Home Novel Cinta Cinta Bertaut Di Hujung Rindu
Bab 8

Suasana di restoran ayam percik yang terletak di pinggir bandar Kota Bharu amat tenang. Belum ramai pelanggan yang datang menjamu selera.Amri, Liza, Zurina dan Syuhada sedang duduk menunggu pesanan makanan dibawa oleh pelayan restoran.Setiap kali Liza bercuti semesterAmri sekeluarga pasti akan datang berkunjung ke restoran ini.

 

“Susah nak dapat ayam percik macam ni kat KL. Kalau ada pun rasanya tak sama.” Kata Liza sambil merenung kearah pelayan restoran, mengharap agar makanan yang dipesan cepat sampai.

 

“Memanglah susah. Inikan original recipe. Yang lain tu ciplak aja. “ Balas Amri sambil melihat anak gadis kesayangannya. Zurina dan Syuhada hanya mendiam diri aja sambil mendengar perbualan antara ayah dan anak itu.

 

I am going to miss the food when I am in Ireland nanti. “ Kata Liza sambil melihat kearah Zurina.

 

“Alah. Soal makan tu bukan benda besar.Bila balik cuti makanlah puas-puas.” Balas Zurina. Syuhada masih mendiamkan diri sambil melihat pelanggan restoran yang semakin ramai memenuhi ruang restoran berhawa dingin itu.

 

“Nanti bila awak dah ada kat sana ,pandai-pandailah sesuaikan cara makanan dan selera orang Ireland pulak. Takkan duduk di Ireland masih nak makan ayam percik, nasi kerabu dan nasi dagang.Kenalah biasakan lidah tu dengan steak,chips dan fries,”nasihat Zurina kepada anak perempuan kesayangannya itu.

 

Liza Cuma tersenyum sambil membalas ringkas“ You can take me out of Malaysia but you can never take Malaysia out of me.”

 

Amri sekadar tersenyum mendengar hujah anaknya itu. Memang Liza mewarisi kebijaksanaan emaknya dalam berhujah. Semasa di sekolah dia mewakili pasukan debat sehingga ke peringkat kebangsaan. Dalam hati berputik rasa bangga Amri terhadap pencapaian akademik anak-anaknya.

 

Kelihatan pelayan restoran membawa makanan menuju ke meja mereka berempat. Bau aroma masakan ayam percik menusuk hidung dan membuka selera.Tanpa membuang masa mereka berempat menikmati  makanan yang sudah terhidang.

 

“Kalau abang Aizat ada mesti dialah juara makan nasi kerabu dan ayam percik ni kan mama?” Kata Liza menujukan soalan itu kepada Zurina. “ Abang awak tu memanglah juara bila bab makan ni,” BalasZurina.

 

“Kalau boleh kirimkan bagus. At least boleh juga dia enjoy nasi kerabu dan ayam percik kat Amerika sana tu.” Kata Liza.

“ Belum sempat sampai pada abang awak kastam Amerika dah rampas.” Kata Amri.

 

“ Nanti kak Liza balik Malaysia lepas habis belajar kak Liza buka restoran jual nasi kerabu dan ayam perciklah.” Kata Syuhada yang sambil menikmati ayam percik.

 

Mereka sekeluarga tergelak mendengar saranan Syuhada.

 

“ Tu baru betul. Siang kerja kat hospital,malam jadi tukang masak. Siang belah orang, malam belah  perut ikan.” Kata Amri disambut gelak kecil dari yang lain.

 

“Tapi tak mustahil kan? Dula ada arwah Sudirman orang panggil the singing lawyer,nanti Kak Liza awak ni akan dikenali dengan panggilan the cooking doctor. Kan kelas tu.” Balas Zurina.

 

Kata-kata Zurina disambut dengan gelak dari Liza, Amri dan Syuhada.

 

Mereka berempat tekun menghadap makanan yang  dah terhidang di depan mata.

 

“ Nanti dah duduk di Ireland jangan lupakan kita di sini pulak.” Kata Amri sambil menyuapkan seketul ayam percikkemulutnya.

 

“Alah abah, takkan lah Liza nak lupakan keluarga di sini. Lagipun bukan abah tak biasa lepaskan anak belajar jauh-jauh.” Kata Liza.

 

“Sebab biasa tulah abah lepaskan awak belajar sampai ke Ireland tu.Tapi jangan jadi macam abang Aizat awak tu. Kalau abah dengan mama awak tak bertanya khabar, dia buat senyap aja,” kata Zurina.

 

“Mama jangan samakan Liza dengan abang Aizat. Dia tu memang macam tu,” balas Liza sambil meneguk minuman setelah menghabiskan sepinggan nasi kerabu bersama ayam percik.

 

“ Kalau macam ni tiap hari mau naik 5 kilogram badan Liza ni,” kata Liza sambil tersenyum memandang wajah ibunya.

 

Syuhada Cuma menjeling saja kearah Liza.Dia tak berkata-kata tapi tekun menikmati nasi kerabu di depan mata.

 

Kira-kira jam 10 malam mereka berempat beredar meninggalkan restoran itu.

 

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

 

Syafika mengelap tangan selepas membasuh pinggan mangkuk di sinki selepas makan malam.Dia balik ke rumah di kampung pada cuti hujung minggu selepas sebulan lebih tidak balik berjumpa dengan mama, abah dan Syahira adik kesayangannya yang berumur 12 tahun. Rumah itu juga didiami oleh abangnya yang masih belum berkahwin.

 

Rumah kayu setingkat yang terletak di tengah-tengah perkampungan menghadap Laut China Selatan itulah rumah di mana Syafika dilahir dan dibesarkan sebelum dia melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh di Kota Bharu.

 

Angin sepoi –sepoi bahasa menyelinap memasuki jendela rumah. Terasa amat nyaman berada di rumah itu setelah letih memerah otak setiap hari menghadiri kuliah di universiti.

 

Abah Syafika, Rahman beransur meninggalkan dapur sebaik sahaja selesai makan dan menonton televisyen di ruang tamu.Syahira menolong Syafika dan Noraini ibu Syafika berkemas di dapur. Seperti biasa Amran abang Syafika jarang berada di rumah pada waktu begini. Mungkin keluar menghabiskan masa bersama kawan-kawannya.

 

“ Haikal apa kabar?, “ tanya Noraini ibu Syafika yang dipanggil Kak Ani oleh masyarakat kampung.

“ Baik kot,” jawab Syafika ringkas sambil mengelap dapur dari percikan minyak masakan.Dia menjawab  acuh tak acuh.

“ Hari tu dia ada telefon Ma. Dia tanya bila nak datang ke KL. Dia nak bawak jalan-jalan. Ma kata kena tunggu Ira periksa UPSR dulu,” kata ibu Syafika sambil merenung wajah Syafika.Tangannya  tak berhenti menyapu lantai dapur.

 

Syafika terus mendiamkan diri mendengar penerangan dari mamanya. Syahira  yang dari tadi asyik menolong mereka berdua berkemas telah bergerak meninggalkan dapur menuju ke biliknya. Mungkin dia ingin menyambung membaca buku sebagai persediaan menghadapi peperiksaan UPSR yang akan menjelang tidak lama lagi.

 

“ Engkau dengan Haikal tu dah lama berkawan. Ma tak sedap hati kalau berkawan lama-lama tak kawin kawin. Nanti takut salah seorang berubah hati. Maklumlah zaman sekarang ni macam-macam perkara boleh berlaku. Apa-apa terjadi kita orang perempuan juga yang rugi.Orang lelaki tak susah. Kita orang perempuan ni, masa muda, cantik, semua orang berebut. Nanti bila dah berumur, semua dah berkedut letak tepi jalan pun tak ada orang nak kutip,” bidas Norani .

 

Dah mulalah mama dengan syarahannya. Bisik hati Syafika.

 

Noraini sebagai guru besar memanglahmenjadi contoh kepada masyarakat di kampung itu. Keluarga Syafika dianggap sebagai keluarga misali  di kalanganmasyarakat kampung. Rahman ayah Syafika pula merupakan peniaga kecil-kecilan yang amat disenangi oleh masyarakat sekitarnya.

Dalam soal jodoh, teman lelaki dan perkara sebegitu Rahman jarang bersuara. Dia menyerahkan segala-galanyanya kepada Noraini sebab Rahman tau sebagai anak perempuan Syafika lebih selesa bercakap soal itu dengan mamanya.

 

“Ma jangan risaulah ya. Fika kenal siapa Haikal. Dia takkan berubah hati sebab dia lelaki yang amat setia,” balas Syafika cuba meyakinkan mamanya.

 

“ Ma tak boleh cakap apa sebab kita orang perempuan ni cuma menunggu. Kalau dia tak nak masuk meminang takkan nak paksa pulak,” kata Noraini.

 

“ Ma ni. Fika kan tengah belajar. Buat apa pulak nak fikir soal bertunang ke, kawin ke,” balas Syafika.

“ Kami dah rancang nak nikah bila Fika habis belajar nanti. Bukan lama sangat pun lagi.,” jawap Syafika.

 

“Yelah. Ma pun faham kau nak habiskan belajar. Cuma sebagai mak, Ma memang risau dengan kau ni. Abang kau lelaki. Tak apa kalau nak jadi bujang terlajak pun . Orang perempuan ni susah. Ma dah tengok macam-macam berlaku. Kau kejap-kejap pergi KL. Pantang ada masa terluang mesti nak ke KL. Ma risau kau buat perkara yang boleh memalukan kita sekeluarga. Kita orang baik-baik Fika. Jangan malukan Ma dan abah engkau. Kalauj adi apa-apa mana Ma nak letak muka,” hujah Noraini dengan panjang lebar.

 

“ Ma, janganlah fikir jauh sampai ke situ.Fika bukan budak kecik. Fika taulah jaga diri. Ma ni rungsing lebih-lebih pulak,” kata Syafika.

 

“ Ye lah, ye lah. Kau ni memang pandai aja memujuk Ma,” kata Noraini sambil merenung anak dara kesayangannya.

 

Sebaik sahaja mereka berdua selesai mengemas dapur kedua-duanya pun bergerak ke ruang tamu untuk bersama-sama dengan abah Syafika yang ketika itu sedang menonton televisyen.

Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.