Kuala Lumpur jangan melencong ke mana-mana. Suruh Haikal hantar terus ke rumah maksu,” pesan Noraini ibu Syafika melalui telefon yang dipegang oleh Syafika.

“Ma ni kan buat Fika macam budak-budak aja, Malu lah Fika kalau Ma buat macam ni,” kata Syafika. Shikin yang duduk di sebelah Syafika di dalam bas cuma tersenyum melihat gelagat Syafika.Selang beberapa tempat duduk dari mereka Wani dan Salmah tersenyum melihat mereka berdua. Wani dan Salmah walaupun tidak serumah sewa tapi mereka agak rapat juga semasa di kampus.

Tiba-tiba telefon tangan Syafika berbunyi. Nama Amri tertera di paparan telefon Syafika.Semenjak malam tadi lagi Amri berulang kali memujuk melalui sms mengajak Syafika ke Kuala Lumpur bersama dengannya.Alasan Amri ialah untuk menemaninya kerana dia akan memandu seorang diri ke Kuala Lumpur. Menurut Amri semua tiket penerbangan ke Kuala Lumpur telah habis ditempah. Mahu tak mahu dia terpaksa memandu kereta.Syafika tidak tahu samada ingin menerima alasan Amri atau alasan itu cuma dibuat-buat.Apa pun hati Syafika merasa berbelah bagi. Dia memang ingin sangat bersama Amri tetapi perasaan bersalah terhadap ibunya dan Haikal menghalangnya menerima pelawaan Amri.

‘Bas dah gerakke? Abang  memang berharap sangat sayang  dapat temani abang . Bukan apa.Untuk temankan abang berbual semasa memandu. Mengantuk memandu sesorang ‘ mesej ringkas dari Amri. Syafika membalas ‘bas belum gerak lagi. Memang sayang rasa ingin sangat nak bersama dengan abang tapi sayang takut’ balas Syafika.

‘Takut? Sayang tak percaya abang ke?’ tanya  Amri kepada Syafika melalui mesej yang dihantarnya.

Syafika melihat penumpang semakin ramai masuk ke dalam bas. Dia perlu membuat keputusan yang cepat dan pantas. Jika bas dah bergerak nanti dia akan menyusahkan semua orang.Nasib baik dia cuma membawa beg sandang kecil yang diletak di kakinya. Jika  beg besar di letak diperut bas semsetinya dia tidak boleh lagi membawa beg itu keluar dari dalam tempat simpanan beg di dalam bas.

“Shikin, Prof ajak aku pergi dengan dia. Dia pun ke Kuala Lumpur pagi ni” kata Syafika sambil memandang muka Shikin seolah-olah meminta simpati dan  izin dari Shikin.

“Wah wah. Dah tu aku ni kau nak tinggal sorang dalam bas ni ke? Macam ni punya kawan pun ada ke dalam dunia ni. Kalau kau turun bas ni sebab nak berdua-dua dengan Profesor  tu, aku tak nak lagi berkawan dengan kau sampai bila-bila,” kata Shikin sambil memandang keluar tingkap.Dia seolah-olah  benci melihat muka Syafika.

“Kalau kau cakap awal-awal yang kau nak pergi dengan dia aku tak payah susah-susah beli tiket bas. Baik aku pergi Kuala Lumpur naik flight aja. Kau ingat aku tak mampu ke? “ kata Shikin mencebik bibir.

‘Alah, kau ikut sekalilah dengan aku temankan prof tu. Kau pun bukan tak kenal prof tu” kata Syafika mempelawa Shikin.

“Kau upah aku pun aku takkan naik kereta dengan Prof tu. Malulah aku,” kata Shikin.

Syafika melihat pemandu bas telah masuk ke dalam bas sambil membetul-betulkan cermin pemandu.Hati Syafika meronta-ronta seakan-akan ingin terjun dari bas itu untuk bersama dengan Amri.

“Dah cukup orang ke?’tanya pemandu bas kepada pemandu kedua yang memeriksa senarai penumpang yang ada di tangannya.

“Ada dua orang lagi,” balas ringkas pemandu kedua sambil membilang penumpang yang berada di dalam bas.

“Shikin, aku janji sekali ni aja aku tinggalkan kau. Lain kali aku janji aku takkan tinggalkan kau,” Syafika separuh berharap.

“ Kalau ikutkan hati aku, aku memang tak nak bagi kau dengan Prof tu berdua. Kau bayangkan kalau tiba-tiba kereta kau naik tu terlibat dalam kemalangan ke? Apa kau nak jawab pada mak kau? Pada Haikal? Dosa kau dengan Prof tu bukan kau berdua aja yang tanggung. Aku pun dapat dosa sekali sebab bersubahat dengan kau,” kataShikin  panjang lebar.

“Alah Shikin,sekali ni aja,” rayu Syafika.

Dari luar tingkap kelihatan dua orang pemuda berlari-lari anak menuju ke arah bas.Syafika tahu jika dia tidak turun dari bas sekarang ini, bas akan bergerak sebaik  sahaja penumpang yang ditunggu menaiki bas.

“Shikin, sekali ni aja ye,” Syafika merayu lagi.

“Kesian pulak aku tengok muka kau macam nak menangis. Pergilah tapi kau jangan buat maksiat dalam kereta nanti ye. Hihi,” Shikin ketawa sambil memandang ke arah Wani dan Salmah yang tidak perasan dengan apa yang dibualkan oleh Syafika dan Shikin.

Sebaik sahaja kedua pemuda menaiki bas pemandu bas mula menutup pintu bas dan bas mula bergerak perlahan-lahan meninggalkan stesen.

Syafika bingkas bangun sambil bersuara “pak cik, boleh tolong berhentikan bas ini tak.Saya tak jadi naik bas ni’”

Kesemua penumpang memandang kearah Syafika dengan pandangan tertanya-tanya.

Pemandu bas memberhentikan bas .Sebaik sahaja Syafika bergerak menghampiri ke arah pintu bas yang sudah terbuka luas pemandu bas memandang ke arahnya dengan rasa tidak puas hati. “ Kalau nak turun bas turunlah dari tadi masa bas belum bergerak.Menyusahkan orang sungguh awak ni, “ sungut pemandu bas.

Sebaik sahaja Syafika turun dari bas dan bas mula bergerak dia melambai-lambaikan tangannya kearah Shikin yang sedang memandang ke arahnya.Dia melihat Shikin menjelirkan lidah ke arahnya. Syafika ketawa kecil melihat perangai Shikin seakan kebudak-budakan.

 

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Sebaik sahaja Amri membuka pintu kereta Syafika melangkah sambil tersenyum.Amri mengenggam tangan Syafika .Syafika membalas genggaman tangan Amri. Pada ketika itu juga dia terbayang wajah ibunya dan wajah Haikal bersilih ganti.Hatinya terasa bersalah teramat sangat dengan perbuatannya menipu ibunya dan Haikal.

Syafika menceritakan apa yang berlaku di dalam bas sebentar tadi. Amri ketawa mendengar celoteh Syafika. Suasana pada pagi itu begitu tenang. Cuaca pun baik dengan matahari cerah bersinar.Perlahan-lahan kereta dipandu Amri meninggalkan kesesakan bandar Kota Bharu.

Semakin lama kereta bergerak meninggalkan bandar, suasana berubah.Syafika memandang ke luar menikmati suasana kampung yang begitu mendamaikan. Sambil itu Syafika bernyanyi bersama dengan mp3 yang dipasang oleh Amri.

“Sedap juga suara Fika ni kan,” kata Amri mengusik. Syafika terhenti dan tersipu malu dengan pujian Amri.

“Mana sedap.Biasa-biasa aja,” balas Syafika.

“Tak sangka Fika memang peminat lagu lama, “ kata Amri mengerling ke arah Syafika.

“Memang saya minat yang lama-lama. Hihi’” gelak Syafika sambil disambut dengan ketawa kecil oleh Amri.

Amri memaut Syafika sambil sebelah tangannya memegang stereng kereta.

“Sayang, bahaya tu. Kan sayang tengah memandu,” kata Syafika sambil merebahkan badannya di sisi Amri.Dia merasakan kebahagiaan yang teramat sangat.Hidungnya terbau wangian yang dipakai oleh Amri. Mesti mahal wangian yang dipakai oleh prof ni, bisik hati Syafika.

Amri mengusap bahu Syafika sambil matanya memandang ke depan. Kenderaan tidak begitu banyak di jalanraya pada pagi itu.Jam di dashboard kereta menunjukkan pukul 10 .30 pagi.

Selepas kira-kira tiga jam perjalanan kereta Amri menghampiri pekan Gua Musang.Amri memberhentikan kereta di sebuah stesen minyak dan ke tandas.Syafika juga turun untuk ke tandas sambil melihat-lihat ke dalam kedai jika ada sesuatu yang boleh dibeli. Sebaik sahaja di luar pandangan Amri Syafika melihat telefonnya. Dia melihat ada 5 missed calls dari Haikal.

‘Dalam perjalanan . Doakan sayang selamat sampai ke Kuala Lumpur. Love you’ . Syafika menghantar mesej kepada Haikal.

Sebaik sahaja Syafika keluar semula dari tandas dia melihat Amri sedang menunggunya di dalam kereta dan bersedia untuk menyambung perjalanan.

“Dah pukul 1 ni.Sayang tak lapar ke? Kita nak makan dulu ke? “ Amri bertanya kepada Syafika.

“Sayang ikut aja,“ kata Syafika ringkas sambil mengenakan tali pinggang keledar dan membetulkan tudungnya .

“Kita ke depan sikit lagi. Boleh berhenti solat zohor sekali nanti,” balas Amri sebaik sahaja keretanya membelok meninggalkah stesen minyak menuju ke jalan besar.

Selepas kira-kira setengah jam perjalanan mereka mula memasuki sempadan negeri Pahang.Sampai di Pekan Merapuh, sebuah pekan kecil bersempadan dengan negeri Pahang Amri memberhentikkan keretanya di sebuah kedai makan.

“Tak apa kemakan kat sini?” tanya Amri kepada Syafika. “Sebelah tu pun ada surau. Mudahkita nak bersolat lepas makan nanti,”

“Sayang ok aja,“ balas Syafika.

Sebaik sahaja mereka berdua melangkah keluar dari kereta mewah milik Amri beberapa orang pelanggan yang sedang menikmati makan tengahari berpaling kearah mereka.Dari riak air muka mereka boleh dirasakan mereka cuba meneka samada pasangan itu antara anak dan ayah atau suami dan isteri. Kelihatan juga seorang dua kelihatan tersenyum-senyum seolah-olah cuba mengagak apakah hubungan antara dua insan yang baru memasuki kedai makan itu.Amri dan Syafika tidak memperdulikan pandangan mata yang melihat mereka berdua.

Selesai makan tengahari dan bersolat mereka meneruskan perjalanan. Pelbagai perkara yang dibualkan oleh mereka berdua. Hal latarbelakang Amri. Keluarga Amri  dan anak-anaknya. Terdetik rasa cemburu di hati Syafika apabila Amri menceritakan kepadanya tentang keluarganya.Dalam hatinya Syafika inginkan keluarga yang bahagia seperti keluarga Amri tapi khayalan Syafika terhenti setakat itu. Dia tidak berani berangan lebih jauh dari itu. Dia tidak ingin berfikir dengan siapakah dia akan menbina keluarga bahagia itu, dengan Haikalkah atau dengan lelaki yang sedang duduk di sebelahnya.

Selepas lama berbual Amri melihat Syafika tidak menjawab apa yang diperkatakannya.Rupa-rupanya Syafika telah terlena. Amri melihat ketenangan wajah Syafika semasa sedang tidur. Amri tahu mungkin inilah satu-satunya saat dia berkesempatan melihat Syafika tidur. Timbul juga kebosanan memandu seorang dirit anpa teman berbual tapi  dia merasa tidak sampai hati untuk mengaanggu Syafika dari tidurnya.

Sebaik sahajamereka menghampiri bandar Bentong Syafika terjaga. Dia melihat telefonnya. Ada mesej dari Haikal bertanyakan pukul berapa dia akan sampai kestesen bas di PWTC. Syafika bertanya kepada Amri pukul berapakah mereka jangka sampai ke stesen bas di PWTC.

“Siapa yang tanya,”kata Amri ringkas dengan sedikit nada cemburu. “ Shikin,” jawab Syafika.Syafika sedar semenjak dia menjalin hubungan dengan Amri dia telah menjadi seorang pembohong. Dia merasa bersalah kerana bukan sifatnya suka berbohong.

“Dalam pukul 5 atau 6 petang sampailah, “ kata Amri sambil matanya menumpukan kepada pemanduan.Syafika   membalas mesej Haikal menyatakan masa dia sampai ke perhentian bas PWTC.

Kira-kira jam 5.30 petang Amri menurunkan Syafika ke stesen bas di PWTC. Dia mempastikan bas yang dinaiki oleh Shikin masih belum sampai. Rasa lega bila dia melihat Haikal masih belum menunggu di stesen bas. Jika tidak entah apa yang nak dijawabnya kepada Haikal jika Haikal nampak dia turun dari kereta milik Amri bukannya bersama-sama dengan Shikin menaiki bas.

Sebaik Syafika turun dari kereta dia merasakan seolah-olah dia telah meninggalkan separuh hatinya di dalam kereta. Kebiasaannya saat untuk berjumpa dengan Haikal adalah saat yang paling ditunggu-tunggu. Tapi petang ini hatinya bercampur baur.Sedih masa lebih 8 jam dia bersama Amri telah berakhir dan sedikit rasa gembira kerana dapat bertemu Haikal.

Previous: Bab 23
Next: Bab 25

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.