Home Novel Cinta Cinta Bertaut Di Hujung Rindu
Bab 19

Disember 2008


“Perhatian. Masa sudah tamat.Calon-calon diminta berhenti menjawab. Pastikan anda telah menulis maklumat-maklumat yang diperlukan di kertas jawapan masing-masing. Calon- calon diingatkan supaya tidak meninggalkan dewan peperiksaan sehingga diarahkan berbuat demikian”

 

Pengumuman oleh ketua pengawas peperiksaan disambut dengan pelbagai reaksi . Ada yang seakan menunggu pengumuman itu. Ada yang kelihatan begitu panik kerana masih banyak soalan yang belum berjawab.

 

Syafika membelek semula kertas jawapannya. Meneliti semula jawapan yang telah ditulis. Sebaik sahaja pembantu pengawas mengutip kertas peperikasaan dari mejanya Syafika menarik nafas lega.Selama empat  tahun berhempas pulas dengan kuliah, kerja kursus, ujian, peperikasan dan pelbagai lagi cabaran akhirnya impiannya untuk mengenggam segulung ijazah sudah sampai ke penghujung.

 

Hujan yang turun mencurah curah di luar dewan peperiksaan tidak berhenti-henti semenjak dari pagi tadi menambah suasana suram di luar dewan peperiksaan. Sebaik sahaja pelajar-pelajar dibenarkan meninggalkan dewan pepriksaan mereka berpusu-pusu keluar dewan sambil menunggu hujan teduh. Bagi yang berpayung mereka terus bergegas meninggalkan dewan.

 

Shikin bergerak menghampiri Syafika sambil memegang bahu Syafika.

“ Jom balik,” kata Shikin ringkas.

“Hujan tengah lebat ni. Aku tak bawak payung, “ kata Syafika memandang wajah Shikin.

“ Payung aku ni kan ada. Apa salahnya berpayung berdua. Romantikkan? “ kata Shikin sambil tertawa kecil.

“ Jom. Aku pun nak balik cepat ni. Dah lewat ni. Nak kejar Asar, “ jawab Syafika sambil mereka berdua melangkah meredah hujan lebat menuju ke rumah sewa.

 

Kira-kira 10 minit kemudian mereka sampai ke rumah sewa. Lencun pakaian mereka berdua akibat tempias hujan.

 

Selesai mandi dan bersolat asar Syafika menelefon Haikal. Mereka berbual ringkas sambil diperhatikan oleh Shikin.

 

Sementara menunggu Maghrib Syafika membelek-belek majalah hiburan yang dibeli oleh salah seorang rakan serumah mereka. Cerita gossip artis dibaca oleh Syafika sambil lalu. Dalam hatinya berkata tidak ada apa berita membina minda yang tertulis di majalah-majalah hiburan. Berita perceraian artis, percintaan dan pebagai isu remeh memenuhi ruang majalah.

 

“ Fika. Malan ni kita nak makan apa? “ kata Shikin.

“ Nanti aku keluar aku belikan kau sesuatu,” jawab Syafika ringkas.

“ Kau nak keluar tengah-tengah hujan ni?. Kalau ada kereta tak apalah jugak. Kalau nak jalan kaki aku tak yakinlah kau ni rajin sangat nak keluar” balas Shikin sambil memandang keluar tingkap. Hujan masih turun mencurah-curah tanpa henti semenjak petang tadi agi.

“ Aku sanggup berkorban apa saja untuk kau Shikin. That’s what friends are for, sepatah kata orang putih,” jawab Syafika sambil tertawa kecil.

“ Kalau betul kau nak keluar aku nak kirim nasi goreng. Kau serius ke ni nak keluar? “ tanya Shikin seakan tidak percaya dengan kata-kata Syafika.

“Seriuslah. Takkan nak main-main pulak, “jawab Syafika sambil mengenakan telekung menanti azan Maghrib yang akan berkumandang sebentar lagi.

“ Kau nak keluar dengan sapa ni?Dengan prof ke” tanya Shikin.

“ Pandainya kau meneka. 10 markah kerana tekaan yang tepat” jawab Syafika sambil memasukkan anak rambut ke dalam kain telekungnya.

“ Fika, Fika. Dah berbuih mulut aku menasihatkan kau. Kau tak nak dengar kata aku, “ kata Shikin seakan kecewa dengan  sikap acuh tak acuh Syafika dalam soal ini.

Syafika menoleh ke arah Shikin yang sedang duduk di birai katil.Perlahan-lahan dia menghampiri Shikin.

“ Bukan aku tak nak dengar nasihat kau tapi aku keliru dengan perasaan hati aku. Aku tak tau apa yang berlaku pada diri aku ni. Aku akui semua nasihat kau tu memang betul. Aku sedar semua tu. Tapi aku hairan dengan perasaan aku ni. Aku rasa bahagia apabila bersama dengan Prof. Entah-entah dia dia mandremkan aku. Entah ayat apalah yang dia kenakan pada aku” kata Syafika.

“ Kau jangan nak mengarut. Ni abad ke 21. Orang dah tak percaya bomoh, mandrem-mandrem ni. Cuba kau fikir elok-elok. Kalau kau teruskan hubungan kau dengan Prof tu kau bukan aja merosakkan hubungan kau dengan Haikal tapi kau meruntuhkan masjid. Kau tak rasa berdosa ke? Aku tengok kau bukan orang jahat. Solat tak tinggal. Kau ada boyfriend yang cukup sempurna. Apalah yang kau tengok pada Prof tu. Perut boroi. Kepala pun nak botak. Berbanding dengan Haikal macam langit dengan bumi,” kata Shikin panjang lebar.

“ Entahlah Shikin. Aku pun tak tahu apa jalan penyelesaian pada masalah aku ni. Tapi aku tau semua ni akan berakhir tak lama lagi,”kata Syafika. “ Haikal dah cakap nanti lepas konvo dia akan tolong carikan kerja di Kuala Lumpur. Aku rasa itulah satu-satunya cara untuk aku lupakan Prof tu. Bila dah jauh, bila dah tak jumpa mesti perasaan tu semakin hilang. Aku rasa itulah yang menyebabkan aku agak renggang denganHaikal. Jarak menjadi pemisah antara kita berdua. Kau bukan tak tau perangai aku. Aku manusia biasa. Ingin dimanja. Ingin dibelai. Aku tak dapat semua tu dari Haikal tapi Prof tu yang boleh bagi aku apa yang aku dambakan dari Haikal,” kata Syafika.

 

Shikin menghela nafas panjang.Dia hampir berputus asa untuk menasihat Syafika.

 

Dari jauh kedengaran azan berkumandang menandakan masuknya waktu Maghrib. Syafika terus menunaikan solat Maghrib. Sebaik selesai solat Maghrib dia terus bersiap-siap untuk keluar. Amri telah menghantar sms  memberitahu Syafika yang dia akan sampai sekitar jam 8 malam. Dia meminta Syafika menunggu di rumah sewa. Sebaik sampai nanti dia akan menelefon Syafika.

 

Syafika  menimbang-nimbang pakaian yang hendak dipakainya pada malam ni. Shikin terus-terusan memandang Syafika.

“ Fika. Kau jangan pakai baju tu.Dahlah keluar malam-malam dengan suami orang. Pakai baju pulak ketat-ketat. Kau ingat prof tu boleh percaya sangat ke? Tukar baju yang longgar sikit, “ kata Shikin.

“ Kau ni Shikin. Kau buat aku ni macam budak-budak. Kau memang buruk sangka. Tak baik macam tu. Aku bukan baru kali pertama keluar dengan dia.” Kata Syafika sambil mencari-cari baju lain menggantikan baju yang sedang dipakainya.

Akhirnya Syafika mengenakan kemeja T yang agak longgar bersama dengan jeans. Dia mengenakan tudung berwarna kuning air yang dihadiahkan oleh Haikal beberapa bulan lepas. Terdetik juga rasa bersalah terhadap Haikal sebaik dia memakai tudung itu.

“ Ok tak aku pakai macam ni? ‘tanya Syafika kepada Shikin sambil memusing-musingkan badannya di depan Shikin.Ala-ala model yang sedang memperagakan pakaian.

“ Oklah tu berbanding baju tadi.Cakap dengan Prof tu jangan balik lambat sangat sebab kawan baik kau ni kebuluran nanti’ “ kata Shikin.

“ Alah sementara tunggu aku balik tu kau makanlah apa-apa yang ada kat dapur tu. Makanlah biskut-biksut ke .Apa-apa yang adalah.” Kata Syafika.

“Takkan kau tak tau bebudak rumah ni semua kuat makan. Tak usah kata biskut. Habuk biskut pun jangan harap’” kata Shikin.

“Tak apa. Aku balik secepat mungkin,” kata Syafika sambil menghadap cermin mengenakan gincu bibir.

Telefon tangannya yang diletak di atas meja bergetar menandakan ada mesej yang masuk. Syafika pantas mengambil telefon dan membaca mesej yang tertera. Amri telah menunggu di dalam kereta di depan rumah sewanya.

“ Aku pinjam payung kau Shikin,”kata Syafika sambil melangkah keluar di tengah-tengah hujan.

 

Sebaik membuka pintu kereta,Syafika cepat-cepat menutup payung. Titisan air hujan jatuh membasahi lantai kereta mewah milik Amri.

“ Sorry, basah kereta abang,”kata Syafika sambil memandang wajah Amri yang tersenyum.

Amri menatap wajah Syafika dalam samar-samar cahaya lampu jalan yang menyuluh muka Syafika.

“ Kita tak boleh lama ni. Shikin tunggu sayang balik. Dia kirim makanan. Kalau balik lambat nanti lapar pulak dia,”kata Syafika sambil mengelap mukanya yang basah terkena hujan.

Amri memandu berhati-hati memandangkan jarak pengelihatan yang agak terhad.

“ Kita nak kemana ni? “ tanya Syafika.

“ Kita bersiar-siar aja. Tak perlu kemana-mana,”kata Amri.

Syafika tertawa kecil mendengar kata-kata Amri.

“ Kelakarlah. Bersiar-siar dalam hujan lebat ni?” kata Syafika.

Amri turut tertawa mendengar komen Syafika.

“Kata nak keluar makan tadi. Ni nak ajak bersiar-siar pulak,” kata Syafika.

“ Abang dah belikan makanan guna pandu lalu aja  tadi. Ada kat tempat duduk  belakang tu, “ kata Amri.

“ Hujan-hujan ni susah nak berhenti,” kata Amri sambil memandang Syafika.

 Syafika menoleh kebelakang dan melihat bungkusan KFC.

“ Abang dah belikan untuk kawan serumah sayang sekali, “ kata Amri

“ Sebenarnya hari ni buat alasan hujan, tak nak berhenti. Kalau tak hujan pun abang tak nak berhenti juga kan?Abang saja bagi alasan aja. Fika tau abang nak jaga nama baik abang. Tak nak orang tau abang ada hubungan dengan Fika. Dengan student sendiri. Fika pun dah jemu dengan hidup macam ni. Terlalu banyak berahsia. Terlalu banyak menyembunyikan diri. Rasa macam duduk dalam penjara pulak, “ kata Syafika sambil memalingkan mukanya ke arah tingkap. Tidak ada sesuatu pun yang dapat dilihat dari cermin tingkap kereta kerana dilitupi air hujan.

 

Amri menyedari yang Syafika mula merajuk. Ini bukan kali pertama dia terpaksa memujuk gadis yang amat-amat sensitif itu.

 

Amri cuba  mengenggam tangan Syafika tapi Syafika menepis tangan Amri.

 

“ Sayang bukan tak tau status abang. Abang  ada banyak kekangan. Sayang pun kenal abang dalam keadaan abang macam ni. Sayang kena banyak bersabar lah,“ kata Amri memujuk.

 

Syafika cuma berdiam diri. Dia merasa jemu dengan alasan Amri tapi pada masa yang sama dia merasakan dia tidak boleh hidup tanpa Amri di sisinya.

 

Amri terus menumpukan perhatian kepada pemanduannya. Tiba-tiba telefon Syafika berbunyi. Syafika melihat nombor Haikal terpapar di telefonnya. Serta merta Syafika mematikan telefon itu.

 

“ Sapa call?” tanya Amri ringkas.

“ Kawan’ “ jawab Syafika ringkas.

“ Kawan yang mana. Lelaki ke perempuan? “ tanya Amri lagi

“Perempuan,” jawab Syafika berbohong.

“ Ohh, “ balas Amri.

 

Kereta Amri dipandu perlahan tanpa arah tujuan.Hujan yang tadinya lebat beransur reda. Syafika melihat jam di dash board kereta Amri menunjukkan hampir sembilan malam. Sudah sejam mereka di dalam kereta tanpa arah tujuan.Tidak banyak perbualan yang diucapkan oleh Syafika. Dia ingin memberitahu sesuatu kepada Amri tapi dia merasa takut.

 

“ Abang, Fika nak balik lah.Kesian Shikin mesti lapar tunggu makanan,” kata Syafika.

“Alah, kejaplah. Tak puas rasanya  kita dapat bersama, “ kata Amri

“ Nanti akak balik dari outstation susahlah sikit kita nak jumpa macam ni lagi, “ kata Amri separuh merayu.

 

“ Fika nak cakap sesuatu pada abang ni. Janji abang tak marah? “ kata Syafika memandang muka Amri.

“ Cakaplah dulu. Abang dengarlah dulu. Kalau Fika rasa abang akan marah apa yang Fika nak cakapkan , tak perlulah bagitahu abang, “ kata Amri merasa kurang senang dengan apa yang akan disampaikan oleh Syafika. Dia dapat mengagak apa yang akan Syafika nyatakan sebentar lagi.

 

Syafika menelan air liur sebelum berkata.

 

“ Minggu depan Fika nak ke KualaLumpur,” kata Syafika.

Serta merta rasa cemburu Amri datang mendadak.

“Sayang nak pergi Kuala Lumpur ke, nak ke Amerika ke sayang pergi ajalah. Tak perlulah beritahu abang,”tiba-tiba Amri meninggikan suara.

“ Abang, janganlah macam tu. Fika pergi pun bukannya lama” kata Syafika memaut lengan Amri, cuba memujuknya.

“Abang dah tau apa tujuan Fika nak ke sana. Nak jumpa Haikal kan? “ kata Amri.

 

“ Sayang kena pergi Kuala Lumpur untuk uruskan konvo sayang bulan depan. Macam-macam kena buat. Sayang janji sayang pergi dalam dua tiga hari aja. Abang janganlah macam ni, “ kata Syafika.

 

Amri terus mendiamkan diri.Dia langsung  tidak berpaling kearah Syafika.

 

“ Fika, abang rasa kita tak patut teruskan hubungan kita ini. Tadi pun Fika dah cakap Fika dah tak sanggup hidup macam ni. Abang pun ada keluarga, ada kerjaya yang perlu abang jaga.Sebelum hubungan kita ni pergi lebih jauh lebih baik kita berhenti setakat ini,” kata Amri.

 

Tersentak Syafika mendengar kata-kata tegas dari Amri. Tanpa boleh ditahan-tahan air mata mengalir deras membasahi pipinya. Dia menangis teresak-esak.

 

“ Mudahnya abang mengeluarkan kata-kata. Abang buat sayang macam bola aja. Abang boleh sepak terajang sayang kemana abang nak. Kalau abang tahu apa yang ada dalam hati sayang abang takkan tergamak keluarkan kata-kata macam tu pada sayang, “ kata Syafika dalam esakan.

 

Bukan sekali ini hati Syafika dilukakan oleh kata-kata Amri. Syafika kecewa dengan sikap Amri yang terlalu cemburu. Tiap kali nama Haikal disebut mereka pasti akan bertengkar.

 

“ Abang, sayang nak balik.Dah lewat ni,” kata Syafika

 

Amri membuat pusingan U dan memandu semula kereta ke arah rumah sewa Syafika. Sebaik saja sampai di depan rumah sewa dia memberhentikan kereta.

 

“ Sayang  ambiklah ayam goreng tu. Memang abang belikan untuk sayang dan kawan-kawan sayang, “ kata Amri.

“ Tak pelah abang. Abang bawak aja balik bagi anak-anak abang “ kata Syafika sambil bersalam dan mencium tangan Amri, satu amalan yang biasa dilakukan setiap kali mereka berpisah.

 

Selesai bersalam dengan Amri Syafika terus melangkah balik kerumahnya tanpa menyambut bungkusan makanan yang dihulurkan Amri.

 

Sebaik sahaja Shikin menyambut kepulangan Syafika di muka pintu dia terus bertanya kepada Syafika.

“Mana makanan yang aku kirim?”tanya Shikin.

“Aku tak beli apa-apa.malam ni kita semua tak perlu makan. Kita semua puasa” kata Syafika selamba sambil membuka kasut

“Wah wah. Dia sedap-sedap makan dengan buah hati, dia nak suruh kita puasa pulak. Banyak cantik muka kau? “kata Shikin.

“ Engkau jangan nak memandai-mandai. Aku gaduh dengan dia. Aku pun tak makan apa-apa malam ni. Tak matilah kalau tak makan satu hari,” kata Syafika.

Shikin terus menghampiri Syafika.Dari perasaan marah bertukar menjadi belas melihat Syafika begitu.

“ Kan dah banyak kali aku cakap,kau tak nak dengar kata aku. Dia tu nak ambik kesempatan pada diri engkau aja.Aku faham dengan perangai lelaki.”kata Shikin.

Tiba-tiba Syafika menangis teresak-esak. Shikin memeluk Syafika, cuba menenangkannya.

“Mulai hari ini aku  nak jadi kekasih yang setia,” kata Syafika.

“Alhamdulillah, “ jawab Shikin ringkas.

“ Jom kita jalan kaki pergi gerai Pak cik Mail. Kalau tak makan malam ni aku tak boleh tidur. Aku belanja kau malam ni.Hujan pun dah teduh ni. Dah, jangan sedih sedih lagi” kata Shikin memujuk.

Syafika menyeka air mata sambil tersenyum melihat Shikin.

“ Tadi Prof tu nak bagi aku ayam goreng KFC tapi aku dah geram , aku tinggalkan aja ayam goreng tu, “ kata Syafika sambil tertawa.

“ Kau ni betul-betul tolak rezeki. Rugi besar tu” kata Shikin.

Syafika tertawa melihat gelagat Shikin.

 

Malam itu mereka berdua makan nasi goreng di gerai Pak Cik Mail.

Previous: Bab 18
Next: Bab 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.