Home Novel Cinta Cinta Bertaut Di Hujung Rindu
Bab 27

Haikal merasa sedikit kecewa apabila Syafika memberitahu yang dia berjaya  mendapat pekerjaan di Universiti  Permata Timur walaupun cuma jawatan sementara.Jika ikutkan hati dia ingin Syafika terus bekerja di Kuala Lumpur supaya mereka lebih mudah bertemu walaupun Haikal sedar kesibukan kerjanya tidak mengizinkan dia bertemu Syafika setiap hari. Sekurang-kurangnya dia boleh berjumpa Syafika pada hujung minggu.

“ Sayang, I nak bincang dengan mak I dan Ma you bila I boleh hantar rombongan masuk meminang”kata Haikal sambil mencicah kuah kari roti canai yang dia sedang nikmati pada pagi itu.

“ Alah, I baru nak start kerja. Tak sempatlah nak buat persiapan apa-apa pun ni,” kata Syafika sambil menyusun fail-fail  di depannya.Suriati yang duduk di sebelah Syafika cuma memerhatikan saja Syafika berbual dengan Haikal melalui telefon.Hatinya berbisik mempersoalkan pemilihan Syafika sebagai pembantu penyelidik kepada Profesor Amri.Entah-entah harapkan muka aja cantik tapi tak pandai buat kerja.Ramai lagi yang lebih berpengalaman dari seorang yang tak sampai seminggu mengenggam segulung ijazah. Ikut awaklah prof, awak lagi pandai menilai mana kaca, mana permata. Suriati berbisik di dalam hati.

Syafika dan Haikal berbual untuk beberapa minit selanjutnya.Sebaik sahaja selesai berbual dengan Haikal Syafika berpaling kearah Suriati sambil tersenyum.Jam di dinding pejabat menunjukkan pukul 8 pagi. Tidak nampak pun kelibat Profesor Amri. Dia menunggu-nunggu kehadiran Amri.Dia nak tau Amri pakai baju apa hari ini. Amri ceria atau tidak. Setiap waktu yang  berlalu dia merasakan teramat lambat berjalan.

“Fika, jom pergi kantin.Akak belum sempat sarapan lagi.Akak belanja Fika,” kata Suriati membahasakan dirinya akak walaupun usia mereka mungkin berbeza cuma beberapa tahun sahaja.

“Eh, tak apa ke ni? Nanti prof sampai tengok kita dua-dua tak ada dia tak marah ke?” Syafika teragak-agak bertanya. Maklumlah hari ini hari pertama dia mula bertugas.Takut juga kalau-kalau dia melanggar peraturan pejabat meninggalkan pejabat sewaktu sedang bertugas.

“Tak apa, Prof tu mana pernah marah orang. Kami gelar Prof tu malaikat hidup sebab tak pernah marah orang,” kata Suriati sambil berdiri menuju ke arah pintu utama.

Pejabat Profesor Amri agak luas. Sebelum masuk ke pejabat Amri ada satu lagi pintu masuk ker uang pembantu beliau. Di situlah Syafika dan Suriati ditempatkan.

“ Jomlah. Jangan risau. Kalau prof tu marah awak, akak akan defend awak, “ kata Suriati.

Dengan langkah teragak-agak Syafika melangkah mengikuti Suriati.Sebaik berada di luar pejabat,Suraiti mengunci pintu pejabat.

“Kak, nanti prof tu sampai tengok kita tak ada mesti dia marah,” kata Syafika.

“Fika jangan risaulah. Pandailah akak menjawab nanti,” Suritati melangkah di ikuti Syafika dari belakang.

Syafika merasa janggal apabila dia masuk ke ruangan di kantin yang dikhaskan untuk kakitangan universiti.Kalau selama ini dia cuma makan di luar bersesak-sesak dengan pelajar-pelajar lain, hari ini buat pertama kali dia makan bersama-sama pensyarah-pensyarah dan kakitangan universiti dalam suasana yang lebih selesa.

“Fika nak makan apa? “ tanya Suriati

“Tak pa lah kak.Fika minum air aja. Teh panas. Dah sarapan kat rumah tadi.” Syafika menjawab sambil matanya memerhatikan keadaan sekeliling di dalam ruang makan itu.Dia perasan ramai juga pensyarah dan kakitangan universiti yang dia kenal. 

Tiba-tiba Syafika terpandang Encik Hussin yang pernah mengajar dia dulu.Dari jauh kelihatan Hussin berjalan menghampiri meja tempat Syafika dan Suriati sedang duduk. Dia datang menegur Syafika

“Rasa macam kenal aja. Bukan ke awak pelajar saya dulu? “ Hussin menyapa Syafika.

“Ye. Kan Encik Hussin yang mengajar saya cost accounting.” jawab Syafika sambil memandang muka Hussin. Tanpa dipelawa Hussin terus duduk semeja Syafika dan Suriati. Suriati memandang Hussin dengan wajah kurang senang.

“ Fika duduk dulu lah ye.Akak nak pergi ambik makanan dulu,” kata Suriati sambil bangun meninggalkan Syafika dan Hussin berdua. Kantin itu menggunakan konsep layandiri.

Syafika merasa janggal duduk berdua semeja dengan bekas pensyarah dia.Tambahan pula di tempat makan itu banyak mata yang memandang.Dia takut sangat kalau-kalau Amri masuk ke tempat makan dan melihat dia duduk berdua dengan Hussin.Tentu tawaran jawatan pembantu penyelidik yang baru ditawarkan akan ditarik semula .Mana dia nak letak muka pada Ma, Haikal, Shikin dan beberapa orang lagi kawan-kawannya yang telah tahu dia mula berkerja hari ini.Dalam hati Syafika berdoa agar Suriati cepat-cepat kembali semula ke meja.Sekurang-kurangnya jika ada Suriati tidaklah nampak sangat dia cuma berdua sahaja dengan Hussin.

“Awak buat apa kat sini.Kan sini untuk kakitangan aja. Macam mana boleh lepas masuk ke tempat makan ni?” Hussin bertanya sambil memandang Syafika.

“Saya baru aja mula bertugas sebagai pembantu penyelidik kepada Prof Amri.Baru mula kerja hari ini” terang Syafika sambil tertunduk malu.Dia merasa kurang selesa dengan pandangan Hussin yang melihatnya dari atas ke bawah.

“Bertuahnya Prof Amri cari pembantu penyelidik yang cun aja. Kalau saya tau awak dah habis belajar saya dah tawarkan awak jawatan sebagai pembantu penyelidik saya,” kata Hussin sambil ketawa.

“Oh. Encik  Hussin buat penyelidikan tentang apa ye?”Syafika bertanya.Dalam hatinya berkata, tak sangka juga yang Encik Hussin melakukan penyelidikan disebalik wataknya yang agak sempoi itu.

“Saya belum ada buat penyelidikan pun. Sebab tu saya tak layak melantik pembantu penyelidiik.Haha,” Hussin ketawa besar.  Loyar buruk betul Encik Hussin ni, Syafika berbisik di dalam hati.

KelihatanSuriati membawa piring berisi mi goreng dan secawan teh menghampiri meja tempat mereka duduk.Syafika menarik nafas lega.

“Encik Hussin duduk dulu ye.Saya nak pergi ambik air,” kata Syafika meminta diri.

“Tak pa.Saya pun nak pergi kelas kejap lagi.Tak nak kacau awak berdua nak makan,” Hussin menjawab sambil bangun meninggalkan Syafika dan Suriati kembali berdua.

Syafika bangun mengambil air minuman. Sekembalinya dia semula ke meja Suriati sudah hampir menghabiskan mi goreng di dalam pinggannya.

“ Pensyarah tu miang sikit.Encik Hussin ke nama dia?” kata Suriati.

“Ye.Tapi dalam kelas dia tak nampak sangat perangai miang. Dia ok aja saya tengok,” Syafika menjawab sambil meneguk teh panas.

“Alah Fika. Akak ni walaupun muda tapi dah masak dengan perangai lelaki,”kata Suriati bersungguh-sungguh.

“Nak tanya akak ni.Dah berapa lama akak kerja sebagai pembantu Prof Amri?”Syafika bertanya.

“Baru aja lagi.Baru 2 bulan ni aja.Sebelum ni akak kerja sebagai pembantu tadbir di Bahagian Hal Ehwal Pelajar,” kata Suriati.

“Oh, patutlah rasa macam biasa tengok aja akak cuma tak ingat jumpa kat mana,” kata Syafika.

“Nak tanya sikit pada akak pasal Prof Amri tu.Dia macam mana orangnya?” tanya Syafika cuba memancing maklumat dari Suriati.

“Setakat akak bekerja dengan dia nampak dia memang baik.Tak ada perangai miang macam Encik Hussin tu,” kata Suriati sambil menghabiskan sisa-sisa makanan yang berbaki di pinggan.

Syafika rasa ingin tergelak mendengar kata-kata Suriati.Dalam hati Syafika berbisik,kalaulah dia tahu perangai sebenar Amri dia takkan berkata begitu.Syafika sekadar tersenyum mendengar kata-kata Suriati.

“Kenapa Fika tanya tentang Prof Amri? Ada hati pada dia ke? Hihi,” Suriati mengilai kecil,mengingatkan dia kepada Shikin. Syafika dapat merasakan yang Suriati mempunyai persamaan watak dengan Shikin.

“Eh, taklah.Saja Tanya sebab dia kan bos kita. Kita sebagai orang bawah ni kenalah faham sikit sebanyak perangai bos kita kan?” Syafika menjawab.

“Betullah tu.Tapi akak tak terkejut kalau ramai pelajar menaruh hati pada Prof Amri tu.Walaupun dia dah berumur tapi tampan lagi kan?. Kalau dia nakkan akak pun akak sanggup aja terima walaupun jadi nombor dua. Hihi,” kata Suriati sambil tergelak.

Ada sedikit rasa cemburu menyelinap di dalam hati sanubari Syafika tapi dia tidak menampakkan reaksi kurang senang terhadap kenyataan Suriati itu.Dia tidak menyangka Suriati yang baru dikenalinya pagi ini begitu cepat mesra.

“Jom. Air Fika tu biar akak bayar,” kata Suriati.

Mereka berdua bangkit meninggalkan meja.Sebaik sahaja Suriati selesai membayar di kaunter mereka berdua berjalan kembali ke pejabat.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Haikal memandang keluar  dari dalam kabin yang telah diubah suai menjadi pejabat.Panas terik matahari di luar sana menyebabkan dia malas untuk berpanas. Jiwanya kurang tenteram bila memikirkan Syafika seolah-olah mencari jalan cuba mengelak dari mereka disatukan secepat mungkin.Timbul juga perasaan cemburu bila memikirkan jarak yang jauh di antara dia dan Syafika. Dia tau Syafika gadis yang baik. Mustahil Syafika menduakan dia. Tambahan pula tanpa pengetahuan Syafika dia kerap kali menghubungi Shikin untuk mengetahui perkembangan Syafika dari Shikin.Setakat ini Shikin sentiasa memberi   laporan yang baik tentang Syafika kepadanya.Ini menambahkan lagi keyakinan Haikal yang Syafika tidak akan curang terhadapnya.

Haikal mendail nombor Shikin. Kurang dari tiga deringan Shikin menjawab panggilan Haikal.

“Assalamualaikum.Maaf menganggu. Shikin sibuk ke? “ Haikal memulakan perbualan.

“Tak sibuk pun.Saja tengah bermalas-malasan di rumah. Kenapa Encik Haikal, bergaduh dengan buah hati ke? Kalau tak bergaduh dengan Fika mesti Encik Haikal takkan telefon saya kan? Hihi,” Shikin kedengaran ceria menjawab panggilan telefon dari Haikal.

“Taklah. Tak bergaduh pun. Cuma saya rasa sedikit musykil dengan perangai Syafika kebelakangan ni.Dia seolah-olah macam cuba nak mengelak dari saya,”kata Haikal.

“Saya kurang faham dengan perangai dia .Setahu saya setiap perempuan memang bercita-cita untuk disatukan sebagai suami isteri bila dah lama bercinta.Tapi Syafika ni saya tengok lain sikit.Bila saya sebut nak hantar rombongan untuk masuk meminang dia minta tangguh.Seolah-olah macam ada sesuatu yang dia sembunyikan dari saya.Setahu awak dia ada kekasih lain ke? Saya harap sangat awak beritahu kepada saya hal sebenarnya jika betul dia dah berubah hati terhadap saya.Saya tahu Syafika tak pernah sembunyikan apa-apa dari pengetahuan awak,” kata Haikal dengan nada  merayu.

“Taklah Encik Haikal.Syafika baik.Dia sayang Encik Haikal.Encik Haikal janganlah risau,”Shikin menjawab sambil cuba menenangkan hati Haikal.Tapi hati Shikin merasa berbelah bagi.Kesetiaannya terhadap Syafika mendorong dia menyimpan rahsia Syafika. Tapi dia juga merasa kasihan melihat Haikal yang ditipu hidup-hidup oleh Syafika.Shikin juga merasakan perbuatan dia bercakap dengan Haikal juga merupakan satu pengkhianatan dia terhadap Syafika yang menaruh sepenuh kepercayaan terhadapnya.

Haikal melihat sebuah kenderaan pacuan empat roda milik Encik Kamal ketua jurutera memasuki ketapak pembinaan.Dia tahu perangai Encik Kamal yang tidak gemar melihat mana-mana kakitangan yang menjalankan tugas secara sambil lewa.Dia terpaksa memberhentikan perbualannya dengan Shikin.

“Shikin, maaf saya tak boleh bercakap panjang.Nanti kita sembang lagi ye. Terima kasih sebab meyakinkan saya yang Syafika tak buat benda-benda yang tak elok di belakang saya.Baru rasa tenang sikit hati saya ni, Bye Shikin. Assalamualaikum”

“Walaikumsalam.”Shikin menjawab ringkas sambil fikirannya melayang mengenangkan apa yang berlaku terhadap hubungan Syafika dan Haikal.Walaupun Shikin turut menaruh hati terhadap Haikal tapi dia sedar jika dibandingkan antara dia dan Syafika umpama langit dengan bumi. Syafika ada segala-galanya sedangkan dia cuma gadis biasa yang tak mungkin mampu memikat hati seorang jurutera muda seperti Haikal.Shikin, lupakan angan-angan jahat kau itu, bisik kata hati Shikin.

Previous: Bab 26
Next: Bab 28

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.